Tuesday 30 August 2016

SEHATI SEJIWA

 Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Sudah hampir 59 tahun, negara Malaysia merdeka. Keharmonian dan kesejahteraan ini sebenarnya terlalu mahal sekali. Untuk mencapai sebuah kemerdekaan bukanlah perkara yang mudah. Betapa banyak pengorbanan yang harus ditempuhi oleh pejuang-pejuang negara yang terdahulu. Ada yang sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan hak-hak rakyat jelatanya.

Walaupun negara Malaysia mempunyai pelbagai penduduk yang terdiri dari berlainan agama dan bangsa, namun semuanya masih tetap dapat duduk bersama-sama dan menjalani kehidupan seharian seperti biasa. Itulah indahnya negara Malaysia yang amat dicintai dan disayangi.
Mempunyai pemikiran yang hampir sama walau berlainan agama dan bangsa.

Sehati dan juga sejiwa itulah semua rakyat Malaysia mahu di dalam kehidupan seharian mereka. Maka dengan sebab itulah setiap kali hari kemerdekaan tiba , kita haruslah terus berdoa semoga negara yang kita sayangi ini terus kekal aman dan sejahtera selalu.
Aamiin.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


JIWA-JIWA MERDEKA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Mungkin mereka belum mengerti apa-apa

Mungkin juga mereka belum tahu akan erti perjuangan
Mungkin juga mereka hanya mahu berseronok sahaja
Mungkin dengan cara inilah mereka mencari kekuatan
Mungkin dengan cara inilah mereka membina keyakinan
Mungkin dengan cara inilah mereka melihat indahnya sebuah kasih sayang

Darinya mereka mengenal erti kepayahan
Darinya mereka mengenal erti ikatan persahabatan
Kasih sayang terbina bukan dari sebuah kesempurnaan tetapi hakikatnya dari serba kekurangan

Asal terukir senyuman dibibir dan melihat mereka tertawa riang
Saat itulah segala kekurangan dan kepayahan hilang begitu sahaja
Di hati kecil si bonda tersayang lagi dihormati.

Selamat Hari Kemerdekaan Yang Ke 59
Semoga Allah sentiasa melindungi negara tercinta Malaysia dan juga seluruh rakyat jelatanya.
Aamiin


Sunday 21 August 2016

BUAT YANG TERBAIK

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Syukur hari ini sudah pun hari Isnin. Alhamdulillah syukur juga kerana masih lagi sempat jalankan tanggungjawab seperti biasa. Esok lusa belum pasti lagi kan. Untuk pengetahuan semua hari ini anak bujang tersayang saya Muhammad Aiman Hakimi akan menduduki peperiksaan percubaan SPM.

Kalau ikutkan saya ini rasa sangat risau. Tapi saya tahu dia akan buat yang terbaik dalam peperiksaan percubaan SPMnya nanti. Walaupun saya tidak mampu hendak hantar dia ke kursus yang mahal-mahal,  saya tahu saya telah berikan yang terbaik buat anak bujang saya ini.

Selain dari nasihat dan juga tunjuk ajar, doa tidak pernah lupa setiap kali dia melangkah keluar untuk ke sekolah. Harapan saya sebagai ibu hanyalah dia berjaya dunia dan akhirat. Menjadi anak yang soleh dan menjadi contoh kepada seorang adiknya.

Apapun perjalanan dan perjuangannya masih panjang. Saya sebagai ibu tidak pernah lupa berdoa untuk kedua anak tersayang.
Untuk anak tersayang, buatlah yang terbaik dalam peperiksaan percubaan SPM ini. Apapun keputusannya ibu tetap terima seadanya.
Semoga anak tersayang berjaya dalam apa sahaja bidang yang diceburinya.
Aamiin.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Saturday 20 August 2016

ERTI SEBUAH KESABARAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulillah. Selamat sejahtera dan selamat berhujung minggu. Apa rancangan kawan-kawan hari ini ya? Pasti sedang rancang sesuatu yang hebat dan juga terbaik buat keluarga tersayang.

Bagi saya, hujung minggu ini segala rancangan berjalan seperti biasa. Sebelah petang bekerja dan waktu paginya saya menghabiskan masa bersama anak-anak tersayang. Rutin harian tetap berjalan seperti biasa. Walau sesibuk mana pun, saya tetap berusaha untuk menulis entri yang terbaik buat tatapan semua rakan tersayang.

Apa entri untuk hari ini?

Entri ini adalah bercakap tentang erti KESABARAN.

Sebenarnya, nak BERSABAR ini bukan mudah. Memanglah senang cakap, apa yang jadi, harus bersabar. Tetapi hakikatnya tidak semudah yang disangka-sangka. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, yang telahpun melalui pelbagai fasa kehidupan, hanya dengan bersabar dan terus berdoa sahajalah, kita ini dapat meneruskan segala perjalanan kehidupan kita.

Itulah hakikatnya memang susah. Tapi rahmat disebaliknya sangat besar . Pada peringkat permulaan memang terasa susah. Bila dah biasa, semuanya akan berjalan dengan lancar. Sementara nak bersabar itu memang terpaksa lalui pelbagai dugaan.

Alhamdulillah bila dah biasa, segala dugaan dapat dilalui dengan penuh kesabaran dan kesyukuran.


Selain Terima Kasih

Wednesday 17 August 2016

BERBAHAGIALAH WAHAI ANAK TERSAYANG

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Syukur alhamdulillah. Cepat betul anak teruna ini membesar. Rasanya baru sahaja semalam mengandung dan melahirkan anak teruna tersayang ini. Inilah satu-satunya anak teruna yang sangat pandai berdikari dan jarang sekali menyusahkan saya sebagai seorang ibunya. Mungkin juga rezeki saya dikurniakan anak yang sebegini dalam keadaan saya sebagai seorang ibu tunggal.
Tapi itu bukanlah alasannya. Apa pun keadaan dan walau sesusah mana pun saya tetap berusaha memberikan yang terbaik buat kedua cinta hati tersayang saya ini. Nama anak teruna bertuah ini Muhammad Aiman Hakimi Ahmad Roslan . Sekarang ini dah nak masuk 17 tahun dan bakal menduduki  peperiksaan SPM hujung tahun nanti. Dengar je anak teruna ini nak exam SPM secara automatik kecut perut saya mendengarnya.

Maklum sahajalah, anak teruna bukanlah terlalu pandai. Cuma tahap pencapaiannya dalam pelajaran harus diperbaiki lagi. Dia bukan anak yang bermasalah dan jarang menyusahkan orang tua. Semua yang dibuat adalah atas usaha dirinya sendiri.

Selama ini dia berusaha kerja secara partime untuk mencari duit poket belanja sekolahnya. Masa nak ambil lesen motornya pun, dia menabung sedikit demi sedikit. Dan alhamdulillah lesennya telah lulus hasil dari menabung dan juga bekerja secara sambilan.

Apa pun tidak lama dia juga akan menduduki peperiksaan percubaan SPM pada minggu hadapan. Mohon doa daripada semua rakan-rakan agar anak kesayangan ini dapat menduduki peperiksaan percubaan dengan baik dan lancar.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Tuesday 16 August 2016

KOLEKSI TERBARU DARI SHAHRIZAD COTTON

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Shahrizad Cotton
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Syukur atas segala rahmat yang Allah beri. Cepat betul masa berlalu kan? Bangun tidur, esok je dah pun masuk hari dan juga bulan yang lain.

Ada yang minat tidak dengan kain songket cotton ini? Antara gambar-gambar yang kat atas itu, yang mana paling cantik dan menawan?

Kalau ikutkan hati memang semua nak pilih kan. Tapi kalau nak tahu itulah koleksi terbaru daripada Shahrizad Cotton. Satu syarikat yang menjual kain-kain cotton bermutu tinggi dengan harga yang paling berpatutan sekali.

Kini sudah ada koleksi terbaru dengan warna-warna yang agak menarik. Corak-coraknya pun memang terkini.

Macam mana pula dengan harganya?

Harganya tidaklah terlalu mahal. Tidaklah sampai mencecah ratusan ringgit. Harga memang mampu milik dan sangat sesuai untuk semua golongan . Tidak kira tua ataupun muda.
Harganya ialah RM 80 sepasang. Kalau beli banyak, insha Allah akan bagi diskun juga nanti.

Kalau dah ada yang berminat dan jatuh cinta, boleh lah hubungi saya selaku agent dropship Sariah Awang Senik 019-4075634 atau email sariah.awangsenik@gmail.com. Jika ada masalah pun boleh terus sahaja call saya ya.


Monday 15 August 2016

WALIMATULURUS ANAK KAKAK SEPUPU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Assalamualaikum. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar sekali. Pada minggu lepas, saya sempat menghabiskan cuti selama tiga hari kerana menghadirkan diri ke majlis perkahwinan anak kakak sepupu saya di Kuala Lipis Pahang. Sebenarnya saya memang tertunggu-tunggu majlis sebegini kerana inilah peluangnya untuk saya berjumpa dengan semua sanak saudara yang susah hendak berjumpa lantaran kesibukan bekerja dan sebagainya.

Almaklum sahajalah saudara mara yang ada terutama orang yang lebih tua dalam keluarga bukanlah ramai lagi yang tinggl. Rata-rata kebanyakan saudara adalah daripada sebelah arwah emak dan juga adik-beradik arwah emak. Yang ada sekarang dua orang mak saudara yang sudah semakin uzur dan tidak berdaya untuk berjalan jauh.

Majlis perkahwinannya sangat ringkas tetapi meriah. Pada majlis itulah saya berjumpa dengan semua mak saudara,  sepupu, pak saudara dan ramai saudara yang tinggal luar dari daerah saya itu. Yang seronoknya abah saya, yang tidak henti-henti menghulurkan salam dan beramah mesra dengan semua saudara yang ada.

Nama pun orang tua, ada yang juga dah tidak ingat akan nama anak-anak saudara yang ada. Jarang berjumpa dan ada juga yang sudah tidak berdaya untuk berdiri lama.

Anak-anak turut gembira berjumpa dengan semua sepupu yang ada. Mereka juga seronok bermain kerana ke sana dan sini. Memang majlis perkahwinan diadakan di dewan, jadi tiada masalah ruang dan juga tempat meletakkan kenderaan. Secara kebetulan dewan ini terletak ditepi padang dan bersebelahan dengan jalan besar.  Rasa seronok dan sangat berpuas hati dengan perjalanan majlis perkahwinan ini.

Tahniah kepada kedua mempelai iaitu Syafiq dan juga pasangannya Ainul. Teringat masa Ainul masih kecil. Cepat betul membesar dan masa berlalu. Kalau nak tahu Ainul adalah satu-satunya anak perempuan yang ada didalam tiga orang adik-beradik.

Apa pun syukur alhamdulillah, semua majlis berjalan dengan jayanya.
Walau cuaca pada masa itu tersangat panas, tetapi tidak terasa kerana di dalam dewannya ada penghawa dingin.

Tahniah dan selamat pengantin baru kepada Syafiq dan Ainul. Semoga rumahtangga yang dibina bahagia hingga ke jannah. Aamiin.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Tuesday 9 August 2016

BELAJARLAH UNTUK HIDUP LEBIH BERSYUKUR

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://Sariah Awang Senik.blogspot.com


Assalamualaikum. Hai , Selamat pagi. Apa khabar ya semua? Pasti sedang sibuk kan. Apa pun saya dah doakan kepada semua yang sedang bekerja dan juga surirumahtangga agar segala urusan yang dirancang berjalan dengan lancar.

Hari ini, nak bercakap tentang apa ya?

Ohh, lupa tentang BERSYUKUR kan?

Sebenarnya apa yang kita lalui setiap hari, termasuklah masalah yang ada semuanya telah ditentukan oleh Allah yang maha esa. Betapa sudah pun kehidupan kita, janganlah kita lupa ada lagi orang yang lebih susah daripada kehidupan kita.

Agaknya ada yang tidak punya rumah untuk sebagai tempat berteduh atau mungkin juga langsung tidak mempunyai pekerjaan. Tapi orang-orang macam ini tetap tabah mengharungi kehidupan, bahkan langsung tidak pernah merungut ataupun suka mencari kesalahan orang lain.

Ajaib kan, mereka lebih susah daripada kita, tetapi tetap tersenyum dan bersyukur dengan apa yang mereka lalui setiap hari. Itulah namanya sebuah kehidupan. Kehidupan untuk dilalui dengan penuh kesyukuran, bukan asyik merungut 24 jam. Merungut macam, susah, panas, bukanlah dan macam-macam alasan yang direka untuk tutup kesilapan diri masing-masing.

Kita kan dah ada kehidupan yang serba indah.  Ada suami , anak-anak dan saudara-mara yang senantiasa ada , waktu kita dalam kesusahan.
Jadi, pendek kata, setiap hari kita perlulah untuk hidup lebih bersyukur dengan segala nikmat yang Allah yang kurniakan kepada kita dan seluruh keluarga tersayang.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Monday 8 August 2016

NASI KERABU BERATOQ TERBAIK












Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook Tn Khairul Zahrin Abd Karim
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Bismillahirrahmanirrahim, semoga dipermudahkan segala catatan agar berjalan dengan lancar dan jayanya.

Amboi ! Memang meriah betul tengok gambar Nasi Kerabu Beratoq ini kan. Dahlah berwarna-warni, lauk pauknya pulak pelbagai jenis. Rasa teringin sangat nak makan. Tapi apakan daya belum ada rezeki lagi. Insha Allah, esok lusa mana tahu kan?

Kalau nak tahu, Nasi Kerabu Beratoq ini diusahakan oleh Tuan Khairul Zahrin Abd Karim. Dia ini sebenarnya adalah pengasas #GROUP SUPPORT LIKE/KOMEN dan sangat TERKENAL di laman sosial Facebook. Seorang yang sederhana, tetapi sangat komited dengan segala apa yang diusahakannya. Asalnya hanya seorang yang biasa, tetapi sekarang sudah menjadi amat luar biasa hebat.

Nasi Kerabu Beratoq ini terletak di Sungai Petani Kedah. Tu dia, jauh lokasi sampai di utara semenanjung. Tapi kata orang, kalau dah memang namanya rezeki memang tidak akan ke mana, betul tidak. Buat pengetahuan semua, restoran Nasi Kerabu Beratoq ini baru sahaja dirasmikan pada 30 July yang lalu. Malangnya waktu kedai ini dibuka, saya tidak sempat nak ke sana kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

Tapi kenapa Nasi ini dipanggil Nasi Kerabu Beratoq ?
Apa yang special sangat tentang nasi ini ya ?

Kalau tengok daripada gambar-gambarnya, patutlah dipanggil Nasi Kerabu Beratoq. Sebab bila nak beli nasi ini, kenalah beratur. Jadi tidaklah pelayannya pening kepala nak ambil semua pesanan kan.
Bagus juga sistemnya buat macam itu. Senang pelayannya melayan para pelanggan dan pelanggan pun rasa selesa berada di restoran sambil menikmati juadah nasi kerabu yang istimewa ini.

Jujur saya memang peminat tegar Nasi Kerabu. Tapi tidak sangka pulak Nasi Kerabu Beratoq ini ada lauk pauknya yang amat istimewa. Kalau tidak silap saya ada pelbagai lauk yang special.
Antaranya ialah Nasi Kerabu Beratoq ayam, daging dan ada pulak Nasi  Kerabu Ketam Lembut. Macam mana rasanya, kenalah datang sendiri makan di restoran nasi kerabu ini. Mana tahu ada rezeki dapat peluang berjumpa dengan tuan punya nasi Kerabu ini, Tuan Khairul Zahrin Abd Karim kan.

Harga nasi kerabu ini memang agak berpatutan. Tidaklah sampai mencecah ratusan ringgit. Semua harganya memang mampu milik. Tapi ini bukan rumah mampu milik tahu. Ni nasi kerabu yang memang boleh buatkan mata orang yang melihatnya jadi tambah kelabu. Alahai, tengok nasi kerabu sampai jadi kelabu. Ya ke, sampai macam itu?


Tidak adalah. Saja je, saya bergurau. Yang jadi kelabu tu, sebab tengok jenis lauk pauknya. Restoran Nasi Kerabu Beratoq ini terletak di kawasan Laguna Merbok. Di buka pada jam 7 pagi sampai jam 3 petang. Kalau sesiapa yang tinggal sekitar kawasan ini, tengahari nanti bolehlah makan nasi kerabu ini. Patutnya saya kena cakap orang utara, tapi tidak berapa pandai sangat nak cakap ikut daerah orang utara. Tidak apa nanti saya belajar perlahan -lahan ya.

Buat Tuan Khairul, terima bantuan kasih kerana memberi saya kebenaran untuk menulis entri tentang Nadi Kerabu Beratoq di blog saya yang tidak seberapa ini. Setiap kali tengok posting gambar Nasi Kerabu ni je dah buat saya rasa tidak selesa. Tidak selesa itu yang kat perutlah. Secara automatik dia terus rasa lapar. Maknanya saya memang dah terpikat habis dengan nasi kerabu ini. Jatuh cinta pandang pertama dengan sekelip mata sahaja. Jangan salah faham tau. Cinta nasi kerabu je.

Apa pun tahniah diucapkan buat Tn Khairul Zahrin dengan kejayaannya membuka restoran Nasi Kerabu Beratoq ini. Semoga terus maju jaya dalam perniagaan yang sedang diusahakan dan bertambahlah lagi rezeki yang ada.  Kalau nak tahu lebih lanjut lagi tentang restoran Nasi Kerabu Beratoq ini bolehlah hubungi sendiri Tuan Khairul Zahrin Abd Karim di 013-9633544. Untuk yang memang orang-orang utara, jangan tunggu lama-lama tengok Nasi kerabu ini. Nanti lama-lama habis pulak ya.

Saya doakan agar perniagaan Nasi Kerabu ini akan terus sukses dan mana tahu dapat buka cawangan di negeri-negeri lain pulak ya.
Aamiin.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Nota : Buat Tuan Khairul Zahrin Abd Karim, mohon maaf andai ada kekurangan dimana-mana semasa saya menulis entri tentang Nasi Kerabu Beratoq ini. Jika ada yang silap, mohon maaf dipinta.
Kepada yang berminat ingin beriklan di blog saya boleh terus hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634 atau e-mail Sariah.awangsenik@gmail.com


Friday 5 August 2016

HARI JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamualaikum.
Cepat betul masa berlalu kan. Dalam seminggu ini, setiap hari masa pantas bergerak. Lagi pantas daripada petir yang datang masa hujan rebut.
Tapi janganlah terus duduk ditengah hujan lebat, semata-mata nak bayangkan apa yang saya cakap tadi.

Hari ini, hari apa ya?
Lah, dah hari Jumaat rupanya ya.

Hari Jumaat, penghulu segala hari. Sangat sesuai perbanyakkan segala amal ibadah, bersolat sunat, bersedekah dan juga berzikir. Tapi janganlah nak tunggu hari Jumaat je. Hari-hari yang lain pun, kita digalakkan berbuat hal yang sama juga.

Apa pun hari ini, saya berasa sangat bersyukur kerana segala tugasan saya berjalan dengan lancar dan jayanya. Walau ada beberapa hal dan masalah yang menduga kekuatan mental dan fizikal saya tetap bersabar dan tenang menempuhinya.

Saya berdoa juga apa yang rakan-rakan yang lain sedang rancang akan berjalan dengan begitu lancar sekali.
Aamiin.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Thursday 4 August 2016

BARANG YANG LEPAS JANGAN DIKENANG

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Dalam melalui sepanjang perjalanan ini, pasti kita akan menghadapi pelbagai dugaan kehidupan. Ada yang manis, dan tidak kurang juga yang amat memeritkan  bukan.
Bohonglah jika setiap dugaan yang datang itu tidak tinggalkan kesan dalam kehidupan kita. Pasti disetiap dugaan, kita akan rasa perit, kecewa, gembria dan pelbagai rasa lagi.

Macam makan nasilah.
Masa makan nasi dah tentulah ada lauk pauknya.

Tidak kiralah ayam, ikan  daging dan juga sayur-sayuran. Dan dah tentulah setiap masakan itu ada rasa pedas, pahit dan juga masin. Bukan semua orang, tahan pedas, masin dan sebagainya. Dah tidak tahan semua rasa itu, pasti kita akan minum air untuk hilangkan semua rasa tersebut kan.

Apa pun setiap dugaan yang datang, ada hikmah disebaliknya. Maka bersyukur lah jika kita diduga.

Yang pasti apa yang berlaku dalam hidup, ada sebabnya yang tersendiri. Janganlah sesekali kita sangka Allah itu kejam dengan kita.
Kalau kita selalu cakap, " Apa pasallah Allah ini selalu nak duga aku ya?
" Agaknya banyak dosakah aku kut.?"
Pernah tidak hati kita berkata-kata demikian?

Selalunya suara-suara itu hanya sebentar sahaja. Jangan biarkan terus suara-suara sumbang itu menguasai minda kita. Apabila dah sedar kesilapan kita, tidak reti-reti lagi nak perbaiki diri dan kembali pada yang maha penciptanya. Patutnya kita bersyukur Allah tegur dan sedarkan diri kita sebelum semuanya terlambat. Mungkin Allah nak kita jadi lebih baik dan kongsikan pengalaman bersama orang lain agar menjadi pengajaran bagi semua sahabat yang lain.

Perkara yang sudah lepas jangan dikenang lagi. Jangan salahkan diri sendiri dan berusahalah perbaiki kehiduan agar menjadi lebih baik dan insha Allah bermanfat buat orang lain.
Insha Allah.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Nota : Buat pengetahunan semua, blog TRAVELOG KEHIDUPAN ini juga terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin mengiklankan perniagan mereka.
Tiada charge dikenakan, asal produk dan perkhidmatan anda halal dan tidak menyalahi undang-undang yang telah ditetapkan.

Jika berminat boleh terus hubungi saya,
Sariah Awang Senik ataupun whatshapp 019-4075634 dan juga email sariah.awangsenik@gmail.com


Wednesday 3 August 2016

HILANGKAN STRESS BERSAMA SI BULUS

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik. blogspot. com

Alhamdulilah. Dalam kehidupan kita seharian banyak perkara yang boleh buatkan diri kita berada dalam keadaan yang stress. Kos kehidupan yang semakin meningkat, masalah sosial dan pelbagai masalah lagi. Semuanya boleh sebabkan kita hidup dalam stress.

Selalu banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk hilangkan stress. Yang paling mujarab dan terbaik ialah kembali pada maha penciptanya dan mengadu dombalah pada dia. Itu kan lagi baik.
Mengaji, berzikir dan sesekali meluahkan perasaan pada seseorang yang boleh dipercayai.

Tapi meluahkan perasaan pada seseorang itu pun harus berhati-hati juga. Mana tahu tersilap luahan hati, nanti satu dunia pulak tahu masalah kita kan.

Apa pun saya ada cara tersendiri nak.hilangkan segala stress yang ada. Antara yang paling saya suka ialah membela kucing. Entah mengapa kalau tengok.kucing je, hati cepat rasa kasihan dan tergoda dek tengok mukanya yang comel dan manja itu.

Tapi bukan semua orang suka kucing atau panggilan lainnya Si Bulus, betul tidak?

Menghabiskan masa melayan, membelai dan menjaganya sebaik yang mungkin dan memberi makanan yang secukupnya, cukup membuatkan saya terleka dengan masalah atau stress yang saya sedang hadapi. Lagi membuatkan saya mudah tergoda dan ' jatuh cinta ' ialah bila tengok kucing-kucing dengan bulu-bulunya yang amat menarik itu.

Ada warna kuning, putih, coklat dan bermacam warna lagi yang ada. Kalau nak cerita pasal warna itu semuanya cantik dan menawan pada saya.
Kucing memang seekor binatang yang amat manja. Cukup diberi makan dan minumnya, maka dia akan menghabiskan waktunya dengan bermain-main disana dan sini. Apa pun saya hanya membela kucing kampung sahaja. Belum ada rezeki lagi nak beli kucing parsi. Insha Allah ada rezeki lebih hendak juga saya membela kucing parsi ini suatu hati nanti.
Doakan saya agar impian saya tercapai nak beli kucing parsi ini ya.

Okey, cukup sampai disini sahaja entri saya untuk hari ini. Insha Allah esok kita akan bersambung dengan entri yang lebih menarik lagi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik



Tuesday 2 August 2016

SERIKAN HIDUP DENGAN DEXANDRA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Group Whatshapp
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah. Baju dan kasut dah cantik dan 'vouge'. Tapi bila dekat, bila berpeluh ada bau yang kurang menyenangkan pulak.

Pernah tidak alami situasi diatas?

Selalu kan. Mesti kita selalu tercari-cari satu jenis minyak wangi yang tahan lama dan bebas daripada bahan alkohol. Dan yang paling bestnya, lepas berwuduk terus boleh pergi bersolat. Pasti menyenangkan dan menjimatkan semua aktiviti harian kita.

Ini, saya nak share satu produk perfume dengan harga yang berpatutan, tahan lama dan bebas daripada bahan yang tidak halal. Perfume yang saya maksudkan itu ialahDEXANDRA.

DEXANDRA ialah sejenis perfume yang tahan lama, halal dan juga bebas daripada bahan kimia. Perfumenya ada untuk lelaki dan juga wanita. Harganya amat berpatutan dan langsung tidak membebankan para penggunanya..

Kalau nak tahu perfume ini terdapat dalam dua jenis botol yang berlainan.  Yang 3ml didatangkan dalam bentuk sample. Dan yang sejenis lagi dalam botol 35ml.
Harga 3ml - RM 15
Harga 35ml - RM 65
Harga belum termasuk postage.

Kalau ada yang berminat nak mencuba perfume ini, bolehlah hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634 atau email sariah.awangsenik@gmail.com. Selepas dah mencuba perfume Dexandra ini, pasti kehidupan rakan-rakan akan tambah seri dan lebih bahagia.
Aamiin.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Monday 1 August 2016

YEAY DAH BULAN OGOS

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Amboi, cepat sungguh masa berlalu kan. Pejam cilik dah pun masuk bulan Ogos. Rasanya banyak betul yang saya nak buat sekarang. Bisnes online dan bisnes offline. Walau bisnes offline tu, untungnya tidaklah sebanyak mana, tapi saya tetap gigih nak buat juga.

Banyak ke untung buat bisnes ini?

Jangan pandang sebelah mata akan bidang perniagaan. Kan Allah dah tetapkan hampir separuh dari rezeki kita ini, datang daripada dengan berniagalah. Tidak kiralah jual apa pun kan.

Apa pun, bulan Ogos ini penuh dengan misi dan visi. Cewah! Macam masuk bidang politik pulak ya. Tapi memang bulan Ogos ini rasa sungguh teruja. Yalah kan, sekarang tugasan di online makin bertambah. Antara tugasan online yang perlu saya utamakan ialah :

1) Misi taip entri baru blog, setiap hari bersama dengan Akademi Bekerja Dari Rumah.
2) Misi Like/Komen bersama Group Support Like/Komen
3) Dropship Buku Ilimiah
4) Dropship Shahrizad Cotton
5) Agent Powergold

Yang atas itu, confirmed memang secara online. Yang offline pulak, sambal itam.Pahang dan bisnes aiscream secara kecil-kecilan. Memang buat masa sekarang secara sambilan. Mana tahu esok lusa jadi besar-besaran pulak kan

Apa yang kita cakap kan, adalah satu doa. Betul tidak?

Itulah antara misi dan visi saya pada bulan Ogos ini. Jangan lupa tulislah dalam satu buku. Insha Allah semuanya akan jadi kenyataan.
Aamiin.

Maaflah terpaksa stop kat sini dahulu. Esok kita sambung entri yang baru pulak ya. Saya doakan semua rakan yang singgah baca entri ini akan kaya berjaya dunia dan akhirat.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...