Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Zaman persekolahan adalah waktu yang paling indah dan penuh dengan kenangan pahit dan juga manis. Di masa tersebutlah perasaan ingin tahu dan juga mencuba segala-galanya bagai membuak-buak di dalam diri seorang anak remaja. Tetapi kalau nak tahu, masa sekolah saya dan juga beberapa rakan yang lain merupakan seorang remaja yang nakal dan juga terlalu degil. Kalau nak cerita pasal sifat memberontak itu memang sudah sebati di dalam diri.
Saya bersekolah di Sekolah Rendah Clifford semasa di sekolah rendah. Kemudian melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu di Sekolah Menengah Clifford. Sekolah Menengah Clifford ini memang terkenal di tempat kelahiran saya iaitu Kuala Lipis Pahang. Saya mempunyai beberapa rakan atau sahabat karib dari sekolah rendah hinggalah belajar ke tingkatan satu. Semasa di tingkatan satu saya berada di kelas beraliran jurusan rumahtangga. Waktu itu saya kurang gemar dan juga tidak faham akan apa faedahnya apabila mengambil jurusan ini.
Saya bukanlah pelajar yang cerdik tetapi sederhana sahaja. Perwatakan yang agak kelakian dan juga kasar menyebabkan saya lebih selesa memilih rakan-rakan yang sederhana sahaja. Namun mata pelajaran yang paling saya minati waktu itu adalah Bahasa Inggeris dan juga lukisan. Setiap kali selepas waktu persekolahan saya gemar melukis apa sahaja yang saya lihat di sekeliling saya. Perkara yang paling menarik minat saya melukis ialah saya suka melukis kartun dan pernah di tegur oleh guru berkhayal melukis kartun semasa guru sedang mengajar di dalam kelas.
Rakan-rakan karib saya ketika itu ialah, Norhanim Hamzah, Khalijah Abdul Malek, Zuhaizazura, Wan Nurriza, Tan Mei Wan, Rosmaryza Abdul Razak dan juga beberapa orang lagi rakan-rakan karib saya yang lain. Setelah habis peperiksaan SRP saya juga melanjutkan pelajaran ke tingkatan empat di sekolah yang sama. Kalau hendak tahu, sekarang sekolah saya iaitu Sekolah Menengah Clifford telah di naikkan tarafnya menjadi sekolah hanya untuk para pelajar yang mendapat kelulusan yang cemerlang. Namun saya tetap berpuas hati belajar di sekolah ini kerana menpunyai banyak kenangan pahit dan juga manis sepanjang menuntut di sini.
Kenangan yang paling terindah ialah sewaktu saya menghabiskan tahun terakhir di sekolah ini pada tahun 1992 dan berada di kelas aliran sastera. Di sinilah minat terhadap penulisan dan juga sastera bercambah tetapi saya masih tidak yakin akan kebolehan saya. Secara jujurnya bukan semua guru yang mampu saya ingat hinggalah sekarang. Saya pernah di denda oleh guru kerana ponteng kelas dan juga sanggup curi-curi keluar dari sekolah untuk berseronok dengan rakan-rakan yang lain. Selain daripada itu saya pernah di denda panjat pokok gara-gara asyik berborak semasa aktiviti kokurikulum iaitu Pengakap.
Saya bersama rakan yang lain di suruh oleh pelajar yang lebih senior kalau tidak silap masa itu saya berada di dalam tingkatan 2. Pelajar yang denda saya itu adalah pelajar lelaki tingkatan 4. Abah dan juga arwah emak adalah orang yang paling risau tentang saya semasa saya menduduki peperiksaan SPM. Arwah emak selalu berpesan kalaupun tidak mendapat keputusan yang kurang baik, dia menggalakkan saya untuk terus bekerja. Sebetulnya saya ingin belajar lagi tetapi memandangkan arwah emak yang sedang sakit dan juga adik-adik yang masih belajar saya membuat keputusan untuk berhenti selepas SPM dan juga terus bekerja. Itulah pengorban pertama saya kerana tidak mahu menyusahkan kedua orang tua pada waktu itu.
Alhamdulilah kini selepas 40 tahun, baru saya berpeluang untuk menyambung kembali bidang yang amat saya minati ini. Selain daripada minat membaca saya juga minat menjahit dan juga menyimpan impian untuk mendalami bidang jahitan suatu masa nanti.
Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH
Menawarkan kelas kemahiran secara online dan kebanyakan masa ditentukan oleh anda sendiri.
Antara kelas-kelas yang diadakan secara online ialah:
@ Kelas asas blog dan penulisan
@ Kelas asas blog fanpage dan mula niaga
@ Kelas beriklan mudah.my
@ Kelas penulisan ebook pertama
@ Kelas penulisan kreatif
@ Kelas Telekung solat borong dan runcit
@ Kelas asas wordpress
@ Kelas mula bisnes makanan sunnah
@ Kelas mula bisnes selepas raya
@ Kelas akaun offline dan juga online
@ Tempahan blog perniagaan siap 5 hari
Beriklan dengan kami di pautan 800 lebih blog di ABDR.
Pendaftaran pengurus online/rakan niaga ABDR. Baca lebih banyak keterangan kelas di http://akademibekerjadarirumah.blogspot.com
Jika anda telah bersedia dan juga berminat, sila hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com ataupun singgah di blog saya http://sariahawangsenik.blogspot.com
Nota : Saya masih lagi mencari beberapa orang rakan saya yang hingga kini belum saya temui. Antaranya adalah Khalijah Abdul Malek, Rosazila Abdul Karim , Nazir ( Tiada nama ayah, sebab tidak berapa ingat). Buat semua rakan-rakan saya ini, jikalau terbaca blog saya yang tidak seberapa silalah hubungi saya di no tel atas ataupun addlah Facebook saya Sariah Awang Senik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AKHIRNYA
26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi http://www.facebook.com/sariahawangsenik Sunyi bila dia dah balik. Abahnya seti...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Google http://www.facebook.com/sariahawangsenik Ada sedikit getaran dihati ini. Bimbang sang syai...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Dari Group Telegram http:www.facebook.com/sariah.awangsenik Amboi! Bukan main lagi si ...
No comments:
Post a Comment