Wednesday 8 May 2019

BEKERJA DI BELAKANG TAKBIR


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Facebook
http://www.facebook.com/sariahawangsenik

BERKERJA DI BELAKANG TAKBIR

Masih ramai yang tak percaya ada orang bekerja sebagai ghostwriter.

Jadi kita kongsi sikit, ini salah satu cara meningkatkan upaya dan potensi komuniti.

Ramai yang mahu bekerja dari rumah.

Ramai yang mahu kongsi kisah inspirasi dan bantu orang hebat kongsi content berkualiti.

Kalau nak tahu kisah 14 orang Ghostwriter writer boleh baca ebook 'Confessions of Ghostwriter'. Boleh Pre Order

Yang bestnya kalau beli ebook ini akan dapat ebook percuma 'Blue Print Teknik Pitching Client Versi Raya.' Orang bagi duit Raya kita dapat duit Raya.  Best ke Best?

Nak Pre Order boleh klik link ini
https://upahmenulis.onpay.my/order/form/preghost/Sariah1974

MAMA KOPI & WIFI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Facebook
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Mahu tahu kisah sebalik tabir ibu-ibu peniaga online?

Ceritera 19 orang ibu-ibu yang berniaga online. Ada yang berniaga sambil bekerja. Ada yang meniaga sepenuhnya.

Bersama dua orang penulis jemputan yang memegang tampuk pimpinan kepada satu organisasi yang pesat berkembang.

Untuk apa? Demi siapa? Kerana apa? Bagaimana caranya? Apa yang diniagakan?

Akan terjawab di dalam naskhah Mama, Kopi & Wi-Fi dan bakal terbit tak lama lagi.


Sekian
Sariah Awang Senik



SIAPA GHOSTWRITER?


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Facebook
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Apa itu Ghostwriter?

Ghostwriter atau penulis hantu atau penulis upahan adalah seorang penulis yang diupah menulis bagi pihak orang lain.

Orang lain itu boleh jadi sesiapa sahaja.

Menteri, bisnesman, guru, tokoh politik hatta orang biasa tetapi mereka memerlukan khidmat kita sebagai penulis.

Mereka memberi kita upah untuk menulis mengenai diri atau kehidupan mereka.

Nak tahu kisah benar ghostwriter buat Duit sehingga RM25 ribu dapatkan ebook kombo di link ini ya!!   https://upahmenulis.onpay.my/order/form/preghost/Sariah1974


Sekian
Sariah Awang Senik

PRE ORDER EBOOK SUDAH TERBUKA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Facebook
http://www.facebook.com/sariahawangsenik

PRE ORDER SUDAH DIBUKA!

Sempena 1 Ramadhan 1440H, UpahMenulisCom lancarkan jualan PRE ORDER.

EBOOK KOMBO RAMADHAN 2019.

+ Ebook 1 - Ebook Confessions of Ghostwriter (Kisah Pengakuan 15 Ghostwriter Buat Duit Dengan Menulis)

+ Ebook Blueprint Teknik Pitching Client Versi Raya

Jom intai-intai di sini _ https://upahmenulis.onpay.my/order/form/preghost/Sariah1974
Sekian
Sariah Awang Senik

Monday 6 May 2019

HILANG SEKELIP MATA



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Facebook
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Entahlah apa yang Allah nak sampaikan. Mungkin juga satu peringatan buat diri supaya terus istiqamah dalam memberi dan juga membantu hamba Allah lain.

Berkongsi akan secebis kisah ini di bulan Ramadan yang mulia bukanlah nak menunjukkan diri ini dah terlalu baik. Tapi berusaha menjadi yang terbaik buat keluarga dan pastinya tuhan yang menguasai seluruh alam semesta ini.

Syukur.
Allah pertemukan rezeki untuk mengenali siapa hamba Allah ini sebenarnya. Usia masih muda dan sebaya dengan anak bujang tersayang. Mengenali diri hamba Allah ini umpama melihat anak sendiri.

Baru sahaja kehilangan kedua orang tua tercintanya awal tahun ini dalam sebuah kemalangan. Dalam sekelip mata, dia hilang kasih sayang seorang yang bernama ibu dan juga ayah. Arwah ibu dan ayahnya juga tidaklah terlalu berumur. Sekitar lingkungan umur 30 tahun lebih ke atas.

Aduh!
Besar betul dugaan anak dara ini.
Dan pastinya ada hikmah terbesar yang menanti dirinya serta adik-beradiknya yang lain. Masih lagi sedang belajar disalah sebuah institusi pengajian di Terengganu.

Mulanya perasan juga di ig dan fb, dia banyak like dan follow semua status yang positif. Tertarik dengan perkongsian ataupun status fb diri ini yang jarang berbau negatif.

Ehemm!
Tak siapa tahu diri ini juga selalu juga dibadai ombak negatif. Ada masa ombaknya sangat menguji kesabaran dan tahap keimanan ini.
Mujurlah ada sahabat dan juga group-group positif yang senantiasa memberi semangat dan juga tunjuk ajar.

Berusaha juga untuk tahu bagaiman dia mengharungi kehidupannya setiap hari. Katanya, dia tak mempunyai ramai kawan. Ada juga kawan yang tak banyak memberi dorongan terhadap dirinya.

Terbit satu kerisauan terhadap anak ini. Betapa dia sangat rindukan kasih sayang seorang ibu dan juga ayah. Dia perlukan perhatian dan dorongan agar terus kuat melawan badai kehidupan dan tidak rasa tersisih.

Pesan diri ini terhadapnya, agar terus istiqamah berdoa untuk kedua arwah ibu dan juga bapanya. Serta berpesan jika ada sebarang masalah walau kecil atau besar mohon janganlah dipendam masalah yang ada.

Tertanya juga dari kalian rakan fb yang dihormati, apakah lagi bentuk bantuan yang dapat diberi selain daripada wang ringgit?
Anak ini seorang anak perempuan dan sebagai seorang ibu atau bapa mesti kalian ada pandangan yang tersendiri.


Sekian
Sariah Awang Senik

Sunday 5 May 2019

AZAM RAMADAN


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Group Wasap
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Alhamdulilah. Hari pertama dan pagi pertama di bulan Ramadan 2019. Terasa ada satu kelainan dan terlahirlah satu azam yang kini membuku dihati.

Sejujurnya diri ini taklah sesempurna mana. Masih lagi dalam process pembelajaran dan gigih berusaha memperbaiki diri sendiri. Perbaiki kehidupan dan kelemahan diri. Paling penting berimpian untuk menjadi seorang muslimah yang sebagaimana yang dituntut oleh Allah yang maha esa.

Tahun ini membina satu azam. Mungkin pada yang lain, azam ini nampak biasa. Tapi sangat bermakna dan patutnya lebih tegas demi yang terbaik buat disana nanti.

Menyimpan keazaman untuk pergi bersolat Terawih. Selama ini solat Terawih hanya dilakukan dirumah sahaja. Memandangkan selama ini bekerja di shift petang maka agak sukar melakukan solat Terawih kecuali kalau hari cuti.

Selama hampir berbelas tahun bekerja dishift petang dan apabila ada sahaja peluang bertukar ke shift pagi, maka syukurlah segalanya dipermudahkan.

Untuk tahun ini menyimpan satu keazaman untuk mengerjakan ibadah ini segigih yang mungkin. Berapa banyak pahala dan ganjarannya biarlah Allah yang menentukan semuanya.

Dan untuk sampai ke surau tersebut juga merupakan satu cabaran yang hebat. Memandangkan surau tersebut taklah dekat mana tapi tetap nekad juga untuk  menjejakkan kaki bersolat terawih disana. Dengan tidak mempunyai pengangkutan yang lain kecuali kudrat yang Allah anugerahkan, yakin pasti Allah ada jalan untuk permudahkan niat yang satu ini.

Mencetuskan rasa diruangan ini bukanlah bertujuan untuk menunjukkan diri sudah terlalu baik tapi sebenarnya mengingatkan diri akan tujuan dan makna sebuah penghijrahan ini. Tak ingin membuang masa memikirkan apakah pandangan orang lain, maka biarlah dan redha atas apa sahaja yang mereka katakan.

Biarlah dan diri ini sudah memaafkan dari awal apakah yang bakal mereka perkatakan.
Harapannya kalaupun tidak sebulan lengkap bersolat terawih sekurang-kurangnya dapatlah dilakukan seminggu dua atau tiga kali.

Mohon juga doa dari rakan-rakan fb juga rakan yang lain agar mendoakan semoga segalanya dipermudahkan. Yang pasti kalau niat benar kerana Allah jujur dan ikhlas pasti Allah dah aturkan yang terbaik.
Insyaallah. Alhamdulillah.

Sekian
Sariah Awang Senik

PERANG SALE DEXANDRA EAU DE PARFUM

   
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Group Telegram
http://www.facebook.com/sariahawangsenik

Alhamdulilah. Terima kasih Ya Allah, kau pertemukan lagi dengan bulan yang penuh barakah dan rahmat. Di antara banyak-banyak bulan, bulan Ramadanlah bulan yang paling terkaya dan peluang untuk ' topup' segala amal kebajikan terbuka dengan luasnya. Syukur jugalah Allah masih izinkan lagi untuk bernafas dibumi Allah ini.

Bukanlah semata nak mengejar kekayaan, tapi nak jadi kaya itu adalah suatu kewajipan. Bila dah kaya, bolehlah kita keluarkan lebih banyak zakat dan berpeluang membantu kepada siapa sahaja yang perlukan pertolongannya.

Bersempena bulan puasa dan bakal menyambut hari raya Adilfitri tak lama lagi, Dexandra Eau De Parfum juga ada memberikan satu kejutan buat semua peminat wangian kehidupan ini. Kalau nak diikutkan setiap tahun terutama tiba sahaja musim perayaan, Dexandra tak pernah menghampakan semua peminat tegar wangian yang sangat ' berhantu' ini. 

Jangan risau ya! Dexandra Eau De Parfum tak berhantu. Cuma wangiannya sahaja yang boleh membuatkan seseorang lebih ceria, yakin menjalani aktiviti hariannya.

UNeed4Raya Dexandra Sale, Rare Limited Edition Sale ditambahkan lagi dengan produk baru Dexandra Twist & Spray yang terdiri dari 8 wangian. Antara wangian untuk perempuan ialah, Glass, Mode dan juga Glee. Sementara untuk lelaki pula ialah Rush dan juga Vibe. Setiap wangian ada keunikan tersendiri dan sangat sesuai untuk semua peringkat umur.
Kalau nak tahu lebih lanjut lagi apa yang bestnya dengan Dexandra masa puasa dan raya nanti, silalah wasap terus disini http://sariahdexandratpg.wasap.my

Selain dari Dexandra Twist dan Spray, Dexandra ada juga perkenalkan jemaah barunya iaitu Dexandra Air Freshener dengan dua lagi bauan yang terkini iaitu Fiesta Veinna dan juga Blooming Forest.

Setiap darinya sudah ada pengikutnya yang terkini.Jadi masa peperangan sale dari Dexandralah, janganlah lupa untuk dapatkan wangian yang sahabat semua suka sementara STOK masih ada.


Sekian 
Sariah Awang Senik

APABILA ADIK PUJI SI ABANG

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Sayu mendengar suara orang ngaji di surau terdekat. Diri ini masih tak mengizinkan untuk ke sana. Insyaallah esok atau lusa sampailah juga.

Syukur juga dapat jumpa si anak dara biarpun sekejap.
Walau dia hanya outing sahaja, tapi macam-macam hal yang dia cerita dan kongsi.

Nampak agak kurus kerana sedang sibuk berlatih bermain bola tampar.
Tadi anak dara sempat bercerita tentang abangnya.

Katanya dia kagum dengan abangnya sendiri. Abang boleh buat kerja yang susah-susah. Macam menebas, mesin rumput dan sebagainya. Abangnya juga tak malu nak buat kerja part time walau hanya tukang buat air dan cuci cawan.

Terus Kak Long tanya dia, " Adik sayang abang tak?
" Mestilah sayang. Abang kan limited edition. Serba boleh. Repair lampu, masak, basuh baju. " kata anak dara lagi.

" Amboi, tinggi macam gunung Everest adik puji abang. Ada apa-apa ke? Tanya Kak Long lagi.

" Mana adalah. Adik cuma kagum dengan abang. Adik pun nak jadi macam abang jugak . Semua pun boleh buat. ! " Jawabnya lagi.

" Yeke! Ke adik hanya pandai buli kucing jer? Sebab bila adik balik semua kucing ibu nak tidur kat tempat tersembunyi sebab takut kena peluk atau cari kutu kucing! Kak Long berseleroh dengan anak dara.

" Bagilah adik masa nak belajar semua tu. Nanti lelama adik pandailah. Ibu tak caya nanti ibu tengok sendiri ya! Senyum melebar dia penuh yakin.

Tak lama kami bersembang abahnya sampai di depan pagar rumah. Antara Kak Long dengan abahnya kami memang tak pernah bercakap.

Hanya anak-anak yang berhubung dan berbual mesra. Tak pelah. Biarlah begitu. Asal sahaja niat baik, alhamdulillah.
Selebihnya berserah sahaja kepada Allah.

Salam Magrib dan selamat bersahur.


Sekian
Sariah Awang Senik

Friday 3 May 2019

PRE ORDER EBOOK PENULIS UPAHAN


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber ; Koleksi Dari Facebook
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Siapakah Penulis Upahan?

Maksud Penulis Upahan (Ghostwriter) adalah penulis yang mengambil upah menulis sebarang bentuk penulisan (artikel, buku, teks ucapan, proposal dan lain-lain dengan bayaran tertentu dan mengikut masa serta syarat yang ditetapkan. Nama kita tidak tercatat pada hasil kerja yang kita lakukan.

Prospek ghostwriter boleh jadi sesiapa sahaja. Menteri, bisnesman, guru, tokoh politik hatta orang biasa tetapi mereka memerlukan khidmat kita sebagai penulis. Mereka memberi kita upah untuk menulis mengenai diri atau kehidupan mereka.

Jenis kerja yang boleh ditawarkan oleh Ghostwriter

a)Menulis artikel, ebook, rencana, status FB, kenyataan akhbar, teks ucapan bagi pihak pelanggan.

b)Menukar audio kepada teks

c)Mengambil idea daripada 10 buah buku untuk dijadikan sebuah buku

d)Menterjemah buku

e)100% kajian daripada penulis dan menulis bagi pihak pelanggan

f)Menulis buku biografi tokoh pelbagai bidang

g)Menulis buku-buku agensi kerajaan

h)Menulis SOP syarikat

i)Menyediakan proposal atau profil syarikat

j)Menyediakan pelbagai surat mengikut kehendak pelanggan

Pre Order Ebook Kisah benar 10 Orang Penulis Upahan di Malaysia buat duit dengan menulis Ramadan ini.
"Confessions of Ghostwriter"

Atau terus sahaja order di link ini ya👉 https://upahmenulis.onpay.my/order/form/preghost/Sariah1974


Sekian
Sariah Awang Senik

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...