Monday 29 June 2020

HANYA KERANA 10 SEN

KERANA SEPULUH SEN

Semoga Allah ampunkan segala kekhilafan diri ini.

Ya Allah kurniakanlah kesabaran dalam menghadapi insan-insan ini.

Kemungkinan dia sedang melalui sesuatu yang amat sulit atau sedang mengalami kesakitan.

***********************************************

" Saya nak air jambu ini. Berapa harganya ya?"

Seperti biasa diri ini menjawab.

" RM 2.10 "

" Kenapa mesti ada 10 sen. Letak sajalah RM 2.00. Menyusahkan orang betul. Semua mahal. " Bentak seorang lelaki dalam usia lingkungan 60 tahun.

Sekali lagi menjawab dan cuba membela diri.

" Maaf En, saya hanya seorang pekerja dan bukan pemilik kedai ini. Lagipun kami ada SST. Dan kalau Encik masih tidak puas hati lagi boleh hubungi majikan saya di resit jualan yang berkenaan."  

" Itu sahajalah yang korang tahu nak cakap. Tak de modal yang lain. Tak ingat susah rakyat ini macam mana. " Dalam nada yang agak keras.

Malas nak menjawab dan dalam hati terfikir, entahkan dosa apa yang diri ini telah lakukan hingga Allah menguji dengan kehadiran hamba Allah ini.

Namun dalam masa yang masa, cara pak cik cakap seolah-olah macam diri Kak Long ini bukan rakyat marhaen pulak.

Terasa kelakar pun ada.
Kalau tergelak, mahunya naik minyak lagi 
pak cik ini.

Namun dek kerana sepuluh itulah, dia dah dua kali  minum air jambu, dah beli air mineral dan juga belikan cucunya gula-gula. Maknanya sudah dua kali juga keluar masuk kedai majikan Kak Long ini.

Tetapi mulutnya tetap juga merungut.

Tidak mahu menghukum pak cik ini, hanya berdoa agar Allah tenangkan hatinya dan dikurniakan segala kemudahan atas segala urusannya.

#coretanRR

KERANA SATU SOP

Teks : Sariah Awang Senik
          Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik



Setiap hari memberi laporan tentang segalanya.
Dan selalu bertanya, sama ada sudah mematuhi sop atau sebaliknya.

Setakat ini memang tiada masalah.
Walau kadang- kadang tetap ada juga masalah yang timbul.

Sebagai pengendali gerai, semua pekerja R&R di wajibkan memakai facemask ketika menjalankan apa sahaja aktiviti perniagaan.

Namun ada sesuatu yang membuatkan diri ini berfikir. 

Pihak atasan hanya nak memastikan semua pemilik gerai R&R mematuhi SOP.
Dan kalau tidak ikut SOP pasti ada complain besar atau di kenakan tindakan merit terhadap pemilik gerai.

Tetapi bagaimana dengan para pelanggan yang melanggar SOP ya?

Jenis yang hanya mementingkan diri sendiri.
Tidak mahu beratur dan tiada jarak antara sesama sendiri.

Jenis pelanggan yang di minta tulis nama namun menulis perkataan yang tidak sepatutnya di ruangan nama.

Apakah kami ini kalis virus?

Apakah kami ini bergaji RM 2k sebulan?

Apakah kami ini tiada keluarga?

Golongan seperti kami terdedah kepada bahaya tanpa di sangka-sangka.

Memakai facemask dalam keadaan gerai yang sempit, panas dari jam 7- 3 atau ada yang sampai jam 10 malam.

Berpeluh-peluhnya hanya tuhan yang tahu.
Teringat juga begini keadaan barisan frontliner kita bekerja setiap hari.

Kalau gerai minuman, mungkin tiada masalah sangat.

Bagaimana pula kalau gerai makanan?

Memasak sambil memakai facemask, anda bayangkan bagaimana.

Dan seperti biasa sedikit kesilapan kami pengendali gerai R&R , secara besar-besaran di war-warkan.

Tetapi apabila kesalahan dari pelanggan , sekadar senyum, atau berkata pelanggan senantiasa betul , sabar dan sebagainya.

Ya tanpa pelanggan mungkin kami tiada gaji.
Tetapi kami juga manusia biasa.

Mungkin kerja kami, yalah hanya setakat kerja di sebuah hentian rehat dan rawat.

Tetapi tanpa golongan seperti kami, adakah anda dapat merasai segala keselesaannya sewaktu berehat di sebuah hentian rehat dan rawat?

Coretan ini tidak di minta di hargai. 
Namun cukuplah anda berfikir sejenak jika berada dalam kasut yang sama seperti kami.


Sekian

Tuesday 16 June 2020

SOKONG ANAK MUDA BERNIAGA

Teks: Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik

Kalau bukan kita bangsa sendiri yang beri sokongan kepada anak-anak muda berniaga, siapa lagi?

Walaupun perniagaan mereka tidak besar dan diusahakan secara sampingan sebagai duit poket semasa sedang belajar ini.

Selagi mengarahkan kepada perkara yang baik, beri sokongan 100 peratus. Tidak rugi. Malah inilah yang sepatutnya.

Sampai bila bangsa sendiri asyik nak jadi pengguna sahaja.

Sudah tiba masanya bangsa sendiri menwujudkan peluang-peluang pekerjaan.

Melayan perasaan sambil menikmati air mangga yang padu lagi berlemak ini, buatkan jari-jemari meronta menukang askara di dada fb ini.

Terima kasih Nadia Rahman founder FLAMANGO SHAKE ini. Masih lagi belajar namun gigih berniaga.

Jangan risau, nanti acik order lagi ya.
Tambah-tambah musim PKPP ini. Asyik lapar je anak-anak bertuah kat rumah ini.


#supportanakmudaberniaga

Tuesday 9 June 2020

BUTIK ONLINE LANAFIRA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Dari Butik LANAFIRA

Syukurlah esok sudah pun bermula PKPP atau nama penuhnya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. Selama hampir 3 bulan kita berperang melawan pandemik Covid-19 ini.

Walaupun kes kematian tiada dan jangkitan wabak penyakit di kalangan rakyat tempatan makin berkurangan, itu bukanlah alasan kita untuk mengambil sikap sambil lewa.

Dengan itu, semua kedai-kedai runcit, kedai-kedai serbaneka dan semua R&R akan mula beroperasi pada esok hari 

Tetapi harus mematuhi SOP yang telah ditetapkan supaya virus Covid-19 ini tidak menular di kalangan rakyat Malaysia.

Disebabkan segala aktiviti perniagaan akan berjalan seperti biasa walau masih berperang dengan virus ini, maka dalam entri ini akan memperkenalkan sebuah butik Muslimah yang dinamakan LANAFIRA.

LANAFIRA ini sebenarnya sebuah butik online yang menjual pakaian muslimah, baju kurung, baju kanak-kanak dan juga baju lelaki dengan harga yang amat berpatutan sekali.

Selain itu LANAFIRA juga adalah personal shopper barang-barang dari Vietnam, Indonesia, Bangkok dan juga China.

Butik online LANAFIRA juga ada berkongsi pelbagai tips-tips menarik yang boleh dijadikan panduan yang berguna kepada semua para pelanggannya.

Antara tips-tipsnya tersebut ialah : 

1) Tips-tips pemilihan jubah moden mengikut jenis fabrik.
2) Tips yang anda wajib tahu sebelum membeli baju peplum.

Ini adalah sebahagian dari tips-tips berguna yang dikongsikan dalam butik online muslimah LANAFIRA. Jika berminat ingin ketahui lebih banyak tips-tips lagi bolehlah melayari laman web LANAFIRA iaitu https://www.lanafira.com

Selain daripada itu LANAFIRA juga ada berkongsi tips tentang kesihatan yang boleh dijadikan panduan bagi para pelanggan yang singgah melawat butik muslimah LANAFIRA ini.

Lihatlah antara koleksi baju kurung moden yang ada dalam butik LANAFIRA ini. 
Semua cantik-cantik dan nampak simple lagi elegant.

Antara yang menjadi best selling produk adalah seperti mana yang tersenarai di bawah.

1) Baju Kurung Riau Butik Alissa.
2) Baju Kurung Sulam Butik Annisa.
3) Baju Kurung Sulam Sam Zamila
4) Kurta Soft Linean Plain.

Harga yang ditawarkan oleh butik LANAFIRA ini juga berpatutan dan tidaklah terlalu mahal.

Rekaan baju dari butik LANAFIRA juga nampak simple.

Ingin lihat lebih banyak lagi koleksi-koleksi menarik dari butik LANAFIRA ?
Anda hanya perlu tekan sahaja link ini www.lanafira.com dan boleh menjamu mata untuk melihat koleksi terkini dari LANAFIRA ini.

Mana tahu baju-baju kurung ini boleh dijadikan pakaian yang istimewa untuk hari raya Aidiladha nanti. 
Insyaallah.

Thursday 4 June 2020

BUKU MOTIVASI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Ya. Apa sahaja yang berlaku hadapi semuanya dengan tabah. Berani hadapi kenyataan.
Demi anak-anak tersayang sanggup BERKORBAN APA SAJA.

Usah takut dan gentar.
Tidak kira siapapun diri kita, Allah tidak menilai siapa diri hambanya.

Yang maha esa, hanya mahu kita kembali kepada jalan yang sepatutnya.
Dan tidak mahu kita terus lalai.

Usah risau rezeki ada dimana-mana.
Jikalau rajin berusaha REZEKI HANYA DIHUJUNG JARI.

Insyaallah.
Jangan pernah lelah dan teruskan berdoa kepada tuhan pemilik alam ini.

#DBNbukumotivasi

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...