Saturday 26 May 2018

SYURGA KECIL


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Alhamdulilah. Patutnya kena masuk tidur awal, sebab nanti nak bangun sahur pulak. Tapi tulah, mengenangkan yang anak teruna keluar rumah untuk jumpa kekawannya, maka rasa tak aman damai pulak nak lelapkan mata ini. 

Baru saja tulis di posting fb tentang syurga kecil ini. Jujur agak lama juga saya hidup bersendirian. Tapi belumlah lagi sampai 10 tahun.
Apa pun walau sibuk gila macam mana pun, saya akan tetap usaha untuk habiskan masa bersama anak-anak tersayang. 
Kebetulan hari ini , si anak dara balik bercuti dari asrama dan abangnya ada habiskan cuti semester yang ada.

Hari ini walau hari mendung, dalam pukul 5 macam tu, turun pulak hujan dengan selebatnya.  
Syukurlah dengan turunnya rahmat Allah ke bumi ini, maknanya tak dapatlah anak-anak tersayang saya pergi ke bazaar Ramadan.

Terima kasihlah pada sang hujan yang lebat tu, telah beri saya idea untuk buat Murtabak Manggie. Sementara tunggu hujan reda sikit ni, sempat saya masak nasi, buat sambal telur dan sebagainya. Bila hujan dah reda tu, saya pun suruh anak bujang pergi ke kedai beli Maggie dan juga daun sup. Patutnya kena ada isi ayam, baru sedap. Tapi kenangkan masa yang dah pun pukul 6.30 petang, maka saya usaha jugaklah masak murtabak ni secepat yang boleh.

Bila semua bahan-bahan ini dah masak dan diadunkan, kenalah masak semuanya dalam kuali dan letaklah sedikit minyak. Api pulak tak boleh terlalu besar. Nanti jadi pulak murtabak rentung. 😀😀.

Hampir-hampir dah nak masuk waktu berbuka, maka Murtabak Maggie saya secara rasminya pun masaklah. Betul-betul pakai 2 bungkus maggie. Anak dara kata, patutnya saya letak kesemua perencah Maggie tu. Tapi saya hanya letak sebungkus saja. Apa pun jadi jugak walau last minit saya masak Murtabak Maggie nie. 

Dengan masak Tauchu Ikan Kerisik, Sambal Telur dan juga Murtabak Maggie, maka berbukalah kami 3 beranak. Tak delah lauk-pauk yang mewah-mewah sangat. Apa yang ada kat dalam peti sejuk tu semua saya jadikan lauk untuk berbuka. 

Masa bersama anak-anak inilah bagi saya sangat berharga. Macam emas. Emas tu pun ada nilainya. Cuma masa dengan anak-anak yang sedang nak membesar bagai johan ni yang tak akan berulang lagi. Dan dengan sebab itulah saya nekad untuk lupakan dulu kebahagiaan sendiri demi mereka berdua.

Lagipun ada banyak perkara lain yang perlu saya capai dan uruskan. Walau hanya sekadar satu syurga yang kecil dirumah tapi sangat bermakna dan bagi satu kepuasan pada diri seorang yang bergelar ibu tunggal. 

Alhamdulilah. Terima kasih Allah atas segala nikmat dan perjalanan hidup yang Allah telah tentukan ini. 


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...