Posts

Showing posts from May, 2018

SYURGA KECIL

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah. Patutnya kena masuk tidur awal, sebab nanti nak bangun sahur pulak. Tapi tulah, mengenangkan yang anak teruna keluar rumah untuk jumpa kekawannya, maka rasa tak aman damai pulak nak lelapkan mata ini. 
Baru saja tulis di posting fb tentang syurga kecil ini. Jujur agak lama juga saya hidup bersendirian. Tapi belumlah lagi sampai 10 tahun. Apa pun walau sibuk gila macam mana pun, saya akan tetap usaha untuk habiskan masa bersama anak-anak tersayang.  Kebetulan hari ini , si anak dara balik bercuti dari asrama dan abangnya ada habiskan cuti semester yang ada.
Hari ini walau hari mendung, dalam pukul 5 macam tu, turun pulak hujan dengan selebatnya.   Syukurlah dengan turunnya rahmat Allah ke bumi ini, maknanya tak dapatlah anak-anak tersayang saya pergi ke bazaar Ramadan.
Terima kasihlah pada sang hujan yang lebat tu, telah beri saya idea untuk buat Murtabak Manggie. Sementara tunggu hujan reda sikit ni, se…

SEMINGGU RAMADAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
Http://sariahawangsenik.blogspot.com


Alhamdulilah. Sedar tak sedar dah seminggu 
kita berpuasa. Dan tak lama lagi berhari rayalah
kita, insha Allah.
Masa sebulan tu, bukanlah lama sangat pun.
Pejam celik dah sebulan.
Jadi, takkan tiap kali tiba bulan Ramadan kita ni asyik
nak buat benda yang sama.

Pasti kita nak lain ataupun sekurang-kurang nak buat
yang lebih terbaik dari bulan Ramadan tahun lepas.
Contohnya, nak perbanyakkan lagi amal ibadah, berzikir dan 
berselawat kepada Allah, baca Al-Quran, bersedekah dan sebagainya.

Memang sebagai hamba Allah kita ni mana ada sempurna.
Maka jika ada apa saja kekurangan bermohon dululah
kepada Allah yang maha esa.
Mintak terus kepada Allah agar dikurniakan segala kemudahan untuk lakukan segala amal ibadah itu.

Ini, kita sombong sangat dengan Allah.
Tidak pernah secara bersungguh-sungguh dan seikhlas hati.
Allah tahu dan boleh baca segala isi hati kita walau kita menipu sekalipun.

Dah nak hampir pukul 5 pagi ini. Kalau dah mu…

PILIHAN DAN HAK KITA

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Alhamdulilah. Hujan jugak petang ini.
Patutlah tadi panas teriknya semacam.
Rupanya nak hujan.
Syukurlah hujan dah turun.
Jadi taklah terasa panas hangat sangat.

Almaklumlah!! 
Sekarang bahang PRU makin terasa.
Sana-sini orang sibuk bercerita kisah tentang 
parti politik ni.
Hatta uncle tandas tu dan makcik-makcik bawang 
sibuklah membawang sesama sendiri.
Kalau dengar, rasa bangga jugak.
Mana taknya, tak sangka mereka lebih hebat
bercerita tentang semua parti politik yang ada kat Malaysia ini.

Maknanya itu satu perkembangan yang sangat bagus.
Walaupun kerja mereka hanya tentang tandas dan kekotoran
tapi mereka lebih tahu bezakan apa yang baik dan sebaliknya.

Rakyat Malaysia kalau nak diikutkan sangat bertuah.
Setiap lima tahun gunakan hak yang diberi untuk membuat pilihan untuk
tentukan siapa yang akan memerintah negara Malaysia ini.

Hak dan pilihan yang ada eloklah dihargai dan dijaga dengan baik.
Jangan pandang ringan akan semua…