TUHAN JAGAKAN MEREKA BERDUA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
Http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulillah.
Baru baru sahaja selesai segala urusan anak dara tersayang masuk sekolah menengah agama.
Walaupun dapat panggilan kali yang ke tiga, tapi si anak dara yang seorang ini sangat berpuas hati.

Sebelum ini pernah mohon SBP dan MRSM, tapi mungkin sebab tidak cukup syarat kedua permohonan ini tidak berjaya.
Nak jugak saya buat rayuan untuk SBP dan MRSM, tapi anak dara cakap biarlah. Sebab dah mohon SMKA SLIM RIVER.

Agaknya dah memang rezeki dia nak sekolah agama, maka baru hari Selasa yang lepas dapat panggilan dari sekolah menengah agama tersebut.

Sebenarnya, saya tidak pernah langsung berpisah lama dengan anak dara nan sorang ini.
Selama hampir 13 tahunlah saya mendidik dan membesarkan abang dan adik bersendirian.

Memanglah perit dan payah, tapi saya tidak sesekali menyerah kalah.
Dalam sibuk uruskan anak-anak dan juga kerja, saya tidak sedar betapa cepat masa berlalu.

Hampir bertahun jugaklah saya bergelar seorang ibu tunggal. Tapi saya langsung tidak kisah akan gelaran ini.
Ada hikmahnya Allah aturkan kehidupan saya macam ini.
Jadi lebih berdikari dan tidak mudah menyerah kalah akan segala apa dugaan.

Baru je beberapa jam, anak dara masuk asrama, tapi saya asyik terbayang-bayangkan dia je, macam manalah keadaan dia malam ini. Dalam sibuk fikirkan tentang mereka berdua ini, tidak putus-putus saya berdoa, semoga Allah senantiasa lindungi anak dara dan juga abangnya.

Hanya Al-Fatihah dan segala doa saya mohon dari Allah, jadi anak-anak yang soleh dan solehah.
Semoga Allah senantiasa merahmati anak dara dan juga abangnya dibawah lindungan kasih sayangnya.

Apa pun saya tetap berdoa, agar Allah kurniakan saya kesihatan yang baik agar dapat berusaha dengan lebih gigih lagi buat kedua anak tersayang.

Tiba-tiba sahaja hujan turun.
Macam tau-tau je hati saya sedang sedih terharu dengan pencapaian anak-anak tersayang.

Semoga mereka berdua berjaya dunia dan akhirat dan dapat doakan saya dan juga abahnya kelak.
Aaminn Ya Mujib.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Popular posts from this blog

BILIARY ATRESIA

KERANA ALATAN GAJET HUBUNGAN KEKELUARGAAN SEMAKIN RENGGANG

CARA MEMBUAT TUNTUTAN NAFKAH ANAK