Tuesday 30 October 2018

URUSKAN RASA AMARAHMU


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah.
Tak mampu membalas, walau peluang terbuka dengan luasnya.
Ibarat mencurah minyak ke api yang membara, mahunya terus terbakar.

Pepagi ini, rasa sangat kecewa dan rasa tak puas hati.
Entah dimana silapnya. Apa pun malas nak fikir banyak, terus saya abaikan dan memujuk diri untuk redha dengan apa yang terjadi.

Walau hati rasa membengkak dan terbuku, tapi tiada jalan penyelesaian jika dilayan terus keadaan yang tegang tadi.
Hanya istighfar dan juga selawat ke atas nabi dan berdoa agar segalanya dipermudahkan.

Sangat penting untuk kita tahu bagaimana untuk menguruskan rasa amarah kita itu. Jika tidak dikawal dengan baik, maka sangat membahayakan diri dan juga semua insan yang kita sayang.

Sekian
Sariah Awang Senik


Friday 26 October 2018

WANGIAN UNTUK ANAK MUDA YANG AKTIF BERTENAGA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Group Telegram
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Lourve

Anda anak muda yang bertenaga. Aktif dan sentiasa bergerak, anda mempunyai tubuh badan yang sihat , dengan aktiviti sukan atau senaman yang kerap. Namun anda seorang yang mudah didekati dan sentiasa ada di samping rakan-rakan anda.

.

Wangian uniseks seperti Lourve sesuai untuk anda. Not berkayu diselitkan not vanila yang yang segar, serta disulam not buah-buahan seperti epal dan pic membuatkan anda lebih bertenaga dan bersemangat setiap pagi anda memulakan hari anda.

.

“Perfume pertama yang saya beli, jadi ia ada tempat yang istimewa dalam hati saya. Bau wangian ini mesra dan menghangatkan. Not awal dan tengahnya selesa dan sederhana, tapi not akhirnya yang bercampur antara vanila dan bau berkayu yang sangat mendalam. Mungkin saya akan beli lagi untuk mengenang memori indah itu.”

Jika berminat ingin mencuba wangian Lourve ini macam mana, boleh sahaja wasap saya terus disini 019-4075634


Sekian 
Sariah Awang Senik


ISTIQAMAH DALAM LAKUKAN SEGALA AMALAN


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

“Apabila engkau terlanjur berbuat dosa, maka dengan itu jangan engkau berputus asa dalam menggapai istiqomah kepada Tuhanmu, kerana boleh jadi, itulah dosa terakhir yang ditakdirkan bagimu.”

[Imam Syeikh Ibnu At’thoillah As-Sakandari قدس 


Syukurlah dah pun hari Jumaat.
Tak lama lagi habislah tahun 2018 ini. Cepat sungguh masa berlalu.
Usia pun dah makin bertambah. Sedar tak sedar dah berumur 44 tahun.
Bukanlah muda mana lagi. 

Apa pun walau usia dah makin bertambah, maka segala amalan juga harus diperbanyakkan lagi. Tanpa sedar tiap hari ada saja dosa yang kita lakukan sama ada secara sedar ataupun sebaliknya.

Kecil atau besar dosa yang kita lakukan tetap Allah kira sebagai satu dosa dan wajiblah kita bertaubat dan lakukan segala ibadab yang Allah sarankan kepada semua umatnya.

Janganlah asyik lakukan segala dosa tanpa ada niat untuk berubah dan juga bertaubat bersungguh-sungguh.
Ajal kita ini, belum pasti lagi. Entahkan esok ataupun lusa.
Sebelum kita dijemput Allah yang maha esa, ada baiknya kita bertaubat dan perbanyakkan segala amalan kita.

Semoga kita dilindungi dari api neraka dan juga segala seksaan apabila berada disana nanti.


Sekian 
Sariah Awang Senik

Thursday 25 October 2018

TIDUR DAN TENANGLAH


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Tidur dan tenanglah.
Serahkan semuanya hanya kepada Allah.
Usah terlalu banyak habiskan masa dengan berfikir hingga menyebabkan kita jadi lalai untuk mengerjakan segala ibadah.

Seberat dan sebesar mana pun masalah kita, percayalah hanya Allah yang lebih mengetahuinya. Disebabkan Allah sudah tahu kemampuan diri kitalah, maka Allah kurniakan semua dugaan tersebut.

Hikmah yang Allah nak bagi mungkin lagi besar dari masalah yang kita hadapi. Entah-entah disebalik dugaan-dugaan itulah akan bermulalah titik-titik kebahagiaan dalam kehidupan kita.

Perbaikilah amalan dan tingkatkan ketakwaan kita hanya pada Allah yang maha esa. Dan bukan terhadap makhluk makhluknya.

Alhamdulilah, esok sudah pun hari Jumaat. Ketepikan soal penat dan urusan dunia dan lakukanlah segala amalan sebanyak yang mungkin.

Jomlah kita berehat dan tidur dan berselawatlah dahulu ke atas Nabi Muhammad SAW.


Sekian 
Sariah Awang Senik

ADAKAH AKU IBU YANG TERBAIK?



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Segalanya bukan mudah.
Apa juga yang telah terjadi diluar kemampuan fikiran.
Dan semua yang terjadi langsung tidak terlintas dan termimpi di fikiran ini.

Tanyalah mana-mana wanita, tiada yang mahu bergelar seorang janda atau ibu tunggal.
Semua wanita impikan rumahtangga bahagia, hinggalah ke jannah.
Apa pun kita hanya merancang dan tuhanlah yang menentukan segalanya.

Perpisahan ini walau pada awalnya tanpa rela, tapi usaha sedaya upaya untuk terima dengan hati yang redha.

Namum jodoh dan ajal semua telah Allah tentukan.
Rumahtangga yang dibina atas dasar cinta, akhirnya punah-ranah begitu sahaja.
Perlahan-laham berusaha memujuk diri ini untuk redha atas segala ketentuan.

Tiada guna salahkan sesiapa, hanya berusaha membina kembali sebuah kehidupan bersama anak-anak tersayang. Perjalanan dan melalui frasa perceraian bukan mudah. Ianya melibatkan emosi dan juga kekuatan dalaman. Saat perit, jujur dan seikhlas dari hati, tak ramai yang membantu.

Yang ada ketika itu hanya adik-beradik, rakan taulan dan yang paling utama adalah abah tersayang. Sebenarnya agak sukar juga untuk menyakinkan abah keadaan aku pada waktu itu. Memandangkan dalam keluarga tiada sejarah perceraian.

Tapi itulah Allah nak duga bukan sahaja aku tapi seluruh anggota keluarga.

Untuk bangkit semula selepas melalui satu perceraian bukanlah perkara yang mudah. Memandangkan aku hanya bekerja sebagai seorang pembantu kedai dan tiada rumah atau kenderaan sendiri.
Pernah jugalah menumpang sekejap dirumah adik tersayang tapi hanya buat sementara waktu.

3 tahun pertama perceraian itulah yang paling kritikal.
Bagaimana sukarnya membina kembali keyakinan diri dan berusaha perbaiki segala kelemahan diri.
Terfikir juga sampai bilakah aku ingin bersedih dan menyalahkan diri sendiri dan membiarkan kedua anak tersayang terus hanyut dengan perasaan mereka.

Akhirnya aku ambil keputusan yang paling nekad.
Untuk aku bernikah kembali bukanlah satu keputusan yang sesuai. Aku belum bersedia lagi untuk terima sesiapa dalam hati aku selain anak-anak tersayang. Anak-anak pun ada yang dah meningkat remaja dan juga dewasa.

Dalam usia sebeginilah mereka berdua sangat perlukan perhatian kasih dan sayang yang secukupnya. 
Aku ingin jadi seorang ibu yang terbaik buat anak-anak tersayang.

Biar apa pun kesusahan, dugaan dan keperitan tetap akan aku harungi semua itu demi kebahagiaan mereka.
Adakalanya aku bekerja dari pagi sampailah ke malam hanya semata untuk mencari duit tambahan. Berniaga secara online dengan menjadi dropship juga membuat sedikit bisnes makanan, itulah diantara aktiviti aku. 

Selain itu aku minat menulis. Minat menulis ini semakin bercambah sejak aku bercerai. Syukur jugalah aku ditemukan jodoh dengan orang-orang yang sama minat dan juga cita-cita. Walau hanya berkenalan secara alam maya, namun berkat tunjuk ajarnya, aku berusaha menulis sebaik yang mungkin.

Semua yang aku lakukan adalah demi anak tersayang dan hanya mereka berdua tempat aku luahkan seluruh kasih dan sayang aku. Biar aku didik mereka dengan kesusahan dan keperitan dahulu sebelum munculnya kesenangan.
Ajar mereka berdua tentang erti berdikari dan tidak bergantung kepada kepada hanya pertolongan orang lain selain bergantung kepada Allah sahaja.

Adakalanya apabila terlalu sibuk dengan urusan harian, masa bersama anak-anak semakin pendek.
Tambah pulak sekarang mereka tinggal di asrama dan juga pusat pengajian Ipt.
Apabila mereka bercuti, aku pulak yang sibuk bekerja. Bila dah penat ada masa tak sempat jugak nak masak makanan kegemaran mereka.
Bila sudah tak sempat masak, maka akhirnya aku hanya sempat mengajak anak-anak makan diluar. 
Lihat sahaja mereka makan sahaja dah memberikan satu kepuasan yang tak sehingga.

Tapi adakah aku dah buat yang terbaik buat mereka?
Apa pun sebagai seorang ibu juga ayah buat mereka, hanya doa dan teruskan berdoa buat mereka berdua. Sebab aku tak mampu nak sediakan semuanya serba lengkap buat mereka berdua. Insha Allah aku senantiasa berusaha dan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan.
Aamiin.

Sekian
Sariah Awang Senik

Wednesday 24 October 2018

KOTAK AJAIB



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Group Telegram
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Hujan kat luar tu tadi, lebat tak terkata. Sekejap berhenti lepas tu sambung balik.
Hari hujan macam ini, tiada apa yang seronok nak dilakukan.
Nak keluar hujan renyai-renyai. Bila dah lama menghadap phone ni, rasa macam mengantuk pulak.

Bila sedang mengemas rumah tadi, terbau sesuatu yang sangat wangi dan segar. Tak perasan pulak yang ada tergantung Dexandra Air Freshener sebelah plug tv . Dah agak lama jugaklah Dexandra Air Freshener tergantung di sebelah plug itu.

Tapi walau saiznya yang kecil, tapi mampu menyerap bau-bau yang tidak sepatutnya. Biasalah dirumah saya ada banyak kucing.
Faham-faham sajalah kalau kucing-kucing ini buat perangai dan melepas dimana-mana.
Bau asbab si bulus melepas tu, tak tahu nak cakap macam mana.

Disebabkan adanya Dexandra Air Freshenerlah penyelamat keadaan.
Kalaupun Dexandra Air tu dah habis, kotaknya yang comel tu jangan pulak dibuang. Kotak air freshener itu boleh digunakan untuk letak duit syiling.

Dexandra Air Freshener ini sebenarnya ada 8 jenis.
Antaranya Coffee Warm, Green Tea, Forest Dream, Rose Forest, Roasted Caramel, Passion Fine, Passion Fruit dan Vanilla Fresh.
Harganya hanya RM 10 sahaja.

Air Freshener ini tidak semestinya letak dalam kereta sahaja.
Dalam rumah, dalam bilik, ruang tamu mahupun tandas pun boleh diletakkan jugak.

Jika berminat ingin dapatkan Air Freshener ini, boleh sahaja wasap terus di no ini 019-4075634.
Sebenarnya mana yang nak selit order tu, bolehlah wasap saya terus, memandangkan esok saya nak pos sekali dengan order yang ada.

Sekian
Sariah Awang Senik

DAPUR KECIL AISHAH



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Rasa lapar tak, bila tengok gambar-gambar makanan semua ini??
Kalau tengok masa hujan-hujan ni, confirmed rasa lapar kan?
Sekejal hujan, sekejap lagi berhenti.
Apa pun alhamdulilahlah walau apa pun keadaannya, kita masih lagi dapat nikmat rasa hujan ataupun panas.

Lupa pulak nak ucapkan salam Magrib buat semua yang sudi baca entri kali ini.
Mohon jangan rasa terliur atau mengidam dahlah ya.

Chicken Tortilla ini sebenarnya kawan saya yang menjalankan perniagaan ini.
Agak lama jugaklah kenal dengan dia ini. Asalnya orang Terengganu dan dia menjalankan dari rumah.

Dahulu dia menjual keropok lekur, keropok goreng dan macam-macam lagi.
Keropok lekur yang dijualnya itu ada sosnya sekali.
Dan yang terbarunya ialah Chicken Tortilla.

Antara menu istimewanya ialah:
@ Mini Tortilla
6 pcs- RM 8
15 pcs- RM 18
30 pcs - RM 35
@ Chicken Salad
RM 6
@ Chicken Tortilla Wrap 
RM 6


Jika berminat dengan resipi-resipi istimewa ini, bolehlah terus hubungi Pn Aishah atau wasap sahaja di no 014-2510561.
Lupa nak beritahu, resipi Chicken Tortilla hanya sekitar Tanjung Malim dan juga Behrang.


Sekian
Sariah Awang Senik

ASAM GARAM KEHIDUPAN


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Mendung je hari ini.
Kejap hujan kejap lagi berhentilah hujan tu.

Macam itulah dengan kehidupan kita ini.
Ada masa gembria dan sesekali diduga dengan dugaan jugak.

Setiap dugaan dan juga cabaran yang mendatang itu, tak semestinya semua indah. Setiap cabaran kebiasaanya akan menduga kesabaran kita terlebih dahulu. 
Dalam menghadapi kehidupan seharian, ada sahaja yang bakal mengusik ataupun mengoda tahap keimanan kita.
Setiap kali diduga, dugaan yang datang akan bertimpa-timpa.
Pernah sesekali apabila syaitan berbisik, " Kenapa aku diduga sebegini hebat?"
Mula kita mempersoalkan akan segalanya, seolah-olah diri tiada langsung berbuat dosa.

Padahal saat menyoal diri, saat itulah titik-titik dosa telah berputik dan bakal menempah tiket di neraka nanti.

Apa pun, jalani segala cabaran dan jangan sesekali kalah akan setiap cabaran tersebut.
Insha Allah, jika terus istiqamah berdoa dan mengamalkan segala ibadah, kita bakal jua meraih kebahagiaan di penghujung kehidupan ini.
Aamiin Ya Mujib.

Sekian
Sariah Awang Senik

ISTIMEWA BUAT WANITA YANG TAHAN LASAK



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Group Telegram
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Hai
Tengah buat apa tu ya???

Anda wanita besi yang anggun. Anda seorang yang mampu menahan badai dan dugaan dalam kehidupan anda tidak kira kekuatannya, seperti sebatang buluh yang tidak mudah patah ditiup angin. Biarpun dari jauh anda kelihatan 'tough', keras, tetapi bila didekati, anda sebenarnya seorang yang lembut dan elegan.

.

Wangian Lozen mempunyai bau yang sangat ringan dengan not bunga bergamoot, lily, ylang-ylang, vanila, sandalwood serta amber. Hasil gabungan bau-bau ini terhasil satu campuran yang meluahkan feminiti dan kelembutan anda. Bagi yang mencari wangian yang moden, tidak terlalu kuat atau terlalu manis, wangian ini khas untuk anda.

.

“Wangian ini ceria dan feminin. Baunya dimulakan dengan bau floral yang terang, mengingatkan saya dengan musim bunga baru kembang. Not akhir wangian ini bau kayu yang agak seksi.”

Jika berminat nak dapatkan wangian ini, jangan segan untuk terus wasap saya, di 019-4075634

Sekian 
Sariah Awang Senik

Saturday 20 October 2018

KISAH PEMUDA SI PENJUAL KOPIAH


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Bukan senang nak sedang.
Semalam terpaksa kerja dari pukul 6.35 pagi hinggalah malam pukul 10 malam.
Kalau nak diikutkan bukanlah senang nak bertahan sampai malam.

Tapi kerana terpaksa dan tiada staff yang mencukupi, maka saya terus berdoa kepada Allah, mohon diberi kekuatan untuk mengharunginya.

Masuk kerja agak lewat hari ini. Dalam pukul 7.30 am dan harapnya petang ini bolehlah saya balik dan habiskan masa yang ada bersama dengan anak tersayang.

Dalam sibuk melayan pelanggan dan juga menyusun barang yang ada dalam kedai tadi, mata saya terpandang akan suatu keadaan yang menarik perhatian saya.

Di hadapan kedai, saya terlihat seorang pemuda dalam lingkungan umur 30an.
Dengan membawa sebuah bag, saya berusaha juga untuk lihat dari jauh, apakah barang yang dijualnya.
Saya terpaksa keluar sedikit dari untuk lihat dengan lebih terperinci apakah barang yang dijualnya.

Setelah pemuda tersebut berada berada tidak jauh dari kedai, barulah saya ternampak barang yang dijualnya.
Rupa-rupanya pemuda tersebut menjual kopiah. 
Gigih dia berusaha menyapa setiap pelanggan yang selesai makan dan menunjukkan kopiah yang dijualnya.

Sama ada pemuda tersebut berjaya atau tidak menjual kopiah tersebut, dari riak wajahnya langsung tidak menunjukkan rasa kecewa.
Tetap tersenyum walau ada ataupun tidak rezeki untuknya.

Secara jujurnya, saya pernah dua atau tiga kali terlihat pemuda ini. Tetapi baru hari ini saya tergerak hati untuk lihat apakah sebenar barang yang dijualnya.

Dalam lebih kurang pukul 11.30 malam, pemuda tersebut pun balik dengan menaiki sebuah motosikal. Motosikalnya dah agak uzur. Apa pun masih juga boleh digunakan lagi.

Melihat akan keadaan pemuda tersebut, saya bertanya juga kepada rakan-rakan sekerja sama ada mengenali pemuda ini atau tidak.
Menurut rakan sekerja saya, pemuda ini dari segi luarannya nampak normal.
Tetapi ada mengalami sedikit gangguan mental dan tidak boleh terlalu tertekan.

Apa pun saya kagum akan kegigihan pemuda ini untuk menyara dirinya sendiri dan tidak menyusahkan keluarganya sendiri.
Dari cerita-cerita rakan sekerja saya, ada masanya lelaki si penjual kopiah ini mendapat RM 100 atau RM 50 sehari.
Dan walaupun hasil jualan kopiahnya tak banyak mana, pemuda ini tetap juga memberi duit kepada emaknya walau tak banyak.

Harapan saya semoga anak-anak tersayang juga tidak lupa akan segala jasa dan juga pengorbanan saya terhadap anak-anak macam pemuda ini.

Biar dirinya agak kekurangan tapi itu bukanlah alasan dia untuk mengabaikan kedua orang tua sayang.

Semoga rezeki pemuda penjual kopiah ini makin mewah dan kehidupan keluarganya makin bahagia didunia dan akhirat.

Sekian
Sariah Awang Senik

Thursday 18 October 2018

HADIAH DEXANDRA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Group Telegram Dexandra
http://sariahawangsenik.blogspot.com


WOW ! Cantik dan menawan kan!!!
.
Cun sesangat giftbox exclusive de'xandra ni . Bukan hadiah biasa2 tau . Boleh juga nak buat untuk ⤵
.
☑ Hantaran Tunang
☑ Hantaran Kahwin
☑ Hadiah Hari Lahir
☑ Hadiah Ulangtahun Perkahwinan
☑ Hadiah korporat
☑ Reward untuk staff
☑ Banyak lagi...
.
Jom2 pakat bahagiakan orang tersayang dengan gift exclusive mcm nie 

Jika berminat nak ordernya, wasap 019-4075634📞📞
.
Sekian 
Sariah Awang Senik

FRESIA WANITA YANG PUNYAI AZAM YANG TINGGI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Group Telegram Dexandra
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Anda seorang yang menyenangkan dan pandai menyesuaikan diri, namun jauh di sudut hati, anda ingin diingati. Anda suka menjadi lain daripada yang lain. Anda ingin lebih menonjol dalam dunia korporat yang anda sertai, dan mencapai cita-cita idaman anda.

.

Freesia memberikan campuran wangian unik yang membuatkan orang ramai akan mengingati siapa anda. Dimulakan dengan not pertama dipenuhi buah-buahan strawberi, epal merah, anggur hitam, dan sitrus serta disertai not tengah yang diselitkan dengan bauan bunga ros, freesia dan jasmin, ia yang memberikan rasa segar. Kemudian not akhir - musk, cendana, vanila dan amber akan memberi impak kelainan dengan bau yang lebih keras dan dominan. Pastinya pilihan tepat bagi mereka yang mempunyai keazaman tinggi.

Sekian 
Sariah Awang Senik

HIKMAH DISEBALIK SEBUAH DOA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Rasa bersyukur yang tidak terhingga, apabila Allah masih izinkan untuk bernafas lagi.
Dapat laksanakan semua tanggungjawab dan masih berpeluang melihat insan-insan yang tersayang.

Sungguh tidak dapat dibayangkan bagaimana rasanya apabila secara tiba-tiba tak dapat melihat dan merasai semua nikmat itu.
Barulah terbit rasa dihati akan segunung penyesalan. Namun semuanya sudah terlambat.

Hanya doa anak-anak, saudara-mara dan juga sahabat handai yang dapat melegakan semuanya.
Doa usah dipandang remeh.
Lagi istimewa apabila doa yang dipohon setiap hari, tak tertakhluk kepada diri sendiri. 
Tak mementingkan diri . Dan selalu rasa rendah diri.

Walau hanya sekadar doa, tapi kekuatan dan keajaibannya mengatasi segalanya.

Paling terbaik apabila kita mendoakan orang lain terlebih dahulu sebelum berdoa untuk diri sendiri.
Saat kita mendoakan orang lain, dalam masa yang ada berduyun-duyun malaikat yang akan turut sama mendoakan hal yang sama buat diri kita.
Alangkah bagus sedemikian bukan.

Itulah antara hikmahnya mendoakan orang lain.
Langsung tidak perlukan duit ringgit. Hanya perlu jujur dan seikhlas.


Sekian
Sariah Awang Senik


Tuesday 16 October 2018

APABILA RINDU BERTANDANG LAGI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah. 
Dapat juga off hari ini. Semalam dah pun berkerja dari pagi sampailah ke malam.
Bangun dahlah pukul 5 pagi. Lepas solat Subuh dah sesiap nak pergi kerja.
Mujur jugalah Allah permudahkan segala urusan.

Hari ini dalam usaha nak habiskan 44 entri lagi untuk blog kesayangan, hati tetiba rasa rindu yang teramat sangat.
Rasa rindu yang teramat sangat pada arwah anak sulung yang tersayang Siti Nur Balqis Ahmad Roslan.

Berbelas tahun dia pergi menemui maha penciptanya. Memori dan segala kenangan manisnya semasa menjaga arwah anak tersayang masih segar dalam ingatan.

Semangatnya untuk teruskan hidup dan perjuangannya untuk melawan penyakit Biliary Aretesianya. 
Itulah peluang yang Allah beri sebagai salah satu tiket pahala disana nanti.

Jika arwah anak masih ada dia dah pun berumur 21 tahun. 
Waktu itu hospital adalah rumah kedua. Seluruh aktiviti kehidupan perlu mengutamakan arwah anak tersayang.

Masih ingat biarpun pembesaran arwah anak tidak seperti kanak-kanak normal yang lain, tetapi dia tetap tersenyum riang mengharungi segala kesakitan yang dialaminya.

Arwah anak juga suka dengan buku. Terutamanya buku-buku cerita. Walau tak sempat belajar dan menulis, arwah selalu teruja apabila melihat saja buku-buku cerita yang berwarna-warni.

Untuk hilangkan segala rasa rindu yang terpendam ini, hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah dan juga doa semoga arwah anak tersayang menjadi anak yang solehah.
Aamiin Ya Mujib


Sekian
Sariah Awang Senik

KENALI WANGIAN MELALUI PERSONALITY ANDA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Group Telegram Wasap
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Apabila kita nak sesuatu perfume, pasti kita akan terfikir atau tercari-cari apakah wangian yang sesuai dengan diri kita betul tidak?

Tapi kini dengan hanya satu klink sahaja kita akan tahu apakah wangian yang sesuai dengan diri kita.
Tak payah banyak fikir. Hanya klink sahaja link ini, untuk anda tahu dengan lebih lanjut lagi.

https://dexandra.com/blog/kuiz/

Kalau tak percaya cubalah dulu ya.
Jawab semua soalan kuiz tu ya.
Tapi kuiz ini tak dapat hadiah tau. Hanya dapat tahu apa jenis perfume Dexandra yang sesuai dengan diri anda tu ya.

Kalau nak tahu hanya Dexandra sahaja yang ada semua sistem yang special ini.

Dah tahu apa perfume Dexandra yang sesuai dengan diri anda??

Jangan lupa wasap saya ya!!👇👇
019-4075634

Sekian 
Sariah Awang Senik

PELUANG MASIH TERBUKA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Group Wasap Dexandra
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Beberapa tahun lepas masa nak jadi dropship Dexandra, saya perlu bayar yuran pendaftaran seumur hidup sebanyak RM 150 sebulan tau.

Tapi sekarang nak jadi dropship hanya bayar RM 30 jer.
Murah kan!!!
Tapi offer ini hanya sampai 31 Oktober 2018 sahaja.
Lepas tu yurannya dah balik kepada harga asal iaitu RM 150.

Sementara peluang baik masih terbuka, janganlah lupa rebut peluang untuk sertai keluarga besar Dexandra ini ya.
Bukan apa, kata orang tua-tua, peluang yang baik ini datang hanya sekali saja.

Kalau dah berkali-kali tu, bukan lagi peluang yang baiklah.

Salah satu sebab, mengapa saya sertai family besar Dexandra ini, antaranya ialah saya suka bau perfumenya yang halal dan boleh digunakan tanpa rasa was-was. 

Dexandra baru-baru ini dah dapat arward halal  dan salah satu produk keluaran bumiputra. Paling penting Dexandra telah berada dipasaran selama hampir 6 tahun lamanya.

Bila dah join jadi dropship ini, tak payah risau tentang tools-tools marketing. 
Secara automatik bila dah jadi dropship Dexandra akan ada group wasap tersendiri. Ada mentor-mentor yang akan memberi tunjuk ajar dan segala perkembangan akan dipantau dari semasa hingga ke semasa sehinggalah berjaya menjadi seorang agent dan dapat sale yang banyak setiap hari.

Jika berminat untuk jadi dropship Dexandra, boleh terus wasap saya disini 019-4075634.
Jangan lupa daftar ya!!!!!


Sekian 
Sariah Awang Senik

BERMULA APA YANG ADA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Akademi Bekerja Dari Rumah
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Cantik kan logo ini?
Sekali pandang dah macam Cikgu Blog Online saya Pn Anys Idayu Zakaria kan?
Kalau nak tahu dialah yang bertanggungjawab atas apa yang jadi kepada saya hari ini.

Apa yang dia telah buat ya?

Dialah yang memperkenalkan saya kepada dunia blog ini. Dulu saya memang teramat jahil tentang dunia blog ini. Nak jadi seorang penulis tapi tak tahu dimana saya harus belajar tentang selok-belok penulisan ini.

Okey.
Dah pepetang ini, kita janganlah serius sangat. Tahu mesti ada yang tengah penat melayan jem nak balik dari kerja tadi kan?
Atau, mungkin ada yang masih berperang dengan kerja lagi.

Tidak kiralah dimana saja anda berada, didoakan agar segala urusan berjalan dengan lancarnya ya.

Berbalik kepada logo diatas itu, sangat besar pengaruhnya dalam kehidupan saya. Akademi Bekerja Di Rumah. Hampir kebanyakan yang jadi ahli jemaah ini adalah kaum hawa. Apa pun ada juga golongan bapa.
Cuma tak pasti berapa yang ada dibawah jemaah Akademi Bekerja Dari Rumah sekarang.

Saya masih ingat satu masa dahulu. Bagaimana bersusah payahnya saya untuk mencipta blog Travelog Kehidupan ini.
Sebelum wujudnya blog Travelog Kehidupan ini, saya ada lagi satu blog.
Dah lama bersawang dan bersemadi dan terus lenyap.

Blog pertama saya banyak menulis entri-entri yang negatif. Asyik bercerita tentang hal yang tak sepatutnya. Tulis hal yang bermasalah, jadi siapalah yang sudi nak singgah membacanya.

Hinggalah saya bertemu jodoh dengan guru blog online ini iaitu Cikgu Anys Idayu Zakaria. Waktu itu saya tidak tahu bahawa ada kelas yang diwujudkan secara online.

Puas jugaklah nak fikir hal itu semua.
Dan cuba bayangkan juga macam manalah kelas ini berjalan.
Dan cabaran yang paling terbesar ialah, nak menulis tapi saya tiada laptop dan hanya mempunyai telephone pintar.

Disebabkan minat yang sangat mendalam dalam penulisan, saya usaha jugalah untuk cari jalan penyelesaiannya.

Masa itu yang ada hanyalah data internet dan juga telefon pintar. Saya usaha cari jalan kalau-kalau ada software yang dapat memudahkan saya untuk menulis blog.

Kalau tak silap waktu itu, ada beberapa software yang free. Antaranya Blogger dan beberapa software yang lain. Setelah buat pendaftaran dengan guru online Pn Anys Idayu Zakaria untuk sertai jemaah Akademi Bekerja Dari Rumah itulah segala tugasan bermula.

Antaranya menyiapkan 44 entri pengenalan diri seperti yang saya lakukan sekarang. Bukan mudah sebenarnya menaip segala tugasan tanpa kemudahan komputer ataupun laptop.

Dengan software yang ada itulah satu persatu entri saya usaha siapkan sebaik yang mungkin. Memandangkan pengalaman IT tidaklah sebanyak mana, setiap soalan yang tidak faham terus saya tanyakan pada guru online sehinggalah siap semua 44 entri tersebut.

Kalau nak ikutkan taklah bagus mana saya menulis, tapi saya usaha perbetulkan segala kelemahan yang ada.

Akademi Bekerja Dari Rumah ini sebenarnya perkongsiaan berdasarkan pengalaman, minat ataupun perkhidmatan yang ada pada setiap ahli jemaah Akademi Bekerja Dari Rumah ini.

Ada yang telah pun menggunakan blog yang ada untuk menjana pendapatan sampingan ataupun tetap. Dan ramai juga yang telah berjaya dengan cemerlangnya. Antaranya ialah guru online sendiri Pn Anys Idayu Zakaria, foundernya Pn Masayu Ahmad juga Pn Khairunissa Hamzah dan ramai lagi.

Saya juga pernah beberapa kali mendapat pelanggan hasil dari penulisan saya di blog. Bagi saya yang ada kemudahan laptop dan juga internet janganlah dipersia-siakan.

Untuk memulakan satu perniagaan tak perlukan modal yang sangat besar. Dengan kemudahan yang ada juga kepakaran yang sedia ada juga mampu menjana pendapatan secara sampingan.

Kini saya sedang berusaha mengulangkaji penulisan diblog dengan siapkan sebanyak 44 entri lagi.
Saya berdoa kepada Allah, setelah saya siapkan lagi 44 entri ini dapatlah membuka lebih banyak peluang dalam bidang penulisan nanti.
Insha Allah.

Sekian 
Sariah Awang Senik

KONSISTEN RESIPI KEJAYAAN


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Percaya dan buktikan kepada diri bahawa kita boleh capai kejayaan yang luar biasa.
Yang penting konsisten dan displin.

Tiada jalan singkat untuk berjaya.
Semuanya mesti dimulakan dengan satu tindakan yang dilakukan secara konsisten atau istiqamah.
Adakalanya dalam kita konsisten lakukan sesuatu perkara pun, belum tentu berjaya. Tapi sekurang-kurang kita telah membuat satu langkah ke hadapan dalam mencapai satu kejayaan.

Paling penting adalah displin yang tinggi dan fokus akan segala matlamat yang ingin dicapai.

Kalaupun ditakdirkan gagal sekurang-kurangnya kita dah pun berusaha semampu yang boleh.

Maka sangat benarlah dan terbukti bahawa konsisten lakukan sesuatu tanpa kenal erti jemu adalah resipi kejayaan yang paling utama.

Saya berdoa kepada tuhan agar kita bakal memprolehi kejayaan dalam apa jua pekerjaan yang kita sedang lakukan sekarang.

Sekian 
Sariah Awang Senik

SOKONGAN RAKAN FB SATU MOTIVASI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Hanya Allah je yang tahu betapa pentingnya sahabat fb dalam hidup saya ini.

Tidak  kira yang rakan fb ataupun yang memang dah kenal lama saya pun.

Bekerja dalam suasana yang penuh stress bukan satu perkara yang mudah.
Setiap hari ada saja cabarannya.

Ada masa terpaksa kerja dari pagi sampailah malam.
Jika bernasib baik, dapatlah balik awal.

Masa makan tak tentu.
Masa solat lagilah payah.
Setiap hari saya berdoa agar ada jalan keluar bagi semua masalah ini.

Atau, mungkin saya yang kurang lagi berusaha.
Adakalanya, saya dah tidak berdaya nak share dengan sesiapa.

Bukan kerana penat atau apa, kerana apabila menceritakan segala masalah yang juga bergelar seorang hamba Allah tidak membawa apa-apa perubahan besar. Tidak salah berkongsi dengan sesiapa. Tapi pilihlah seorang sahabat yang jujur dan juga ikhlas.

Apa pun sejak wujudnya laman sosial seperti facebook, tidak banyak atau sikit ianya banyak mempengaruhi kehidupan saya. Nama pun laman sosial jadi kenalah pandai memilih teman yang baik dan usaha untuk tidak menaip posting atau status ketika berada dalam keadaan yang tidak stabil.

Pekerjaan yang saya lakukan sekarang banyak menguji tahap kesabaran saya. Dengan jenis pekerjaan yang berurusan dengan orang setiap hari, segalanya bukan mudah.

Masa kerja pun agak terikat.
Dengan keadaan masa yang terhad itulah, tak memberi peluang yang banyak untuk saya untuk kenal lebih ramai lagi rakan yang baru.

Dengan facebook dan juga beberapa medan sosial yang lain, maka peluang untuk kenal rakan baru yang lebih baik dan positif terbuka luas.
Kebanyakan rakan facebook yang ada semuanya sangat hebat dalam bidang memasing.

Mereka semua dah banyak melalui pelbagai episode kegagalan dalam kehidupan mereka.
Salau reaspon mereka hanya setakat like atau emoji, semuanya memberi impak yang besar dalam kehidupan saya.

Hanya like saja pun, saya sudah merasakan seolah-olah rakan facebook bercakap dan memberi semangat dihadapan saya. Tahu like yang saya dapat itu tidaklah banyak mana. Apa pun sangat memberikan pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan saya setiap hari.

Walau tidak 24 jam melayari laman sosial Facebook, tapi ianya tetap membantu. Terutamanya jika ada masanya saya merasa agak kecewa ataupun tengah bersedih.

Sudah tentu Allahlah tempat bergantung dan berharap sepenuhnya. Facebook dan laman sosial yang lain hanyalah sebagai sampingan dan juga lubuk sedekah dengan cara sedekah like ataupun memberi sokongan antara sesama rakan Facebook yang lain.

Memberi sokongan dengan like atau komen itulah sebagai salah satu sumber inspirasi dan sebagai satu semangat agar tidak pernah rasa terbeban ketika dilanda dugaan atau musibah.

Alhamdulilah. Semoga saya akan terus dapat memelihara ukhwah sesama rakan Facebook dengan sebaiknya.
Buat yang sudi baca entri di blog ini, semoga Allah kurniakan kemewahan rezeki dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Sekian
Sariah Awang Senik

LELAKI VS SUAMI ORANG


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Ya Allah, semoga kau permudahkan segalanya dalam menulis entri terbaru ini.
Cepatnya masa berlalu. Tak lama lagi berakhirlah tahun 2018 ini.
Sebelum saya tulis entri terbaru, mohon  maaf jika ada yang tersinggung dengan tajuk untuk entri ini.

Alhamdulilah. Syukur atas segala rahmat.
Syukur juga walau apa pun yang terjadi dalam kehidupan ini, tetap ada keluarga tersayang yang tidak pernah jemu memberikan segala sokongan.
Rasa diri ini bertuah kerana abah tetap usaha untuk memahami anaknya yang bergelar seorang ibu tunggal ini.

Apa pun segalanya bukan mudah. Di zaman yang serba maju dan pantas ini, saya akui ajar sukar untuk mencari seorang lelaki yang baik.
Mungkin ada ataupun mungkin bukan lagi rezeki saya untuk bertemu dengan lelaki yang baik, jujur, beriman dan dapat terima segala kelemahan seorang yang bergelar wanita. 

Macam abah saya, susah nak cari lelaki macam abah. Yang boleh buat segalanya. Memasak, mengemas rumah dan juga bertukang. Seingat saya, semasa kecil abah dan arwah emak bekerja sama untuk memastikan urusan rumahtangga terjaga rapi.

Walaupun abah agak cerewet, tapi itulah yang istimewanya tentang abah.

Pernah selepas beberapa mengharungi prasa perceraian dahulu, terlalu banyak dugaannya. Semuanya bukan senang. Banyak melibatkan kekuatan dalaman dan mesti berserah sepenuhnya kepada Allah yang maha esa.

Tapi Allah nak hambanya terus kuat dan sabar. Dikurniakan lagi dugaan, hanya untuk melihat sejauh mana hambanya ingin berubah ke arah yang lebih baik.

Saya pernah berkenalan dengan seorang lelaki yang bergelar suami orang. Pada mulanya, semuanya seakan indah. Namun tidak bertahan lama, kerana saya tidak sanggup menjadi seorang perosak kebahagiaan kepada seorang yang juga bergelar wanita.

Satu masa dahulu, rumahtangga saya diduga dengan perhubungan orang ke ketiga dan waktu itu saya rasakan diri bagaikan tidak berguna langsung.
Walaupun hamba Allah yang bergelar suami orang itu menjanjikan pelbagai kebahagiaan, saya tetap nekad membuat keputusan.

Saya memutuskan hubungan dengan seorang yang bergelar suami orang.  Hakikatnya memang taklah mudah. Tapi sampai bila rasa bersalah menghantui diri saya. Rasa ketakutan dan membuatkan diri rasa tak tenteram.

Akhirnya saya mencari kekuatan diri dan berdoa terus kepada Allah. Usaha perbaiki diri dan dalam masa yang sama, maafkanlah semua orang yang pernah membuat hati saya terluka.

Menjalinkan hubungan dengan suami orang takkan ke mana. Ada yang baik dan jujur. Tapi peratusnya amat sedikit. Jadi buat apa menyusahkan diri dengan hubungan yang tidak sihat macam ini?

Saya percaya pada apa yang Allah dah tentukan. Jika Allah dah tentukan lelaki yang baik, cepat atau lambat tetap ada. Biarpun sebaliknya saya tetap bersyukur atas apa yang ada hari ini.

Setakat bergelar seorang teman lelaki biasa itu ada. Apa pun tetap ada sempadannya. Apa pun buat masa ini, saya lebih fokuskan tentang anak dan impian saya bergelar seorang penulis satu hari nanti.
Insha Allah.


Sekian 
Sariah Awang Senik

Sunday 14 October 2018

APABILA UBAN MAKIN MEMUTIH


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Semalam semasa nak keringkan rambut, terperasan akan sesuatu.
Ingatkan salah pandang atau apa. Rupanya tiada yang benar melainkan hanya benar belaka.

Jangan terkejut pulak ya!!
Tiada apa yang serius pun.
Hanya saya baru terperasan yang uban di kepala makin memutih dan banyak.

Yalah!
Umur pun dah 44 tahun. Bukannya muda sangat pun.
Terbaca juga macam-macam kajian tentang uban ini. Tak kira dari segi Sains dan juga agama Islam kita ini. Banyak jugalah antara fakta-fakta itu yang agak menakutkan juga. Apa pun semuanya tuhan yang maha kuasa.

Apakah sebenarnya uban ya?

Uban terjadi akibat kekurangan kandungan melanin pada rambut kita.
Sepatutnya rambut baru yang tumbuh berwarna hitam. Tetapi disebabkan kekurangan melanin, maka rambut pun berubah kepada warna putih.

Biasalah bila uban dah makin banyak tumbuh, gatalnya kulit kepala ini hanya Allah sahaja yang tahu. Dahulu anak dara tersayang gemar habiskan masa mencabut uban dikepala ini.

Tapi disebabkan dah semakin faham yang mencabut uban adalah tidak digalakkan sama sekali. Dengan mencabut uban dikepala kita, maka boleh datangkan kerosakan yang teruk kepada folikel  dan juga saraf-saraf rambut.

Sebenarnya memanglah agak geram bila tengok uban ini tumbuh dikepala kita.
Jari-jemari ini geram sahaja nak cabut uban-uban itu semua.
Namun apabila teringatkan akan segala kajian tentang uban membuatkan diri rasa berdosa.

Uban adalah sebagai salah satu teguran kasih sayang dari Allah yang maha esa.
Sebagai amaran bahawa kehidupan yang kita lalui sekarang taklah sebanyak mana.  Juga sebagai muhasabah diri untuk lebih dekatkan diri kepada Allah yang maha esa.

Perbaiki segala amalan, sedekah dan juga bantu-membantu kepada golongan yang lebih susah.

Kalaulah uban yang ada itu , boleh ditukarkan jadi emas kan lebih seronok.
Walaubagaimanapun, bersyukur kita atas apa yang kita ada dan kecapi sekarang.

Perbanyakkan segala amalan buat bekalan untuk kehidupan yang lebih abadi disana nanti.

Sekian
Sariah Awang Senik

Saturday 13 October 2018

MEMBACA LAGI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Hujan yang lebat tadi, dah pun berhenti.
Ada masa risau juga. Bukan apa, di belakang rumah ini dahlah sungai.
Apabila hujan lebat, air sungai tu pun penuh dan lajunya tak tahu nak cakap macam.

Kalau hari biasa, langsung tak de air. Siap orang boleh lepak lagi dibawah jambatan itu. 
Semoga tiada apa yang buruk berlaku apabila dah tiba hujung tahun 2018 ini.

Dalam sibuk duduk berehat lepas balik kerja ini, sibuk fikirkan idea untuk siapkan 44 entri untuk blog kesayangan Travelog Kehidupan.
Menulis apa yang berlaku dalam kehidupan seharian dengan harapan memberi manfaat buat yang sudi baca blog ini.

Rutin dalam kehidupan seharian, selain ada bisnes online yang perlu di update selalu, saya suka luangkan sedikit masa membaca dan juga melayan si kucing kesayangan. 

Ada lagi satu hobi saya iaitu menjahit.
Memandangkan mesin jahit rosak dan belum ada rezeki nak beli yang baru, maka saya banyak habiskan masa dengan kucing dan juga buku.

Dalam sibuk-sibuk kemas buku-buku novel, komik anak-anak tersayang, saya terjumpa beberapa buah buku novel yang belum lagi anak-anak habis baca.

Tergerak hati juga saya nak membacanya. Ditulis oleh salah seorang penulis BestSeller. Tajuk novel ini ialah Perjalanan. 
Nama penulisnya, kalau tak silap Regina Ibrahim.
Ada 27 kisah pendek yang terdapat dalam novel ini yang berkisar tentang kemelut kehidupan, suka dan duka dan bagaimana mereka mengharunginya.

Mana tahu, apabila dah selesai baca novel ini, mungkin dapat beri lagi saya idea dan semangat untuk terus menulis.

Tahu, hari ini saya hanyalah seorang penulis blog sahaja. Siapa tahu suatu hari nanti saya juga bakal menjadi seorang penulis dalam kategori BestSeller.

Hujan turun lagi, tapi ada sahaja idea yang nak saya tulis untuk entri seterusnya.
Semoga Allah kurniakan kemudahan bagi saya untuk terus menulis dan juga membaca novel yang saya sebutkan tadi.

Sekian 
Sariah Awang Senik


KUCING LAGI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah.
Sampai jugak kat rumah dari tempat kerja tadi.

Sejujurnya rumah adalah tempat yang paling mendamaikan.
Walau bukan rumah banglow dan hanya rumah sewa.

Insha Allah ada rezeki, adalah rumah sendiri nanti.
Tengah taip status ini, hujan pun turun.
Alhamdulilah.

Baru lepas melayan si bulus makan ini.
Sempat jugak bersembang dengan bulus-bulus tu semua.

Entah apa yang nak dicakapnya, tuhan jelah yang tahu.

Jujurnya melayan si bulus bila balik sahaja dari kerja, bagaikan satu terapi. Tengok saja mukanya yang comel dan dengar suaranya yang manja itu, hilang segala stress yang ada. Bila usap sahaja bulunya yang lembut itu, membuat hati rasa tenang dan damai.

Lirikan mata si bulus yang redup dan bercahaya itu, membuat diri terus terbuai dek kemanjaan si bulus. Tahu kucing yang dirumah ini, hanyalah kucing-kucing tepi jalan yang terbiar. Tapi sebenarnya, kucing-kucing terbiar ini ada daya tarikan yang tersendiri.

Si bulus ini jugalah sumber inspirasi untuk terus menulis. 
Apabila dilanda kesunyian si bulus ini semua tidak pernah membuat diri rasa bosan. Apa pun, jikalau rezeki punyai rumah sendiri nanti, menyimpan impian untuk sediakan rumah khas untuk semua si bulus-bulus tersayang.

Sekian
Sariah Awang Senik


ILMU TANPA AMAL

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com


۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

“Ilmu yang tidak diamalkan seperti pohon tanpa buah.”

[Habib Muhammad Al-Haddar ‎رحمه الله تعالى]

https://t.me/iloverasulullah

Seperti mana pokok, perlu dibaja, disiram dan sebagainya.
Begitu juga diri manusia, perlu juga senantiasa belajar, perbaiki segala amalan dan tidak lelah membuat kebajkan.

Jika diri berasa kurang pandai dalam sesuatu bidang, ada baiknya kita perbaiki segala kelemahan dan usaha belajar dari orang yang lebih berpengalaman. Kita digalakkan untuk berguru tidak kira ilmu apa pun yang kita nak pelajari.

Contohnya kalau mengaji Al-Quran, kita dituntut untuk mencari orang yang lebih pandai dan mahir dalam bab-bab mengaji Al-Quran serta tahu hukum-hakam membaca Al-Quran.

Setelah kita dah pandai mengaji Al-Quran, kita seharusnya memahirkan diri untuk membaca Al-Quran tersebut.
Janganlah nanti dah pandai mengaji Al-Quran kita biarkan ilmu yang ada begitu sahaja dan lama-kelamaan terus lenyap dari pemikiran dan juga diri kita.

Macam pokoklah.
Tak disiram dan dibaja, lelama matilah pokok tersebut.

Apa pun sebaiknya ilmu yang ada itu terus dan mesti diamalkan dalam kehidupan seharian kita.

Barulah kita rasa lebih yakin dan dapatlah juga kita berkongsi ilmu yang ada dengan orang lain.
Insha Allah.

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...