Friday 26 April 2019

KEJUTAN DEMI KEJUTAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Group Telegram
http://www.facebook.com/sariahawangsenik

Alhamdulillah. Setiap tahun dan paling bestnya bila tiba sahaja hari perayaan, pasti ada kejutan terhebat dari jenama wangian terkenal di Malaysia iaitu Dexandra Eau De Parfum.

Tak pernah sesekali menghampakan peminat-peminat tegar wangian kehidupan Dexandra Eau De Parfum.

Kini setelah sembilan bulan Dexandra Eau De Parfum mengandungkan Dexandra Twist & Spray 10ml, maka bersalinlah secara normal dan segalanya dipermudahkan.

Mujur jugalah tiada apa buruk berlaku semasa Dexandra Twist & Spray ini dilahirkan. Khabarnya Dexandra Twist & Spray ini dilahirkan di kepulauan Maritius bersempena meraikan stokis-stokis yang telah mencatatkan jualan tertinggi dari Dexandra Eau De Parfum ini.

Amboi! Macam baby manusia pulak Dexandra Twist & Spray ini kan? Istimewanya dilahirkan juga bersama 5 kembar yang teristimewa.
Adoi! Tak dapat nak dibayangkan kalau betul ada kembar 5 dilahirkan.

Yang menarik ada 5 bauan istimewa untuk lelaki dan juga perempuan.

Antaranya ialah untuk wanita, Glee, Class dan juga Mode. Yang lelaki pulak, Rush dan juga Vibe.  Twist & Spray by Dexandra ini hanyalah 10ml dan setiap satunya berharga RM 49.90.
Makanya sesiapa sahaja mampu untuk membeli Dexandra Twist & Spray ini.

Setiap wangian Dexandra Twist & Spray ini mampu menceritakan siapakah diri anda yang sebenarnya.

Kini Twist & Spray by Dexandra ini terbuka untuk Pre-Order.
Nak dapatkan atau booking untuk hari raya nanti, wasap sahaja http://sariahdexandratpg.wasap.my
Jangan lupa ya link wasap kat atas ini tau!!

#DS12477
#teamperfumegarden
#DexandraTwistSpray



SATU KEMANISAN


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik. blogspot.com


Demi nak melihat mereka tak terasa berbeza dari orang lain, maka apalah sangat pengorbanan ini.
Pengorbanan seorang ibu ini yang tak punya apa-apa.

Nama, kedudukan serta harta benda.
Semuanya  serba kekurangan.
Malah satu masa dahulu satu kesempurnaanlah memisahkan segalanya.

Tak mahu terlalu lama menyimpan dosa maka memaafkanlah jalan penyelesaiannya.

Siapa salah dan betul, biarlah Allah yang mengadilinya.
Usah buang masa fikir siapa salah dan betul.

Biarkan dan berdoa agar segalanya dipermudahkan.
Kini bersyukur kepada Allah kerana telah pun membuahkan kemanisannya.

Takkan berpaling lagi dan nekad untuk lebih buat yang terbaik dan menghargai akan segalanya.


Sekian
Sariah Awang Senik

Tuesday 23 April 2019

BENCI VS SAYANG


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://www.facebook.com/sariahawangsenik

BENCI  VS  SAYANG

 Dalam pada kita tidak suka akan seseorang, ada baiknya kita mendoakan sahaja mereka. Daripada terus topup dosa setiap hari baik kita tukarkan sebagai gudang pahala setiap hari.

Ya. Faham sangat akan perasaan benci itu. Kadang apa sahaja yang dilakukan semua kita rasa tak berkenaan dihati.
Dah rasa benci, macam itulah.

Orang yang kita benci itu, sama sahaja macam diri kita. Manalah tahu dia sedang berubah ke arah yang lebih baik. Mungkin juga orang yang kita benci itu setiap hari mendoakan kita.

Siapa tahu bukan!

Pokok pangkalnya, semua hanya Allah yang maha mengetahuinya. Saat rasa benci itu membuak-buak bak lahar gunung berapi mungkin satu masa rasa benci itu bakal bertukar simpati, sayang dan sebagainya.

Jadi ketika rasa benci telah bercambah dalam rumah hati kita, baik jangan dibiarkan memakan diri.

Semua sifat yang tak baik yang wujud dalam diri kita, usahlah dibiarkan terlalu lama. Senantiasa berdoa agar aura positif kekal berdiri megah dalam diri kita itu.

Jika ada pun wujud rasa negatif, cecepatlah padamkan dengan zikrullah dan juga selawat. Lagilah mendoakan orang yang kita benci itu. Itukan lagi afdal.

Dah mendoakan, dah zikir dan selawat, kat situ sahaja dah banyak sangat pahala yang kita dapat. Tak terhitung banyaknya. Alih-alih nanti masa diakhirat  bila malaikat buka buku amal kita, semuanya straight A. Siap dapat kepujian lagi.

Best kan macam itu!

Tak salah membenci.
Tapi jangan disimpan terlalu lama hingga terwujudnya banglo dosa.
Mohon dijauhkanlah semuanya ya.

Melalui pengalaman diri ini, pernah jugalah membenci seseorang. Tapi perasaan benci itu menyebabkan rezeki tersangkut-sangkut. Perasan juga, setiap hari ada sahaja yang tak kena.
Fikir juga, apalah dosa yang aku buat hari ini.

Jalan penyelesaiannya, ambil wuduk dan teruslah buat solat Taubat. Kalau rasa tak kena atau masih ada lagi bekas-bekas perasaan benci, buat lagilah solat Taubat.

Allah itu maha kaya.
Dia lagi suka buat lebih dari kurang.
Tambah lagi kalau bersungguh-sungguh berdoa dan bayangkan Allah ada didepan kita.
Allahuakbar.

Yang pasti, segala rasa yang wujud dalam hati kita itu, datangnya dari siapa?
Sah-sahlah dari Allah yang maha esa.
Allahlah yang miliki semua hati umatnya. Nak tukarkan rasa benci itu jadi sayang bebila sahaja Allah boleh buat semua itu.

Seeloknya kita doakan sahaja dan biar Allah yang jalankan tugasnya.
Sibuk memandai-mandai ambil alih tugas Allah, siapalah yang suruh?

Silap haribulan tempah tiket ke neraka terus. Jauh-jauhkanlah semua itu.


Sekian
Sariah Awang Senik

Monday 22 April 2019

SAAT DUGAAN MELANDA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Hanya beberapa minggu sahaja lagi dah nak menyambut bulan Ramadan. Bulan yang paling mulia diantara banyak-banyak bulan. Bahangnya pun dah makin terasa.
Termasuk jugalah dengan cuaca panas dan hujan yang tak menentu.

Pejam celik masa berlalu sangat pantas.
Kadang tak sedar masa berlalu begitu sahaja. Dan kita makin terus terleka dan terbuai dengan dunia yang tak menjanjikan apa-apa ini.

Setidak-tidaknya masa yang ada kita isikanlah dengan perkara-perkara bermanfaat dan juga memberi kebaikan kepada orang lain.

Sebolehnya berusahalah untuk tak terlalu mementingkan diri sendiri. Saat kita sedang menikmati segala nikmat ada insan lain yang diuji dengan pelbagai dugaan. Mungkin ada yang sedang dilanda musibah atau diuji dengan satu penyakit.

Sejujur kita sendiri tak pernah mengetahui bagaimana kehidupan kita kelak. Harapannya tidaklah menyusahkan anak-anak dan juga keluarga.

Biarlah segala dugaan diharungi dengan hati yang tulus ikhlas dan senantiasa berdoa kepada Allah agar permudahkan segalanya.


Sekian
Sariah Awang Senik

SEMBANG SI ANAK DARA



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Sembang anak beranak malam minggu yang lepas.

Anak dara: " Ibu, ngape, abah tu selekeh sangat? Pakai baju pun koyak sana dan sini.!"

Ibu : " Biasalah abah tu. Sekarang kan, mana ada orang jaga dia. Nanti ada isteri, oklah nanti.!"

Anak dara : "Yalah sangat tu. Entah-entah kena queen control!"

Ibu : Hish! "Tak baik adik cakap macam tu. Doakan yang terbaik untuk abah tu."

Anak dara : "Insyaallah. Apa pun tak de orang yang lagi sabar selain ibu. Abah marah dan tengking ibu dulu pun, tetap ibu layan abah macam raja."

Ibu : Amboi! "Kemain lagi adik ya, jadi makcik bawang atau akak bawang ini!😀😀 Biarlah dik, perkara dah berlalu. Usah ingat lagi."

Anak dara : "Memang adik dah lupa. Tapi adik tak leh lupa malam yang abah tengking ibu tu. Sampai bebila tak akan pernah lupa."

Ibu : " Lah!  " Adik masih ingat ke?"

Anak dara ; " Adik ingatlah. Tapi adik taklah dendam dengan abah tu. Dia pun dah tua. Nanti kalau adik ada duit lebih nak belikan abah baju baru. Kesian gak kat abah."

Ibu : " Ohh ok. Baju untuk abah je ke? Untuk ibu tak de? "

Anak dara : " Ibu kan tak selekeh. Kemas dan cantik je. Kalau baju untuk ibu, kenalah special sikit.!"

Ibu : " Ohh ya ke. Alhamdulilah. Syukur ingat juga adik kat ibu."

Kesimpulannya, satu pesanan kepada suami dan isteri jika nak bergaduh bagai nak runtuh langit pun janganlah sesekali depan anak. Kesannya pada anak-anak sangat teruk.

Mereka akan ingat walaupun hanya kisah silam.


Sekian
Sariah Awang Senik

Sunday 21 April 2019

KEMBARA ILMU 3


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik

KEMBARA ILMU 3

Syukurlah, Allah permudahkan segala perjalanan semalam.
Aturan yang Allah susun sangat cantik.
Bila kita bersungguh-sungguh mohon kepada Allah, maka Allah akan aturkan satu jalan penyelesaian yang tidak terfikir dek akal kita.

Ya, dah hampir meningkat usia ini. Tak pernah juga rasa kesal terdetik dalam hati ini walau hidup bersendirian. Malah masa yang ada diisikan sepenuhnya dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Selain berimpian bergelar seorang penulis yang bercita-cita menulis segala perkongsian kehidupan, ada satu lagi impian yang paling terpenting.

Mungkin pada orang lain nampak mudah. Tapi tidak pada diri ini. Ingin membaca Al-Quran dengan betul mengikut segala hukum-hukum yang telah ditetapkan.

Dalam kembara ilmu 3 semalam, berkesempatan membaca surah Al-Fatihah dengan betul supaya lebih lancar lagi. Surah Al-Fatihah adalah surah yang paling penting semasa kita mendirikan solat wajib 5 waktu dan juga solat-solat sunat yang lain.

Jika tidak membaca surah Al-Fatihah dengan betul dikuatiri solat yang kita dirikan itu tak sah. Nampak mudah, bukan?

Yang pasti, diri ini yakin pasti semua sahabat yang lain lebih pandai membaca surah Al-Fatihah ini dari diri ini sendiri. Sebenarnya tak rugi jika kita melancarkan balik bacaan kita dalam Al-Quran. Kerana Al-Quranlah peneman setia kita jika berada di alam barzah nanti.

Selain berusaha memantapkan bacaan dengan guru-guru Al-Quran yang lebih berpengalaman, diri ini belajar juga membaca Al-Quran daripada anak-anak yang tersayang. Memandangkan kedua anak tersayang bersekolah menengah agama, maka memang itulah tujuannya ajar mereka berdua dapat membimbing kembali ibu mereka ini.

Bagi diri ini, sesekali kita rendahkan ego hanya semata untuk belajar membaca Al-Quran daripada anak sendiri. Ustaz yang bertanggungjawab mengajar mengaji semalam adalah ustaz dari Darul Al-Quran Kuala Kubu Selangor iaitu Ustaz Haji Mohd Taufik Bin Md Arshad.

Pertama kali memperdengarkan bacaan Al-Fatihah di depan seorang ustaz yang terlalu banyak pengalaman, terasa sayu dan juga terharu. Tak pasti apa sebabnya, tapi itulah yang bergolak setiap kali membaca surah ini.

Alhamdulilah. Berkat tunjuk ajar ustaz juga rakan-rakan yang lain, barulah faham setiap hukumnya dan dapat membaca surah Al-Fatihah ini dengan betul.

Insyaallah.
Pada hari Rabu malam dan juga hari Sabtu depan, adalah kelas yang terakhir dan akan berusaha menghadirkan diri untuk mempelajari tentang perkara-perkara yang lain pula.



Sekian
Sariah Awang Senik

Thursday 18 April 2019

BILA KITA DIJEMPUT PULANG



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Ada rindu mengebu-gebu  dihati ini. Apa lagi rindu pada anak-anaklah. Hanya mereka pemangkin kehidupan ini. 

Si abang sedang bergelut dengan peperiksaan akhir semesternya.
Sementara si anak dara tentu sibuk dengan rutin di asramanya.

Hari ini balik dari kerja agak awal sedikit.
Bukannya apa, terasa kepenatan semalam masih berbaki lagi.
Rasa badan lenguh sana dan sini.

Selalu juga berdoa kepada Allah agak dikurniakan dengan kesihatan yang baik supaya dapat lebih banyak melakukan segala amal ibadah.

Bukanlah nak kata diri ini alim dan sebagainya, tapi di saat usia hampir menuju ke 50an ini, apalagi yang nak dikejarkan selain persiapkan diri sebaiknya.

Kita tak tahu bila masa Allah akan jemput ke kampung abadi.
Maka masa yang ada buatlah apa yang dituntut.
Urusan dunia perlahan-lahan lepaskan.

Jika masih lagi ada rasa marah, dendam dan sebagainya usahakan untuk lenyapkan dari kamus kehidupan seharian kita.

Ada masa diri ini juga begitu.
Diuji dan diuji berkali-kali. Memelihara hati dan lidah dari mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya.

Dan jangan terlalu membanggakan diri sendiri.
Sekalipun hamba Allah yang kita jumpa itu kurang dari segi ibadah, sikap dan sebagainya, siapalah kita nak menjatuhkan satu hukuman.

Siapa tahu dia sedang berubah atau perbaiki diri untuk jadi lebih baik. Atau siapa tahu dia senantiasa mendoakan diri kita dalam setiap doanya.

Yang layak hanyalah Allah.
Dia lebih tahu segala isihati yang tersurat dalam diri setiap hambanya.
Maka siapalah diri kita ini?

Segalanya hanya datang dengan izin Allah.
Hatta menaip status ini juga mengunakan olahan idea yang pasti dari Allah yang maha esa.

Masih sombongkah kita dengan Allah yang tak putus-putus kurniakan rahmat tanpa terlebih dahulu menilai siapa diri kita disisi Allah yang maha esa.

Allahuakbar.
Ampunkanlah semua dosa-dosa sekalian hambamu ini , Ya allah.


Sekian
Sariah Awang Senik

Monday 15 April 2019

KEMAAFAN DAN KESABARAN



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Dia dah buat kehidupan kau bertukar kepada 360 darjah, kau masih nak maafkan dia macam tu sahaja?

Sukarkan nak maafkan orang yang pernah buat hidup kita menderita?
Lebih perit itulah insan yang paling kita sayang, percaya dan saling cinta-mencintai satu masa dahulu.

Tapi ingat!
Semuanya kuasa Allah.
Kalau Allah nak duga, dalam sekelip mata semua akan berubah.
Sangat pantas masa berlalu.

Dari hidup melayari bahtera bersama-sama kini rasa diri bagaikan tak berguna langsung.

Namun kembalilah kepada Allah. Berbicaralah selayaknya laksana pasangan kekasih yang saling merindui kepada Allah yang maha esa.
Semuanya adalah kesilapan dari dalam diri kita sendiri.

Allah hanya nak menduga, sejauh mana hubungan suci dan kasih sayang ini.
Benarkah segalanya berpaksi kepada Allah ataupun sebaliknya?

Allahuakbar. Hanya Allah sahajalah yang maha mengetahui dan dapat membaca segala isi hati ini.
Apabila telah musnah akan satu mahligai, terpulang kepada sang suami atau sang isteri untuk belajar dari apa yang berlaku.

Usah menyusahkan diri atau menyalahkan diri sendiri. Tiada guna dan sangat membuang masa. Ada baiknya berbalik kepada Allah dan mengadulah sepuasnya dan biarkanlah rasa sedih, kecewa mengalir deras bagaikan lahar gunung berapi ke tempat yang sepatutnya.



Salah satu keajaiban diri yang paling termahal dalam diri seorang hamba Allah adalah kemaafan.

Maafkan sahaja semuanya.
Biar perit, tapi dalam masa yang sama berdoalah kepada Allah, agar dikurniakan segunung kekuatan untuk memaafkan insan tersebut.

Percayalah kemaafan itu amat sukar.
Lebih-lebih lagi kepada insan yang paling kita sayangi.
Memberi satu kemaafan adakalanya bagaikan merentap seluruh jiwa seorang yang bergelar hamba Allah.

Maafkan sahaja. Lupakan dan bersabarlah.
Bagaikan satu magik dan saling perlu memerlukan itulah ajaibnya disebalik kemaafan dan kesabaran.

Memang ada yang bertepuk tangan atas kemusnahan ini.
Tak kurang jugalah yang menjadi hakim menghukum sana dan sini.
Pekakkan telinga dan teruslah melangkah.

Saat ini mereka begitu teruja untuk melontarkan pandangan masing-masing. Yang jelasnya dalam bahtera ini yang tahu akan hakikat sebenarnya hanyalah si suami dan isteri.

Hikayat yang disaksikan oleh Allah sama ada suami atau isteri sudah menjalankan segala perintah dan amanah yang sepatutnya.

Berikan kemaafan itu seikhlas yang mungkin. Kerana satu masa dahulu pernah mengimpikan sebuah kebahagiaan bersama-sama.
Dan sekarang hanya sebuah kemaafan sahaja yang dapat menjamin satu kehidupan yang lebih bahagia dan tenteram.

Hiasilah kemaafan itu dengan sebuah kesabaran. Yakin dengan kemaafan dan kesabaran itu nanti bakal membuahkan satu kebahagiaan yang lebih abadi.

Dan dipenghujung sebuah kehidupan ini, akhirnya kemaafan dan kesabaran tetap jua menang.
Pasti menang walau permulaannya sangat menyakitkan.

Yang akhirnya semua kesakitan itu telah lenyap dalam kemanisan disebalik jalur-jalur dugaan yang telah dianugerahkan.


Sekian
Sariah Awang Senik



Saturday 13 April 2019

KEMBARA ILMU PART 2


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


KEMBARA ILMU PART 2

Misi untuk persiapkan diri bagi menuju perkampungan abadi.
Kita terlalu sibuk ingin capai segalanya didunia ini.
Sampai leka ingin membina mahligai syurga disana nanti.

Peluang sudah terbuka, tapi kita masih sibuk menganyam alasan demi alasan hanya untuk menyelamatkan diri.

Alhamdulilah.
Allah aturkan sebaik dan secomey yang mungkin bab kata ustaz tadi.
Minggu lepas bersendirian dalam satu kembara ilmu.
Hari ini masih lagi dalam misi yang sama tapi ilmu yang lebih bermakna buat bekalan disana nanti.

Syukurlah Allah makbulkan permintaan ini satu persatu.
Walau bukan segunung kejayaan yang dicapai, tapi inilah sebagai langkah dan satu permulaan yang baik.

Baiknya Allah terhadap umat tanpa mengenal dan mengukur tahap keimanan hambanya.
Agaknya inilah sebab Allah aturkan perjalanan yang sebegini molek.

Ada sebabnya.
DIA tak mahu kita terus lalai dalam sebuah bahtera kehidupan dunia yang tak menjanjikan apa-apa.
Kita menanam azam untuk lebih banyak belajar dan amalkan terus dalam kehidupan ini.

Dan biarlah yang lain Allah aturkan dan yakin ada hikmah besar disebaliknya.
Insyaallah.


Sekian
Sariah Awang Senik

Wednesday 10 April 2019

BUKU STAY STRONG OLEH BONDA NOR


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Dah tak lama lagi, kita nak sambut bulan puasa.
Semoga di bulan Ramadan nanti dapat buat yang lebih baik dari tahun-tahun yang lepas.

Masa untuk rehatkan minda.
Sedang habiskab bacaan buku yang ditulis oleh Bonda Nor Stay Strong.
Khabarnya buku bertajuk Stay Strong ada lagi satu lagi buku.

Berkisar tentang kisah kehidupan yang kita lalui.
Mendidik hati dan adakalanya buatkan hati tersentak dan sayu.

Paling tersentuh bab Setelah Aku Mengerti.
Sangat dekat dihatinya.
Bahawa segala yang berlaku bukan salah sesiapa.

Cuma satu dugaan dari Allah dan bagaimana kita menghadapi dugaan tersebut. Tak perlu membalas segala yang orang telah lakukan kepada kita.

Dan jangan sesekali jatuhkan hukuman terhadap orang lain.

Teringat kisah semalam. Bagaimana peritnya untuk bangkit semula.
Bagaimana peritnya untuk lepaskan semua perasaan itu.

Allahuakbar.
Buku Stay Strong benar-benar membuatkan diri lebih yakin bahawa segala perjalanan sudah Allah aturkan.

Jangan lama-lama bersedih atau rasa tersisih. Dugaan yang Allah aturkan itu adalah tanda kasihnya tuhan kepada umatnya.

Baru sahaja mengenali penulis Bonda Nor dari group penulisan juga.
Masa PBAKL yang lepas tak sempat nak bertemu.
Alhamdulilah. Terima kasih penulis Bonda Nor dengan cetusan idea untuk menghasilkan buku ini.

Sekian
Sariah Awang Senik

Tuesday 9 April 2019

REZEKI PELBAGAI BENTUK


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Dari Google
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Rezeki hari ini.
Ilmu juga salah satu rezeki. Dah lama berimpian nak beli mesin jahit, namun hanya dapat membayangkannya sahaja.

Tak pe. Bayangkan.
Mana tahu esok lusa dapat pulak.
Tiada yang mustahil bagi Allah.
Kalau dia nak bagi, sekelip mata sahaja.

Allah mampu lakukan perkara yang mustahil juga.
Dia tak pernah silap dalam menilai hambanya.

Bagaimana dengan diri kita?
Sejauh mana bersungguhnya kita kepada Allah?
Jika ditimpa musibah atau sesuatu yang amat menyakitkan hati, apa perkara pertama kita lakukan?

Kadang diri Kak Long juga terlepas pandang. Dalam pada itu tiada niat langsung nak menyindir sesiapa. Cuma melihat kepada diri sendiri dan tiada masa melihat sikap orang lain.

Bila ada masalah, ada masanya terlepas kongsi di laman sosial ini.
Bila dah buat macam itu rasa menyesal setengah mati.

Marah sangat kepada diri sendiri.
Kenapa tak mengadu terus kepada Allah?
Sedangkan Allah selalu disamping kita setiap masa.

Dalam perjalanan menuntut ilmu yang lepas, nyata Allah permudahkan segalanya.
Dari awal pagi sehinggalah sampai balik ke rumah. Memang pada hari itu, Kak Long minta bulat-bulat dan serahkan segalanya kepada Allah.

Yang kelakarnya, Kak Long tak peranh naik crab car lagi. Itulah pertama kali Kak Long naik crab car sendirian. Itu pun si anak bujang yang mengajarnya.

Puas jugalah dia mengajar ibunya yang seorang ini.
Dengan anak-anak, memang Kak Long tiada rahsia. Semua hal Kak Long kongsi bersama. Termasuklah hal peribadi Kak Long sendiri.

Tiada rahsia antara kami.
Pernah anak bujang kata, ibu capailah segala cita-cita ibu. Abang dan adik senantiasa doakan ibu.

Begitu juga Kak Long tak.pernah putus mendoakan dan sedekahkan Al-Fatihah buat keduanya yang jauh dimata.

Abang berada nun jauh di Kuantan Pahang.
Si adik pula di Slim River Perak.

Kini Kak Long berimpian untuk pergi lebih banyak kursus dan belajar.
Memandangkan pendidikan Kak Long yang tak setinggi mana, maka Kak Long mesti usaha dengan lebih gigih lagi.

Semoga terus istiqamah dalam menuju satu puncak kejayaan bukan hanya didunia malah juga di akhirat.
Insyaallah.


Sekian
Sariah Awang Senik

Sunday 7 April 2019

JODOHKU DISINI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Satu masa dulu, aku pernah lalui keadaan yang sama.
Berada dalam dunia aku yang tersendiri. Berfikir diri tak mampu pergi jauh, sedangkan segala yang aku inginkan bermain-main didepan mata.

Kekurangan diri aku jadikan alasan.
Padahal segalanya makin menghampiri diri ini.

Sampailah satu saat, Allah pertemukan aku dengan sesuatu yang tak kusangkakan sama sekali. Selama ini, aku sedar dan sangat tahu adikku sendiri telah lama bernaung dalam payung yang sama.

Kemuncaknya, aku terima sahaja pelawaan adik tersayang asbab alasan ingin belajar sesuatu yang baru.

Dalam hati aku bermonolog juga seorang.
Boleh ke diaorang ini terima diri aku yang tak berapa nak muda ini?
Boleh ke terima segala kelemahan dan kekurangan diri ini?
Lagi parah, aku langsung tak tahu sepatah haram tentang apa yang mereka perjuangkan.

Anehnya, setelah bertemu, beramah mesra, seakan ada sesuatu yang menarik-narik hati ini.  Mengetuk-ketuk  pintu hati agar memberi laluan untuk satu cinta yang baru.

Terkejut juga.
Perasan sendiri. Mana tahu aku ini jatuh cinta lagi?

Tapi cinta ini bukan cinta biasa-biasa.
Bersama cinta ada cita-cita yang harus diperjuangkan hinggalah ke titisan yang terakhir.

Tambah membuatkan hati lebih jatuh cinta apabila berkenalan dengan seorang wanita hebat Puan Ernayanee Nur Julaimi. Lebih terpesona dengan misi dan visi serta senjata marketingnya yang sangat memukau minda dan hati ini.

Mendengar akan kisah peritnya membangunkan satu empayar perniagaan yang berasaskan wangian diberi nama Dexandra Eau De Parfum, tambah membuatkan hati ini lebih teruja akan segala keistimewaan yang terdapat dalam setiap produk wangian Dexandra Eau De Parfum.

Satu-satunya wangian yang ada sijil halal, boleh terus dibawa bersolat serta tidak mengundang rasa was-was setiap kali memakainya.

Terdapat lebih 35 wangian yang sesuai  untuk lelaki dan juga perempuan mengikut pada keperibadian setiap pemakainya. Kalau nak tahu apa wangian yang sesuai senang saja. Klink saja kat link ini https://dexandra.com/blog/kuiz/
dan anda dah tahu apa wangian yang sesuai untuk diri anda.

Senang kan macam itu?😀😀

Sistem marketing Dexandra yang telah disediakan oleh pihak HQ Dexandra sangat berkesan dan membantu ramai reseller-reseller Dexandra terutamanya agent dan juga barisan dropshipnya dalam menjalankan perniagaan perfume Dexandra ini secara online dan juga offline.

Setiap tahun Dexandra mengadakan Dexandra Family Orientation bermula dengan DFO 1,2,3 dan yang terbaru DFO 4. Semasa perhimpunan DFO inilah semua para agent dan dropship akan berkongsi kisah-kisah kejayaan serta juga kesusahan merek semua dalam memperkenalkan produk wangian kehidupan ini.

Bukan itu sahaja setiap bulan, ada sahaja berita gembria dari Dexandra Eau De Parfum. Antaranya mengadakan cabutan bertuah dan menyediakan hadiah-hadiah menarik untuk semua pembeli dan juga pengguna setia Dexandra.

Rasanya kalau anda beli wangian yang lain, ada atau tidak tawaran yang hebat-hebat macam ini?

Tidak ada bukan?

Produk Malaysia dan juga diusahakan oleh kaum bumiputera sendiri dan kini sedang giat memgembangkan perniagaannya di peringkat antarabangsa.
Hebatnya pengasas Dexandra Eau Deu Parfum adalah seorang wanita hebat yang telah banyak mengharungi pelbagai dugaan dalam memperkenalkan produk wangian Dexandra kepada masyarakat Malaysia.

Barulah tersedar bahawa Allahlah yang mengerakkan dan membuka pintu hati ini, untuk menerima ‘ jodoh’ tanpa dirancang ini.
Rupa-rupa hati ini telah dimiliki sepenuhnya oleh Dexandra Eau De Parfum dan berikrar akan berusaha bersungguh-sungguh dan bersabar dalam melalui setiap ujian dalam menjalankan perniagaan Dexandra Eau De Parfum.
Alhamdulilah.

Nota : Buat pengetahunan semua selain wangian perfume Dexandra EDP 35ml yang berharga sebotol RM 70, kini sedang berlangsung promosi Dexandra Rare Limited Edition dengan harga 2 botol RM 99. Best kan?
Ada juga dijual Dexandra Air Freshener RM 10 juga Body Odourless, RM 35.

Nak tahu lebih lagi, silalah dengan bahagianya wasap, saya Sariah atau Kak Long http://sariahdexandratpg.wasap.my
 Jangan lupa ya!!😉😉

Juga ucapan ribuan terima kasih buat Team Perfume Garden dibawah pimpinan Tuan Kapten Adha dan Nordiana Yahya.
Semoga Allah sajalah yang dapat membalas segalanya dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.


Sekian
Sariah Awang Senik

SIKAP DEGIL


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://www.facebook.com/sariahawangsenik



Kalau dah namanya degil itu, memang degil jugaklah.
Ikutkan mata ini, diayat-ayatnya suruh tidur.
Tapi hati ini merayu-rayu suruh menulis. Rayu si hati pulak, kalau kau tak menulis untuk hari ini, kau takkan mahir sampai bila-bila.

Maka, diri ini bangkit dan terus menulis di Google Documents ini.

Entahlah sejak dah balik berkursus semalam, semangat nak menulis itu bagaikan membuak-buak.
Pernah kan, minum air teh tarik itu.
Berbuih je dia dalam cawan tu.

Macam itulah rasanya perasaan menulis ini.
Hari ini bertugas dan laksanakan tanggungjawab seperti biasa.
Masalah yang sama setiap hari, adakalanya sangat melelahkan.

Malas memikirkannya hanya berdoa berserah sepenuhnya kepada Allah yang maha esa. Balik kerja tadi, selesai bagi makan semua bulus yang ada, lantas terus masak maggie.

Maggie ini sedapnya makan dengan si anak dara sahaja.
Kalau tak habis makan, bersungguh-sungguhlah dia menghabiskan maggie kita itu.

Selalu juga pesan kepada dia agar janganlah menghadap maggie itu sahaja.

Tengok!!
Dalam pada nak lelap masih sempat siapkan sedikit penulisan ini. Harapnya adalah yang sudi membacanya. Pelbagai perkara yang singgah diminda ini.

Paling utama tentang kehidupan dan sebagainya. Kerana sikap degil jugalah diri ini memilih untuk belajar berdikari membina kehidupan sendiri setelah berpisah. Tak mahu menyusahkan kedua orang tua.

Mengambil keputusan untuk membesar dan mendidik anak-anak sendiri. Alhamdulilah anak-anak tersayang dah pandai hidup berdikari. Si abang sejak kecil dari tingkatan 2 dah terbiasa bekerja partime. Yang si adik ini pulak tak pasti lagi macam mana.

Harapannya agar dia dapat mencontohi sikap abangnya. Asbab sikap degil jugaklah telah membuat keputusan nekad untuk lepaskan kebahagiaan sendiri. Fokus pada anak-anak dan juga sebuah cita-cita yang tercicir tak lama dulu.

Berdoa agar Allah permudahkan perjuangan ini dan hati seikhlasnya melakukan semua ini. Banyak perkara yang harus dilakukan sehinggalah selesai dan berjaya.

Ehemm!
Selesai juga coretan ini, bila asalnya sikap degil diri ini telah membuah rasa dalam satu penulisan.
Syukurlah.


Sekian
Sariah Awang Senik

Saturday 6 April 2019

KEMBARA ILMU



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Facebook
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


KEMBARA ILMU

Sejak semalam asyik risaukan sesuatu.
Entah apa yang difikirkan, diri sendiri tak pasti.
Yang pasti macam mana susah pun, mesti sampai juga ke destinasi ilmu ini.
Allahuakbar.
Kenapalah lalai sangat mengikut rasa dan membina mahligai dosa ini?

Istighfar, selawat dan mengucap panjang diri ini.
Rasa insaf. Bukan apa bebankan diri fikirkan semua itu.
Dalam waktu ini, perkara pertama adalah memohon dahulu kepada Allah.
Hanya dia sahaja yang mampu gerakkan semuanya.

Maka diri ini menadah tangan berdoa kepada Allah yang maha esa.
Mohon agar perjalanan dalam menuntut segunung ilmu ini dipermudahkan.

Syukur Allah aturkan dengan baik dan lancar sekali.
Disetiap langkah dihiasi dengan selawat, zikir dan istighfar. Jujur bukan nak menunjuk diri ini hamba Allah yang sempurna, tapi itulah amalan yang telah dipelajari satu masa dahulu.

Membayangkan dan berdoa bahawa Allah telah melancarkan perjalanan ini.
Bukan mudah.
Berjalan sendirian. Tapi jika diimbas kembali perjalanan sahabat-sahabat Nabi dalam menuntut ilmu dan menyebarkan syiar Islam, maka apalah sangat perjalanan yang tak seberapa ini.

Allah selalu disisi.
Setia menemani. Asalkan jangan lupa dan alpa.

Bergerak seawal jam 4.50 pagi, sehingga coretan ini ditulis, belum lagi dapat lena sepenuhnya. Kemudahan awam sudah tersedia dengan lengkapnya. Maka terpulang kepada diri nak mengunakan yang mana terlebih dahulu.

Sepanjang perjalanan, tak putus berdoa agar dapat sampai sebelum jam 8.00 pagi. Dengan menggunakan pengangkutan Grab Car, maka sampai lebih awal dari perserta kursus yang lain. Yang lagi hairan, pusat kursus itu pun belum dibuka lagi.

Ajaib kuasa Allah bukan.

Diaturkan perjalanan lebih cantik dari perancangan sendiri.
Dia yang maha berkuasa akan segalanya.

Selain dapat mempelajari satu ilmu baru tentang ebook store dan sebagainya, berpeluang juga berkenalan dengan Hifzalia dan juga beberapa sahabat baru yang lain. Berkenalan dengan mereka semua hanya secara online. Kini berpeluang pula berjumpa bertentang mata.

Rezeki bukan hanya setakat ilmu. Tapi rezeki berkenalan dengan Mazliana dan suaminya Tuan Hasnol,Hazwani juga Zuraini Razali.

Mereka semua orang yang pakar dalam bidang masing-masing. Masih banyak lagi perkara yang mesti diri ini pelajari. Satu pergembaraan yang bukan mudah dalam serba kekurangan ini.

Sekalung ucapan terima kasih juga buat Puan Masayu Ahmad yang telah menganjurkan semua program taklimat Kelas Ebook Store ini. Tak lupa juga buat Ustaz Firdaus selaku penceramah yang memberi penerangan tentang Ebook Store.

Alhamdulilah.
Segalanya berakhir dengan baik sekali.
Walau masih belum pandai menggunakan semua ilmu yang dipelajari, insyallah berusaha sebaik yang mungkin dalam lakukan yang lebih baik.

Yang pasti kembara ilmu bukan berhenti dipersimpangan ini,malah akan diteruskan sehingga tercapai sehingga ke puncak kejayaan.


Sekian
Sariah Awang Senik


Monday 1 April 2019

RUTIN KERJA BERJALAN KAKI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://www.facebook.com/sariahawangsenik

Rutin Kerja Berjalan Kaki

Beginilah rutin harian Kak Long setiap hari. Setiap hari pergi dan balik dari kerja dengan berjalan kaki.
Tiada pilihan. Semuanya itu ada hikmahnya yang tersendiri.😊😊

Dulu rasa perit juga.
Tapi lama-lama dah biasalah berjalan kaki sesorang ini.
Selalunya sekitar dalam 20 minit perjalanan, sampailah ke tempat kerja.
Dan begitulah juga bila balik dari kerja.

40 minit setiap hari berjalan kaki setiap bulan dalam masa setahun, kalau dicongak  balik, macam dah terlebih exerciselah pulak.

Apa pun Kak Long rasa bersyukur walau permulaan berjalan kaki ke tempat kerja ini macam rasa perit sangat. Peritnya apabila cuaca panas dan juga terpaksa menempuh hujan lebat dan sebagainya.

Tapi alhamdulillah, sejak anak bujang sambung belajar juga si dara dah masuk sekolah menengah asrama, Kak Long bertukar shift bekerja sebelah pagi. Selalunya bangun pada pukul 4.30 am dan setelah solat Subuh, dalam jam 6.30am, mulalah Kak Long keluar dari rumah.

Kalau berjalan kaki waktu pagi ini , susananya rasa lebih aman dan damai. Mana taknya, kawasan tempat tinggal Kak Long ini masih boleh dikategorikan sebagai kawasan kampung.

Selalunya setiap kali nak keluar dari rumah ini, tak pernah lupa Kak Long mohon dulu kepada Allah agar dilindungi dari segala bahaya. Faham-faham sajalah keluar jam 6.30am itu kekadang agak gelap sikit. Jadi dengan membaca doa, bacaan ayat Al-Kursi, Al-Fatihah ini memang takkan pernah lupa. Kalau lupa mesti akan rasa tak lengkap. Kira macam makan nasi jugaklah.

Yalah nak sampai ke tempat kerja Kak Long itu terpaksa menempuh jalan pintas satu kawasan estet. Bila pepagi itu kenalah berhati-hati semasa mendaki satu kawasan bukit ditepi longkang besar.

Pernah jugalah Kak Long terserempak dengan En U dan En Ti.
Bila dah terserempak, maka selalunya Kak Long tunggu dalam masa kurang 15 minit dan pastikan semuanya selamat barulah berjalan semula.

En U dan En Ti tu pun kan makhluk Allah juga. Dah memang port diaoranglah kalau kawasan estet tu.
Selain amalkan doa, masa mula berjalan itu bolehlah kita habiskan masa berzikir dan berselawat. Itulah terapi yang paling baik.

Sesambil nikmati udara pagi yang segar,  kita boleh topup pahala apa yang patut.  Yalah, ajal semua ini mana kita tahu. Maka semua itu kan sebagai satu persediaan. Di samping itu bawaklah satu lampu suluh kecik dan pastikan keadaan sekeliling tiada yang mencurigakan.

Dah tahu berjalan kaki setiap hari, jadi taklah digalakkan membawa barang berharga seperti emas dan juga duit yang banyak. Cukup nak belanja makan, atau kalau macam Kak Long buat, bawaklah bekal sendiri.

Umur dah agak bertambah ini, kadang selera makan kat kedai tak kena gaya dengan tekak ini. Biasalah kan!
Lagipun bolehlah jimat sikit.

Sebenarnya Kak Long tiada pilihan memandangkan masih tiada rezeki nak ada pengangkutan sendiri. Insyallah ada rezeki lebih barulah pakai kereta atau motor. Anak bujang kalau dia cuti semester, jadi rutin dialah hantar dan jemput Kak Long dari kerja.

Kalau tak, bertabahlah dan berbahagia lah menikmati aktiviti jalan kaki dan anggaplah sebagai salah satu riadah setiap hari.

***********************************************

Ini, sajalah Kak Long nak kongsi manfaat berjalan kaki. Tapi janganlah salah faham pulak, Kak Long paksa semua sahabat berjalan kaki pulak. Jika diikutkan satu fakta kesihatan tentang aktiviti berjalan kaki ini sebenarnya banyak.

Antaranya ialah:

Aktiviti berjalan kaki adalah murah, mudah dan selamat untuk dilakukan. Tak payah nak keluar duit bebanyak.

1) Menyihatkan jantung.
2) Mengawal tekanan darah dan mengelakkan diri dari serangan sakit jantung dan juga strok.
3) Mengurangkan stress.
4) Mengawal berat badan.
5) Mengekalkan kesihatan otot.
6) Juga dapat elakkan diri dari terkena diabiates.
7) Mengurangkan risiko penyakit osteoporosis.

Ada lagi beberapa manfaat melakukan aktiviti berjalan kaki ini. Nak tahu lebih lanjut, jenguk-jenguklah satu blog kesihatan ini iaitu👉 hkp.moh.gov.my atau mana-mana blog yang berkaitan dengan kesihatan.

Manalah tahu kut mana yang dah baca coretan Kak Long ini esok atau lusa tergerak nak buat aktiviti ini pulak. Jalan kaki itu tak semestinya jauh. Berulang-alik pun boleh. Pagi-pagi ditempat Kak Long ini ramai je makcik-makcik bangsa Cina yang suka berjalan sesambil membawa anjing pelihara mereka berjalan.

Okeylah, cukup sampai kat sini dahulu coretan Kak Long yang berjalan kaki setiap hari ke tempat kerja. Jika ada pengalaman yang lain, insyallah Kak Long akan kongsikan lagi ya!


Sekian
Sariah Awang Senik


SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...