Sunday 30 December 2018

ANDAINYA MEREKA TAHU



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


ANDAINYA MEREKA TAHU

Dari kejauhan seakan terdengar bunyi sang gemuruh.
Entah bila rahmat Allah ingin menyembah bunyi lagi.

Usai magrib tadi tak putus doa dipohon ampunkan segala kekhilafan diri dan juga sekalian umat dibumi ini.

Sudah dua hari daerah ini dilanda panas terik, semua umat Muhammad seakan hilang pedoman.
Sana-sini mengadu panas yang teramat sangat.

Ya Allah kau turunkanlah rahmatMU itu.
Ampunkanlah segala dosa-dosa yang telah dilakukan.

Petang tadi amarah ini bagaikan lahar gunung berapi.
Berapi-api mengalirkan segala laharnya.
Terus teringat yang syaitan sedang menjalankan tugasnya merasuk hamba Allah ini.  

Sebenarnya hanya nak mengingatkan anak-anak ini.
Bahawa kehidupan tak semudah yang disangka.
Kita hanya merancang dan tuhanlah yang menentukan.

Hanya nak anak-anak lebih belajar berdikari.
Agar jika kesusahan datang menyapa dalam kehidupan tak cepat mengalah dan melatah.

Andainya mereka tahu apa yang sedang bergolak dalam hati ibu yang semakin meningkat usianya.

Andainya mereka tahu yang syurga dan neraka hanya itulah pilihan yang ada dibumi ini.
Dan hidup dan dunia ini hanyalah sebagai satu persinggahan bagi kehidupan yang lebih abadi.

Entahkan mereka mengerti atau tak hanya Allah yang tahu.
Hanya doa terus istiqamah dipohon agar satu hari nanti mereka berdua mengerti akan segalanya.

Di penghujung tangkai hati ini ada secebis pilu sedang bercambah.
Bahawa keperitan ini tak akan mampu diluahkan hanya semata ingin melihat senyuman manis mereka berdua terus terukir dan sinar kebahagiaan terus terserlah diwajah-wajah kesayangan ini.

Ya Allah ampunkan kekhilafan hambaMu ini dalam menjalankan tanggungjawab menjaga amanahMu ini.

Sekian 
Sariah Awang Senik

Saturday 29 December 2018

SAKIT SATU REZEKI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik

Selalu orang ingat rezeki datang dalam bentuk wang ringgit ataupun harta yang melimpah ruah. Sebenarnya sakit itu jugalah salah satu rezeki dari Allah yang maha esa.
Rezeki untuk lebih istiqamah membuat amal ibadah tanpa mengira pahala semata. Ada masa satu kesakitan itu, adalah teguran kasih sayang dari Allah yang maha esa.

Kelmarin akhirnya tewas juga dek diserang demam selsema dan juga batuk.
Dengan cuaca yang tak menentu dan adakalanya terkena tempias hujan yang turun itu, syukur alhamdulillah saya diserang demam selsema dan batuk.

Kalau ikutkan masa memula terkena selsema itu, rasa perit jugaklah.
Menahan hidung yang tersumbat dan diselang-selikan pulak dengan batuk.
Faham-faham sajalah macam mana rasa apabila diserang dua penyakit yang sangat akrab ini.

Tambah-tambah pulak bekerja sebagai seorang pembantu kedai dan seharian bermain dengan ais batu dan sebagainya.
Apabila tekak terasa amat dahaga dan dengan cuaca yang panas , walau hanya ais batu, semuanya bagaikan tergoda sekali.

Mujur jugalah gagah dan usaha paksa diri untuk kembali sihat secepat yang mungkin kerana memikirkan bakal berhadapan dengan kerja yang banyak tak lama lagi.
Harapannya walau apa pun keadaannya semuanya datang dari Allah dan hanya kepada Allah sahajalah berharap agar semuanya bebaik sahaja. Insha Allah.


Sekian
Sariah Awang Senik

Tuesday 25 December 2018

BAS KEHIDUPAN


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
https://www.facebook.my/sariah.awangsenik


BAS KEHIDUPAN

Saat ini, kita harus lebih mensyukuri nikmat yang ada dalam negara kita lagi bertuah ini Malaysia.

Walau berbeza agama, tua atau muda kita masih boleh bertegur sesama kita.
Berada dalam bas ini buatkan diri lebih banyak belajar tentang kehidupan.

Kaum Cina, India dan Melayu lengkap sudah kepelbagaian satu Malaysia.
Mereka Cina, India dan Melayu masih tetap beramah mesra sesama sendiri.

Bertanya khabar walau langsung tak mengenali.
Sedangkan Kak Long masih sibuk dengan gajet yang belum tentu menjanjikan apa-apa.

Rata-rata semuanya sudah tua.
Masih sihat dan berumur sekitar 80an, 70an, 60an dan Kak Long kira yang paling muda 40an.

Untuk 10 tahun akan datang tak pasti apakah lagi yang bakal berlaku dalam negara kita Malaysia.
Hanya berdoa agar segalanya lebih aman tenteram dan bebaik sahaja.

Kini bas kehidupan meneruskan destinasinya lagi.
Semoga semuanya selamat sampai ke desa yang dituju dan senantiasa bahagia selalu.


Sekian
Sariah Awang Senik

RASA INI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Ya bukan senang nak senang.
Kalau 24 jam menghadap phone lainlah cerita.

Ni, kau terpaksa berperang berebut masa untuk buat juga bisnes sampingan dan juga minat kau yang satu.

Orang lain takkan faham sangat apa perjuangan kau yang sebenarnya dan BIGWHY kau selama ini.
Lagi dahsyat kau berperang juga dengan si biawak hidup itu.

Dengan masa bekerja shift, penat dan rasa mengantuk, tiada siapa yang faham.
Adakalanya kau menangis dihamparan sejadah mengadu segalanya kepada maha penciptaNya.

Aduh Allah penatnya hari ini.
Aduh Ya Allah lalainya aku hari ini.
Paling takut apabila terasa Allah makin jauh dari diri ini.

Terus sahaja  memohon keampunan dari Allah
 kerana terasa telah membuat dosa.

Apa pun aku berserah kepadaMu Ya Allah.
Semoga segala dugaan ini ada hikmah disebaliknya.

Sekian
Sariah Awang Senik

Monday 24 December 2018

PERSAMAAN KITA RAIKAN PERBEZAAN KITA HORMATI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Apa sahaja yang berlaku kita masih boleh tetap duduk dan hidup bersama-sama walau berlainan bangsa dan juga agama.

Begitu jugalah dengan fahaman politik.
Semuanya tetap mahukan yang terbaik buat semua rakyat Malaysia.

Maka kedamaian dan kesejahteraan ini peliharalah seeloknya.
Jangan mudah terpengaruh akan sesuatu yang tak benar dengan tujuan untuk memecah-belahkan kedamaian ini.

Betapa sukarnya para pejuang terdahulu untuk mendapatkan sebuah kemerdekaan.

Atau adakah kita dah semakin lupa dengan erti sebuah kemerdekaan ini?

Kemerdekaan ini sangat bermakna dan berharga.
Bukan diperolehi dalam masa sesingkat dua atau semudah kemudahan internet yang kita nikmati sekarang ini.

Persamaan kita raikan dan perbezaan kita hormati diantara satu sama yang lain.
Dan dengan itu Selamat Hari Natal buat semua rakyat Malaysia yang beragama kristian dan sejahtera buat selamanya.


Sekian
Sariah Awang Senik

Sunday 23 December 2018

HADIAH YANG PALING BERMAKNA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Group Telegram
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Mesti rasa gembria sangat bila ada orang hadiahkan kita gift yang macam ini kan?
Rasa diri disayangi dan dihargai selalu bukan.
Nak-nak kalau yang bagi gift macam ini dari orang yang paling kita sayang. Contohnya macam dari En Hubby ke, dari tunang tersayang ke ataupun dari buah hati yang tercinta.

Apa pun nak bagi gift yang macam ini, taklah mahal mana pun. Taklah sampai beratus-ratus ringgit . Kalau diikutkan tak  mahal mana pun. Jika dibandingkan dengan segala kasih sayang yang kita dapat selama ini. Semua itu memang tiada nilai harganya. Gift macam ini tak semestinya untuk bagi pada yang tersayang. Sebagai reward untuk diri sendiri pun boleh.

Sajalah saya ingin berkongsi tentang gift yang macam ini. Harga kotak gift ini hanya RM 15.90 sahaja. Yang perfume itu pulak, terpulanglah nak perfume yang macam ini. Kita boleh dapat semua ini hanya di DEXANDRA EAU DE PARFUM. Tak payah pun buang masa nak singgah ke kedai-kedai menjual gift ini. Sebab semuanya dah ada di DEXANDRA EAU DE PARFUM.

Tak percaya?

Buat apa nak tipu-tipu. Suatu kenyataan dan tiada yang benar melainkan hanya yang benar sahaja.
Atau boleh sahaja wasap saya terus di sini http;//sariahdexandratpg.wasap.my
Nanti saya akan teruskan semuanya lebih lanjut dan secara terperici.

Yang perfume DEXANDRA itu pulak, sekarang ini ada VACAY SCENT SALE DEXANDRA.
Promosi vacay ini akan berakhir pada 31/12/2018 nanti.
Maknanya hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk cepat-cepat grab semua hadiah sepanjang tempoh promosi ini.

Jom cepat-cepat rebut peluang yang baik ini.


Sekian
Sariah Awang Senik 

VACAY SCENT SALE DEXANDRA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Group Telegram
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Berwangian sambil menang hadiah pakej percutian yang menarik!!!

Bestnya macam tu!!
Tak payah pening nak beli tiket penerbangan lagi.
Tinggal nak bawak duit belanja jer!!

Tulah yang bestnya tentang Dexandra Eau De Parfum.
Bukan saja dapat berikan wangian dengan harga yang paling mampu milik, berkualiti dan halal malah siap dapat pakej-pakej percutian lagi.

Syaratnya hanya perlu beli sahaja Dexandra Eau De Parfum tak kiralah yang Dexandra Rare Limited Edition , yang EDP Premium ataupun hanya sekadar Air Freshener yang berharga RM 10 sekotak tu.

Beli dan ada bukti pembelian dan terus sahaja daftar.

Tak faham macam mana?

Senang sahaja.
Jangan pening kepala ya.

Wasap sahaja saya disini http://sariahdexandratpg.wasap.my

Saya bersedia bila-bila sahaja akan bantu anda apa yang patut.
Tapi bantu dari segi wangianlah.

Kalau bantu dari segi wang ringgit tu memang maaflah tak dapat tolong.
Bantu nak tambah pendapatan pun  boleh.

Apa pun promosi Vacay Scent Sale Dexandra ini bakal berakhir tak lama lagi.
31/12/2018 adalah hari yang terakhir ya.
Jangan tunggu sampai hari yang terakhir sudahlah ya.

Takut bukan apa, takut ada yang menyesal dan tak sempat buat apa yang patut untuk join contest ini.
Yang dah  tahu itu, nak tunggu apa lagi ya??


Sekian
Sariah Awang Senik

JAGA LIDAH DAN HATI KITA



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik

Hanya kerana lidah dan juga hati kita dah pun mendapat dosa tanpa kita sedar.
Apabila mengucapkan akan sesuatu patah perkataan maka berhati-hatilah. Daripada banyam mengeluarkan segala perkataan ada baiknya mengambil langkah berdiam diri sahaja.

Itu adalah langkah yang paling terbaik. Saat lidah laju berbicara dalam masa yang sama jagalah juga hati kita ini. Dalam diri kita ada segumpal daging yang dinamakan hati dan adalah salah satu organ yang penting dalam memainkan peranan sistem dalam tubuh badan manusia.

Apabila telah wujudnya benih-benih negatif dalam hati kita, maka secara tak langsung benih-benih dosa makin mekar dalam hati manusia.
Sungguh lidah akan berbicara selancarnya apa yang tersirat dalam hati manusia.

Bak kata pepatah orang-orang tua, terlajak perahu boleh diundur.
Terlajak kata hati terasa dan membukulah segala perasaan marah, sedih, kecewa dan sebagainya.

Menjaga lidah cari mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan orang lain tak semudah yang disangka.
Terdahulu hati manusialah yang perlu dirawat serapi yang boleh.
Jika hatinya penuh dengan rasa dendam, iri hati maka lidah akan berbicara apa sahaja yang tersimpan dalam hati .
Maka pastikan hati sebersihnya sebelum mengeluarkan segala patah perkataan.
Selalu muhasabah diri agar tak cemburu akan kebahagiaan dan juga rezeki orang lain.

Daripada membuang masa dan menambah dosa asbab lidah dan hati ada baiknya kita mendoakan lagi akan kebahagiaan dan juga rezeki seseorang. 
Ingatlah dalam masa yang sama mendoakan orang lain akan ada malaikat yang juga doakan hal yang sama buat diri kita.

Apa pun mendoakan akan orang lain tak memerlukan banyak masa dan juga duit ringgit.
Asas yang paling sukar nak dijaga adalah lidah dan juga hati.
Tambah membuatkan diri kita lagi berdosa jika ada hati manusia yang terasa akan segala kata-kata yang telah kita lemparkan walau secara tak sengaja.

Memohon maaf dan juga memberi satu kemaafan adalah satu kelegaan yang teramat sangat. Pada mulanya kemaafan yang diberi adalah bagaikan satu beban. Tetapi jika kita memaafkan kerana Allah yang maha esa, insha Allah kita akan rasa segala beban telah hilang begitu sahaja.

Hanya beberapa hari sahaja lagi tahun 2018 bakal berakhir.
Dan yang terbaru kita diuji lagi dengan musibah yang berlaku lagi di negara jiran kita Indonesia.

Allah sedang memberi satu teguran dan peringatan buat diri dan juga semua hamba-hambanya. Apa yang berlaku ada pengajaran disebaliknya.
Jangan dipandang ringan.
Jagalah sebaiknya lidah setiap kali bercakap dan pastikan hanya yang bebaik sahaja. 
Juga mohonlah keampunan terus kepada Allah jika hati dah tercalar dek dosa yang kita lakukan.

Ampunkan kami semua Ya Allah. Tetapkan hati dan jauhilah lidah kami dari mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya.


Sekian 
Sariah Awang Senik

INGIN HIDUP LEBIH BAHAGIA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Sebenarnya untuk hidup lebih bahagia dan ceria bukanlah terletak pada material semata-mata. Tetapi lebih kepada diri kita sendiri. Apakah amalan yang seharusnya dilakukan setiap kali dilanda dugaan ataupun musibah.

Dan yang paling apakah perkara kebaikan yang sentiasa dilakukan supaya hati dan juga jiwa kita menjadi lebih tenteram dan juga tenang serta tak sibuk menyalahkan sesiapa apabila dilanda suatu masalah.

Ternyata amalan asas yang seharusnya kita lakukan adalah berbalik kepada Allah yang maha esa. Setelah difikir dan juga mencari segala pengetahunan hanya amalan berzikir, berselawat dan beristighfar sahajalah yang mampu memberikan lebih banyak ketenangan dan juga kebahagiaan.

Memang amalan ini dipandang remeh serta tak nampak keuntungannya sebagaimana duit ringgit. Akan tetapi kesannya sangatlah menguntungkan bagi orang-orang yang berusaha dan istiqamah mengamalkannya.

Paling afdal jika dilakukan setiap hari dan juga diawal pagi.
Jika rasa sedih ataupun gembira janganlah jemu-jemu untuk lakukan setiap amalan-amalan ini.

Resipi untuk hidup lebih bahagia hanyalah kembali kepada Allah. Tinggalkan segala yang dilarang dan lakukan setiap amalan dan beri lebih banyak kebaikan tanpa mempersoalkan apakah nikmat dan pahala yang bakal kita dapat hasil dari segala amalan-amalan berzikir, berselawat dan juga beristighfar.


Sekian
Sariah Awang Senik

Wednesday 19 December 2018

HANYA MAMPU MENDOAKAN


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Hujan masih lagi turun dengan lebatnya malam ini.
Makin meriah lagi dengan bunyi guruh dan juga kilatnya. Sesekali terdetik juga rasa risau.
Mujurlah sekarang sudah bertukar shift pagi dan malam adalah dirumah menghabiskan masa dengan anak dara tersayang.

Baru sekejap tadi telah selesai membeli baju sekolah dan juga alat kelengkapan sekolah anak dara yang duduk di asrama ini.
Bukanlah beli semuanya serba baru tapi hanya membeli apa yang perlu sahaja.

Itu pun anak dara telah mendapat bantuan zakat. Jumlah bajet perbelanjaan persekolahan tidaklah banyak mana, tapi sangat membantu bagi diri saya dan anak dara tersayang.

Selesai membeli barang sekolah dan apa yang patut saya dan anak dara memgambil kesempatan untuk makan malam bersama disebuah gerai yang berhampiran.
Alhamdulillah. Boleh tahan jugaklah masakannya dan taklah terlalu mahal.

Saya lebih suka memilih untuk bersederhana dalam segala hal. Jika ada rezeki lebih memang saya akan banyak habiskan untuk anak-anak tersayang.

Sebenarnya kehidupan yang saya lalui ini tidaklah semewah mana. Masih banyak perkara yang perlu saya perbaiki sebagai salah seorang hamba di atas muka bumi ini.

Ketika saya sedang melalui saat-saat yang paling sukar, saya cukup bersyukur kerana masih ada adik-beradik, ayah dan mak cik juga saudara-mara. Tak lupa juga sahabat-handai yang tak pernah jemu memberi kata-kata semangat.

Adakalanya saya dah tak mampu membalas segala jasa-jasa mereka semua.
Apa yang termampu saya lakukan hanyalah mendoakan agar Allah senantiasa melindungi dan menganugerahkan rezeki yang melimpah-ruah buat mereka semua.

Nak balas dengan duit, sejujurnya memang tak mampu. Dengan mendoakan mereka sahajalah yang mampu saya lakukan. Dalam masa yang sama, malaikat juga akan mendoakan perkara yang sama buat diri saya.

Hujan masih lagi belum berhenti. Walau tak lebat mana, tapi dah cukup membuatkan membuatkan mata untuk meneruskan entri ini.
Semoga esok saya dapat lagi menaip entri yang lebih menarik dan bermanfaat buat semua yang sudi singgah membaca di blog Travelog Kehidupan ini.


Sekian
Sariah Awang Senik

Monday 17 December 2018

REZEKI TETAP ADA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Musim cuti sekolah ini memang agak sibuk.
Bekerja sebagai seorang pembantu kedai dan bekerja pulak disebuah hentian Rehat dan Rawat ini memang agak susah sikit untuk bercuti di hujung minggu.

Ada masa cemburu juga apabila melihat orang lain habiskan masa bersama dengan anak-anak setiap kali tiba musim cuti sekolah.
Apa pun tetap bersyukur walau hidup tak semewah mana, tapi segala kehidupan ini dapat dilalui bersama dengan anak-anak tersayang.

Memandangkan anak-anak semakin membesar ditambah anak bujang tersayang masih belajar disalah sebuah pusat pendidikan tempatan, maka saya harus berbuat sesuatu untuk menambah pendapatan keluarga.

Selain dari mendapat bantuan Zakat Selangor, saya juga menjalankan satu perniagaan secara sambilan. Perniagaan ini mulanya hanyalah secara atas talian dan kemudiannya barulah secara offline.

Walau belum lagi mendatangkan pendapatan yang lumayan, saya tetap tidak berputus asa untuk menjalankan perniagaan dan senantiasa berusaha gigih dan teruskan berdoa.
Mujurlah saya mempunyai mentor dalam satu group wasap.

Dari group itulah saya mendapat tunjuk ajar dan nasihat dari yang pakar dan telah terbukti berjaya dalam menjalankan perniagaan ini.

Apabila melihat rakan-rakan lain berkongsi akan kisah kejayaan mereka mendapat sale yang banyak, maka dalam masa yang sama saya mengambil peluang untuk turut sama mendoakan mereka.

Tak rugi sebenarnya mendoakan orang lain.
Sebab dalam masa yang sama malaikat juga akan mendoakan hal yang sama buat diri kita.
Percayalah rezeki tetap ada buat kita dan janganlah semarakkan rasa syak wasangka yang buruk terhadap Allah yang maha esa.

Insaflah dan bertaubat dan mohonlah bersungguh-sungguh kepada Allah yang maha berkuasa.


Sekian
Sariah Awang Senik

Saturday 15 December 2018

REZEKI TIADA USAHALAH LAGI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Alhamdulilah.
Syukurlah masih bernafas lagi untuk hari ini. Patutnya entri ini saya tulis pada pagi tadi.
Tapi disebabkan masa yang tak cukup dan terikat dengan pekerjaan yang paling utama, maka saya memilih untuk siapkan entri pada malam ini juga.

Cuaca malam ini setiap hari rasa sejuk sangat.
Petang tadi pun hujan turun pun dengan lebat sekali.

Kata orang masa tengah hujan turunlah adalah waktu yang paling mustajab sekali untuk berdoa. Masa hujan itu kita mohonlah bersungguh-sungguh kepada Allah yang maha esa.

Jika masih lagi tiada rezeki percayalah berdoa kepada Allah itulah juga merupakan salah satu rezeki ataupun peluang untuk kita lebih mendekatkan diri kepada Allah yang maha esa.

Berusahalah dan teruskan bertawakal kepada Allah.
Jangan sesekali mempersoalkan segala kuasa Allah atau kurang yakin atas segala kebesaran Allah.

Jika timbul perasaan yang sedemikian maka bertaubatlah dan memohon kemaafan dulu kepada Allah. Insaflah bahawa Allah lebih tahu apa yang tersurat dalam hati kita.

Begitu juga dengan rezeki.
Kalau hari ini tiada, mungkin esok ataupun lusa.
Yang penting usahalah bersungguh-sungguh secara lebih konsisten.
Insha Allah, lambat laun adalah rezeki itu nanti.


Sekian
Sariah Awang Senik

Wednesday 12 December 2018

GARA-GARA ICERD

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Group Wasap
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Gara-gara perhimpunan ICERD pada hari Sabtu yang lepas ini suasjadi kecoh semuanya. Mujurlah masa itu kedai masih lagi belum dibuka. Kalau tak haru-biru jugak dibuatnya.
Mulanya saya ingat ada operasi atau apa. Lepas itu barulah teringat yang ada satu perhimpunan besar mengenai satu perkara di dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Jujurnya saya taklah begitu faham tentang ICERD ini.
Cumanya dari apa yang saya tahu yang ICERD ini bakal memusnahkan sistem raja yang ada di Malaysia, juga menghapuskan hak kaum bumiputera dan mungkin juga agama Islam tak lagi menjadi agama rasmi di Malaysia.

Itu hasil dari pembacaan saya dan apa yang disampaikan.
Jika ada silap pemahaman saya tentang ICERD ini harap dimaafkan ya.

Rasanya belum pernah saya melihat begitu ramai kaum bumiputera yang berbeza fahaman politik sama-sama bersatu hati menentang perlaksanaan ICERD ini.

Alhamdulillah. Bersyukurlah kepada Allah yang perhimpunan ini berjalan dengan lancar dan tiada rusuhan berlaku biarpun yang datang sebegitu ramai.

Apa pun marilah sama-sama kita berdoa agar segala kedamaian dan kesejahteraan yang kita nikmati ini tidak dinodai.
Walau berbeza agama, bangsa dan fahaman politik kita masih lagi dapat hidup dan bergerak bebas untuk pergi ke mana sahaja.
Alhamdulillah.

Sekian
Sariah Awang Senik

Thursday 6 December 2018

SENANTIASA BERSIAP SEDIA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Terima kasih Ya Allah kerana hari ini masih bernafas dan jalankan segala tanggungjawab.
Hadirnya lagi hari Jumaat maka bertambahlah lagi usia ini.
Masa berlalu teramat pantas. Ada masa seakan baru sahaja melihat anak-anak memulakan seisi baru persekolahan.

Hari Jumaat yang indah terasa sangat nyaman dan damai sekali.
Walau hati ini sedang bergolak tetapi taklah terlalu membebankan.

Biarpun sibuk dengan urusan harian yang tak pernah sudah, jangan sesekali kita lupa segala apa yang kita ada hari ini datang dari maha penciptaNya.
Berusahalah untuk lakukan segala amal ibadah walau penat macam mana sekalipun.

Amalan yang kita lakukan itu adalah salah satu persediaan apabila sampai saat dijemput oleh Allah yang maha esa.

Masa untuk kita kembali kepada Allah tiada siapa yang tahu.
Begitu jugalah dengan rezeki dan ajal dan sebagainya.

Dengan itu, jika kita penat rehatlah sebentar dan beransur-ansurlah melakukan ibadah secara lebih konsisten dan nanti akan rasa bagaikan satu rutin harian.


Sekian
Sariah Awang Senik

Wednesday 5 December 2018

TANGGUNGJAWAB PALING UTAMA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Syukurlah.
Baru sahaja mendapat pesanan wasap dari anak bujang yang dah selamat sampai di Semambu Kuantan. Kini dia dah pun masuk ke semester 4.
Alhamdulillah syukur juga keputusan semesternya sangat membanggakan.
Dalam hati ini senantiasa berdoa agar dia dan adiknya cemerlang dunia dan juga akhirat.

Belum pernah lagi lupa untuk doakan kedua beradik ini walau macam mana letih sekalipun.
Jika tak mendoakan mereka berdua rasa hidup sehari itu jadi tak lengkap.

Hanya tinggal lagi dua semester iaitu semester 5 dan juga semester 6.
Selepas itu akan menjalani pratikal dan tengok pulak keputusan penilaian pratikalnya macam mana.

Harapan saya semoga dia terus konsisten dan fokus kepada segala matlamat dan juga cita-citanya.
Dalam masa cuti ini, sempat jugalah si anak bujang membantu abahnya berniaga durian di tepi jalan.
Memanglah rezeki berniaga ini tak sama dengan rezeki makan gaji.
Rezeki makan gaji, pendapatannya adalah tetap setiap bulan.
Sangat berbeza dengan berniaga.

Apa pun kalau berniaga adakalanya rezeki diluar jangkaan.
Sebabnya segalanya hanya bergantung dan berharap kepada Allah yang maha esa.

Berbalik kepada kisah si anak bujang ini, setiap kali ada cuti semester dia berusaha untuk membuat sesuatu bagi mencari duit poketnya.
Mungkin dia sangat sedar saya tak mampu memberi banyak duit belanja kepada anak.
Hanya setakat yang saya mampu sahaja.

Mujurlah dia tak pernah menyoal banyak tentang semua itu.
Kini rutin dia sebagai pelajar kembali bermula esok

Sebagai ibu, saya mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan dan juga dijauhkan dari segala perkara yang tak sepatutnya.
Insha Allah.


Sekian
Sariah Awang Senik

Tuesday 4 December 2018

SYUKUR HUJAN LAGI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Apabila dah masuk bulan 12 ini, beginilah keadaannya.
Kalau hujan sebelah pagi, petang tak hujan. Kalau petang yang hujan, pagi alhamdulillah tak hujan. Apa pun bersyukur masih lagi dapat rasa keadaan hujan ataupun panas.

Jika dibandingkan dengan negara lain, Malaysia masih lagi bumi yang bertuah.
Maka dengan itu setiap hari tak pernah lupa untuk mendoakan akan kesejahteraan negara Malaysia juga buat seluruh rakyatnya.

Masa tengah menaip entri, hujan masih lagi turun diluar itu.
Entah bila akan berhentinya, hanya Allah yang tahu.
Sambil menaip entri ini, saya ditemani oleh dua ekor si bulus yang baru sahaja selesai makan. Beginilah rutin saya kalau sudah cuti.

Hari cuti masa saya banyak dihabiskan dirumah, mengemas dan juga habiskan masa dengan si bulus.
Malam ini sejuknya sangat terasa.
Terpaksa menutup kipas sekejap kerana tak tahan akan rasa sejuk ini.

Mendengar titisan hujan diatap dapur rumah, bagaikan satu irama.
Sekejap rancak dan nanti kembali perlahan semula.

Saya memilih untuk teruskan juga menulis walau tahu tak ramai yang sudi singgah membaca blog kesayangan ini. Biarlah asal niat yang baik insha Allah.

Hujan makin reda.
Agak sunyi sebentar dan sesekali kedengaran suara anak-anak kecil jiran sebelah rumah.

Alhamdulillah. Semoga rahmat dan nikmat ini tak melalaikan saya dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah dianugerahkan.
Syukurlah.


Sekian
Sariah Awang Senik

Monday 3 December 2018

WAHAI SI ANAK DARA



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Ehem, kalau dia tahu saya ambil gambar ni curi-curi maunya lari dia terus.
Itulah kerja anak dara nan seorang ini. Kebetulan gambar ini saya ambil masa dalam perjalanan ke rumah adik di Sg Buloh. Kalau nak diikutkan Tanjung Malim dan Sg Buloh itu taklah jauh mana.
Biasa sahaja bagi saya. Tahu yang anak seorang ini duduk di asrama.
Faham sajalah yang duduk di asrama ada peraturan yang ketat.
Salah satunya tak boleh bawa handphone ke sekolah.

Bukan apa kalau hilang nanti, memang sahlah akan timbul banyak masalah.
Perangai anak dara seorang ini kalau tiap kali balik dari asrama dua perkara yang selalu dia akan buat.
Pertama mengacau si bulus dan tengok hphonenya.
Entah apa yang penting sangat tak pasti.

Sesekali saya curi-curi juga lihat hphonenya itu.

Bimbang kalau-kalau dia terlalu leka sangat dengan gagetnya itu.
Berkali-kali juga saya menegaskan ada masa-masa tertentu untuk bermain dengan hphone ini.

Doa saya agar dia bijak menguruskan masa yang ada bersempena dengan cuti sekolahnya. Pernah juga dia memberi tahu saya yang dia membaca novel secara atas talian.

Saya pun baru sahaja tahu tentang adanya aplikasi yang sedemikian.

Abangnya pun pernah memberitahu saya akan hal ini.

Wahai si anak dara, janganlah selalu leka, dan biasakan yang utama dahulu.
Semoga dia faham dan dapat menilai mana yang baik juga sebaliknya.


Sekian
Sariah Awang Senik

AMALAN UNTUK TERUS KEKAL BAHAGIA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Bahagia itu ada dimana-mana. Tak perlu susahkan diri untuk mencari satu kebahagiaan, sedangkan kebahagiaan itu telah lama wujud dalam kehidupan kita. Mengejar satu kebahagiaan yang tak pasti lebih menyakitkan dari mencipta sebuah kebahagiaan.

Dalam kehidupan yang kita lalui setiap hari, semua orang berhak untuk hidup dengan lebih bahagia.
Saat dilanda satu dugaan dan juga musibah memang biasanya kita akan rasa kecewa dan sedikit lemah. Apa pun janganlah dibiarkan semua perasaan yang lemah itu bersarang terlalu lama dalam diri kita.

Luahkan segala rasa dan lepaskan semua rasa yang tak sepatutnya itu maafkan diri dan mohonlah kepada Allah agar dipermudahkan dan ditunjukkan jalan yang sejelas-jelasnya.

Tiada bahagia yang lebih kekal lama bertahan selain dari melakukan amalan-amalan ini.
Kebahagiaan yang terletak pada satu-satu material takkan bertahan lama.

Antara amalan yang biasa saya lakukan untuk terus kekal lebih lama bahagia adalah melakukan amalan zikir, selawat, solat sunat dan sedekah setiap hari. Walau ada kalanya banyak cabarannya, usahakan jangan ditinggal segala amalan ini terus.

Istiqamah dan bersabarlah dalam lakukan semua amalan ini.
Jika ada yang kurang dimana-mana secepat yang mungkin buatlah solat taubat istighfarlah sebanyak yang mungkin.

Lagi banyak istighfar lagi bagus dan letakkan segala kepercayaan kepada Allah melebihi kepercayaan dari makhluk Allah itu sendiri.

Apabila sudah terbiasa lakukan amalan-amalan ini perlahan-lahan jiwa dan minda kita akan lebih tenteram dan tak berada dalam keadaan risau sepanjang masa.

Amalan-amalan ini bukanlah menyusahkan diri sebaliknya mendekatkan lagi diri dengan Allah yang maha esa.
Melatih dan mendidik diri agar lebih istiqamah dan berdisplin serta bergantung sepenuhnya kepada Allah dan tak kepada yang lainnya.


Sekian
Sariah Awang Senik

JASA SEEKOR KUCING



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Inilah si Belang, hanya seekor kucing kampung sahaja. Tapi jasanya kepada tuan sanggup mengadai nyawanya sendiri. Tahu hanya seekor binatang yang tak mampu berkata apa-apa.
Hanya mampu mengeow dan membelai-belai kaki meminta diberi makan.

Kelmarin rasa kesian dan terhutang budi pada si Belang. Kalau tak kerana pekanya mata si Belang takkan tahu apa yang bersembunyi disebalik kotak berhampiran dengan tandas.

Sebenarnya sehari semalam tinggalkan rumah kerana menghantar durian ke rumah adik di Sg Buloh. Esoknya dalam perjalanan balik ke rumah dalam train komuter entah kenapa hati ini rasa tak tenang dan takut akan sesuatu. Sukar digambarkan semua rasa itu. Dahlah waktu itu train komuter meluncur laju meredah hujan yang sedang turun.

Teringat juga akan kejadian kemalangan train komuter yang berlaku di Tanjung Malim baru-baru ini. Train berlanggar dan mujurlah tiada kecederaan yang serius berlaku. Dalam hati ini tak berhenti-henti berdoa agar perjalanan ini dipermudahkan .

Sesampai sahaja di pintu pagar rumah, pun hati ini masih lagi rasa tak tenteram. Entah apalah yang Allah nak duga kali ini. Setelah selesai memgemas dan memberi makam si bulus termasuk jugalah si Belang, saya mengambil keputusan untuk terus sahaja masuk tidur. Memandangkan esoknya hari Ahad dan pastilah banyak kerja yang harus diselesaikan.

Bangun sahaja pagi, hati ini masih lagi rasa yang sama.
Apa pun setelah mandi dan mendirikan solat Subuh dan juga selawat dan zikir seperti biasa, saya bersiap-siap hendak ke tempat kerja.
Selesai sahaja bersiap saya duduk berehat seketika. Waktu saya sedang menyambung kembali zikir dan juga selawat dan berniat untuk habiskan semua zikir dan selawat itu.

Terperasan ketika sedang habiskan semua zikir itu, ada dua ekor bulus yang sedang mengejar sesuatu di sebuah kotak berdekatan dengan tandas. Nampak juga si bulus Belang dan si Buruk sedang berusaha gigih untuk menangkap sesuatu. Saya fikirkan mungkinkah seekor tikus. Lantas membiarkan sahaja. Lama-kelamaan nampak bunyi suara si Buruk tiba-tiba menjadi garang. Saat itu hati rasa tak tenteram. Saya mengambil keputusan untuk berhenti sekejap segala zikir dan selawat yang saya lakukan tadi.
Terus sahaja meluru ke arah kotak untuk melihat apakah sebenarnya yang berlaku.

Mengucap panjang dan terkejut rupa-rupanya si Buruk dan si Belang sedang melawan seekor anak ular tedung . Terlihat dengan jelas kepala ular itu mengembang dan bersedia bila-bila masa untuk mematuk kedua ekor bulus ini.

Tanpa berlengah, saya menjerit memanggil anak bujang untuk membunuh ular ini kerana ular ini seakan tak mahu keluar dari rumah. Tiada apa yang tajam atau buluh dalam rumah ini. Yang ada hanyalah sebatang paip besi dan juga sebotol ubat nyamuk.

Terus saya mencapai sebotol ubat nyamuk Sheltox dan menyuruh anak bujang spray ke ular tersebut biar ular tu pening dan senang dibunuh. Tahu ular itu tak besar mana. Tapi jika dibiarkan akan membawa banyak bahaya dalam rumah ini.

Apabila ular itu dah agak pening, anak bujang usaha lagi untuk menghalaunya. Namum ular tersebut tetap lagi melawan dan mengelupur dek pening dengan ubat nyamuk yang anak bujang spray tadi. Anak bujang terus sahaja melaungkan azan dan lantas memukul kepala ular tersebut. Alhamdulillah apabila terkena sahaja kepalanya, terus kepala ular itu nampak seakan longlai. Lagi sekali anak berazan dan memukul kepala dan badan ular sampailah mati. Syukur bila dah mati terus anak bujang ambil ular itu dengan penyapu sampah dan letakkan dalam penyodok sampah dan buang ular tersebut di sebuah longkang besar yang terletak dihadapan rumah.

Saya berkata kepada anak bujang dan anak dara kalau tak kerana dua ekor bulus yang sibuk ditepi kotak itu, sampai bebila pun tak menyangka dah ada seekor anak ular masuk ke rumah. Syukur juga kepada Allah kerana telah menerbitkan rasa tak tenteram dalam hati ini. Jika tak Allah gerakkan hati si bulus-bulus itu tak mungkin tahu apa yang telah berlaku.

Kepada Allah tak putus-putus saya berdoa kepada Allah buat si bulus-bulus ini. Memang seekor binatang dan hanya seekor kucing kampung. Tetapi naluri kucing dapat merasai dan membaca isi hati orang yang sayang akan dirinya.
Alhamdulillah terima kasih Ya Allah atas segala jasa dan pengorbanan si bulus Belang dan juga Buruk.


Sekian
Sariah Awang Senik

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...