Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Assalamualaikum. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar sekali. Pada minggu lepas, saya sempat menghabiskan cuti selama tiga hari kerana menghadirkan diri ke majlis perkahwinan anak kakak sepupu saya di Kuala Lipis Pahang. Sebenarnya saya memang tertunggu-tunggu majlis sebegini kerana inilah peluangnya untuk saya berjumpa dengan semua sanak saudara yang susah hendak berjumpa lantaran kesibukan bekerja dan sebagainya.
Almaklum sahajalah saudara mara yang ada terutama orang yang lebih tua dalam keluarga bukanlah ramai lagi yang tinggl. Rata-rata kebanyakan saudara adalah daripada sebelah arwah emak dan juga adik-beradik arwah emak. Yang ada sekarang dua orang mak saudara yang sudah semakin uzur dan tidak berdaya untuk berjalan jauh.
Majlis perkahwinannya sangat ringkas tetapi meriah. Pada majlis itulah saya berjumpa dengan semua mak saudara, sepupu, pak saudara dan ramai saudara yang tinggal luar dari daerah saya itu. Yang seronoknya abah saya, yang tidak henti-henti menghulurkan salam dan beramah mesra dengan semua saudara yang ada.
Nama pun orang tua, ada yang juga dah tidak ingat akan nama anak-anak saudara yang ada. Jarang berjumpa dan ada juga yang sudah tidak berdaya untuk berdiri lama.
Anak-anak turut gembira berjumpa dengan semua sepupu yang ada. Mereka juga seronok bermain kerana ke sana dan sini. Memang majlis perkahwinan diadakan di dewan, jadi tiada masalah ruang dan juga tempat meletakkan kenderaan. Secara kebetulan dewan ini terletak ditepi padang dan bersebelahan dengan jalan besar. Rasa seronok dan sangat berpuas hati dengan perjalanan majlis perkahwinan ini.
Tahniah kepada kedua mempelai iaitu Syafiq dan juga pasangannya Ainul. Teringat masa Ainul masih kecil. Cepat betul membesar dan masa berlalu. Kalau nak tahu Ainul adalah satu-satunya anak perempuan yang ada didalam tiga orang adik-beradik.
Apa pun syukur alhamdulillah, semua majlis berjalan dengan jayanya.
Walau cuaca pada masa itu tersangat panas, tetapi tidak terasa kerana di dalam dewannya ada penghawa dingin.
Tahniah dan selamat pengantin baru kepada Syafiq dan Ainul. Semoga rumahtangga yang dibina bahagia hingga ke jannah. Aamiin.
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik
Monday, 15 August 2016
WALIMATULURUS ANAK KAKAK SEPUPU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AKHIRNYA
26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi http://www.facebook.com/sariahawangsenik Sunyi bila dia dah balik. Abahnya seti...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Google http://www.facebook.com/sariahawangsenik Ada sedikit getaran dihati ini. Bimbang sang syai...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Dari Group Telegram http:www.facebook.com/sariah.awangsenik Amboi! Bukan main lagi si ...
No comments:
Post a Comment