Wednesday 25 March 2020

HIKMAH DI SEBALIK TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Dari Group Telegram
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik

Sedar tak sedar dah pun hari ke 7, kita menjalani tempoh perintah kawalan pergerakan atau singkatannya PKP. Usaha ini disarankan sebagai salah satu alternatif untuk memutuskan rantaian wabak penyakit Covid-19 ini. Dan baru sahaja siang tadi Perdana menteri Malaysia yang baru mengumumkan bahawa perintah ini dilanjutkan lagi sehingga 14/4/2020.

Walau amat perit namun menerima dengan hati penuh redha dan memberi sokongan kerana tidak mahu mengabaikan segala pengorbanan para petugas frontline, anggota KKM, polis dan juga askar.

Membaca segala usaha-usaha mereka dalam berhadapan dengan wabak ini bukanlah satu perkara yang mudah. Nyawa mereka semua senantiasa dalam bahaya. Dan mereka juga terdedah kepada jangkitan virus Covid-19 ini.

Apa pun dari sudut pandangan diri ini, disebalik kekalutan dengan semua perkara tentang wabak ini, ada hikmah disebaliknya. Bukanlah suka atas apa yang terjadi, tapi inilah masa yang paling sesuai untuk habiskan masa yang ada bersama dengan anak-anak tersayang.

Memandangkan anak dara bersekolah asrama dan si abangnya sedang menjalani latihan praktikal, memang masa yang ada bersama anak-anak sangat terhad. Merasakan bahawa Allah telah makbulkan salah satu doa, maka rasa bersyukur teramat sangat.

Inilah peluang dan akan habiskan masa yang ada dengan anak-anak sebaik yang mungkin. Berpeluang memasak makanan yang anak-anak suka, makan bersama dan menghabiskan hobi yang kami minati bersama.

Syukur teramat sangat. Tak tahu nak digambarkan bagaimana nikmatnya semua ini.

Yang lebih bermakna, peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah yang maha esa. Kalau waktu bekerja pula, selalu sahaja terlewat solat atau kadang-kadang tak solat langsung asbab masalah kerja. Kini apabila terdengar sahaja laungan azan, maka terus sahaja bersiap untuk menunaikan tanggungjawab kepada maha pencipta.

Selain itu, peluang untuk menutup aurat selengkap yang mungkin. Sekarang setial kali keluar rumah, kita digalakkan untuk memakai topeng untuk menutup hidung dan juga sarung tangan. 

Semua ini adalah sebagai langkah melindungi diri dari dijangkiti virus yang sangat merbahaya ini. Tanpa sedar Allah sedang makbulkan permintaan ini satu persatu. Selebihnya terpulang kepada diri bagaimana untuk menghargai nikmat yang Allah kurniakan ini.

Sekarang terpulanglah kepada kalian semua untuk melihat wabak virus Covid-19 dari pandangan anda sendiri. Ada sesuatu yang Allah telah lakukan paling terbaik buat diri kita semua.
Sebagai menyahut seruan kerajaan dan juga membantu pihak frontline, KKM, polis dan juga askar, maka bersabarlah kita untuk terus tinggal di rumah bersam keluarga masing-masing. Jika keluar rumah pun hanya seorang dan keluar apabila perlu sahaja. Jangan lupa berdoalah juga agar semua petugas-petugas dilindungi dari jangkitan virus Covid-19 ini. Insyaallah. Aamiin Ya Allah.

Sekian.

13 comments:

  1. Nak cakap satu-satu hikmah disebalik PKP ni memang tak tertulis, banyak hikmahnya untuk diri Sis sendiri...tapi tak taulah kenapalah masih ada yang berdegil...

    ReplyDelete
  2. Segala yang berlaku ada hikmahnya di mana antaranya keluarga dapat berkumpul.

    ReplyDelete
  3. betul sis. nak cakap pasal hikmah ni, kita boleh tulis banyak hikmah sebenarnya. depend on the person. nak ambik pengajaran daripada apa yang sedang berlaku ni.

    Ya Allah, mohon lindungi kami Ya Allah :(

    ReplyDelete
  4. Semoga kita semua dilindungi dari wabak ini. Pada yg masih berdegil tak indah kan arahan kerajaan..kita doakan semoga cepatlah sedar dan pada frontliners kita doskan diorg pun dilindungi

    ReplyDelete
  5. I awal awal macam wow happynya satu keluarga ada rumah.. memang banyak hikmah tapi tu la sekarang rindu gila nak makan nasi daganggggg orang Kelantan I selalu Beli setiap hari jumaat

    ReplyDelete
  6. Masa kat rumah ini la kita nak perbaiki rumahtangga dan hubungan kekeluargaan serta hubungan dengan Yang Esa kan.
    Moga jangan lah Rawlins pun gemuk lepas ini hahaha

    ReplyDelete
  7. Banyak sangat hikmahnya kak. Terlalu banyak. Saya pun ambil iktibar dari keadaan ni. Kena positif. InsyaAllah lepas ni kehidupan lebih bermakna.

    ReplyDelete
  8. Banyak hikmahnya kan..moga semuanya berlalu dan kita berada didalam baik2 sahaja

    ReplyDelete
  9. Bnyk iktibar dan pengajaran dpd apa yang berlaku.. Bergantung kpd sudut yang melihatnya.. Smoga kita semua berfikiran positif sentiasa..

    ReplyDelete
  10. Bnyak hikmah disebalik pkp nie.. Antaranya kita Dpat meluangkan masa bersama keluarga, masak dan makan bersama.. Sampai da mati akal xtau nk masak apa..hihii

    ReplyDelete
  11. Setuju sangat. Banyak hikmahnya juga. Saya pun dapat bersama keluarga dalam tempoh ni dapat bersama keluarga :)

    ReplyDelete
  12. betul tu banyak hikmahnya. kena tengok dari sisi yang positif kita akan nampak banyak yng kita boleh syukuri

    ReplyDelete
  13. memang banyak hikmahnya dari apa yang terjadi ni. apapon semoga wabak covid ni dapat dibendung dengan segera

    ReplyDelete

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...