Friday 28 October 2016

SELAMAT HARI DEEPAVALI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Whatshapp
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Selamat Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu. Rasanya sekarang, cuti sekolah dah bermula sehinggalah hari Selasa nanti.

Biasalah bila dah hari cuti ini, semua kaum tidaklah orang Cina, Melayu ataupun India akan ambil masa yang ini untuk pergi berjalan=jalan bersama keluarga ataupun pulang ke kampung halaman memasing.

Macam saya, cuti ini biasalah, kena bekerja seperti biasa. Walaupun penat tetapi kena buat semuanya hanya kerana ALLAH yang maha esa. Kerja pun makin bertambah. Sebab ada staff yang berbangsa India yang sedang bercuti sempena Hari Raya Deepavali.

Masa saya sedang menulis artikel ini pun, saya sedang bersiap=siap untuk pergi kerja. Memang kenyataannya banyak masalah ditempat kerja saya itu, tapi saya malas nak fikir dan selalu fikirkan hanya yang positif sahaja.

Sebab jika asyik nak fikir semua masalah itu, nanti semangat cepat pudar. Jadi buat apa pun adalah kerana ALLAH dan juga sebab ALLAH.
Boleh kan macam itu?

Selamat berhujung minggu dan menghabiskan cuti bersama keluarga tersayang.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik



Nota : Setiap pembelian produk ataupun perkhidmatan dari BLOG TRAVELOG KEHIDUPAN ini akan saya dermakan ke TABUNG AMAL TILL JANNAH.


Wednesday 26 October 2016

SOKONGLAH PRODUK BUMIPUTRA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Assalamualaikum. Salam sejahtera buat semua sahabat yang saya hormati selalu. Hari ini, kebetulan hari offday saya. Memandangkan tidak lama lagi akan menyambut Pesta Cahaya iaitu Hari Raya Deepavali, saya mengambil keputusan untuk berehat terlebih dahulu.

Maklum sahajalah, bila cuti perayaan pasti akan ada ramai pelanggan ditempat saya bekerja. Bekerja dihentian Rehat dan Rawat, memang waktu cuti perayaan macam ini susah nak dapat cuti.

Pagi tadi saya sempat luangkan sedikit masa pergi ke pasar tani. Agak lama juga tidak pasar tani ini. Asyik sibuk sahaja memanjang.

Jujurnya memang saya tahu, hari ini hari Rabu, tapi tidak teringat pulak ada pasar tani. Itu pun saja saya hendak pergi ke kedai berdekatan dan masa itulah ternampak akan pasar tani ini.

Dah namanya pun pasar tani. Mestilah banyak hasil- hasil tani orang-orang dari kampung-kampung dan juga felda. Saya singgah disebuah gerai yang menjual pelbagaj jenis biskut. Cara dia menguruskan perniagaannya mudah sahaja.

Macam mana ya, cara kakak ini berniaga semua biskutnya ya?
Mudah sahaja. Dia hanya letakkan seberapa banyak biskut-biskut yang ada. Selain dari biskut, saya juga membeli laksa dan beberapa keping hotfog. Tidak sangka pula laksa dan hotdognya sedap. Rasa menyesal pulak tidak beli 2 tadi.

Puas berjalan-jalan di pasar tani itu, saya tertarik dengan satu gerai ini. Dia menjual pelbagai produk

makanan segera seperti tepung pankek dan juga mee segera. Mee segeranya pula adalah mee sanggul dan ada perencahnya yang tersendiri. Macam ala-ala maggielah.

Rasanya boleh tahan juga. Pada pendapat saya produk ini setaraf dengan produk-produk yang sudah tersedia ada di pasaran. Esok saya bercadang untuk mencuba tepung pankeknya pula untuk sarapan pada pagi esok.

Apa pun memang saya sangat berpuas hati dengan produk tempatan ini. Usahawan-usahawan bumiputra ini harus diberi sokongan yang menggalakkan untuk menjayakan perniagaan mereka.

Mana tahu suatu hari nanti, produk-produk ini akan dapat menembusi pasaran antarabangsa sekaligus menjadi terkenal satu masa nanti.

Jadi semuanya tidak mustahil bukan.
Saya doakan semua usahawan bumiputra ini akan lebih berjaya suatu masa nanti.
Aamiin.



Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik



#GSLP
#ABDR
#POWERGOLD
#Dropshipbukuilimiah


BLOG SEBAGAI SALAH SATU MEDAN KEBAJIKAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulillah. Cepat sungguh masa berlalu.
Tidak lama lagi nak sambut perayaan Deepavali pulak. Pasti sekarang kaum-kaum India sedang sibuk membuat persiapan untuk meraikan Pesta Cahaya ini.
Dan dengan sebab itulah, hari Jumaat nanti, saya terpaksa bekerja dari SHIFT pagi sampailah ke malam.
Doakan agar semua tugas saya berjalan dengan lancar ya.

Hari ini saya bercuti rehat. Jadi sempatlah saya siapkan beberapa entri, khas untuk pembaca-pembaca blog yang sangat saya hormati. Jujurnya blog saya ini, tidaklah ramai sangat pengikutnya. Tapi syukurlah kerana masih ada yang sudi singgah membacanya.

Dulu, saya ini tidak tahu sangat, apa blog itu. Yang saya tahu blog itu, adalah tempat untuk berkongsi sesuatu yang menarik.

Pernah juga suatu masa dulu saya mempunyai blog yang saya tulis sendiri. Tapi itulah tidak ada yang sudi singgah untuk membacanya. Sampailah satu saat, saya ditakdirkan Allah berkenalan dengan seseorang yang bertanggungjawab kenalkan saya ke dunia yang sebenarnya.

Sebenarnya, banyak manfaatnya bila ada blog ini. Selain dapat berkongsi sesuatu yang berfaedah, blog juga boleh dijadikan sebagai salah satu tempat untuk membuat kebajikan.

Tapi macam mana ya?
Nak jadikan blog kita itu tempat membuat amal kebajikan?
Macam mana caranya ya?

Senang je. Memula anda mesti mempunyai blog terlebih dahulu. Selain dapat menulis entri-entri menarik tentang aktiviti anda, anda boleh juga jadikan blog untuk mengiklankan apa sahaja iklan tentang perniagaan ataupun perkhidmatan orang lain.
Tapi dengan satu syarat.

Apa syaratnya ya?
Syaratnya sebelum mengiklan perniagaan dan perkhidmatan orang, haruslah mendapat persetujuan daripada pemilik perniagaan dan juga perkhidmatan tersebut.
Kalau mereka tidak bersetuju, maka janganlah kita sewenang-wenangnya mengiklankan perniagaan dan perkhidmatan mereka.

Tapi kini saya telah membuat keputusan untuk menyumbangkan RM 10 kepada sebuab badan kebajikan yang aktif di whatshapp yang bernama AMAL TILL JANNAH.

Setiap pembelian produk daripada blog saya yang bernama TRAVELOG KEHIDUPAN, akan saya sumbangkan ke badan kebajikan ini. Memanglah tidak banyak, tapi mungkin sumbangan yang sedikit itu dapat membantu insan-insan yang sangat susah dan berdaya.

Semoga dengan usaha saya yang tidak seberapa ini , dapat menjadikan blog saya lebih bermanfaat buat semua pembaca-pembaca blog yang sudi singgah membaca blog saya ini.

Jika ada yang berminat untuk iklankan perniagaan ataupun perkhidmatan mereka, bolehlah terus hubungi saya Sariah Awang Senik di no 019-4075644 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


#GSLP
#ABDR
#POWERGOLD
#Dropshipbukuilimiah
#Amaltilljannah


SERLAHKAN KEYAKINAN DENGAN DE'XANDRA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Kata orang bukan saja penampilan yang boleh buat kita nampak yakin, tetapi BAU juga amat penting kan. Kalau semua dah cantik dan kemas tapi BAU kurang menyenangkan, alamak tidak bergunalah semua itu.
Jadi sesekali , perlu juga kita ambil berat soal BAU ini.

Yalah, kalau make"up dah cantik , pakaian dah kemas tapi masih berbau ayam dan juga ikan, tidak adalah semuanya itu. Nanti satu pejabat menjauhkan diri dari dekat dengan kita. Itu kalau yang bekerja.

Kalau surirumah pulak, tidak akan nak sambut suami pulang dengan bau ayam, ikan dan juga kencing anak-anak kan?

Jadi apa yang perlu kita buat ya?

Senang je, tidak payah fikir panjang dan lama sangat.
Apa kata, cubalah SEMBUR perfume DE'XANDRA ini. BAUnya memang sangat berpuas hati dan berbaloi. Dahlah ianya diilhamkan dari pati perfume-perfume yang terkenal malah tahan lama lebih daripada 8 jam.
Paling BEST, DE'XANDRA ini boleh terus dibawa bersolat.

Tidak perlulah masa tengah solat itu, asyik terfikir, minyak wangi yang kita pakai itu, halal atau tidak kan?

Apa pun, anda memang PATUT dan WAJIB menggunakan perfume DE' XANDRA ini. Mana tahu pakai je, DE'XANDRA ini, berduyun-duyun pelanggan yang call ke atau berminat nak jadi rakan kongsi  pulak kan?

Secara jujurnya melalui pengalaman sendiri, DE'XANDRA ini banyak membantu dalam mengubah KEYAKINAN diri.
Masa dulu, pakai minyak wangi biasa tidak KEKAL lama. Ini tidak lagi dengan DE'XANDRA. Bila kita lalu je depan kawan-kawan dan cakap,
'' Amboi, wanginya akak ini. Minyak wangi apa yang akak pakai. Macam best je. ''
Bila orang cakap macam itu, apa yang anda rasa?
Dah tentulah rasa bangga dan tambah lebih YAKINkan.

Jadi kalau ianya mendatang lebih banyak kebaikan, apa salahnya kan?

Semua yang kita buat itu pun, juga demi kebaikan jugak kan. Jadi memang sangat berpuas hati sejak menggunakan si DE'XANDRA ini. Kalau ikutkan harganya tidaklahrasa mahal sangat. Berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua golongan tidak yang tua ataupun yang muda.

Memang DE'XANDRA ini membuatkan kita tampak dan terserlah segala keyakinan diri kita itu kan.
Selain daripada itu, dengan hanya membeli perfume DE'XANDR saja, anda mampu menang cabutan bertuah setiap bulan.

Dah beli itu, kotaknya jangan pulak dibuang ya. Anda boleh terus daftar dengan cara scan terlebih dahulu kod yang tersedia ada di kotak DE'XANDRA itu.

Mudah dan senang kan?
Dahlah wangi, dapat pulak menang hadiah yang lain pulak.

Dah cerita ini, lupa pulak nak beritahu tentang harganya.
Kalau nak tahu, harga sebotol ialah RM65 belum termasuk kos postage. Yang botol besar ini 35ml

Testernya 3ml sahaja dan harganya RM15.

Anda nak mencubanya?
Boleh je. Jangan segan atau buang masa untuk hubungi saya disini 019"4075634

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

NOTA SANGAT PENTING :
SETIAP URUSAN JUAL BELI MELALUI BLOG ini,
AKAN DIDERMAKAN KE BADAN KEBAIKAN, AMAL KEBAJIKAN AMAL TILL JANNAH



Tuesday 25 October 2016

LINDUNGILAH DAN RAHMATI ANAK TERSAYANG

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Dalam kehidupan seorang ibu ini, tiada yang lebih bermakna dan membahagiakan sebenarnya. Melihat anak-anak tersayang membesar dan mendapat pendidikan dan kasih sayang yang secukupnya. Selain sanggup berkorban apa sahaja demi cinta dan kasih sayang kepada anak-anak.

Itulah kehidupan saya yang serba sederhana dalam semua segi. Mempunyai anak-anak yang tidak banyak menimbulkan masalah, adalah satu REZEKI dari Allah yang tiada tolak bandingnya. Anak adalah satu anugerah dan amanah yang harus dijaga sebaik yang mungkin dari Allah yang maha esa.

Begitu jugalah dengan anak bujang saya yang seorang ini. Walaupun saya seorang ibu tunggal, tapi saya berusaha memberikan kehidupan dan didikan yang terbaik buat anak bujang dan juga sidara tersayang. Kalau nak tahu, dia dah terbiasa hidup berdikari sejak berumur 14 tahun lagi.

Ketika itu, saya baru sahaja berpisah dengan abahnya. Memang perceraian memberi impak yang besar kepada anak-anak saya. Tapi dengan sebab itu juga , saya berusaha sedaya upaya mendidik anak-anak agar tidak terasa kekurangan dan juga diabaikan. Pada peringkat permulaan memanglah susah. Namun alhamdulillah, syukur saya dan anak-anak dah dapat atasi semua rintangannya.

Perceraian ini terjadi tanpa saya bayangkan dalam kehidupan saya sebagai seorang ibu. Saya dah berusaha apa yang termampu untuk selamatkan rumahtangga ini, tapi hakikatnya, jodoh hanya sampai disitu sahaja. Saya redha dan pasrah.

Akibat daripada itu semua, anak bujang saya ini berusaha hidup berdikari dengan cara yang tersendiri. Masa umurnya 14 tahun, dia telah bekerja secara partime sebagai tukang buat air dikedai berdekatan dengan tempat saya bekerja. Memang masa memula itu dia agak kekok, tapi syukur dia belajar semuanya secara beransur-ansur.

Selesai sahaja seisi persekolahan pada hari Jumaat, petangnya sahaja dia telah bekerja. Hanya hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja dia bekerja. Hari biasa dia akan bersekolah seperti biasa. Saya selalu ingatkan dia supaya utamakan pelajaran dahulu sebelum perkara yang lain. Duit hasil dia bekerja itu, digunakan sebagai duit poket untuk belanja sekolah. Ada masanya memang saya akan bagi duit belanja, tetapi bukanlah setiap masa.

Kadang-kadang keadaan kewangan saya juga tidak mengizinkan. Tapi dia sangat faham dan jarang menyusahkan saya. Kini dia dah terbiasa hidup berdikari dan kini mengambil peranan sebagai seorang ketua keluarga kepada keluarga saya yang comel ini.

Menjaga adiknya masa saya keluar bekerja dari petang hinggalah larut malam. Dia juga dah pandai memasak untuk adiknya. Menghantar adiknya ke sekolah dulu, sebelum dia ke sekolah. Kalau seisi awal sekolah, suka tanya dulu, barang sekolah adiknya dah cukup ataupun tidak.

Macam itulah selalu sikapnya sejak dulu lagi. Ketika saya sedang menulis entri ini, dia tidak lama lagi bakal menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi. Walaupun peperiksaannya hanya beberapa hari saja lagi, dia tetap berusaha meluangkan masanya untuk bekerja. Semua yang dilakukan adalah atas dasar ingin menolong dan rasa tanggungjawabnya terhadap tugasnya.

Pengalamannya bekerja secara sambilan selama hampir 4 tahun telah banyak memantangkan dirinya dan mengajar dia menjadi lebih berdisplin dan bertanggungjawab. Sebagai seorang ibu, saya tidak pernah menghalang dia untuk berkawan dengan rakannya yang lain. Tapi saya berusaha memantau dan memberi nasihat apa yang patut dan yang tidak sepatutnya.

Walau dia sibuk bekerja, tapi dia juga aktif disekolah. Dia sukakan acara sukan pecut, aktif dalam badan beruniform dan sangat kreatif dalam seni khat. Jadi tidak hairanlah dia selalu menjadi wakil untuk sekolahnya untuk bertanding. Hanya DOA dan harapan yang terbaik buat anak bujang saya yang seorang ini. Dan juga semoga Allah senantiasa melindungi dan merahmati dia selalu.
Aamiin.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Wednesday 12 October 2016

USAHALAH SELAGI TERDAYA DAN SABARLAH SELAGI MAMPU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Syukur hari ini, tidak ramai custumer. Jadi dapatlah luangkan sedikit masa untuk buat kerja online di facebook dan juga beberapa laman sosial yang lain. Berniaga ini memang perlu banyak bersabar. Kalau tidak sabar memang susah. Walau berniaga secara online ataupun offline, tidak banyak bezanya.

Apa pun walau susah mana sekalipun, sematkan dihati itu agar terus berusaha selagi mampu. Nak capai satu kejayaan bukanlah , semuanya perlu dilalui dengan hati yang sabar dan juga ikhlas dalam melaluinya.

Tidak akan baru sekejap diduga dah berputus asa. Kalau cepat putus asa, memang payah nak capai kejayaan.

Jadi kesimpulannya, apa sahaja dugaan walau perit mana sekalipun, mesti dilalui juga. Semua itu, memang tidak dapat dielakkan lagi. Maka, haruslah bersabar saat diuji . Kalau cepat melatah, memang tidak akan mendatangkan kebaikan, malah jadi bertambah buruklah keadaan tersebut.

Dah masuk tahun baru Islam ini, janganlah cepat lemah semangat. Kalau pun azam yang lama tidak tercapai lagi, sambunglah balik azam yang tahun lepas . Janji kita berusaha bersungguh-sungguh dan tidak cepat mengalah dan bersabarlah selagi mampu.

Hidup didunia ini hanyalah SEMENTARA, yang kekal hanyalah akhirat nanti.


Nota :
Untuk pengetahunan semua, setiap RM 10 dari produk dan juga perkhidmatan daripada blog TRAVELOG KEHIDUPAN ini akan disumbangkan ke badan kebajikan AMAL TILL JANNAH.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Tuesday 11 October 2016

BLOG SEBAGAI SALAH SATU IKLAN BERGERAK


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Dulu, saya memang tidak faham apa itu BLOG. Dah ada laman sosial facebook lama, tapi masa itu masih tidak kenal apa itu BLOG. Tapi bila satu hari, berkenalan dengan seorang hamba Allah di facebook, saya pulak tertarik hati untuk mempunyai sebuah blog.

Kebetulan pula, saya minat menulis dan mungkin juga dapat kongsikan semua pengalaman hidup saya diblog. Blog sebenarnya, bagaikan iklan bergerak di alam maya. Memanglah kita tidak dapat memegang iklan tersebut, tapi kita masih boleh dan juga senantiasa melihat iklan tersebut. Asalkan rajin menulis entri- entri baru yang juga dapat memberi manfaat buat semua pembaca yang singgah membaca di blog kita tersebut.


Tapi bagaimana nak pastikan, blog kita senantiasa mendapat perhatian ramai pembacanya?

Mudah sahaja, sebenarnya. Perkara yang paling utama adalah senantiasa tulis entri yang berguna dan juga terkini. Tajuk utama setiap entri juga amat penting. 

Kenapa tajuk utama setiap entri penting?

Sebab setiap tajuk entri akan menjadi satu kata kunci utama di papan GOOGLE. Apabila kita mencari satu maklumat di papan GOOGLE, secara automatik dia akan keluar pelbagai maklumat berdasarkan kata kunci daripada entri yang kita tulis tadi.

Mudah kan, macam itu.

Itulah namanya maklumat dihujung jari. Kita boleh mencari dan mendapat apa sahaja yang kita perlukan pada bila-bila masa sahaja yang kita perlukan. Contohnya, kita nak cari maklumat tentang ayam, jadi kita taipkan sahaja perkataan ayam di GOOGLE, dan akan keluarlah macam-macam maklumat tentang ayam. Jadi senanglah macam itu kan. 

Lagipun di blog, kita boleh cerita lebih lanjut lagi tentang produk, perkhidmatan, kemahiran ataupun mungkin juga pengalaman hidup yang mungkin juga jadi panduan dan pengajaran buat semua pembaca-pembaca blog.

Jadi, dah macam iklan bergerak jugalah. Yang bergerak secara automatik tanpa kita perasan. Tahu-tahu je, kita dapat call tentang produk dan juga perkhidmatan kita itu kan. Pasti seronok dan juga teruja.

Apa-apa pun blog adalah salah satu medium alternative selain daripada facebook dan juga laman-laman sosial yang lain. 

Sekarang nak belajar buat blog pun, bukannya susah. Sekarang boleh belajar secara online dan juga offline. Ada banyak cara sebenarnya. Tapi pastikan cara belajar yang mudah dan senang faham. 

Lagi best, kalau ada kumpulan sokongan sendiri, contohnya , AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH. Bernaung dibawah kumpulan ini, banyak sangat faedahnya. Sebabnya, bila kita dah ada blog, semua ahli akademi ini akan secara automatik akan menyokong antara satu sama yang lain. 

Semua ahlinya pula, terdiri dari pelbagai latar belakang  yang berbeza. Jika ada yang nak tahu lebih lagi tentang blog atau akademi ini bolehlah hubungi saya seperti dibawah ya :
Nama: Sariah Awang Senik
No Tel : 019-4075634
Email : sariah.awangsenik@gmail.com
Facebook : Sariah Awang Senik


Nota Penting : 
Setiap pembelian produk dan juga perkhidmatan daripada blog ini, RM10 akan disumbangkan ke tabung amal kebajikan Amal Till Jannah.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

KERANAMU KU JATUH HATI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://sariahawangsenik.blogspot.com

Itulah kenyataannya. Menyesal betul kenal dia. Dah kenal,sekarang dah jatuh hati pulak. Dulu menyombong tidak nak kenal. Sekarang rasa menyesal pulak tidak beli bebanyak. Tapi biasalah manusia. Tidak kenal, maka tidak cinta. Dah kenal pulak, tidak lena tidur.

Ehemm. Sebenarnya kenal siapa ya?

Dah tentulah dengan DE' XANDRA. Salah satu wangian yang diilhamkan dari wangian yang terkenal tapi masih mampu dimiliki dengan harga yang sangat berpatutan.

Wangiannya pulak tahan lebih daripada 8 jam. Semakin berpeluh, lagilah kuat baunya. Tidak payah risau tentang halal haram. DE' XANDRA ini bebas daripada bahan kimia dan boleh terus dibawa bersolat.
Kalau nak tahu, sekarang ada tawaran yang hebat tahu.

Tawaran hebat yang macam mana ya?

Macam ini, dengan membeli sebotol minyak wangi DE' XANDRA berharga RM65 , 35ml akan dapat PERCUMA 1 botol tester 3ml.
Menarik bukan. Tawaran hebat ini berlanjutan sehingga ke hujung tahun.

Selain itu, anda juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang menarik.
Jadi buat apa tunggu lagi. Jangan nanti stok dah habis baru nak order.
Mana-mana yang rasa berkenaan itu, bolehlah whatshapp di sini 019-4075634 atau email sariah.awangsenik@gmail.com


Nota tidak berkaki : 
Setiap pembelian produk DE'XANDRA, RM10 akan disumbangkan ke tabung kebajikan AMAL TILL JANNAH.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Saturday 8 October 2016

ALAHAI ANAK IBU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://sariahawangsenik.blogspot.com

Memang cepat masa berlalu. Rasanya baru sahaja semalam melahirkan anak bujang tersayang, Muhamad Aiman Hakimi. Syukur juga dia sudah pun genap 17 tahun dan dari sehari makin matang mengharungi segala kepayahan hidup. Dia ini, memang orangnya agak pendiam dan tidak banyak bercakap kecuali hal yang penting je. 

Sejak saya dan abahnya berpisah, memang perangai jadi macam itu. Tapi
syukur semua masalah itu dapat diatasi secara beransur-ansur. Seorang yang agak pendiam tetapi kreatif dan juga aktif. Itulah anak teruna tersayang. Walaupun peperiksaan sekarang sedang sibuk siapkan diri untuk peperiksaan SPMnya namun dia masih berkesempatan bekerja secara sambilan.

Ikutkan dia memang tidak larat untuk bekerja, tapi mengenangkan suatu masa dulu juga pernah meminta tolong, maka anak bujang ini pun berusaha untuk menolong dan juga membantu apa yang patut. Biasalah kerja dikedai seperti membuat air, mencuci cawan, mengemop lantai dan juga menyusun semua barang-barang dikedai.

Kalau nak tahu, anak bujang yang seorang ini sudah bekerja secara sambilan sejak dari berumur 14 tahun lagi. Kini dah pun berumur genap 17 tahun dan semakin pandai dan juga cekap menguruskan semua hal ehwal didalam kedai tersebut.

Kadang- kadang dia pernah juga merungut letih dan juga sebagainya. Tapi kenangkan hendak balas balik apa yang orang dah tolong, itu yang dia tidak banyak cakap dan langsung terus tolong dengan seikhlas hati.

Masa budak- budak sebaya dia sibuk buat persiapan untuk SPM, dia tetap juga luangkan sedikit masa untuk membantu rakan-rakannya dikedai. Apa pun , sebagai seorang ibu, saya selalu berdoa agar niatnya itu akan memudahkan dan melancarkan lagi semua urusannya semasa memjawab soalan peperiksaan SPMnya nanti. 

Alahai, anak ibu yang seorang ini, semoga menjadi anak yang soleh dan juga berjaya dunia dan akhirat nanti.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Nota : Jika ada yang berkenaan untuk membeli barangan dari blog TRAVELOG KEHIDUPAN ini, setiap RM 10 akan didermakan kepada tabung kebajikan Amal Till Jannah.

RASA SEGAR MEWANGI SEPANJANG HARI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://sariahawangsenik.blogspot.com

Bila balik kampung, masa cuti umum inilah keadaannya. Terpaksa redah jem yang teruk setiap kali cuti . Tidak kiralah cuti apa. Cuti sekolah, cuti raya dan paling letih, cuti hari raya. Kalau tidak kena gaya mood penulis sendiri, alamak ke lautlah jadinya.

Dan yang penulis paling tidak gemar ialah sikap pemandu-pemandu yang suka gunakan lorong kecemasan. Hari itu, dalam tv dah diberitahu yang lorong itu hanya untuk kecemasan sahaja. Contohnya, kalau ada kemalangan dan sebagainya.

Dah namanya jem, jadi walaupun kereta kancil itu ada aircond, tapi tetap terasa bahangnya. Kebetulan pulak masa itu hujan, jadi makin bertambah teruklah jem itu jawabnya. Tapi memang sejak dah pakai si De'Xandra memang sangat berpuas hati.

Dahlah tahan lebih daripada 8 jam, bebas dari bahan kimia pulak itu. 

Kalau nak tahu sekarang, De' Xandra sekarang ada percuma 1 tester jika beli 1 botol dengan harga RM 65. Jika beli 2 botol dengan harga RM 120 dan juga jimat RM 10.

Jika ada yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang perfume De'Xandra, boleh hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Sunday 2 October 2016

SELAMAT MAAL HIJAH 1438H

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Dari Group Whatshapp
https://sariahawangsenik.blogspot.com


Masa itu emas. Emas itu kan sangat berharga dan ada masanya tidak ternilai harganya. Begitu jugalah dengan masa. Masa selama setahun itu, bukanlah lama sangat. Pejam celik dan pun setahun. Alhamdulilah, syukur Allah masa beri lagi peluang untuk menyambut tahun baru Islam atau Maal Hijrah.

Maknanya, tuhan itu masih beri peluang untuk buat amal kebajikan sebanyak yang mungkin sebagai bekalan diakhirat nanti. Ada masanya memang sangat benar, yang di dunia ini bukanlah tempat kita untuk sia-siakan masa yang ada. Benar jugalah yang hanya akhiratlah tempat rehat kita yang kekal abadi.


Selamat Menyambut Maal Hijrah 1438H buat semua rakan-rakan dan juga pembaca blog yang sangat dihormati. Semoga dengan tirai tahun baru ini, akan bertambah lagi ilmu didada, dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara sesama hamba Allah yang lain.
Aamiin.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...