Saturday 28 April 2018

HARI YANG TERAMAT PANAS


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Dugaan yang teramat hebat!!!
Dahlah kerja jaga pau kat kedai ni. Tambah pulak dengan cuaca yang teramat panas. Tuhan je yang tahu rasanya macam mana.
Kalau sauna tu kira ok lagi.
Ni macam kuih raya pulak.
Kena bakar!!!
Syukur jelah tak rentung.
Nampak jer kerja ni mudah dan senang.
Tapi kalau duduk kat tempat jual pau ni dari petang sampailah ke malam, rasa seksa jugak tau.


Itulah kerja saya setiap hari.
Bukan calang-calang orang yang boleh kekal lama kerja jual pau.
Banyak yang kerja, tak lama lepas tu, confirmed berhenti kerja.
Nak-naknya orang,yang jauh lebih muda.
Yang tidak berapa nak muda ni, hanya tunggu masa jer.

Cuaca kat luar tu hari ni, memang mendung.
Tapi tak tahu bila nak turunnya.
Sabar jelah ya!!

Agaknya tuhan sedang nak uji segala kesabaran saya.
Tiada daya nak kata apa, melainkan doa dan terus doa, moga
segalanya dipermudahkan.
Dalam hati ni, tak berhenti-henti berdoa agar malam ni turunlah rahmat Allah ke bumi ni, biar rasa sejuk sikit.

Rasanya dah sampai bahang bulan puasa ni.
Lagi 2 minggu rasanya.
Apa pun, semoga segalanya berjalan dengan lancar.
Aamiin.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Thursday 26 April 2018

SYUKUR APA ADANYA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Orang tua-tua kata buat kerja tu, biarlah sampai habis.
Janganlah separuh jalan je.
Kira macam buat highway tu jugaklah.
Kalau sekerat-kerat buat tu bukan highway dahh.
Tapi kira dah macam ikut jalan lamalah.
Sekejap ok, lepas tu tak ok.

Alkisahnya sebenarnya malam ni, saya saja-saja nak uji diri sendiri.
Nak tengok gak, ada tidak bakat terpendam macam dasar laut tu.
Selalu tulis entri untuk blog, manjang je macam ayat buat karangan kertas Bahasa Melayu SPM. Kali ni cuba nak lari sikitlah kononnya.
Tak lari jauh mana pun.
Sikit je kut.

Hari ni kira hari yang paling mencabar dan tercabar. Tahu ada sesetengah yang dah gaji. Tapi macam tidak sudi jer, rezeki tu nak melekat kat produk saya ni.
Teruslah si arjuna dan segala mak moyang setan datang menghasut minda saya ni. 
Terus saya terasuk sama.

Ya, Allah apa aku cakap ni???
Terus istighfar dan rasa macam Allah tu saja je nak uji tahap kesabaran saya tu. Ada tak sabar tu setinggi gunug Everest atau hanya setakat bukit kat belakang rumah saya tu.

Nasib baiklah, cepat tersedar dari rasukan moyang setan tu.
Teringat balik apa yang saya tak buat hari ni.
Cek balik???
Dah cukup ke, zikir dan selawat saya hari ni?
Dah buat sedekah ke??
Adoi!!!
Banyaknya dosa saya hari ni.
Malunya dengan Allah. Rasa kalau letak tutup bagai nak rak pun atau sekali rak tu tutup still nampak lagi segala dosa tu.
Macam kena ' Chicken Pox'.
Atau dalam bahasa yang klasiknya ' Beletung'.
Kalau salah ejaan saya, haraplah sesangat ada yang betulkannya ya.

Dalam wasap group kemain lagi pong pang diaorang semua buat sale.
Tapi saya habuk pun tak de.
Teruk tanpa berlengah, mintak ampun dengan Allah.
Rupanya hari ni saya belum lagi berterima kasih dengan Allah.

Lupa, alpa, forget, forgot dan macam-macamlah yang sama seerti dengannya. Bernafas pun kira rezeki. Sihat pun rezeki. Asyik setkan kat kepala otak tu rezeki mesti duit.
Insaffflah wahai Sariah Awang Senik!!!

Ingat Allah nak duga kau.
Jangan risau. 
Usaha lagi dan lagi, buat sampai jadi.
Apa yang dapat hari ni, bersyukurlah.
Selagi tak reti-reti bersyukur, habis macam mana Allah nak deliver rezeki yang maha besar balik.

Buatlah solat taubat, 10 kali sehari pun tak pe.
Lagi banyak lagi awesome!!!!
Marketinglah diri kaw-kaw kat Allah.
Dan barulah Allah atur semuanya cantik dan tepat jer.

Syukur dan teruskan rasa bersyukur.
Dalam masa yang sama, janganlah stop segala usaha-usaha tu.
Semailah bebaik usaha-usaha tu dan siramlah selalu dengan doa kepada Allah.
Insha Allah. Adalah rezeki nanti.

Yang pasti syukurlah seadanya atas nikmat Allah ini.
Aamiin Ya Mujib.
Salam Jumaat buat semua yang sudi baca entri ni ya.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Wednesday 25 April 2018

TETAP BERSAMA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Kata orang bila dah makin berumur ini, kita akan makin suka akan satu ketenangan dan kurang suka akan keadaan yang agak bising dan sebagainya. Sejak anak- anak sambung belajar dan anak dara masuk sekolah asrama ini, memanglah agak sunyi sikit.
Ada masa teringat akan masa anak-anak kecil dulu.
Sibuk bangun pagi, siapkan sarapan dan gosok baju sekolah mereka.

Paling tak lupa, masa anak bujang bersekolah menengah agama dulu. Terpaksa bangun awal iaitu pukul 5 pagi. Sekolah menengah agamanya waktu itu terletak agak jauh dari rumah.
Basnya pulak keluar awal pagi iaitu lebih kurang pukul 6.15 pagi. Dari rumah pulak terpaksa berjalan kaki dalam lebih kurang 15 sehinggalah 20 minit. 

Dengan hanya berjalan kaki dan bertemankan lampu suloh, saya dan anak bujang terpaksa mengharungi keadaan yang agak gelap sekejap untuk sampai ke simpang tempat bas yang hendak pergi ke sekolah menengah agama tersebut.

Waktu itu, anak bujang bersekolah di Sekolah Menengah Sg Selisik Selangor Darul Ehsan. Sekolah agama ini terletak di kawasan felda dan bersempadan dengan negeri Perak. Bila anak bujang dah ke sekolah, saya pula berjalan kaki lagi sekali untuk balik ke rumah.
Lagi sekali, saya terpaksa juga melalui lorong yang gelap itu untuk sampai ke rumah saya.

Lama jugalah saya dan anak bujang berkeadaan begitu sebelum anak bujang ambil lesen motor dan kemudiannya dia berulangalik ke sekolah dengan menaiki motornya. Sepanjang tempoh itu, bermacam dugaan saya dan terpaksa hadapi. Ada masanya terserempak dengan penagih dadah dan juga orang gila.

Namun syukurlah waktu itu tiada apa yang buruk berlaku.
Dan setiap kali saya dan anak keluar dari rumah, tidak putus-putus saya berdoa agar segala perjalanan anak pergi ataupun balik semuanya dilindungi Allah SWT. 

Apa pun yang terjadi saya dan anak-anak tetap akan bersama mengharungi semua dugaan tersebut. Kini alhamdulilah, anak bujang tersayang sedang melanjutkan pelajarannya di POLISAS Kuantan.
Anak dara pulak kini bersekolah asrama di Sekolah Menengah Agama Slim River Perak dalam tingkatan 1.

Selalu saya berdoa didalam hati, semoga anak-anak berjaya dalam apa jua yang mereka impikan. Dan tidak melupakan saya apabila mereka telah berjaya satu hari nanti.

Yang pasti, apa saja kesusahan dan keperitan kami akan tetap bersama lalui apa saja dugaan.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Wednesday 18 April 2018

SATU PEPERANGAN


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Alhamdulilah.
Semoga Allah permudahkan segala penulisan ini.

Syukurlah Allah masih lagi mengizinkan saya untuk tulis satu entri yang tidak seberapa ini.
Sebenarnya saya bukanlah layak untuk bercakap tentang hal peperangan ini. Dan yang saya maksudkan peperangan ini juga bukanlah peperangan seperti mana yang sedang melanda Syria dan juga Palestin.

Tapi mungkin juga boleh digelar juga satu peperangan.
Peperangan untuk melawan segala aura yang buruk yang dah lama bersemadi dalam tubuh badan kita ini.

Semua ini memang takkan nampak dek mata kasar.
Tapi boleh dirasai oleh orang-orang yang rapat dengan diri kita.
Aura negatif dan positif tetap ada dalam diri seseorang.

Dan terpulanglah kepada seseorang itu macam mana dia nak hadapi semua aura-aura tersebut.
Sebab itulah ianya digelar satu peperangan.
Harus bersiap sedia menepis semua aura negatif demi untuk capai satu-satu kejayaan.

Harapnya yang membaca entri saya ini, tidaklah salah faham ya.
Tanpa satu peperangan untuk melawan segala ini, tidak mungkin kita akan dapat capai satu kejayaan.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

SATU KEMAAFAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Hanya tuhan saja yang tahu segala rasa.
Bukan salahkan sesiapa, hanya kelemahan diri yang tersepit 
dengan pelbagai masalah.

Bukan juga jenis yang suka berjanji manis.
Tapi siapalah yang lebih tahu akan segalanya.
Selain Allah, hanya anak-anak yang tersayang.

Telah berusaha sedaya yang mungkin.
Tapi aturan Allah maha terbaik.
Jauh disudut hati sejuta kemaafan pohon
dengan sejujur dan seikhlasnya.
Kita hanya mampu merancang namun Allah jua yang tetapkan segalanya.

Segala yang dilakukan hanyalah demi anak dan kerana anak tersayang.
Telah nekad buat keputusan untuk melupakan kebahagiaan sendiri demi aanak-anak. Mereka lebih perlukan segalanya.
Kasih sayang dan perhatian yang teramat penting.

Yang selainnya biarlah Allah yang aturkan .
Kita hanya mampu berdoa yang terbaik.
Allah tahu akan segalanya. Termasuk juga hati manusia.
Tiada niat juga untuk sengaja kecewakan hati sesiapa.

Jika kesilapan ini telah membuatkan terpadam segala kebaikan, biarlah. Tak terdaya lagi untuk terangkan dan memberi banyak penjelasan.
Dan tidak juga bercadang untuk kongsikan dengan makhluk Allah yang lain.
Hanya Allah dan hanya teruskan berdoa dan berdoa.
Berdoa agar insan-insan yang tersayang senantiasa dilimpahi segala rezeki, dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah serta rumahtangga bahagia hingga ke jannah.

Berdoa dan berdoa dengan sejujur dan ikhlas hanya untuk orang lain tidak perlukan segala kekayaan dan juga duit.
Paling penting hanya tetapkan hati, dan buat semuanya demi Allah dan kerana Allah. 

Apa sahaja dugaan yang datang pasti ada hikmah disebaliknya.
Alhamdulilah. Semoga semuanya baik-baik dan dipermudahkan segalanya.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Sunday 8 April 2018

GENAPLAH 13 TAHUN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah.
Baru hari Jumaat yang lepas dia balik bercuti. Dan semalam hari Ahad dia balik semula ke asrama. Walau hanya sekejap, tapi lepaslah segala rindu yang bersarang dihati ini.

Dia anak bongsu dari tiga orang adik-beradik. Yang tinggal hanya abangnya. Arwah kakaknya telah lama meninggal dunia, sejak berumur tiga tahun lebih lagi.

Seorang anak yang berani dan tidak banyak karenah sejak dari kecil sehinggalah sekarang.
Membesar tanpa kasih sayang secukupnya dari seorang ayah, dia tidak jadikan semua alasan tersebut sebagai penghalang untuk capai satu kejayaan.

Walaupun hanya mendapat keputusan peperiksaan 4A1B,1C, saya sebagai seorang ibu sangat bangga dan bersyukur dengan keputusannya itu.
Tahu dia telah buat yang terbaik dan yang penting menerima segalanya dengan redha dan ikhlas.

Kini anak dara tersayang melanjutkan pelajaran ke tingkatan 1 di Sekolah Menengah Agama Slim River Perak.
Memandangkan permohonannya ke MRSM tidak berjaya dan tiada rezeki untuknya, dia tetap berpuas hati dan tetap juga berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan PT3 nanti.

Buat anak dara tersayang, Nur Damia Rifqah Ahamad Roslan, Selamat Hari Jadi Yang Ke13 tahun.
Semoga jadi anak yang solehah dan berjaya dunia dan akhirat.
Aamiin.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...