Monday 3 December 2018

WAHAI SI ANAK DARA



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Ehem, kalau dia tahu saya ambil gambar ni curi-curi maunya lari dia terus.
Itulah kerja anak dara nan seorang ini. Kebetulan gambar ini saya ambil masa dalam perjalanan ke rumah adik di Sg Buloh. Kalau nak diikutkan Tanjung Malim dan Sg Buloh itu taklah jauh mana.
Biasa sahaja bagi saya. Tahu yang anak seorang ini duduk di asrama.
Faham sajalah yang duduk di asrama ada peraturan yang ketat.
Salah satunya tak boleh bawa handphone ke sekolah.

Bukan apa kalau hilang nanti, memang sahlah akan timbul banyak masalah.
Perangai anak dara seorang ini kalau tiap kali balik dari asrama dua perkara yang selalu dia akan buat.
Pertama mengacau si bulus dan tengok hphonenya.
Entah apa yang penting sangat tak pasti.

Sesekali saya curi-curi juga lihat hphonenya itu.

Bimbang kalau-kalau dia terlalu leka sangat dengan gagetnya itu.
Berkali-kali juga saya menegaskan ada masa-masa tertentu untuk bermain dengan hphone ini.

Doa saya agar dia bijak menguruskan masa yang ada bersempena dengan cuti sekolahnya. Pernah juga dia memberi tahu saya yang dia membaca novel secara atas talian.

Saya pun baru sahaja tahu tentang adanya aplikasi yang sedemikian.

Abangnya pun pernah memberitahu saya akan hal ini.

Wahai si anak dara, janganlah selalu leka, dan biasakan yang utama dahulu.
Semoga dia faham dan dapat menilai mana yang baik juga sebaliknya.


Sekian
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...