Sumber : Sendiri
Gelaran seorang ibu tunggal. Semua kaum wanita paling risau apabila dengar gelaran ini. Saya sendiri pun berfikiran negatif apabila mendengar orang bercakap pasal ibu tunggal. Ya, lah hampir semua masyarakat pandang rendah akan golongan ibu tunggal ini. Tetapi kalau nak tahu bukan semua golongan ibu tunggal ini suka merosakkan rumahtangga orang lain. Mungkin kebetulan mereka berkawan dengan suami orang dan itu yang menyebabkan masyarakat membabitkan golongan ibu tunggal apabila terjadinya pergaduhan antara suami dan isteri.
Apabila sudah bergelar seorang ibu tunggal memang saya terlalu amat takut dan juga malu. Takut untuk menempuh alam baru yang serba janggal dan paling takut adalah pandangan masyarakat sekeliling tentang gelaran baru ini. Tetapi apa kan daya saya, semuanya sudah tertulis dan yang pasti sudah berusaha sedaya upaya untuk selamatkan rumahtangga yang dibina atas dasar cinta ini. Tidak guna bersedih dan saya membuat keputusan untuk melupakan semuanya dan membina kembali kehidupan yang baru bersama dengan anak-anak. Memang pada mulanya agak sukar tetapi berkat doa dan juga usaha serta tawakal saya membina kembali satu persatu dan akhirnya berjaya juga melepasi segala bab kesedihan dan juga kekecewaan.
Kata orang walau bercerai, segala perjuangan tentang kehidupan harus diteruskan dan jangan sesekali meraih simpati daripada orang lain terutamanya golongan suami orang. Berkawan boleh tetapi ada batas-batasnya. Jangan terlalu cepat terpedaya akan pujukan lelaki yang bermulut manis. Sebenarnya bukan semua golongan ibu tunggal menjadi penyebab kepada pergaduhan suami isteri. Banyak pergaduhan dan juga perselisihan faham terjadi akibat daripada beberapa faktor yang lain. Antaranya ialah sikap suami ataupun isteri, pihak ketiga seperti ibubapa mertua, rakan-rakan, ipar duai dan juga saudara mara.
Apa pun yang berlaku, fikirlah secara lebih positif. Golongan ibu tunggal sebenarnya tidak mempunyai banyak masa untuk memikirkan tentang hal lain kecuali tentang kerja, kewangan dan yang paling utama adalah anak-anak. Mereka terlalu sibuk mengatur dan juga menyusun plan untuk menaik taraf kehidupan dan juga ekonomi keluarga mereka. Ibu tunggal seharusnya diberi sokongan untuk meneruskan kehidupan yang sepatutnya walaupun tanpa seseorang yang bergelar seorang suami.
Coretan Tulus Ikhlas
Sariah Awang Senik
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH
Menyediakan kelas-kelas secara online mengikut kesesuaian masa yang anda telah tetapkan sendiri. Semua kelas ada pengurus online terlatih yang akan memantau segala tugasan anda dari masa ke semasa.
Segala pertanyaan adalah secara inbox message dan akan dijawab oleh para pengurus online bila-bila masa sahaja.
Antara kelas-kelas yang diadakan secara online di ABDR ialah :
@@@ Kelas asas blog dan juga penulisan.
@@@ Kelas asas blog fanpage dan mula bisnes.
@@@ Kelas beriklan mudah.my
@@@ Kelas penulisan ebook pertama
@@@ Kelas penulisan kreatif
@@@ Kelas telekung solat borong dan juga runcit.
@@@ Kelas asas wordpress.
@@@ Kelas mula bisnes makanan sunnah.
@@@ Kelas mula bisnes selepas raya.
@@@ Kelas akaun online/offline
@@@ Tempahan blog perniagaan siap dalam masa 5 hari
@@@ Beriklan dengan kami di pautan 800 lebih blog.
Pendaftaran pengurus online /rakan niaga ABDR. Baca lebih banyak ulusan tentang kelas di sini http://akademibekerjadarirumah.blogspot.com
Anda berminat dan sudah bersedia ingin ketahui lebih lanjut tentang kelas-kelas tersebut boleh terus hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com
Anda boleh juga menggunakan blog saya yang tidak seberapa ini untuk memuatkan produk dan juga perkhidmatan anda. Blog saya ialah http://sariahawangsenik.blogspot.com
Ya @ ia
ReplyDeletetak perlu ya lah
atau ia lah
Iya iyalah cikgu.. heheh...
ReplyDeletePuan Sariah yang tabah, Insyaa Allah rezeki puan sentiasa bertambah dan dipermudahkan semudah-mudahnya. Ibu tunggal yang menyara anak biasanya lebih murah rezekinya.