Tuesday 18 August 2015

CARA MEMBUAT TUNTUTAN NAFKAH ANAK

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Bukan mudah membuat suatu tuntutan mahkamah setelah berpisah. Banyak perkara yang harus difikirkan oleh bekas suami dan juga bekas isteri. Antara faktor yang teramat penting adalah tuntutan nafkah anak. Jika perpisahan tersebut secara baik dan berdamai tidak akan timbul masalah seperti nafkah anak, penjagaan dan juga sebagainya.

Namun jika sebaliknya, maka ada peraturan yang harus diambil kira. Apabila berlakunya sesuatu perpisahan di antara pasangan bekas suami dan juga isteri, adalah menjadi kewajiban bekas isteri untuk terus menfailkan tuntutan nafkah anak-anak di mahkamah syariah. Ini harus dilakukan jika pihak bekas suami langsung tidak membayar nafkah anak. Jika nafkah anak-anak dibayar secara tidak konsisten dan sesuka hati, maka ianya wajib juga pihak bekas isteri menfailkan tuntutan nafkah anak di mahkamah.

Banyak proces yang harus dilalui oleh bekas isteri untuk mendapatkan saman tuntutan nafkah anak. Meskipun sudah mendapatkan saman tuntutan nafkah anak, ianya bukanlah jaminan bahawa pihak suami terus membayar semua nafkah anak tersebut. Jikalau dalam masa beberapa bulan selepas dari mendapat surat saman tuntutan nafkah anak, pihak bekas suami masih engkar arahan daripada mahkamah maka pihak bekas isteri harus berbuat sesuatu. Antara yang harus pihak isteri lakukan adalah membuat pengaduan di Bahagian Sokongan Keluarga ataupun singkatannya BSK. Bahagian Sokongan Keluarga ini terletak berhampiran dengan masjid negeri Shah Alam. 

Walaubagaimanapun kini pengaduan Bahagian Sokongan Keluarga boleh dilakukan di mahkamah syariah berhampiran dengan tempat anda. Contohnya saya membuat pengaduan BSK terus di mahkamah syariah Shah Alam. Saya pasti ramai bekas-bekas isteri tidak tahu apa yang harus dilakukan setelah mendapat perintah mahkamah tentang tuntutan nafkah anak. Seperti pengalaman yang telah dilalui, saya berfikir setelah mendapat perintah mahkamah, bekas suami akan patuh namun tidak sama sekali. Rupanya apabila mendapat perintah mahkamah maka bermulalah lagi suatu episode yang baru.

Untuk pengetahunan semua antara dokumen yang perlu dibawa semasa membuat pendaftaran di Bahagian Sokongan Keluarga ialah :

@@@ Surat Saman Perintah Mahkamah.

@@@ Surat Cerai.

@@@ Sijil Kelahiran anak-anak.

@@@ Salinan Kad Pengenalan Diri.

@@@ Salinan Slip Gaji ataupun penyata bank jika ada.

Semua dokumen ini haruslah dibawa bersama  semasa membuat pendaftaran. Setelah mengisi semua butiran lanjut di borang pengaduan, akan ada pegawai yang akan bertanya secara ringkas tentang tunggakan dan juga beberapa hal yang lain. Setelah selesai semua urusan, di dalam masa 14 hari, pihak Bantuan Sokongan Keluarga akan menghantar satu surat kepada kita dan juga bekas suami untuk seisi perbincangan. Jika pihak bekas suami tidak menghadirkan diri, seisi perbincangan tersebut tetap akan diteruskan. 

Walaubagaimana pun, pihak Bantuan Sokongan Keluarga tetap akan memanggil lagi sekali bekas suami untuk memberi peluang kepada bekas suami menerangkan keadaan sebenar dan sebab mengapa bekas suami tidak membayar nafkah anak. Di takdirkan bekas suami tetap juga tidak menghadirkan diri, maka proces yang selanjutnya akan diteruskan. Semasa seisi perbincangan tersebut, pihak BSK akan bertanya berapa jumlah yang tertunggak dan sejak bila bekas suami tidak membayar nafkah anak. 

Apabila telah selesai maka pihak BSK akan membuat satu pliding tunggakan nafkah anak.  Setelah menerima pliding tunggakan nafkah anak ini, akan ada beberapa dokumen lagi yang wajib disediakan sebelum menghantar semua pliding tunggakan nafkah anak ini di mahkamah. Selain daripada itu, pihak mahkamah akan mengenakan sedikit bayaran. Bayaran ini dibuat semasa membuatpendaftaran di mahkamah syariah berhampiran daerah anda. 

Setelah selesai semua pendaftaran pliding tunggakan nafkah anak, maka pihak mahkamah akan memberikan satu tarikh bagi sebutan kes tunggakan nafkah anak tersebut. Pihak bekas isteri haruslah hadir dan jika memerlukan bantuan khidmat guaman maka bekas isteri haruslah memohon kepada mahkamah syariah dan pihak mahkamah akan memberikan sedikit masa untuk mendapatkan khidmat bantuan guaman tersebut. 

Banyak lagi peraturan yang harus pihak bekas isteri lalui sebelum mendapat semua bayaran tunggakan nafkah anak itu. Memang procesnya agak lambat namun anak-anak berhak mendapatkan hak yang sepatutnya daripada pihak bekas suami. Saya sendiri sedang melalui fasa kedua tentang kes tunggakan nafkah anak ini. Sejak awal kes ini hinggalah sudah mendapat surat saman perintah mahkamah, bekas suami tetap tidak mahu berbincang dan juga bekerjasama.

Namun saya tetap teruskan semua usaha-usaha ini agar anak-anak mendapat hak yang sepatutnya sepertimana anak-anak yang lain. Diharapkan semua proces ini akan berjalan dengan lancar dan semoga pihak bekas suami dapat berbincang secara baik untuk menyelesaikan semua tuntutan nafkah anak ini, insha Allah. Doakan saya dan anak-anak dan saya bakal lagi berkongsi tentang entri ini selanjutnya tentang apa yang telah terjadi semasa proces perbincangan kes ini di mahkamah. 

Coretan Nafkah Anak

Sariah Awang Senik.


No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...