Saturday 18 April 2020

KOLEKSI BUKU KANAK-KANAK


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Dari Group Telegram
http:www.facebook.com/sariah.awangsenik

Amboi! Bukan main lagi si anak teruna masak nasi goreng Cinanya.
Siang tadi hanya masak tom yam sup dan sambal sotong. Malam ini anak teruna masak sendiri nasi goreng Cinanya. Alhamdulillah. Dah besar, jadi pepandailah dia masak sendiri.

Apa pun semenjak tenpoh PKP ini, macam-macam resipi bebudak ini. Mujur jugalah si abang dah besar dan adiknya pun dah anak dara. Jadi kalau rasa boring, maka kedua beradik ini masaklah apa yang nak dimakan.

Itu alkisah anak yang dah besar. Sudah semakin besar dewasa dan remaja, maka macam-macamlah aktiviti yang mereka lakukan. Kalau tidak ada homework atau kelas secara online, ada yang baca buku ataupun hanya main game.

Tetapi yang main game tu tidaklah selalu. Bercakap tentang tempoh PKP yang telah dilanjutkan sampai 28/4/2020, pasti anak- anak ada banyak masa terluang dirumah. Kalau nak dihitung dah hampir sebulan lebih jugalah anak-anak dicutikan sebab pandemik Covid-19 ini. Bukan setakat itu, peperiksaan besar rasmi negara seperti UPSR dan juga PT3 pun telah dibatalkan asbab wabak penyakit ini.

Jadi memandangkan anak-anak ada banyak masa dirumah, mungkin anak-anak boleh isikan masa yang ada dengan belajar ataupun membuat ulangkaji bersama dengan ibubapa.

Sebenarnya ada banyak sahaja buku-buku yang menarik untuk kanak-kanak.
Dengan gambar-gambarnya yang berwarna-warni dan soalan latihan yang tidak terlalu menyusahkan, pasti anak-anak teruja untuk belajar, menbaca dan secara langsung membuat segala latihan yang disediakan.

Antara buku-buku koleksi anak-anak ini adalah buku latihan Bahasa Melayu, Matematik dan ada juga buku untuk anak-anak yang berminat mahu belajar dalam bahasa Mandarin. 

Catatan dalam setiap buku- buku latihan kanak-kanak ini pula tidaklah terlalu komplited. Semuanya ringkas dan mudah faham. Selain itu ada juga buku untuk anak-anak yang gemar mewarna. 

Harga setiap buku pula, tidaklah terlalu membebankan. Setiap satu daripadanya ada pakejnya yang tersendiri.




Yang paling bestnya ada buku istimewa iaitu buku Diari Ramadan untuk kanak-kanak bagi memberikan anak-anak lebih bersemangat untuk menunaikan ibadah puasa. Dan untuk pengetahuan semua buku-buku tidak didapati dari kedai-kedai buku yang biasa. 

Ianya hanya boleh didapati hanya dari pengedar buku yang sah sahaja. Jika ada ibubapa yang berminat nak dapatkan buku koleksi untuk kanak-kanak ini, bolehlah terus wasap saya disini 019-4075634.

Dengan adanya buku-buku ini, masa anak-anak terisi dan tidaklah masa yang ada terbuang begitu sahaja.


Sekian

19 comments:

  1. Akak saya suka yang Diari Ramadan dan Vocabulary tu. Anak saya baru 6 tahun. Dia nak belajar puasa. Boleh la nanti cari buku ni. Menarik betul.

    ReplyDelete
  2. Memupuk anak-anak kecil rajin membaca sebenarnya dari kecil

    ReplyDelete
  3. Oh bagus jugak tu yea, lagi2 bila anak2 mmg jenis yg sukakan buku dan suka membaca or buat aktiviti dlm buku. Menarik promo diorg tu, nnt nk tgk2 lah 😁

    ReplyDelete
  4. kebetulan, last 2 weeks aida beli 16 buku latihan utk anak sulung - pt3.
    and few story books for izzat, sis.
    membaca during this pkp. sengaja beli buku english. agar dpt tambah vocab.
    ok. nanti aida belek semua suggestion sis ye :)

    ReplyDelete
  5. Wah kebetulan memang tengah cari buku kanak2 utk anak2 buah saya membaca.. Bolehlah refer entry ni.. Paling tidak ada benda dorg nak buat masa PKP ni selain siapkan kerja sekolah shj.

    ReplyDelete
  6. musim pkp ni lah masa sesuai untuk parents pupuk budaya membaca, banyak buku2 yang bagus untuk anak2. terima kasih share

    ReplyDelete
  7. anak saya ni macam dah tak nampak buku semenjak PKP. elok lah saya bagi dia buku buku ni, kot dia sedar dia masih bersekolah.

    ReplyDelete
  8. Looks like good books. I will share this with my friends who have kids.

    ReplyDelete
  9. Musim PKP ni ramai parent jadi cikgu dekat rumah, bolehlah penuhi aktiviti membaca bersama anak-anak, siapa yang ada anak kecik memang patut beli buku nih.

    ReplyDelete
  10. Thanks for sharing! Time to get some books for my little daughter!

    ReplyDelete
  11. Bagus buku-buku macam ni kan.marina pon ada beli buku untuk anak-anak. Time PKP ni banyakla masa nak tengok buku

    ReplyDelete
  12. Thank sharing. Nanti mommy tunjuk dekat ipar-ipar.

    Anak mommy kecik lagi. Mereka ada anak yang suka baca buku-buku macam ni

    ReplyDelete
  13. Wah menariknya buku ni. Boleh beli ni buat dgn anak za.. nnt kang mama dia pula excited buat...hihi

    ReplyDelete
  14. Manrik ya buku macam ni, kalaulah anak2 sis kecik lagi bolehlah belikan utk diorg, ni semua dah besar panjang dah. Tapi boleh je beli bagi anak2 buah kan

    ReplyDelete
  15. Macam anak sedara Sis, pantang nampak buku yang dia tak pernah membaca, memang dia akan tekun membaca atau selak sebab tak boleh baca hahahaha...dari situ tau lah minatnya..nanti nak cuba belikan untuknya juga buku ni...

    ReplyDelete
  16. Thanks for sharing this children's book, i will share it with my friends who has kids.

    ReplyDelete
  17. Menarik la semua buku-buku ni. Sesuai untuk anak-anak kita belajar time PKP ni dan kita boleh ajar dia sekali dan boleh tengok perkembangan dia

    ReplyDelete
  18. Baru tengok kulit buku pun dah rasa tertarik... bagus, penggunaan warna-warna ceria membuatkan hati ini rasa nak tau apa yang ada di dalamnya... mungkin anak-anak pun akan mempunyai rasa yang sebegitu sewaktu melihat iklan buku ini... semoga berjaya ye Kak Sariah...

    ReplyDelete
  19. i used to be excited for this kind of books.

    ReplyDelete

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...