Monday 29 September 2014

AJAIBNYA SENTUHAN KASIH IBU

Teks ; Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri Dan Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Menjadi seorang ibu adalah anugerah yang tidak ternilai di dunia ini. Mengandung dan seterusnya melahirkan seorang insan ke dunia adalah suatu pengalaman yang paling terindah di dalam hidup seorang ibu. Segala rasa kasih dan sayang senantiasa terpancar dari wajah keibuan seorang ibu.

Begitu jugalah sentuhan kasih seorang ibu. Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Sanggup menghadapi segala dugaan bahkan nyawa juga menjadi pertaruhan untuk menjamin kesejahteraan anak-anak yang disayanginya.

Namun tanpa kita sedari sentuhan kasih seorang ibu boleh juga menjadi keajaiban kepada seorang anak.

Saat dilanda kesedihan dan juga kekecewaan tangan dan sentuhan seorang ibulah yang mampu meredakan segala kesedihan dan semua rasa kecewa tersebut.

Saat kita lapar dan juga dahaga sentuhan kasihnyalah yang menyuap dan menyediakan masakan yang kita gemari.

Saat dilanda kesakitan, sentuhan kasih seorang ibulah yang merawat dan juga menjaga kita sehingga pulih.

Ketika kita sedang berusaha sebaik yang mungkin di dalam mencapai sesuatu, sentuhan dan juga kata-kata semengat seorang ibulah yang memberikan kita lebih keyakinan dan selesaikan semuanya dengan baik dan lancar.

Itulah sentuhan ajaib seorang ibu terhadap seluruh kehidupan kita seharian. Maka dengan itulah Allah meletakkan bahawa syurga
di bawah telapak kaki seorang ibu.
Dan dengan berkat doanya seorang ibulah yang tidak pernah putus menadah tangan berdoa untuk segala apa yang kita impikan. Malah Allah SWT juga akan memabulkan segala doa seorang ibu.

Setelah pemergiaan seorang ibu maka kita akan kehilangan segala rahmat dan juga berkatnya doa seorang ibu. Selagi ibu masih ada di sisi hargai dan sayangilah selayaknya. Jangan sia-siakan segala pengorbanan dan juga kasih sayang seorang ibu.

Coretan Kasih Sayang
Sariah Awang Senik

Nota : Al-Fatihah untuk arwah ibu
           Siti Rokian Bte Abdul Kadir 
           dan juga arwah emak
           mertua Madiah Bte Kimu.

Sunday 28 September 2014

JALINAN SILATURAHIM SECARA ONLINE

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google

Mempunyai sahabat dan juga menjalinkan silaturahim secara jelas dan nyata adalah lumrah di dalam sesebuah kehidupan. Kita perlukan sahabat dan juga rakan-rakan untuk bertukar pandangan dan juga meluahkan segala rasa sedih, gembria dan juga sebagainya. Namun di zaman yang serba maju dan juga moden ini kita juga mencari sahabat dan juga rakan melalui laman sosial yang ada.

Bekerja dari jam 3 petang hinggalah ke lewat malam membuatkan saya tidak mempunyai banyak masa yang untuk mencari rakan-rakan yang baru. Setelah penat bekerja saya mempunyai tanggungjawab yang utama sebagai seorang ibu dan juga menguruskan urusan rumahtangga .

Saya mencari rakan-rakan baru melalui lama sosial seperti Facebook, whatshapp, wechat dan juga Instragram. Untuk pengetahunan semua , melalui Facebook saya telah berpeluang berkenalan yang di panggil AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH. Di sinilah saya berkenalan dengan pelbagai rakan-rakan baru yang terdiri daripada surirumahtangga, guru, penulis novel, pelajar, pengusaha butik pakaian,peguam, arkitek dan bermacam-macam lagi. Semua rakan yang ada mempunyai pelbagai pandangan dan juga mampu berkongsi maklumat dan sekaligus dapat menambahkan pendapatan . Mereka sangat berfikiran positif dan tidak pernah jemu memberi nasihat serta tunjuk ajar. Saya sangat bersyukur. Saya berhubung dan juga berbual hanya menerusi online dan ianya sangat menjimatkan masa dan tidak menganggu tanggungjawab saya sebagai seorang ibu.

Ketika merasa sedikit lemah semengat ataupun apa sahaja masalah rakan-rakan di ABDR banyak membantu dan senantiasa memberi sokongan terhadap apa yang sedang usahakan. Kini telah hampir setahun saya berada bersama-sama dengan kumpulan ini. Rakan-rakan baru senantiasa bertambah dan itu dapat membuatkan saya tidak keseorangan di dalam melakukan apa sahaja.

Dengan bertambahnya rakan-rakan baru di ABDR maka secara tidak langsung bertambahlah ilmu dan juga maklumat yang dapat dikongsikan bersama-sama. Kumpulan ini bukanlah skim cepat kaya ataupun pemberi pinjaman wang tetapi ianya memberi khidmat nasihat yang sangat berguna.

Nyata setelah hampir beberapa bulan menyertai kumpulan ini, saya juga sudah manpu merasa hasil daripada apa yang saya usahakan. Saya nekad untuk mengkekalkan hubungan silaturahim antara semua rakan di kumpulan terebut. Mana tahu saya berpeluang bertemu dengan mereka semua di luar nanti.

Coretan ABDR
Sariah Awang Senik

Nota : Terima kasih yang tidak terhingga kepada pengasas kumpulan Akademi Bekerja Dari Rumah iaitu Pn Masayu Ahmad. Juga pengurus online yang telah perkenalkan kumpulan ini iaitu Pn Anys Idayu Zakaria dan juga pengurus online yang lain.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Pes Nasi Arab sesuai disediakan sebagai hidangan istimewa untuk Hari Raya Haji nanti.
Mengandungi beras basmathi yang bermutu tinggi dan juga sudah tertera cara-cara memasaknya di kotak pes arab
Harganya ialah RM 15 belum termasuk pos.
Jika ingin mencubanya bolehlah terus hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@ gmail.

Saturday 27 September 2014

BERATNYA DOSA INI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Dosa adalah sesuatu kesalahan yang kita lakukan sama ada secara sedar ataupun tidak. Ianya mudah dilakukan apabila keimanan seseorang semakin tipis dan nipis. Namun bersyukurlah jikalau kita diberi hidayah dan petunjuk untuk mengingati segala dosa yang kita lalukan.

Semakin meningkat umur seseorang maka akan bertambahlah segala dosa dan juga pahalanya. Begitu juga dengan diri seseorang. Dosa tidak mengenal umur ataupun status seseorang. Sesiapa sahaja boleh terjebak dengan dosa dek kerana terlalu diburu oleh kepuasan hati masing-masing.

Fikirkanlah apakah dosa yang kita lakukan di dalam sehari? Adakah kita senang ketawakan orang atas kelemahan, kekurangan dan juga fizikalnya yang kurang cantik dan menarik?

Dan adakah kita sudah terlalu sempurna dari segala segi? Adakah dengan hanya berpakaian cantik dan update sudah boleh menjamin kedudukan kita di syurga nanti? Dengan menutupi wajah kita dari segala kedutan dan juga cacat cela dengan make up atau pun bedak alas yang mahal, maka Allah tidak nampak akan segala dosa-dosa yang kita telah lakukan. Sebenarnya Allah berada bersama kita setiap minit dan saat. Dia datangkan kita dengan pelbagai dugaan dan cabaran sebagai suatu latihan kekuatan keimanan diri kita. Sejauh mana kita menghadapi semua dugaan dan juga apakah cara untuk kita bertenang apabila di timpa sesuatu musibah.

Penulis juga tidak lari dari melakukan dosa setiap hari. Selalunya jarang sangat memikirkan hal yang lain kecuali diri, anak-anak, keluarga dan juga sahabat andai. Dahulu pernah terlalu sensitif apabila ada hamba Allah mengata di belakang, akan tetapi tidak sekarang. Yang mengata kita mereka sebenarnya berlaku jujur tentang diri kerana yang berada rapat dan mesra belum tentu tahu keadaannya apabila berada di belakang kita.

Di keliling dengan hamba Allah yang negatif bukanlah perkara yang mudah. Berusaha sebaik yang mungkin berfikir positif walau jelas kelihatan hanya perkara negatif di depan mata.
Bukan mudah bukan? Tetapi itulah yang penulis hadapi setiap hari.

Saban hari penulis mendengar mereka mengumpat, menghina, bercerita kisah keaiban suami sendiri, mendengar cerita-cerita yang tidak sepatutnya dan bermacam lagi. Tetapi penulis tidak mampu berkata apa. Nasihat tidak mampu secara terus dikuartiri akan menyinggung hati dan perasaan orang lain.

Namun hati tetap bersyukur kerana ada insan yang masih peduli tentang semua itu. Masih ada rakan-rakan yang memberi semengat walaupun belum pernah bertemu. Senantiasa memberi sokongan walau kekadang rasa lemah dan kurang semengat menguasai diri.

Berdoa moga rakan yang berfikir negatif akan bertukar positif. Moga Allah memberikan peluang dan juga kesempatan untuk menebus semua dosa-dosa ini. kelekaan dan lalai janganlah sesekali menjengah di kehidupan ini.
Insha Allah suatu masa nanti akan dapat bebas sepenuhnya daripada sebarang dosa. Amin.

Coretan Dosa
Sariah Awang Senik

KENANGAN DI ZAMAN PERSEKOLAHAN

Teks : Sariah Awang Senik

Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Zaman persekolahan adalah waktu yang paling indah dan penuh dengan kenangan pahit dan juga manis. Di masa tersebutlah perasaan ingin tahu dan juga mencuba segala-galanya bagai membuak-buak di dalam diri seorang anak remaja. Tetapi kalau nak tahu, masa sekolah saya dan juga beberapa rakan yang lain merupakan seorang remaja yang nakal dan juga terlalu degil. Kalau nak cerita pasal sifat memberontak itu memang sudah sebati di dalam diri.

Saya bersekolah di Sekolah Rendah Clifford semasa di sekolah rendah. Kemudian melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu di Sekolah Menengah Clifford. Sekolah Menengah Clifford ini memang terkenal di tempat kelahiran saya iaitu Kuala Lipis Pahang. Saya mempunyai beberapa rakan atau sahabat karib dari sekolah rendah hinggalah belajar ke tingkatan satu. Semasa di tingkatan satu saya berada di kelas beraliran jurusan rumahtangga. Waktu itu saya kurang gemar dan juga tidak faham akan apa faedahnya apabila mengambil jurusan ini.

Saya bukanlah pelajar yang cerdik tetapi sederhana sahaja. Perwatakan yang agak kelakian dan juga kasar menyebabkan saya lebih selesa memilih rakan-rakan yang sederhana sahaja. Namun mata pelajaran yang paling saya minati waktu itu adalah Bahasa Inggeris dan juga lukisan. Setiap kali selepas waktu persekolahan saya gemar melukis apa sahaja yang saya lihat di sekeliling saya. Perkara yang paling menarik minat saya melukis ialah saya suka melukis kartun dan pernah di tegur oleh guru berkhayal melukis kartun semasa guru sedang mengajar di dalam kelas. 

Rakan-rakan karib saya ketika itu ialah, Norhanim Hamzah, Khalijah Abdul Malek, Zuhaizazura, Wan Nurriza, Tan Mei Wan, Rosmaryza Abdul Razak dan juga beberapa orang lagi rakan-rakan karib saya yang lain. Setelah habis peperiksaan SRP saya juga melanjutkan pelajaran ke tingkatan empat di sekolah yang sama. Kalau hendak tahu, sekarang sekolah saya iaitu Sekolah Menengah Clifford telah di naikkan tarafnya menjadi sekolah hanya untuk para pelajar yang mendapat kelulusan yang cemerlang.  Namun saya tetap berpuas hati belajar di sekolah ini kerana menpunyai banyak kenangan pahit dan juga manis sepanjang menuntut di sini. 

Kenangan yang paling terindah ialah sewaktu saya menghabiskan tahun terakhir di sekolah ini pada tahun 1992 dan berada di kelas aliran sastera. Di sinilah minat terhadap penulisan dan juga sastera bercambah tetapi saya masih tidak yakin akan kebolehan saya.  Secara jujurnya bukan semua guru yang mampu saya ingat hinggalah sekarang. Saya pernah di denda oleh guru kerana ponteng kelas dan juga sanggup curi-curi keluar dari sekolah untuk berseronok dengan rakan-rakan yang lain. Selain daripada itu saya pernah di denda panjat pokok gara-gara asyik berborak semasa aktiviti kokurikulum iaitu Pengakap. 

Saya bersama rakan yang lain di suruh oleh pelajar yang lebih senior kalau tidak silap masa itu saya berada di dalam tingkatan 2. Pelajar yang denda saya itu adalah pelajar lelaki tingkatan 4. Abah dan juga arwah emak adalah orang yang paling risau tentang saya semasa saya menduduki peperiksaan SPM. Arwah emak selalu berpesan kalaupun tidak mendapat keputusan yang kurang baik, dia menggalakkan saya untuk terus bekerja. Sebetulnya saya ingin belajar lagi tetapi memandangkan arwah emak yang sedang sakit dan juga adik-adik yang masih belajar saya membuat keputusan untuk berhenti selepas SPM dan juga terus bekerja. Itulah pengorban pertama saya kerana tidak mahu menyusahkan kedua orang tua pada waktu itu.

Alhamdulilah kini selepas 40 tahun, baru saya berpeluang untuk menyambung kembali bidang yang amat saya minati ini. Selain daripada minat membaca saya juga minat menjahit dan juga menyimpan impian untuk mendalami bidang jahitan suatu masa nanti.


Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

        AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH
Menawarkan kelas kemahiran secara online dan kebanyakan masa ditentukan oleh anda sendiri.
Antara kelas-kelas yang diadakan secara online ialah:
@ Kelas asas blog dan penulisan

@ Kelas asas blog fanpage dan mula niaga
@ Kelas  beriklan mudah.my
@ Kelas penulisan ebook pertama
@ Kelas penulisan kreatif
@ Kelas Telekung solat borong dan runcit
@ Kelas asas wordpress
@ Kelas mula bisnes makanan sunnah
@ Kelas mula bisnes selepas raya
@ Kelas akaun offline dan juga online
@ Tempahan blog perniagaan siap 5 hari
    Beriklan dengan kami di pautan 800 lebih blog di ABDR. 

Pendaftaran pengurus online/rakan niaga ABDR. Baca lebih banyak keterangan kelas di http://akademibekerjadarirumah.blogspot.com

Jika anda telah bersedia dan juga berminat, sila hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com ataupun singgah di blog saya http://sariahawangsenik.blogspot.com

Nota : Saya masih lagi mencari beberapa orang rakan saya  yang hingga kini belum saya temui. Antaranya adalah Khalijah Abdul Malek, Rosazila Abdul Karim , Nazir ( Tiada nama ayah, sebab tidak berapa ingat). Buat semua rakan-rakan saya ini, jikalau terbaca blog saya yang tidak seberapa silalah hubungi saya di no tel atas ataupun addlah Facebook saya Sariah Awang Senik.

JUADAH ISTIMEWA UNTUK HARI RAYA HAJI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Sempena hari raya haji tidak lama lagi, tentu anda masih tercari-cari apakah juadah istimewa untuk di hidangkan untuk keluarga tersayang. Apa kata mencuba resipi Nasi Arab Al Bayt.

Terdapat di dalam pelbagai perasa. Antaranya ialah di dalam rasa aya dan juga kambing. Ada 4 jenis perasa Nasi Arab.  Di antaranya ialah:
@@@ Nasi Mandy Ayam
@@@ Nasi Mandy Kambing
@@@ Nasi Kabsah
@@@ Nasi Malqubah.

Semua cara-cara memasaknya ada tertera di kotak nasi Arab. Harga tersangat menarik. Harganya ialah RM15 dan kos posnya ialah RM7.

Jika anda berkenaan ingin mendapat dan juga mencuba resipi Nasi Arab ini, boleh terus hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com.

Coretan Nasi Arab
Sariah Awang Senik


Sila singgah sebentar membaca blog baru yang juga merupakan rakan niaga baru di ABDR.
Blognya ialah asiahbudiman.blogspot.com.

BUAT YANG ISTIMEWA MUHAMAD AIMAN HAKIMI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Semalam genap usia anak lelaki kesayanganku Muhamad Aiman Hakimi. Rasanya baru semalam ibu melahirkan Aiman ke dunia ini. Sebenarnya antara gelaran yang paling membanggakan sepanjang hidup ialah apabila ibu bergelar seorang ibu kepada arwah kakak, abg dan juga adik. Ibu bersyukur kerana Allah memberi ibu peluang untuk ibu memikul amanah menjaga ketiga-tiga permata kesayangan ibu.

Namun sebagai ibu, ibu tidak mampu menyediakan hadiah yang mahal-mahal setiap kali tiba hari kelahiran abang dan juga adik. Hanya ibu mampu sediakan adalah masakan kegemaran untuk abang dan juga adik. Insha Allah jikalau ada rezeki yang lebih ibu akan sediakan apa yang termampu oleh ibu.

Harapan ibu terhadap abang ialah moga abang akan cemerlang bukan sahaja di dalam pelajaran bahkan juga di dalam bidang agama. Perkara yang paling penting ialah jangan lupa solat dan rajin-rajinlah mengamalkan solat sunat dan juga amalan-amalan yang lain.

Semoga abang akan memprolehi keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan PT3 dan juga di dalam bidang yang lain.

Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik

Sila sebentar menjenguk membaca blog rakan ABDR yang baru yang mengusahakan perniagaan homestay. Blognya ialah rozanahzakaria.blogspot.com

Jika anda berminat dan sudah bersedia ingin ketahui lebih lanjut tentang Akademi Bekerja Dari Rumah boleh hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com.
Boleh juga membaca blog saya http://sariahawangsenik.blogspot.com


Friday 26 September 2014

KK4 DALAM KENANGAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Tentu anda ingin tahu, apa dia KK4 itu? Kalau nak tahu itulah nama salah sebuah wad kanak-kanak di sebuah Hospital Peadiatrik Kuala Lumpur. Di sinilah arwah anak menjalani pembedahan pertamanya sewaktu berumur hampir sebulan. Semua kanak-kanak yang hampir sama keadaannya akan menjalani pembedahan dan juga rawatan susulan selepas pembedahan pertama.

Kalau nak tahu wad KK4 ini terlalu banyak menyimpan kenangan manis sepanjang arwah anak sakit dan juga mendapat rawatan di wad ini. Wad KK4 ini umpama rumah kedua bagi saya dan juga arwah anak ketika itu. Bila-bila masa apabila arwah anak deman panas ataupun terkena jangkitan dia akan di masukkan ke wad KK4 ini. Semua jururawat dan juga doktor yang merawat arwah anak semasa arwah sakit sangat mesra dan bagaikan keluarga dan juga saudara mara bagi saya dan keluarga.

Secara jujur saya hampir lupa nama jururawat yang merawat arwah anak ketika itu, tetapi saya masih menyimpan salah satu gambar semasa berada di wad KK4 dan juga menjaga arwah.
Hampir 3 tahun lebih saya menghabiskan masa berulang alik dari Nilai Negeri Sembilan ( ketika itu menetap di kampung Jijan Nilai Negeri Sembilan) ke Hospital Peadiatrik Kuala Lumpur.

Insha Allah di entri yang akan datang saya akan berusaha memuatkan gambar semasa berada di wad KK4 Hospital Peadiatrik Kuala Lumpur. Dengan tersiarnya gambar tersebut, saya berharap dapat bertemu kembali dengan jururawat yang pernah merawat arwah anak semasa arwah berada di wad KK4 dahulu.

Akhir kata saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua jururawat dan juga doktor yang tidak pernah jemu memberikan rawatan dan juga melayan karenah arwah anak semasa arwah berada di wad KK4 dahulu.

Wad KK4 di dalam kenangan yang paling indah.

Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

  Kelas akaun secara offline akan diadakan tidak lama lagi.
Tarikh : 11/10/2014
Hari    : Sabtu
Lokasi : Shah Alam
Yuran  : RM 199
Tempat adalah terhad. Jika anda berminat untuk menyertainya bolehlah hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

BERSANTAI DI HARI CUTI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Hari ini dan juga esok sebenarnya hendak bercuti selama 2 hari. Bukan apa, rakan sekerja tidak lama lagi akan bercuti panjang dan agak sukar untuk ambil cuti.
Kebetulan anak dara tidak bersekolah agama dan juga banyak masa lapang boleh dihabiskan bersama-sama anak dara tersayang ini. Hari ini juga adalah hari jadi anak bujang tersayang Muhamad Aiman Hakimi yang ke 15 tahun.

Secara jujurnya sebagai seorang ibu yang hidup secara sederhana memang tidak mampu hendak sediakan hadiah yang mahal-mahal untuk anak-anak. Cuma mampu sediakan makanan kegemaran anak-anak dan juga sesekali berjalan ke tempat yang agak istimewa.

Ketika sedang menulis entri ini saya sedang menghabiskan masa yang ada bersantai dengan anak dara tersayang. Anak dara yang seorang ini sibuk mengajak saya ke pekan untuk berjalan-jalan.
Walaubagaimana pun saya menolak dan memberi alasan akan pergi ke pasar malam esok petang.

Saya berdoa semoga saya selalu berdoa agar kami anak beranak akan hidup bahagia bersama-sama mencapai impian dan juga cita-cita masing-masing.

Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik

-------------------------------------------

AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH
Kini sudah mengeluarkan ebook baru yang bertajuk EBOOK RAHSIA KHIDMAT PELANGGAN USAHAWAN ONLINE
Kini ebook ini berharga RM30 untuk 50 pembeli terawal.

RAHSIA KHIDMAT PELANGGAN USAHAWAN ONLINE.
Antara kandungan ebook ini ialah :
@@@ Bab 1 : Urusniaga online
@@@ Bab 2 : Mengembriakan pelanggan
@@@ Bab 3 : Membina keyakinan pelanggan
@@@ Bab 4 : Menawan hati pelanggan
@@@ Bab 5 : Menghargai Pelanggan
@@@ Bab 6 : Kuasa Khidmat Pelanggan
@@@ Bab 7 : Khidmat Pelanggan Profesional
@@@ Bab 8 : Kuasa suara dan gerak hati
@@@ Bab 9 ; Tingkatkan Bilangan Pelanggan Setia
@@@ Bab 10:  Tingkatkan keuntungan Dengan kuasa Pelanggan Usahawan

Jika anda ingin mendapatkan ebook terbaru ini bolehlah hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Thursday 25 September 2014

PAU TANJUNG MALIM

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Tentu anda tertarik ingin memakan pau yang cantik dan gebu ini. Kalau nak tahu, inilah Pau Tanjung Malim. Mempunyai beberapa cawangan di sekitar Kuala Lumpur. Namun cawangan yang paling utama adalah di Tanjung Malim Perak. Selain daripada itu ianya mempunyai juga sebuah cawangan di hentian Rehat dan Rawat Plus Hulu Bernam.

Pau Tanjung Malim menpunyai sejarahnya yang tersendiri. Perniagaan ini sebenarnya adalah perniagaan keluarga yang telah diusahakan sejak turun temurun lagi. Sekarang perniagaan ini telah pun diambil alih oleh anaknya dan juga telah diuruskan dengan caranya yang tersendiri.

Walaupun anak-anaknya belajar di luar negeri namun apabila balik ke tanah air akan menyambung kembali perniagaan yang dijalankan oleh keluarga. Mempunyai kilangnya yang tersendiri di pekan Tanjung Malim, Pau Tanjung Malim memang sudah lama terkenal sejak tahun 50 an lagi. Majikan saya sebenar amat mementingkan layanan terhadap para pelanggannya.

Untuk pengetahunan semua, jikalau anda lalu dari arah utara menuju ke Kuala Lumpur, singgahlah sebentar berhenti berehat di R&R Hulu Bernam. Para pelanggan Pau Tanjung Malim sebenarnya mempunyai pelanggannya yang tersendiri.

Pau Tanjung Malim mempunyai sebuah restorannya bersebelahan dengan hospital Tanjung Malim, juga berdekatan dengan Universiti Tanjung Malim. Restoran di Tanjung Malim dibuka dari jam 9 pagi hinggalah 9 malam.

Di hentian Rehat & Rawat Hulu Bernam pula dibuka dari jam 6 pagi hinggalah jam 12 malam.
Saya telah bekerja dan juga mencari rezeki di sini selama hampir 10 tahun dan di sinilah saya bekerja sambil mencari pengalaman di dalam bidang perniagaan. Selain daripada itu saya bertuah kerana mempunyai majikan yang tidak cerewat dan amat memahami apa jua masalah yang dihadapi oleh setiap para pekerjanya.

Semoga suatu hari nanti, saya mampu membuka sebuah kafe yang mempunyai jenama yang tersendiri. Sebagaimana yang telah pun diusahakan oleh perniagaan keluarga majikan saya.
Jikalau anda teringin memakan pau yang cantik dan gebu ini bolehlah singgah sebentar di hentian Rehat &  Rawat Hulu Bernam ataupun terus singgah ke restorannya di pekan Tanjung Malim.

Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik

Tuesday 23 September 2014

REZEKI PERTAMA DARI BLOG

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri Dan Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Syukur rezeki pertama daripada berblog. Hasil daripada perkongsiaan tentang arwah anak di blog, rupanya telah menarik perhatian seorang editor daripada sebuah majalah tempatan. Walaupun hasilnya tidaklah sebanyak mana, namun cukup memuaskan hati.

Menganggap semuanya sebagai salah satu motivasi diri untuk lebih menulis entri yang lebih baik dan juga berguna untuk para pembaca blog. Kita tidak pasti siapa pembaca blog kita. Mungkin seorang editor majalah, seorang ahli perniagaan ataupun sesiapa sahaja. Maka dengan itu kita harus belajar untuk membuat blog yang baik dan juga dapat memberi manfaat kepada para pembacanya.

Jangan berfikir belajar menulis blog hanya untuk tujuan perniagaan dan juga perkhidmatan, malah seseorang yang hanya bergelar seorang surirumah pun mampu mempunyai blog yang tersendiri. Seorang surirumah mungkin boleh menulis tentang urusan rumahtangga, tips-tips menguruskan anak-anak, berkongsi petua masakan ataupun resipi kegemaran keluarga.

Ternyata pengaruh blog terhadap kehidupan seharian teramat luas dan lebih terbuka. Jangan menggunakan blog untuk bercerita perkara yang tidak sepatutnya. Elakkan menulis perkara yang negatif di blog anda sendiri.

Cubalah konsisten di dalam menulis entri yang berguna di dalam blog anda. Manfaatkan sebaik yang mungkin blog yang anda miliki. Tulislah secara lebih santai dan tidak terlalu terikat. Apabila belajar menulis blog di Akademi Bekerja Dari Rumah, semua ahli protege di ABDR akan bersama-sama bekerja sama mempromosi blog anda sekaligus dapat menaik aliran traffic pembaca singgah membaca blog yang kita miliki.

Jika anda telah bersedia dan juga ingin tahu bagaimana dengan berblog juga manpu menjana pendapatan dari rumah, boleh terus hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik

Wishlist;
@@@ Ingin mencari pakej percutian bagi keluarga yang berpendapatan rendah.
@@@ Ingin lebih banyak berkongsi pengalaman kehidupan dengan orang lain.
@@@ Ingin menjadi seorang penulis novel ataupun cerpen

Monday 22 September 2014

SABUN HIJAU- SABUN MARRINE ESSENCE

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google Dan Facebook

Anda selalu menghadapi masalah kulit dan juga masalah-masalah di bawah. Antara masalah tersebut ialah :
@@@ Ketiak berbau
@@@ Ketiak, leher, lutut dan celah kelangkang yang hitam dan juga gelap
@@@ Masalah jerawat
@@@ Masalah kulit badan yang gatal
@@@ Eczema
@@@ Masalah parut

Semua masalah tersebut dapat diatasi dengan menggunakan Sabun Hijau ataupun SABUN MARRINE ESSENCE. Sekotak mengandungi 3 ketul dan harga RM105. Dengan membeli sekotak dapat bertahan selama sebulan dan dapat digunakan seisi keluarga.

Antara kandungan Sabun Marrine Essence ialah :
@@@ Garam Buloh
@@@ Ekstrak the Pu-erh
@@@ Ekstrak Liquorine
@@@ Minyak Tea Tree
@@@ Vitamin E
@@@ Gliserin
@@@ Aloe Vera

Berikut disertakan juga testimoni pengguna yang telah pun menggunakan Sabun Marrine Essence dan mereka sangat berpuas hati dengan Sabun Hijau.

Jika anda berminat ingin mencuba bolehlah segera hubungi saya dan juga whatshapp .

Coretan Sabun Hijau
Sariah Awang Senik

JELLY BERKHASIAT- PUR Q ACTIVE

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google Dan Facebook

Kanak-kanak memang suka memakan jelly yang lembut dan kenyal. Di tambah lagi dengan jelly yang berwarna-warni. Tetapi jelly yang akan diperkenalkan ini bukanlah jelly biasa, tetapi ia adalah jelly PUR Q ACTIVE.

Salah satu makanan minda yang amat sesuai untuk kanak-kanak makannya. Mudah menarik minat kanak-kanak memakannya tanpa paksaan. Bentuknya berwarna-warni dan lembut amat menyelerakan.

PUR Q ACTIVE dapat merangsangkan pengaliran oksigen ke otak dengan cara senantiasa mengamalkan memakan PUR Q ACTIVE dengan 2 biji sehari selepas minum pagi.

Harga PUR Q ACTIVE ialah RM35 dan juga RM5 postage. Jikalau berkenaan dan berminat untuk mencuba boleh hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com.

Coretan PUR Q ACTIVE
Sariah Awang Senik

Sunday 21 September 2014

HATI SEORANG IBU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google

Alhamdulilah, bersyukur kerana aku masih berpeluang untuk menulis di blog yang paling aku sayang ini. Cuti sekolah telah pun berakhir selama seminggu. Tidak banyak yang aku boleh lakukan untuk-anak tersayang. Selain sibuk dengan kerja dan tanggungjawab, aku hanya mampu menghabiskan masa di rumah memasak dan juga berbual bersama-sama dengan anak-anak.

Kalau diikutkan aku hendak sahaja aku bercuti bersama-sama dengan anak-anak. Tapi dengan kedudukan yang belum kukuh, aku tidak mampu membawa anak-anak bercuti seperti kebanyakan ibubapa yang lain. Namun insha Allah suatu hari nanti aku juga akan mampu membawa mereka berdua bercuti ke tempat yang mereka ingin lawati. Tetapi kekadang banyak perkara yang aku rasa belum aku lakukan sebagai seorang ibu. Sebagai seorang ibu aku masih tidak sempat untuk menyelami sepenuhnya hati dan juga perasaan anak-anak aku. Jauh di sudut hati aku, masih terasa ada sesuatu yang anak-anak aku sembunyikan demi menjaga hati dan juga perasaan aku.

Mungkin suatu hari nanti mereka berdua akan dapat meluahkan segala apa yang terbuku di hati kedua anak-anak aku. Buat Muhamad Aiman Hakimi dan juga Nur Damia Rifqah, ibu yang sudah hampir berambut uban memutih dan juga usia sudah makin meningkat ini, ibu mohon ribuan ampun dan maaf kerana tidak dapat memenuhi segala impian kalian berdua.

Ibu kini sedang berusaha dengan gigih untuk membina kembali kehidupan yang lebih bermakn. Walapun tanpa seorang yang bergelar abah atau ayah dan juga suami bagi ibu, ibu tetap bersyukur dengan adanya kalian berdua dan juga segala kasih asayang Allah bersama-sama kita.

Itulah sahaja pesanan yang tidak seberapa untuk anak-anak tersayang. Nanti kalau ada perkara yang terlintas di fikiran nanti akan aku kongsikan di ruangan kesayangan ini.

Okey sebelum terlupa kepada sesiapa sahaja yang bercadang untuk bekerja dari rumah sekaligus menjana pendapatan dari rumah, bolehlah menyertai AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH.
Semua kemahiran secara online mengikut masa yang anda tentukan sendiri.

Jika berminat dan telah bersedia bolehlah hubungi saya Sariah Awang Senik  019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Coretan Yang Tidak Seberapa
Sariah Awang Senik

--------------------------------------------

Wishlist:
@@@ Teringin membawa anak-anak bercuti dengan pakej percutian yang istimewa.
@@@ Sedang mencari dan juga menambah koleksi buku yang sesuai untuk pembacaan anak-anak berumur 9-15 tahun ke atas.

Nota : Untuk pengetahunan semua saya bercadang menwujudkan perpustakaan kecil di rumah. Mungkin perbelanjaan sekarang tinggi namun saya pasti dengan budget yang rendah pun, saya boleh adakan dirumah. Kepada sesiapa yang ada idea yang sesuai boleh juga hubungi saya melalui email saya ya.

Saturday 20 September 2014

AKTIVITI CUTI SEKOLAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri

Masa berlalu amat pantas. Sedar-sedar dah pun nak habis cuti sekolah selama seminggu ini. Ketika orang lain sibuk bawa anak-anak berjalan ke sana dan ke sini, aku dan anak-anak sibuk bekerja. Anak yang bujang selain sibuk dengan tuisyen, sebelah petang pulak sibuk bekerja. Sebagai ibu, aku memang tidak memaksa anak bekerja, tetapi kerana ingin berdikari dan anak yang lelaki ini kuat semengat untuk bekerja.

Sejak cuti sekolah bermula, terlalu banyak perkara yang perlu.aku uruskan. Biasalah apabila bergelar seorang ibu dan ayah sekaligus. Bukan bertujuan nak meraih simpati sesiapa, segalanya.aku sudah terima segala ketentuan yang telah ditetapkan olehnya.

Rasanya esok aku akan sambung balik coretan ini. Waktu pun dah makin lewat. Harus rehatkan diri sebab esok ada tanggungjawab berat sudah menanti. Insha Allah akan dipermudahkan semua.

Coretan Cuti Sekolah
Sariah Awang Senik

Thursday 18 September 2014

HASIL PERTAMA DARI MINAT MENULIS

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri

Alhamdulilah, syukur diatas segala nikmat yang diberi. Tidak sia-sia menulis hampir setiap hari di blog yang tidak seberapa itu, akhirnya membuahkan hasil. Kekadang rasa malu juga sebab inilah pertama kali kisah tentang arwah anak disiarkan di sebuah majalah tempatan. Tidak sangka perkongsiaan tentang kisah penyakit arwah anak adalah suatu titik permulaan untuk mengorak langkah yang lebih jauh di dalam bidang penulisan.

Sejak dari zaman persekolahan amat minat menulis diari dan tidak pernah sehelai pun diari itu saya biarkan ianya kosong sahaja. Kekadang walau coretannya tidak banyak, namun saya tetap berusaha untuk menulis di dalam diari kesayangan itu.

Untuk pengetahunan semua, saya mendapat peluang untuk menulis di majalah apabila tulisan saya di blog saya iaitu TRAVELOG KEHIDUPAN dibaca oleh seorang editor majalah dan tertarik dengan suatu entri tentang perkongsiaan menjaga anak-anak yang sakit kronik. Kisah bermula tentang arwah anak serta cara-cara menjaga anak-anak yang sedang sakit.

Editor majalah yang dimaksudkan itu ialah Nik Fauziah Nik Husin dari majalah Muslimah. Walaupun banyak kesilapan di sana dan sini namun dia telah berusaha sebaik yang mungkin untuk menyiarkan kisah arwah anak untuk majalah Muslimah keluaran September .
Semuanya berlaku begitu pantas dan saya sudah berusaha sebaik yang mungkin menulis tentang kisah penyakit arwah anak tersebut.

Walaupun saya tidak pasti apakah saguhati yang menanti hasil dari penulisan ini, namun jauh di sudut hati tetap bersyukur dengan peluang yang diberikan oleh editor majalah tersebut.

Semoga dengan tersiarnya kisah tentang arwah anak ini akan membangkitkan lagi semengat untuk saya menulis da terus menulis berdasarkan pengalaman hidup yang telah saya lalui selama ini.

Coretan Semengat
Sariah Awang Senik

Nota : Ucapan yang terima kasih yang tidak terhingga untuk Nik Fauziah Nik Husin dari majalah Muslimah kerana memberi saya peluang untuk berkongsi pengalaman menjaga anak yang sakit.

Wednesday 17 September 2014

AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook

Akademi Bekerja Dari Rumah adalah suatu platform bagi sesiapa sahaja yang ingin bekerja dari rumah sekaligus menjana pendapatan sampingan dari rumah. Bukan agent MLM, bukan skim cepat kaya, bukan pemberi pinjaman kewangan.

Bertindak dan juga memberi peluang kepada mereka yang ingin menjana pendapatan sampingan berdasarkan minat, perniagaan yang tersedia ada, perkhidmatan bahkan juga melalui perkongsiaan hidup yang anda pernah lalui.

Terdiri daripada golongan yang berbeza latar belakang pendidikan malah ada juga golongan profesional yang telah lama menyertai ABDR dan memberi sumbangan berdasarkan ilmu yang mereka telah pelajari.

Semua aktiviti kemahiran adalah melalui online dan juga mengikut masa yang anda tetapkan sendiri. Tiada paksaan di dalam menyiapkan segala tugasan, tetapi semuanya secara santai dan tidak perlu terlalu tergesa-gesa.

Antara kelas-kelas yang diadakan di ABDR secara online ialah :
@@@ Kelas blog dan penulisan.
@@@ Kelas asas blog fanpage dan mula bisnes
@@@ Kelas beriklan mudah.my
@@@ Kelas penulisan ebook pertama
@@@ Kelas telekung solat borong dan juga runcit
@@@ Kelas asas wordpress
@@@ Kelas mula bisnes makanan sunnah
@@@ Kelas mula bisnes selepas raya
@@@ Kelas akaun online/offline
@@@ Tempahan blog bisnes 5 hari siap
@@@ Beriklan dengan kami di pautan 800 lebih blog.
Pendaftaran pengurus online/rakan niaga ABDR. Baca lebih banyak keterangan kelas dan ulusan kelas di http://akademibekerjadarirumah.blogspot.com

Jika anda telab bersedia dan juga ingin ketahui lebih lanjut, sila hubungi saya Sariah 019-4075634 untuk sms ataupun whatshapp.
Anda juga boleh hubungi saya di email iaitu sariah.awangsenik@gmail.com

Coretan ABDR
Sariah Awang Senik

Monday 15 September 2014

AKTIVITI JAHIT BAJU SELUAR KOYAK

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Menjadi suri yang bekerja dan juga sekaligus menjana pendapatan dari rumah bukanlah perkara yang mudah. Sejak hari pertama cuti sekolah, hinggalah sekarang, ada sahaja perkara penting yang hendak dibuat. Memang tidak menang tangan dibuatnya.

Anak bujang seorang ada kelas tambahan hari ini. Pagi tadi, dia dah pesan supaya tolong jahitkan seluarnya yang sudah koyak. Mungkin ada yang pernah membaca blog saya yang terlebih dahulu yang saya pernah mengambil upah jahit baju,seluar ataupun apa sahaja yang perlukan khidmat saya. Kalau nak tahu, jiran sebelah rumah pun menjahit juga.

Saya tidak pasti sama ada khidmat saya ini mendapat sambutan secara online, namun kekadang perkara yang orang jarang lakukan, itulah yang mendapat sambutan. Khidmat menjahiy baju dan juga seluar yang koyak telah lama saya lakukan secara offline. Antara khidmat yang saya lakukan ialah :
### Jahit seluar dan juga baju koyak.
### Potong baju ataupun seluar yang panjang.
### Menukar zip yang rosak.
### Membesar dan juga mengecilkan baju,seluar ataupun kain.
### Jahit langsir yang simple.

Kadar upah tidaklah terlalu mahal. Semua bergantung kepada jenis kain. Jika ada yang berkenaan, perlukan khidmat saya secara online, boleh terus hubungi saya :
Sariah 019-4075634
Sms/whatshapp
Email sariah.awangsenik@gmail.com

Nota : Semua kelas di Akademi Bekerja Dari Rumah diadakan secara online mengikut kesesuaian masa anda sendiri.

ADUH!!!MALASNYA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Aduh!!! Malasnya hari ini. Kekadang rasa malas sangat. Nak tahu malas apa, malas nak ;
@@@ Mengemas rumah
@@@ Memasak
@@@ Membasuh kain baju
@@@ Melipat baju
@@@ Mencari informasi yang berguna
@@@ Nak update blog

Tetapi walau malas macam mana pun, kena buat jugak. Dah bermula tidak akan nak tinggalkannya macam tu je. Lagipun berjuang untuk buang sifat malas ini, bukan perkara yang baru kan. Apapun hanya pada permulaan malas, lepas itu semuanya macam biasa balik selepas sudah nampak hasilnya walau masih samar-samar.

Tidak nak cepat mengalah dek perasaan malas, saya redahkan semua. Berdoa moga semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala-galannya.

Kepada yang masih tercari-cari apakah perniagaan yang sesuai dijalankan dari rumah, bolehlah dapatkan ebook tentang 1001 idea bisnes daripada rumah. Ingin dapatkannya, bolehlah hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Coretan Malas
Sariah Awang Senik

Friday 12 September 2014

BERMULA CUTI SEKOLAH SELAMA SEMINGGU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber :  Sendiri

Alhamdulilah, terasa sekejap sangat masa berlalu. Pejam celik,pejam celik dah pun nak masuk hujung tahun. Anak teruna pun dah makin remaja yang si anak dara makin membesar jadi anak dara sunti. Emaknya pulak makin memutih rambut, tanda banyak sangat perkara yang nak difikirkannya. Tidak mengapa, semua itu bukanlah suatu bebanan, malah menjadi suatu latihan untuk lebih bertambah kuat dan juga tahan lasak.

Yakin setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Cuti sekolah ini hanya seminggu tapi percayalah seminggu tu bukanlah lama sangat. Dari pagi sibuk siapkan sarapan untuk 2 orang cahaya mata kesayangan ini. Mentang-mentanglah hari pertama cuti, apa lagi bangun lambatlah masing-masing. Sekejap lagi kalau tidak bangun jugak alamat mulut si ibu ni tidak berhentilah membebel. Membebel bukan kerana benci tapi sayang sangat diaorang berdua ini. Merekalah penghibur mereka jugalah yang kekadang buat si ibu ini pening kepala.

Sebelum menghabiskan coretan dan bergerak berperang di dapur pulak, dah terbayang di ruang mata juadah istimewa yang bakal dihidangkan untuk anakanda-anakanda tersayang. Nak tahu apa juadahnya. Tunggu dan lihat nanti ya.

Okey, si ibu nak berhenti di sini dahulu. Nanti insha Allah kita sambung lagi ya.

Bagi sesiapa yang berminat untuk bekerja dari rumah dan juga menjana pendapatan dari rumah, bolehlah hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Coretan Cuti Sekolah
Sariah Awang Senik

Monday 8 September 2014

GOLONGAN IBU TUNGGAL BUKAN PEROSAK RUMAHTANGGA ORANG LAIN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri

Gelaran seorang ibu tunggal. Semua kaum wanita paling risau apabila dengar gelaran ini. Saya sendiri pun berfikiran negatif apabila mendengar orang bercakap pasal ibu tunggal. Ya, lah hampir semua masyarakat pandang rendah akan golongan ibu tunggal ini. Tetapi kalau nak tahu bukan semua golongan ibu tunggal ini suka merosakkan rumahtangga orang lain. Mungkin kebetulan mereka berkawan dengan suami orang dan itu yang menyebabkan masyarakat membabitkan golongan ibu tunggal apabila terjadinya pergaduhan antara suami dan isteri.


Apabila sudah bergelar seorang ibu tunggal memang saya terlalu amat takut dan juga malu. Takut untuk menempuh alam baru yang serba janggal dan paling takut adalah pandangan masyarakat sekeliling tentang gelaran baru ini. Tetapi apa kan daya saya, semuanya sudah tertulis dan yang pasti sudah berusaha sedaya upaya untuk selamatkan rumahtangga yang dibina atas dasar cinta ini. Tidak guna bersedih dan saya membuat keputusan untuk melupakan semuanya dan membina kembali kehidupan yang baru bersama dengan anak-anak. Memang pada mulanya agak sukar tetapi berkat doa dan juga usaha serta tawakal saya membina kembali satu persatu dan akhirnya berjaya juga melepasi segala bab kesedihan dan juga kekecewaan. 

Kata orang walau bercerai, segala perjuangan tentang kehidupan harus diteruskan dan jangan sesekali meraih simpati daripada orang lain terutamanya golongan suami orang. Berkawan boleh tetapi ada batas-batasnya. Jangan terlalu cepat terpedaya akan pujukan lelaki yang bermulut manis. Sebenarnya bukan semua golongan ibu tunggal menjadi penyebab kepada pergaduhan suami isteri. Banyak pergaduhan dan juga perselisihan faham terjadi akibat daripada beberapa faktor yang lain. Antaranya ialah sikap suami ataupun isteri, pihak ketiga seperti ibubapa mertua, rakan-rakan, ipar duai dan juga saudara mara. 

Apa pun yang berlaku, fikirlah secara lebih positif. Golongan ibu tunggal sebenarnya tidak mempunyai banyak masa untuk memikirkan tentang hal lain kecuali tentang kerja, kewangan dan yang paling utama adalah anak-anak. Mereka terlalu sibuk mengatur dan juga menyusun plan untuk menaik taraf kehidupan dan juga ekonomi keluarga mereka. Ibu tunggal seharusnya diberi sokongan untuk meneruskan kehidupan yang sepatutnya walaupun tanpa seseorang yang bergelar seorang suami.


Coretan Tulus Ikhlas
Sariah Awang Senik

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

     AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH

Menyediakan kelas-kelas secara online mengikut kesesuaian masa yang anda telah tetapkan sendiri. Semua kelas ada pengurus online terlatih yang akan memantau segala tugasan anda dari masa ke semasa.
Segala pertanyaan adalah secara inbox message dan akan dijawab oleh para pengurus online bila-bila masa sahaja.
Antara kelas-kelas yang diadakan secara online di ABDR ialah :
@@@ Kelas asas blog dan juga penulisan.
@@@ Kelas asas blog fanpage dan mula bisnes.
@@@ Kelas beriklan mudah.my
@@@ Kelas penulisan ebook pertama
@@@ Kelas penulisan kreatif
@@@ Kelas telekung solat borong dan juga runcit.
@@@ Kelas asas wordpress.
@@@ Kelas mula bisnes makanan sunnah.
@@@ Kelas mula bisnes selepas raya.
@@@ Kelas akaun online/offline
@@@ Tempahan blog perniagaan siap dalam masa 5 hari
@@@ Beriklan dengan kami di pautan 800 lebih blog.
Pendaftaran pengurus online /rakan niaga ABDR. Baca lebih banyak ulusan tentang kelas di sini http://akademibekerjadarirumah.blogspot.com

Anda berminat dan sudah bersedia ingin ketahui lebih lanjut tentang kelas-kelas tersebut boleh terus hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Anda boleh juga menggunakan blog saya yang tidak seberapa ini untuk memuatkan produk dan juga perkhidmatan anda. Blog saya ialah http://sariahawangsenik.blogspot.com




SEHARIAN BERSAMA ANAK TERSAYANG

Teks: Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri

Hari ini sepatutnya saya bekerja tetapi memandangkan badan tidak berapa sihat dan hidung pun tersumbat saya mengambil keputusan untuk cuti sahaja. Saya terus memberitahu sahabat di tempat kerja yang saya hendak bercuti. Lagipun esok sahabat saya itu akan ke hospital untuk membuat rawatan dan mungkin akan ditahan di hospital. Sementara dia belum di tahan di wad, baik saya bercuti terlebih dahulu. Kalau nak tahu, anak dara saya pun tidak bersekolah agama hari ini.

Memandangkan dia baru sahaja habis peperiksaan, maka saya beri dia kelonggaran untuk bercuti di rumah sahaja. Tidak banyak aktiviti yang saya lakukan bersama anak dara tersayang ini. Sedang saya sibuk manaip blog dan juga kerja-kerja online di internet, dia pun terlena tertidur dengan sendiri. Kekadang kesian jugak kat dia ini. Banyak masa dia terpaksa habiskan dengan mengikut saya ke tempat kerja selepas habis waktu persekolahan. Pernah jugak saya mencadangkan agar dia belajar duduk rumah sendirian, tetapi bimbang pulak akan keselamatannya. Mungkin kalau abang dia ada di rumah, barulah saya tidak rasa bimbang sangat. 

Dia mempunyai minat yang sama dengan saya, iaitu membaca. Kini dia sedang berusaha mengumpul novel remaja iaitu Ain Maisarah. Kalau ada sesiapa yang menjual novel remaja tetapi tidak semestinya penulis yang sama, bolehlah hubungi saya ya. Bukan apa saya hendak menggalakkan lagi dia membaca dan mencari ilmu pengetahunan dengan cara yang lebih santai dan tidak tertekan.

Ketika saya sedang menulis coretan ini, dia sedang asyik menonton tv setelah sama-sama memberi idea saya menulis untuk entri yang baru ini. Dia juga berminat dengan bidang fotografi. Sebagai seorang ibu, saya memberikan dia sepenuh sokongan ke atas apa sahaja bidang yang diceburinya.
Semoga suatu hari nanti dia juga dapat menjadi seorang anak yang taat dan juga solehah. 

Buat Nur Damia Rifqah , insha Allah ibu akan usaha memberi yang terbaik di antara yang terbaik. Doakan agar kita bahagia selalu ya.



Coretan Harian
Sariah Awang Senik


Nota ; Jika ada rakan-rakan blog yang menjual novel-novel remaja secara online ataupun yang terpakai, bolehlah hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634 ataupun email saya sariah.awangsenik@gmail.com

Berkenalan juga dengan rakan-rakan blogger saya yang lain iaitu Sharimah Yahya http://sharimahyahya.blogspot.com

MENGAPA SAYA SUKA MENULIS BLOG

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri

Semua orang mampu menulis blog. Tetapi bagaimana kita mampu membuatkan orang untuk tertarik singgah membaca blog kita sekaligus mampu menarik traffic yang tinggi setiap hari. Kalau nak tahu saya pun masih baru lagi di dalam dunia blog. Kalau dulu blog pertama yang saya ada hanya kisah tentang aktiviti harian dan juga perasaan sedih dan juga kecewa tetapi setelah belajar serba sedikit ilmu di Akdemi Bekerja Dari Rumah melalui kelas blog dan penulisan, saya makin memahami akan tujuan berblog itu sebenarnya.

Sekarang saya lebih berhati-hati di dalam mencari entri baru setiap hari untuk blog saya. Selalu saya fikirkan sebelum menulis blog ialah bagaimana entri saya mampu memberi manfaat pada orang lain. Sebenarnya menulis blog bagai memberi suatu kepuasan kepada saya. Menulis di blog, saya mampu meluahkan segala apa yang ada asal sahaja ianya tidak keterlaluan dan juga tidak menyinggung mana-mana pihak. Kalau rasa macam dah agak.tersentuh hati sesiapa, pada akhir blog bolehlah kita meminta maaf dan sebagainya.

Saya suka menulis dan berkongsi apa sahaja di blog kerana pembaca blog ada peminatnya yang tersendiri. Hampir semua orang mempunyai kemudahan internet sama ada melalui telefon pintar ataupun komputer di rumah. Dan tentunya bila kita hendak .mencari sesuatu maklumat, kita akan menaip perkataan ' Google' dan akan terdapat pelbagai macam jenis blog tentang bermacam maklumat. Itulah kepuasan di dalam berblog. Bukan hanya orang mampu kenal kita hanya di negara sendiri tetapi juga orang dari negara lain.

Itulah sebabnya kenapa saya suka.menulis blog.  Dapat menulis secara santai tanpa rasa terdesak ataupun tertekan. Setiap hari saya berazam menulis entri yang bukan sahaja bermanfaat malah menarik untuk dikongsikan bersama-sama dengan orang lain.

Catatan Blog
Sariah Awang Senik


Jika ada yang berminat untuk belajar tentang blog untuk perniagaan dan juga perkhidmatan anda boleh terus hubungi saya:
Sariah Awang Senik
019-4075634
sariah.awangsenik@gmail.com
Saya juga adalah agent dropship untuk pelbagai produk, antaranya.ialah :
@@@ PUR Q ACTIVE
@@@ KAPSUAL MANJAKANI ASLI
@@@ SABUN MARINE ESSENCE
@@@ PERFUME GARDEN
@@@ PES NASI ARAB
@@@ SAMBAL KENTANG

Anda juga boleh menggunakan blog saya untuk mempromosikan produk dan juga perkhidmatan yang sedang anda usahakan.
Boleh layari blog saya http://sariahawangsenik.blogspot.com

Saturday 6 September 2014

MANJAKANI ASLI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook

Assalamulaikum, terdapat banyak produk yang berada di pasaran tetapi belum tentu dapat dipastikan sama ada ianya adalah asli ataupun sebaliknya.

Kini terdapat produk yang 100% asli dan juga bebas daripada bahan kimia.

Kapsual Manjakani By Sue. Diprocess di dalam bentuk kapsual dan juga lebih senang dimakan berbanding air rebusan. Antara kebaikan mengamalkan memakan Kapsual Manjakani ini ialah:
### Mengetatkan dan memulihkan otot dalaman wanita.
### Merawat jerawat dan memudarkan parut jerawat.
###  Mennyahkan bau di bahagian sulit dan jug mennyahkan juga bau yang tidak diingini.
### Merawat masalah keputihan wanita, mengawal lendir dan juga lelehan dari anggota sulit wanita.
### Memulihkan luka selepas bersalin.
### Mampu meredakan luka luaran, merawat ulser mulut dan juga sakit tekak.
### Menegangkan payudara dan juga mencantikkan kulit.

Harga amat berpatutan iaitu RM40 untuk 50 biji. Jika anda ingin mencubanya bolehlah hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com
Produk adalah halal dan juga dikeluarkan oleh 100% bumiputera.

Coretan Manjakani
Sariah Awang Senik

Friday 5 September 2014

PES NASI ARAB AL BAYT TERLAJAK LARIS

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook

Tidak lama lagi tetamu istimewa nak datang. Tapi masih lagi pening nak masak apa dan juga masih tercari-cari juadah istimewa yang dapat disediakan di dalam masa yang tidak terlalu lama.

Apakata mencuba pes Nasi Arab berjenama Al Bayt ini. Istimewanya cara-cara memasak ada tertera dikotak yang telah disediakan.

Terdapat 5 jenis Nasi Arab Al Bayt.
Antaranya ialah :

@@ Nasi Mandy Ayam
@@ Nasi Mandy Kambing
@@ Nasi Kabsah
@@ Nasi Maqlubah
Mengandungi beras basmathi bermutu tinggi.
Harga amat istimewa RM15 kos pos ialah RM7 untuk 1 kotak.

Teringin untuk mencuba untuk santanpan keluarga tersayang anda, boleh terus hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Coretan Produk
Sariah Awang Senik

===========================

      AKADEMI BEKERJA DARI
       RUMAH

@@@ Menyediakan kelas secara online
@@@ Masa kelas, anda yang tentukan sendiri
@@@ Pengurus online terlatih senantiasa bersiap sedia membantu anda

Jika ingin mendaftar boleh email saya email sariah.awangsenik@gmail.com.
Anda boleh juga singgah di blog saya http://sariahawangsenik.blogspot.com

REJECT BRANDED PERFUME

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook

Assalamulaikum, tentu bila kita pergi shopping pasti kita ternampak barang-barang yang cantik tapi tidak mampu nak beli sebab terlalu mahal. Sejak kebelakangan ini, saya minat dengan perfume ataupun minyak wangi tapi mampu nak beli sebab terlalu mahal.

Kini ada cara lain untuk membeli perfume berjenama dengan harga yang berpatutan. Walaupun harganya hampir semua seratus ke atas tetapi tahan lama dan  adalah yang original.

REJECT BRANDED PERFUME, reject bukan bermakna rosak cuma ada kecacatan dari segi pembungkusan dan juga label.
Ianya boleh juga diuji keasliannya dengan cara yang tersendiri.
Anda boleh lihat katalog yang dilampirkan dan jika berminat ingin mendapatkannya boleh terus hubungi saya :
@@ Sariah Awang Senik
@@ 019-4075634
@@ Email sariah.awangsenik@gmail.com
Anda boleh juga sms ataupun whatshapp saya untuk sebarang pertanyaan.

Coretan Perfume
Sariah Awang Senik

Untuk sebarang testimoni pelanggan yang telah pun menggunakan produk ini, anda boleh layari laman web ini di http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.829420550410547&type=1

PUR Q ACTIVE

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri

Begitu cepat masa berlalu. Sekejap je dah sampai hari Jumaat. Anak-anak pulak makin lama membesar. Tidak lama lagi anak teruna dah pun berumur 15 tahun. Tidak tahulah hadiah apa yang nak bagi nanti pada dia.

Okey, bagi ibubapa yang masih tercari-cari makanan minda yang sesuai untuk anak-anak, mungkin PUR Q ACTIVE boleh membantu. 
PUR Q ACTIVE ini adalah makanan minda yang berbentuk jelly yang berwarna warni yang amat sesuai untuk anak-anak.

PUR Q ACTIVE - Berbentuk jelly lembut.
Mudah dimakan berbanding cecair. Terdapat di dalam bentuk yang berwarna-warni. Mengandungi garam bukit, zafaran dan juga terapi ayat-ayat ruqyah. Dengan mengamalkan memakan PUR Q ACTIVE sebanyak 2 biji selepas sarapan pagi, ianya dapat bekalkan oksigen yang secukupnya ke bahagian otak.

Harga teramat istimewa. Harga RM35 dan postagenya ialah RM5. Ada hadiah istimewa menanti anda, bila anda beli PUR Q ACTIVE lebih daripada sebotol. Jika teringin hendak mencubanya boleh terus hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com.

Coretan Produk
Sariah Awang Senik

===========================

     AKADEMI BEKERJA DARI
        RUMAH
@@ Menyediakan kelas secara online mengikut masa yang anda tetapkan sendiri.
@@ Terdapat banyak kelas-kelas kemahiran untuk surirumah ataupun sesiapa sahaja yang ingin bekerja dari rumah.
@@ Pengurus online yang senantiasa bersiap sedia membantu tidak kira masa bersedia membantu dari masa ke semasa.

Jika anda telah bersedia dan ingin ketahui lebih lanjut, bolehlah terus hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah sariah.awangsenik@gmail.com.

P/S- Jika ada yang berminat tentang kucing dan juga penjagaannya sila singgah di blog ini www.shehren-shahadan.blogspot.com.

Thursday 4 September 2014

JOM...TIDUR...Zzzzzzzz

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri Dan Google

Sebenarnya mata ni dah mengantuk sangat. Nak kata kerja tadi banyak, tidak juga. Biasa je semuanya. Pelanggan pun tidaklah ramai mana. Tapi entah apa yang letih sangat, aku pun tidak pasti.

Mungkin sebab aku ni dah makin berumur ataupun kurang makanan tambahan. Faktor cuaca juga salah satu sebabnya. Yalah, sejak 2 atau 3 hari ini asyik hujan dan juga panas yang tidak menentu. Apapun aku bersyukur dapat melepasi semuanya.

Hati ini masih banyak lagi yang nak ditaip, tapi kelopak mata dah terlalu berat. Bantal, selimut dan juga tilam tu, dah macam terdengar je memanggil.

Sampai disini dahulu. Esok insha Allah sambung balik ya. Selamat Tidur dan mimpikan yang indah-indah ya.

Jom kita tidur ya. Zzzzzzzz

Coretan Mengantuk
Sariah Awang Senik

NIKMAT MENYUSUKAN ANAK

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri Dan Google

Beberapa hari yang lepas, ketika menyusun semua gambar-gambar anak sewaktu mereka masih kecil, teringat suatu waktu dahulu berusaha yang terbaik untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak.

Semasa mengandung anak pertama memang tidak banyak pengetahunan tentang penyusuan ibu. Waktu itu memang agar sukar untuk mendapatkan lebih pengetahunan tentang penyusuan ibu berbanding sekarang. Namun nikmat menyusukan anak bermula apabila lahirnya anak yang kedua dan juga yang bongsu.

Semasa anak yang kedua memang menyusukannya penuh cabaran yang kuat. Masa amat terhad waktu itu kerana terpaksa membahagikan masa menjaga arwah kakaknya yang sedang sakit juga sekaligus menyusukan adiknya pula. Walaupun begitu saya tetap meneruskan juga penyusuan kepada anak yang kedua kerana telah banyak pengetahunan tentang kebaikan penyusuan ibu.

Tetapi saya tidak dapat berbuat demikian sepenuhnya kerana terpaksa berulang alik menjaga arwah anak yang pertama kerana sakitnya yang kronik itu.

Setelah pemergian anak yang pertama saya mula menumpukan perhatian terhadap penyusuan anak yang bongsu. Walapun anak yang bongsu terpaksa bersalin secara induce namun sebagai ibu saya tetap berdoa agar semuanya selamat termasuklah anak yang kecil. Sebaik dilahirkan saya terus menyusukan anak yang bongsu walaupun ketika itu dia asyik dan kuat tidur.

Setelah menyusukan di kedua-dua belah dada barulah anak yang bongsu ini dapat tidur dengan lenanya. Menjaga dan menyusukan anak yang ketiga tidak banyak masalah sebab saya telah melalui pengalaman yang sama bersama anak yang pertama dan juga kedua. Selama hampir 2 tahun saya berhenti kerja dan menyusukan anak dengan sepenuhnya. Memang banyak perbezaan antara anak yang menyusu susu formula dengan menyusu badan dengan sepenuhnya. Antaranya ialah :
## Daya tahan melawan penyakit
kuat.
## Tidak mudah terkena sebarang penyakit berjangkit seperti selsema, batuk ataupun demam.
## Mempunyai daya pemikiran yang lebih cerdas dan juga pintar
## Perkembangan fizikal dan juga mental bertambah baik.

Kini anak yang bongsu telahpun berusia 9 tahun dan juga merupakan seorang kanak-kanak yang cerdas dan juga aktif. Selain dapat menjimatkan ekonomi rumahtangga dengan tidak payah mengeluarkan belanja yang banyak untuk membeli susu formula.

Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik

Wednesday 3 September 2014

CARA MENDIDIK ANAK BERTUDUNG

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri

Tentu semua ibubapa menginginkan anak-anak perempuannya bertudung dan juga menutup aurat sekaligus menepati apa yang dituntut di dalam agama kita.

Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu yang mungkin isunya nampak biasa tetapi kekadang agak sukar puntuk diamalkan oleh semua anak-anak perempuan kita. Bukan mudah menyuruh anak-anak perempuan bertudung dan juga menutup auratnya dengan betul. Saya sebenarnya pun bukanlah arif sangat tentang bab tudung lagi-lagi tentang agama Islam yang suci ini. Masih banyak yang perlu saya pelajari lagi secara lebih mendalam. Mempunyai dua orang cahaya mata lelaki dan perempuan juga mendidik mereka berdua yang semakin meningkat remaja bukanlah perkara yang mudah.

Kalau bercakap dengan si abang dan juga serba sedikit tentang tanggungjawab, alhamdulilah si abang semakin memahami. Tetapi yang si adik ini agak sukar dan tidak boleh terlalu keras. Kedua-dua anak memang sejak dari kecil telah pun mengikuti pendidikan awal tentang agama Islam dan hasil daripada semua itu memang telah banyak membantu saya sebagai ibu serba sedikit.

Sejak dari kecil hinggalah anak perempuan saya berusia 9 tahun, dia memang agak degil dan juga kasar. Tetapi kalau melakukan sesuatu perkara dia akan berusaha dengan bersungguh-sungguh. Masih saya ingat sejak dari sekolah tadika hinggalah bersekolah di darjah 3, anak perempuan ini memang agak liat untuk bertudung . Namun saya tidak pernah berputus asa dan senantiasa berdoa dengan tekun hampir setiap tahun.

Ada cara tersendiri dan juga pendekatan yang secara halus dan juga lembut di dalam memujuk anak-anak perempuan bertudung.
Antaranya ialah :
## Menerangkan secara terperinci tentang penting bertudung dan juga menutup aurat.
## Menutup aurat adalah perkara teramat penting yang harus dilakukan di dalam ajaran agama Islam
## Menerangkan kepada anak-anak perempuan bahawa dosa bertudung akan turut sama ditanggung oleh ayah dan juga abangnya.
## Dengan bertudung dapat menghindarkan diri dari perkara-perkara yang berunsur maksiat seperti bergaul bebas dengan lelaki.
## Berikan anak anda masa untuk dia memakai tudung. Tiada guna memaksa ataupun berkeras jikalau dia tidak ikhlas memakai tudungnya.

Allhamdulilah setelah hampir beberapa tahun memujuk dan juga tidak pernah berputus asa berdoa, akhirnya anak perempuan saya telah bertudung tanpa disuruh. Kini dia semakin selesa memakai tudung dan telah pun pandai menghadkan pergaulannya dengan lelaki.

Hanya syukur dan doa semoga dia menjadi muslimah yang dituntut di dalam syariat Islam. Insha Allah doa adalah senjata utama dan juga kekuatan kita.

Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik.

Tuesday 2 September 2014

MASA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri

Masa berlalu begitu pantas. Sedar tidak sedar dah hampir penghujung tahun. Anak-anak pun dah makin membesar dan meningkat remaja. Tidak lama lagi mereka akan memasuki kolej, universiti dan kemudiannya alam pekerjaan.

Aku pun dah makin meningkat usia. Dah tua pun sebenarnya. Tapi bukanlah takut tua, cuma terasa macam banyak pekara yang belum selesai lagi. Kalau pasal cita-cita memang masih jauh ketinggalan ke belakang. Tapi aku tidak nak cepat berputus asa. Bidang penulisan ini pun masih terlalu hijau bagi aku. Banyak perkara yang harus dipelajari. Itulah dulu masa sekolah jarang sangat menumpukan sepenuh perhatian terhadap bidang penulisan. Sekarang terpaksa belajar balik.

Apapun untuk belajar sesuatu memang tiada had umur. Janji fokus, komited dan juga rajin membuat latihan. Jangan takut membuat kesalahan ataupun kesilapan, kerana itulah masanya aku akan belajar sesuatu.

Kini aku makin jatuh cinta dengan bidang penulisan ini. Selain daripada minat menjahit, menulis juga adalah tempat untuk aku kongsikan sesuatu yang istimewa dengan orang lain.

Coretan Santai
Sariah Awang Senik

--------------------------------------------

 
    PUR Q ACTIVE
- Makanan minda yang berasaskan jell
- Mengandungi garam bukit, zafaran dan juga telah air yang telah dibacakan ayat-ayat rukqyah.
- Sangat berkesan mengatasi masalah pembelajaran di kalangan anak-anak.
- Harga berpatutan. Sangat menarik dan tersedia juga hadiah istimewa untuk anda.

Jika anda berminat untuk mencuba untuk anak-anak bolehlah terus hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun boleh whatshapp.
Boleh juga hubungi saya melalui email sariah.awangsenik@gmail.com.

SAMBUTAN HARI MERDEKA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri

Telah selesai sambutan hari kemerdekaan. Tapi yang peliknya kita asyik sahaja berhibur dan berseronok. Dah macam suatu tradisi pulak. Kenapa kita tidak ubah sambutan Hari Kemerdekaan kepada lebih yang berbentuk keagamaan?

Negara kita ini dah bermacam peristiwa sedih berlaku sejak kebelakangan ini. Dengan tragedi kapal terbang MH370 yang entah di mana hilangnya, peristiwa Lahad Datu Sabah, terbaru tragedi di akhir ramadan iaitu kapal terbang MH17 dan juga beberapa peristiwa sedih berlaku lagi. Dengan terjadinya semua itu,patut kita dah makin sedar tetapi masih ada yang masih leka. Tidak tahu di mana silapnya tetapi patutnya kita mampu mengubahnya. Semua yang terjadi itu adalah petanda tentang kekuasaan maha penciptanya agar tidak leka dan saling bantu membantu antara satu sama lain.

Seharusnya saat-saat sedih macam ini kita harus lebih bersatu dan juga berdoa agar semuanya selamat dan berjalan lancar. Tiada erti sambutan hari kemerdekaan jika kita asyik berbalah antara satu sama yang lain.

Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik

--------------------------------------------

  AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH

Menyediakan kelas secara online bagi mereka yang bercadang untuk bekerja dari rumah dan menjana pendapatan tambahan. Di samping menguruskan keluarga dan juga urusan rumahtangga surirumah mampu juga membantu menambahkan ekonomi rumahtangga.

Antara kelas-kelas yang ada secara online di ABDR ialah:
## Kelas asas blog dan juga penulisan
## Kelas asa blog fanpage dan juga mula bisnes
## Kelas beriklan mudah.my
## Kelas penulisan ebook pertama
## Kelas penulisan kreatif
## Kelas telekung solat borong dan runcit
## Kelas asas wordpress
## Kelas mula bisnes makanan sunnah
## Kelas mula bisnes projek selepas raya
## Kelas akaun online/offline
## Tempahan blog bisnes siap 5 hari
## Beriklan dengan kami di pautan 800 blog

Pendaftaran pengurus online/rakan niaga ABDR. Baca lebih banyak ulusan dan keterangan kelas di sini http://akademibekerjadarirumah.blogspot.com

Monday 1 September 2014

MERDEKAKAH KITA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri

MERDEKA !
MERDEKA !
MERDEKA !
Begitu bersemengat dan bertenaga melaunkan kata-kata keramat ini. Namun dah merdekakah kita sebenarnya?
Negara Malaysia memang telah 57 tahun mencapai kemerdekaannya yang tersendiri. Merdeka daripada penjajah yang selama ini telah menjajah dan menerokai bumi bertuah ini tanpa izinnya. Berjuang hingga ke titisan darah terakhir demi negara yang amat dicintai ini.

Segala pengorbanan dan usaha untuk mencapai kemerdekaan amatlah dihargai dan tiada harganya. Kini sebagai generasi muda, mampukah kita mempertahankan segala kemerdekaan ini? Semua jawapan ada di dalam diri kita sendiri. Telah hampir sekian lama kita menikmati segala kesenangan hasil daripada sebuah kemerdekaan. Nikmat dan segala kesenangan dari sebuah kemerdekaan semakin membuatkan kita semakin lupa dan juga leka.
Kenapa ya?
Kita asyik mengejar keseronokan dan juga kepuasan diri. Segala batas-batas pergaulan dan juga agama semakin jauh daripada landasan kehidupan masing-masing. Hanya kerana arus kemodenan yang melanda negara serta semua kehidupan yang telah kita lalui selama ini adalah alasan yang paling terbaik bagi kelekaan kita selama ini.

Ketika sedang menulis entri ini, penulis juga gigih berusaha membebaskan diri daripada semua sifat negatif yang telah lama wujud di dalam diri ini. Secara jujurnya bukan mudah berjuang secara sendirian. Ingin merdekakan diri dari semua sifat negatif. Antaranya ialah : ## Merdeka dari semua perasaan rendah diri tetapi tidak bermakna sombong ## Merdeka dari segi tindakan. Dapat bertindak dan cepat membuat keputusan. ## Merdeka dari pemikiran negatif yang selama ini menguasai pemikiran. ## Merdeka dari perasaan sedih dan juga putus asa. Walaupun masih banyak perkara negatif yang masih belum sepenuhnya merdeka di dalam diri, namun itu bukanlah penghalang dan juga alasan untuk cepat berputus asa. Insha Allah suatu hari semua sifat ini akan merdeka sepenuhnya seiring dengan kemerdekaan negara yang kita sambung setiap tahun.

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...