Tuesday 22 December 2015

MAKIN DEWASA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi.
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Syukur alhamdulilah. Anak bujang tersayang sudah pun makin dewasa. Telah mencapai umur 16 tahun dan semakin hari semakin bijak menjalani kehidupan sehariannya. Membesar tanpa kasih sayang seorang yang ayah, banyak mengajarnya tentang erti kehidupan ini. Senantiasa berusaha dengan titik peluh sendiri untuk mencapai sesuatu yang diidam-idamkan. Apa pun tanpa perhatian seorang ayah, ianya bukanlan alasan untuk membuat sesuatu sesuka hati.

Dalam usia yang sebegitu muda dia terpaksa mengalas tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga. Bukan bermakna membebankan dirinya tetapi sedikit demi sedikit mempelajari sesuatu sebagai seorang satu-satunya lelaki yang berada di dalam sebuah keluarga yang sebegini kecil.

Saya sedar sebagai seorang ibu bukan semua masalah dapat dikongsi bersama. Ada sesetengah masalah saya langsung tidak menceritakan kepadanya atas alasan tidak mahu menganggu emosi dan juga fokusnya kepada pelajaran dan juga apa sahaja bidang yang bakal diceburi nanti disekolah dan juga diluar nanti.

Waktu cuti persekolahan inilah, dia mengambil peluang untuk bekerja secara sambilan untuk perbelanjaan persekolahannya nanti. Tahun 2016 adalah tahun yang paling bermakna sekali. Hanya beberapa hari sahaja tahun 2015. Tahun 2016, nanti dia bakal menduduki peperiksaan yang sangat bermakna didalam kehidupannya. Peperiksaan tersebut adalah peperiksaan SPM. Di setiap langkah dan tindakannya saya selalu berdoa agar dia prolehi ketenangan dan kejayaan di setiap perjalanannya kelak. Semoga dia menjadi seorang anak yang taat dan juga soleh dan berjaya dunia dan juga akhirat.

Sekian.


Monday 21 December 2015

KISAH SEMALAM

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamualaikum. Alhamdulilah. Allah permudahkan setiap perjalanan kehidupan ini. Terlalu banyak berliku dan kadang ada masanya terfikir dan tidak sangka telah melalui pelbagai rintangan.
Pernah suatu ketika dahulu membantu seorang hamba Allah yang sedang berada di dalam kesusahan. Membantu dari segi wang ringgit, rupa-rupanya telah wujud suatu jurang permusuhan di kemudian hari.

Tidak sangka apabila diri berada di dalam keperitan dan kesusahan tiada insan yang sudi memohon pertolongan. Rupanya insan yang kita tolong itu, belum tentu dapat membantu kita, saat kita benar-benar harapkan pertolongan.daripadanya.

Maka semuanya berbalik kepada Allah yang maha esa. Hanya berharap dan terus berdoa agar hatinya terbuka untuk selesaikan apa yang tertunggak. Bukan bermakna membenci jauh sekali untuk mendoakan keburukan atas segala apa yang telah dilakukan di dalam kehidupan diri ini. Kisah semalam itu biarkan berlalu dan semoga dia menjadi pengajaran buat semua. Insha Allah.

Sekian


Friday 18 December 2015

JALINAN UKHWAH DI GSL-MATDIK

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : #GSLMatdik
http://sariahawangsenik.blogspot.com

  " Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jaun. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat."

Alhamdulilah rasa sangat bersyukur bernaung di bawah satu kumpulan yang membolehkan kita mendapat LIKE ataupun KOMEN yang banyak di mukabuku atau Facebook. Laman sosial Facebook kini sangat terkenal dan jangan terkejut ianya juga membolehkan kita dapat menambahkan pendapatan sampingan daripada Facebook ini. Tedapat hampir 150 ahli di batch #GSLMatdik ini.

Kumpulan ini diketuai oleh seorang yang sangat terkenal dalam kumpulan iaitu Tuan Khairul Zahrin Abdul Kadir. Beliau banyak memberi ilmu-ilmu yang sangat berguna di dalam bagaimana menjalankan sesuatu perniagaan tidak kira secara online ataupun offline. Setelah menyertai kumpulan ini kita akan berpeluang mengenali ramai lagi rakan-rakan yang lain yang sangat aktif dan senantiasa berfikir positif. Dengan semua elemen positif yang dibawa oleh setiap ahli kumpulan ini secara tidak langsung dapat memberi semangat dan bertindak cepat dalam mengatur langkah di dalam sesuatu bidang.

Tidak apa sahaja perniagaan yang anda sedang usahakan ianya dapat membantu kita memberikan penampilan yang baru terhadap perniagaan kita. Sangat mementingkan profile peribadi yang mematuhi syariat islam yang telah ditetapkan dan melarang sama sekali gambar profile yang tidak menutup auarat. Kini kumpulan ini sedang bergerak aktif di facebook dan dipantau perkembangan setiap ahlinya oleh Tuan Khairul Zahrin Abd Karim.

Insha Allah dengan ilmu yang bakal dikongsi oleh tuan Khairul dapat membantu ahli kumpulan ini menjayakan lagi sesuatu bidang ataupun perniagaan yang sedang mereka usahakan. Semoga semua ahli kumpulan batch #GSLMatdik kaya berjaya dunia dan juga akhirat.

Sekian.


Sunday 6 December 2015

BELAJARLAH BERSYUKUR

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah, bersyukur dengan apa yang kita ada dan juga lalui sekarang. Jika dibandingkan dengan orang lain, kehidupan kita jauh lebih bertuah daripada orang lain. Punyai pekerjaan, keluarga dan juga insan-insan yang sangat kita sayangi. Tidak perlu terlalu banyak rungutan terhadap perkara yang kita lalui sekarang.

Walaupun ianya tampak sukar, namun berdoalah kepada Allah agar permudahkan semua urusan yang kita perlu lalui. Belajar bersyukur bukan bermakna menerima semuanya tanpa perlu berusaha apa-apa, tetapi berusaha menerima semua ketentuan dengan tulus dan ikhlas. Dengan bersyukur kita dapat berusaha dengan lebih gigih lagi dan berdoa lagi kepada Allah yang maha esa. Ada masanya kita perlu lebih menghargai apa yang kita ada daripada asyik memikirkan masalah dan juga hal-hal yang tidak mendatangkan faedah kepada diri dan juga keluarga.

Belajar bersyukur bukan bermakna kalah tetapi belajar daripada sebuah kesilapan dan berusaha membuat sesuatu agar menjadi lebih baik pada masa akan datang. Bersyukur bukanlah lemah tetapi membina kekuatan tersendiri malah lebih kukuh daripada yang sebelum. Nyata seseorang perlu lebih banyak bersyukur dan janganlah terlalu membandingkan diri dengan kehidupan orang lain.

Syukur itu indah, hikmah tetapi penuh dengan kekuatan dan juga kesabaran.

Sekian Terima Kasih


Saturday 5 December 2015

HUKUM

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Jangan terlalu cepat menghukum seseorang hamba Allah. Tidak semestinya yang berpendidikan tinggi, budi bahasanya juga tinggi dan indah. Dan tidak semestinya yang tidak mempunyai pelajaran tinggi, budi bahasa dan akhlaknya rosak. Kita tidak pasti apakah masalah yang dihadapi sesorang ketika dia sedang menjalankan tugasan hariannya.

Berpelajaran tinggi dan berkedudukan teratas harus mempunyai fikiran yang lebih matang dan lebih bijak. Jangan memandang rendah akan pekerjaan seseorang. Walaupun hanya bekerja sebagai seorang pembantu kedai, dia juga adalah manusia biasa. Tidak sempurna dan senantiasa ada kesilapan.
Jika anda berjawatan tinggi anda juga pasti akan menghadapi masalah tersendiri di dalam melaksanakan tugasn anda seharian. Begitu jugalah halnya si pembantu kedai. Ada masalahnya yang tersendiri. Berurusan dengan pelbagai karenah pelanggan setiap hari bukanlah perkara yang mudah.

Bayangkan jika seorang doktor disuruh melakukan pekerjaan seorang pembantu kedai dan si pembantu kedai melakukan pekerjaan seorang doktor, bukan mudah bukan?
Jadi tidak seharusnya kita memandang remeh pekerjaan orang lain. Sikap dan keperibadiaan seseorang janganlah diukur melalui.tahap pendidikan seseorang. Bersyukurlah jika anda seorang doktor ataupun pegawai kerajaan. Nyata rezeki anda agak lebih daripada rezeki seorang pembantu kedai.

Tetapi tiada yang mustahil diabad ini. Jika Allah hendak menukarkan nasib seseorang pembantu kedai menjadi lebih baik daripada seorang doktor dan juga pegawai kerajaan, ianya boleh berlaku di dalam sekelip mata.

Maka selagi bergelar hamba Allah di muka bumi janganlah berasa anda terlalu hebat dan berkuasa. Kerana esok lusa kita belum pasti lagi nasib kita bagaimana nanti. Jadi senantiasalah muhasabah diri anda selalu.

Sekian Terima Kasih


Thursday 3 December 2015

SEMANGAT BERNIAGA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamualaikum.
Alhamdulilah. Bulan Disember sudah pun melabuhkan tirainya. Maka akan berakhirlah tahun 2015 dan bakal bermulalah tahun 2016. Syukur juga anak-anak sekarang sedang sibuk menghabiskan cuti persekolahan. Anak dara tersayang kini berada dirumah mak saudaranya menghabiskan cutinya bersama-sama sepupunya yang lain.

Baru sahaja sebentar tadi menjenguk dan melepaskan segala rindu kepadanya sejak tinggalkannya dirumah mak cik itu. Dia tampak riang dan sangat seronok bermain bermain bersama sepupunya itu. Walaupun adakalanya bergaduh tetapi hanya sebentar sahaja.

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah pagi tadi, hati ini tertarik dengan semangat niaga anak-anak muda yang berniaga secara sambilan di pinggir stesen komuter. Ada yang menjual nasi lemak, kuih-muih dan juga air minuman. Rata-rata yang berniaga itu masih muda dan mungkin hanya secara sambilan dan mungkin juga ada kerja tetap yang lain. Sempat juga saya berbual sebentar dengan pemandu teksi yang berada di tepi stesen tersebut. Mereka mengatakan bahawa ada sesetengah peniaga tersebut akan bertukar-tukar orang pada waktu tertentu. Hampir sembilan puluh peratus peniaga adalah terdiri daripada bangsa melayu dan itu adalah satu perkembangan yang sangat menggalakkan.

Nyata punca rezeki itu adalah datang daripada sebuah perniagaan. Yang amat membanggakan adalah semangat berniaga telah berjaya dipupuk dikalangan anak-anak muda di zaman generasi ' Y ' ini. Selain daripada iti, saya juga berasa amat kagum dengan anak-anak muda yang berusaha sendiri membuka perniagaan sendiri seperti membaiki barangan elektrik. Ada yang berusaha gigih mencari dan juga mempromosikan perkhidmatan mereka dilaman-laman sosial terutamanya Facebook, Instragram dan juga yang lainnya.

Saya akan tetap dan senantiasa memberikan mereka sokongan agar semua anak-anak muda berjaya membina empayar perniagaan mereka sendiri suatu hari nanti dan tidak lagi bergantung kepada badan-badan kerajaan ataupun swasta untuk memberikan mereka sesuatu pekerjaan.

Sekian Terima Kasih


Tuesday 1 December 2015

KATA DAN TULIS

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Kata seseorang ibarat suatu doa. Jangan gunakan lidah anda untuk bercakap perkara yang tidak berfaedah dan juga membuang masa. Seiring dengan kata-kata maka tulislah apa yang anda ingin lakukan atau capai setiap hari, bulan, setahun dan juga sebagainya.

Itulah kuasa sebuah kata. Ibarat suatu magik yang bakal berlaku pada bila-bila masa sahaja. Jangan sesekali berkata negatif pada sesuatu perkara. Walaupun perkara tersebut nampak tidak seberapa baik. Cuba usaha dan bayangkan yang perkara negatif itu akan jadi positif pada penghujungnya.

Apabila seseorang berkata negatif terhadap diri kita ataupun apa sahaja, maka usahalah untuk tidak terlalu mengambil peduli akan hal tersebut.
Paksa diri anda untuk buat sesuatu yang bermanfaat bukan sahaja pada diri malah semua orang.

Sekian.


SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...