Wednesday 5 December 2018

TANGGUNGJAWAB PALING UTAMA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Syukurlah.
Baru sahaja mendapat pesanan wasap dari anak bujang yang dah selamat sampai di Semambu Kuantan. Kini dia dah pun masuk ke semester 4.
Alhamdulillah syukur juga keputusan semesternya sangat membanggakan.
Dalam hati ini senantiasa berdoa agar dia dan adiknya cemerlang dunia dan juga akhirat.

Belum pernah lagi lupa untuk doakan kedua beradik ini walau macam mana letih sekalipun.
Jika tak mendoakan mereka berdua rasa hidup sehari itu jadi tak lengkap.

Hanya tinggal lagi dua semester iaitu semester 5 dan juga semester 6.
Selepas itu akan menjalani pratikal dan tengok pulak keputusan penilaian pratikalnya macam mana.

Harapan saya semoga dia terus konsisten dan fokus kepada segala matlamat dan juga cita-citanya.
Dalam masa cuti ini, sempat jugalah si anak bujang membantu abahnya berniaga durian di tepi jalan.
Memanglah rezeki berniaga ini tak sama dengan rezeki makan gaji.
Rezeki makan gaji, pendapatannya adalah tetap setiap bulan.
Sangat berbeza dengan berniaga.

Apa pun kalau berniaga adakalanya rezeki diluar jangkaan.
Sebabnya segalanya hanya bergantung dan berharap kepada Allah yang maha esa.

Berbalik kepada kisah si anak bujang ini, setiap kali ada cuti semester dia berusaha untuk membuat sesuatu bagi mencari duit poketnya.
Mungkin dia sangat sedar saya tak mampu memberi banyak duit belanja kepada anak.
Hanya setakat yang saya mampu sahaja.

Mujurlah dia tak pernah menyoal banyak tentang semua itu.
Kini rutin dia sebagai pelajar kembali bermula esok

Sebagai ibu, saya mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan dan juga dijauhkan dari segala perkara yang tak sepatutnya.
Insha Allah.


Sekian
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...