Sunday 27 February 2022

BUKU ANTOLOGI HIJRAH DI BAWAH HAMARE GROUP

Teks : Sariah Awang Senik

Sumber : Koleksi Peribadi

https://www.facebook.com/sariah.awangsenik/


Hanya kepada Allah memohon segala kesembuhan dan dimudahkan segala urusannya. Walaupun sedang menjalani proces kurantin, tidak pernah mematahkan semangat ini untuk terus mempromosikan buku antologi Hijrah di bawah Hamare Group.  Semalam juga link untuk pre-order telah dibuka dan harga untuk 2 buah buku antologi Hijrah ialah RM55. Disamping itu ada juga hadiah-hadiah istimewa yang boleh didapati sepanjangn tempoh pre0order ini.

Setiap kisah yang dikongsikan oleh semua penulis dalam antologi Hijrah ini ada keistimewaan yang tersendiri. Kisah-kisahnya memberi sumber inspirasi dan juga pengajaran yang tersendiri. Di samping juga boleh dijadikan panduan buat diri sendiri, rakan dan juga keluarga yang tersayang.

Hanya hendak dingatkan yang buku antologi Hijrah ini akan meningkat harganya apabila masuk sahaja hari yang ke 5. Harganya ialah RM 60. Jadi sementara masih berkesempatan, rebutlah peluang yang membeli buku antologi Hijrah membaca serta dapat menyebarkan segala kebaikan yang berada dalam buku antologi Hijrah ini.

Jika berminat hendak mendapat sekaligus membaca buku antologi Hijrah ini bolehlah berbuat demikian pada link yang berkenaan.

https://hamarepublication.onpay.my/order/form/Hijrah/Sariah1974 dan jika ada sebarang pertanyaan berkenaan antologi Hijrah ini boleh terus wasap pada link wasap yang tertera.


Berhijrah buat semata mencari satu kesempurnaan lebih kepada memperbaiki diri sendiri dan istiqamah dalam menuju syurga abadi di sana kelak.


Sekian


 
 

Saturday 26 February 2022

JIKA ALLAH INGIN MENDUGA

 Teks : Sariah Awang Senik

Sumber ; Koleksi Peribadi

https://www.facebook.com/sariah.awangsenik/


Benarlah, syurga itu teramal mahal. Setiap manusia tidak akan terlepas daripada ujian Allah yang maha esa. Dan kita tidak akan tahu dan belajar jika tanpa ujian dalam kehidupan kita. Ujian umpama garam dalam sebuah masakan. Tanpa garam dalam sesebuah masakan, masakan akan berasa tawar dan tiada rasa.

Yang ada berkemungkinan hanya pedas dan juga tawar. Tidak boleh tidak, perlu diletakkan sedikit bagi menambahkan lagi rasa dalam masakan tersebut. Begitulah dalam apa yang berlaku sejak dua hari ini. Berusaha kita mengelakkan diri dan berjaga dari jangkitan virus C19, tetapi jika Allah berkehendakkan kita untuk melaluinya, siapalah kita untuk menentangnya.

Hari ke dua dalam masa tempoh kurantin.Bersyukur masih ada selera makan, walau deria bau semakin menjauh. Berdoa juga agar virus ini tidak menjangkiti kedua anak-anak tersayang. Allah itu maha baik. Dikurniakan tempoh kurantin ini untuk mendekatkan diri kepada Allah dan berpeluang menambah tabung amal sebanyak yang mungkin. 

Apabila disoal di mana mendapat virus ini, hati ini tiada jawapan yang pasti. Takutnya kita kepada virus ini, hingga terlupa bahawa Allah maha berkuasa akan segalanya. Banyakkan berdoa kepada Allah dan bertawakallah kepada-Nya.

Bukan hendak menyalahkan sesiapa, hanya sebagai satu pengajaran buat diri ini. Virus ini berkebolehan menyangkiti sesiapa sahaja. Tidak kira usia, agama dan sebagainya. Usah menyalahkan orang lain dan ingatlah semuanya dari tuhan yang maha esa.

Jauh disudut hati ini berdoa agar Allah kurniakan segala kesembuhan supaya dapat turut serta untuk melihat majlis konvoksyen anak tidak lama lagi. Semua ujian ini adalah satu kekuatan dan diri ini tidak akan mengalah sebelum berjuang hingga ke akhirnya.

Bertanya kepada diri sendiri, jika benar percaya dan yakin kepada Allah, pasti dia sedang mengaturkan suatu hal yang lebih baik buat diri dan juga anak-anak tersayang. Dalam masa yang sama juga berdoa, agar dapat mencari seberapa banyak keuntungan melaui penjual buku-buku dakwah secara dalam talian.

Tempoh kurantin ini, akan dimanfaatkan sebaik yang mungkin dengan mengisi masa dengan aktiviti yang membawa kebaikan dan juga pahala. Apa yang dilalui bukan mudah, tetapi tetap nekad untuk melalui semua rintangan ini.

Ujian yang datang, dihadapi dan ditepis dengan benteng keimanan dan juga takwa. Sedar diri tidaklah sebaik mana dan hanya inilah sahaja peluang keemasan dari tuhan yang maha esa.


Sekian


Thursday 24 February 2022

SEMOGA SENANTIASA DILINDUNGI

 Teks : Sariah Awang Senik

Sumber : Koleksi Peribadi

https://www.facebook.com/sariah.awangsenik/


Hari yang mendung sejak daripada pagi tadi. Tekak dan hidung pun berasa lain. Syukur belum ada demam atau penyakit yang lain. Apa pun bercadang untuk membuat test kerana bimbang akan virus yang mudah sangat merebak ini. Hanya Allah jualah yang tahu apa yang ada dalam hati ini.

Tidak pernah putus berdoa agar dilindungi daripada semua musibah dan juga penyakit berjangkit. Memulakan rutin harian seperti biasa sambil sibuk mempromosikan buku antologi Hijrah dibawah Hamare Group. Sungguh agak teruja ingin memeluk buku antologi ini secepat yang mungkin. Melalui antologi inilah berusaha menulis dan berkarya daripada kebiasaanya. Kebiasaannya menulis kisah hidup dan pengalaman sendiri, namun melalui antologi ini menulis cerpen dengan mencipta satu watak, situasi dan juga pengakhirannya.

Agak mencabar, namun tiada yang mustahil jika berusaha segigih yang mungkin. Harapannya karya ini dapat diterima oleh bakal pembacanya dan dapat memberi inspirasi dan juga pengajaran yang tersendiri. Lewat badan ini, cuaca semakin mendung dan kemungkinan juga bakal hujan lagi pada malam ini.

Batuk juga semakin menjadi-jadi. Tetap saja berdoa kepada Allah agar dilindungi dari apa saja musibah.

Anak dara asyik memerap dibilik dengan membaca novelnya. Terkadang risau juga kalau dia terlampau leka dan tidak menyiapkan segala kerja sekolahnya. Tidak lama lagi dia bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun hadapan.

Harapannya semoga dia mendapat keputusan yang cemerlang dan tercapai segala apa yang diimpikannya selama ini serta tidak lupa akan segala jasa-jasa ini. Insya-Allah.

Sekian 

Sunday 20 February 2022

SYUKURI ATAS SEGALA RAHMAT

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Genap sudah 48 tahun. Syukur atas segala rahmat Allah yang telah dikurniakan selama ini. Dalam usia yang semakin meningkat hanya mahu membuat seberapa banyak kebaikan.

Mahu melupakan segala yang memedihkan serta fokus kepada keluarga, kerjaya dan juga impian untuk menjadi seorang penulis yang tersohor. 

Selain itu juga ingin menyambung pengajian dalam bidang penulisan dan dapat menambah pendapatan hasil daripada menulis.

Namun minat utama menulis adalah untuk menambah tabung pahala serta berkongsi seberapa banyak kebaikan dengan orang yang sudi menbaca hasil penulisan ini.

Menatap gambar bersama dengan adik-beradik tersayang, selalu saja menyentuh hati ini. Mereka selalu saja bersama dan menghulurkan bantuan semampu yang boleh.
Memberi sokongan dan melayan karenah anak-anak dengan membawa mereka ke tempat- tempat peranginan. Jujur anak-anak lebih akrab dengan keluarga sebelah diri ini berbanding dengan keluarga sebelah ayahnya.

Entah mengapa, hanya tuhan saja yang lebih mengetahuinya. 

Tidak mahu bersangka yang bukan-bukan hanya menyerahkan segalanya kepada Allah yang maha esa. Dalam masa yang sama sudah terangkan apa yang sepatutnya kepada anak-anak tersayang. Asalkan mereka berdua menjenguk dan bertanya khabar ayah biarlah hubungan sebegitu.

Cumanya kelak tidak mahu perkara yang tidak sepatutnya diungkit-ungkit sebagaimana yang telah berlaku. 

Lagipun anak-anak semakin bijak dan menilai segala apa yang telah berlaku selama ini.
Biarlah dan usahlah terlalu difikirkan hal yang telah lama berlalu.
Abaikan dan maafkan atas segalanya.

Di penghujung usia ini hanya mampu bertenang dan berdamai dan lebih banyak habiskan masa kepada yang satu. Semoga segala kenikmatan tidak melalaikan diri serta istiqamah dalam menuju syurga yang abadi kelak.

Sekian.


Thursday 10 February 2022

BUKU ANTOLOGI HIJRAH

 Teks  : Sariah Awang Senik

Sumber : Koleksi Peribadi

https://www.facebook.com/sariah.awangsenik/


Semakin pantas masa berlalu. Sudah 11 hari berada dalam bulan Februari. Banyak kerja penulisan yang masih belum diselesaikan. Namun menulis entri dalam blog ini bagaikan satu kemestian dan seumpama sebuah diari.

Hari berehat seketika kerana diuji dengan pening yang entah apa sebabnya. Bersyukur kala diuji dengan sedikit ujian dari Allah yang maha esa. Sakit atau sihat tetap dikira rezeki dari Allah yang maha esa.

Hari berkesempatan menulis tentang buku antologi HIJRAH di bawah Hamare Group. Barisan para penulis yang berada dalam Hamare Group ini adalah muda-muda belaka. Tetapi ada juga yang sudah pun semakin berusia.

Apakah kisah dalam buku antologi HIJRAH ini, ya?

Sudah pasti kisah satu penghijarahan ke arah menjadi seorang yang lebih baik disisi Allah yang maha esa. Setiap kisah punya pengajaran yang tersendiri. Dan setiap kisahnya ada keistimewaan dan pengajaran yang tersendiri.

Sangat teruja menatap wajah sendiri dalam buku antologi HIJRAH yang bakal diterbitkan kelak. Tidak pernah berputus-asa mengasah bakat menulis agar mantap penulisan dan sampai kepada apa yang hendak disampaikannya.


Buku HIJRAH ini terbuka untuk pre-order dan boleh dimiliki sebaik sahaja berada di pasaran kelak. Seramai 13 orang peserta berkongsi kisah penghijarhan masing-masing. Ada keunikan tersendiri dalam setiap sebuah penghijarhan mereka tersebut. 

Buku HIJRAH ini patut dimilki oleh semua golongan tidak tua ataupun muda. Kisah-kisahnya memberi sumber inspirasi dan juga pengajaran malah ada kisah yang kita tidak sangka-sangkakan boleh juga terjadi.

Selain bukunya ada juga disertakan hadiah istimewa seperti gift dan sebagainya. HIJRAH buka tentang siapa diri anda, tetapi bagaimana bersungguhnya diri dan juga istiqamah dalam sebuah perjalanan di dunia demi sebuah syurga yang kita impikan selama ini.


Sekian

Tuesday 8 February 2022

PERTEMUAN YANG AMAT BERMAKNA

 Teks : Sariah Awang Senik

Sumber : Koleksi Peribadi

https://www.facebook.com/sariah.awangsenik/


Alhamdulilah syukur atas segala rahmat Allah. Jika tanpa izinnya tidak mungkin semuanya akan terjadi. Di awal pagi tadi, ada bisikan kecil supaya hari ini tidak bekerja dan bercadang mengambil cuti. Namun teringat akan pertemuan yang dijanjikan oleh kakak Shakirah dan juga kakak Ti dari #karatekidwriters maka ingatan tadi segera dilenyapkan. Boleh saja aku abaikannya. Namun peluang yang baik begitu bukan datang berkali-kali. Kakak Shakirah Md Din adalah tunggak kekuatan dalam satu kelompok penulis yang mahu menulis buku solo.

Dan aku mengenali beliau melalui projek buku Legasi Abah di bawah puan Sri Diah Shaharuddin. Antologi Legasi Abah ini adalah antologi pertama dengan puan Sri Diah Shaharuddin. Banyak pengalaman menarik juga ilmu yang dikutip dalam projek buku Legasi Abah ini.

Syukur antologi buku Legasi Abah juga telah diterbitkan pada pertengahan tahun 2021. Dari situlah mengenali ramainya penulis berbakat besar dan juga mempunyai pengalaman yang tersendiri. Tambahan pula pengalaman sendiri dalam bidang penulisan masih terlalu cetek dan banyak perkara baru yang perlu diri ini pelajari.

Sebenarnya pertemuan pada siang tadi adalah satu ingatan kepada diri agar menyiapkan secepat yang mungkin manuskrip buku solo supaya dapat masuk ke PBKL tidak lama lagi.

Turut hadir bersama adalah kak Ti yang juga penulis buku Jalan Ini Indah, Pelbagai pesanan dan juga nasihat yang turut dikongsi bersama. Walaupun pertemua tadi tidaklah lama namun sangat manis dan bermakna. Itulah pertama kali bersua muka dengan kakak Shakirah Md Din dan juga kakak Ti. Sepatutnya Nurdiana juga ada bersama. Tetapi atas faktor kesihatan, maka tidak dapat hadir pada pertemuan tadi.



Apa pun pertemuan tadi sangat bermakna dan memberi semangat untuk terus istiqamah menulis sekaligus menambah pahala di sana nanti. Gembria dan terujanya untuk melihat buku solo dibukukan setelah sekian lama mengidamkannya.
Kakak Ti juga banyak memberi nasihat agar tidak mendengar segala hasutan syaitan tentang manuskrip yang kita sudah selesai siapkan itu. Banyak berdoa kepada Allah agar segalanya dimudahkan dan berjalan lancar. 
Hanya kepada Allah berdoa agar kakak Shakirah Md Din terus dikurniakan kesihatan yang baik begitu juga dengan kakak Norwati dan hanya Allah jualah yang mampu membalas segala jasa-jasa mereka dalam perjuangan menerbitkan buku solo masing-masing dari kumpulan penulisan #karatekidswriters.


Sekian 


Wednesday 2 February 2022

MISI MENYIAPKAN BUKU SOLO

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik

Bukan kaleng-kaleng ujian hendak menyiapkan buku solo di bawah Hamare Group ini. Diuji dengan kesakitan, kesibukan dan beberapa ujian lagi. Tidak pernah merancang untuk mencari rumah sewa yang lain jika tuan rumah tidak menjual rumah sewanya itu.

Apa pun biarlah. Rumah sewa itu, adalah rumahnya dan terpulanglah apa yang hendak dilakukannya. 

Berbalik kepada buku solo ini, banyak proces juga tertangguh dek kerana ujian sakit dan juga pindah rumah. Kesakitan dengan kaki membengkak tanpa sebab, membuatkan diri menjadi lesu, cepat berasa penat serta tidak bersemangat.

Pernah diri hanya berfikir menghabiskan masa berehat sepanjang hari sahaja. Tetapi sampai bila mahu begitu?

Lantas memaksa diri ke hospital dan membuat pemeriksaan kesihatan. Dari keputusan ujian yang dijalankan, bersyukur kerana bebas dari penyakit kronik dan juga tiga serangkai. Namun ketika itu, kaki masih lagi menbengkak. Tidak putus berdoa dan juga berusaha sebaik yang mungkin.

Memandangkan ada banyak perkara tertangguh akibat dari segala ujian tersebut, maka gagahkan diri melawan kesakitan dan juga kesibukan dengan berusaha menyiapkan buku solo sebaik yang mungkin.

Jujurnya diri memang tidak pernah lagi menulis buku solo. Hanya beberapa buah antologi cerpen dan juga puisi. 

Apa pun berdoa kepada Allah agar dikurniakan kemudahan untuk menyiapkan penulisan buku solo selancar dan sesempurna yang mungkin. Semoga buah tangan yang sulong ini dapat memberikan manfaat dan juga pengajaran tersendiri kepada sesiapa yang sudi membaca segala kisah dalam buku solo ini kelak.
Aamiin Ya Allah Ya Mujib.


Sekian.

MERIAHNYA HARI CUTI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Google
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik

Seronoknya bercuti bersama dengan keluarga tersayang. Walau apa pun jangan dilupa segala sop yang sudah ditetapkan.
Bersyukur juga dapat menjalankan tanggungjawab sebaik yang mungkin sebagai salah seorang pekerja.

Hari ini, adalah hari raya kedua tahun baru cina. Penat berhadapan dengan semua pelanggan hanya Allah yang tahu. Namun tanggungjawab yang diamanahkan perlu diselesaikan sebaik yang mungkin.

Dalam kesibukan menjalankan segala tanggungjawab, terhibur melihat gelagat manusia yang singgah berhenti berehat di sebuah r&r ini. Semuanya hendak serba serbi cepat dan ada juga yang tidak langsung boleh bersabar. 

Tidak kurang juga yang mahukan layanan bak hotel lima bintang. Padahal hanyalah sebuah hentian rehat dan rawat sahaja. Jika terlalu dilayankan dan difikirkan sangat bakal mengundang kemarahan diri sendiri.

Apa pun faktor keselamatan perlulah lebih dititikberatkan lagi. Banyak kemalangan jalanraya yang berlaku baru-baru ini akibat kecuaian sesama manusia sehingga mengorbankan nyawa manusia lain yang tidak bersalah.

Sikap tidak sabar, sambil lewa dan mementingkan diri sendiri boleh menyebabkan nyawa orang lain terkorban.
Usahlah dipandang ringan akan faktor keselamatan di jalan raya ini.

Bersama kita menjaga diri dan keluarga serta mematuhi semua aspek keselamatan bagi mengelakkan kemalangan jalanraya dari terus berlaku.

Baiklah.
Tidak sedar masa berlalu amat pantas. Esok adalah hari raya cina yang ke tiga. Dan tidak perlu bangun terlalu awal. 

Berdoa juga agar esok tidaklah ramai sangat pelanggan yang singgah berehat di hentian rehat ini kerana badan terlalu penat bekerja dan hanya mahukan istirehat sahaja.


Sekian.

Tuesday 1 February 2022

BERAKHIRLAH UNTUK HARI INI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Dari Google
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Alhamdulillah. Syukur segalanya berjalan dengan lancar. Hari raya pertama di tahun baru cina pada tahun 2022. Kemeriahan kaum cina yang beragama buddha sangat terasa.

Dan pada tahun ini, inilah pertama kali tidak berasakan bahang sambutan hari raya cina kerana telah berpindah ke tempat lain.

Walaupun tidaklah jauh mana, bersyukur dapat tidur nyenyak tanpa bunyi letupan mercun dan juga bunga api.
Kalau dahulu duduk berjiran dengan kaum cina, kini dikiri dan dikanan adalah kaum sendiri.

Apa pun, bersyukur kerana dapat menyewa rumah yang serba sederhana malah lebih selesa dari rumah sewa yang terdahulu.

Hari ini juga ada rakan lama yang sudi bertanya khabar diri sendiri. Secara jujurnya sudah lama berkenalan, tetapi tidak pernah keluar bersama. Cukuplah berkenalan dan bercakap di telefon sahaja.

Agaknya mungkin dia risau, sudah lama mendiamkan diri. Dan diri pun agak segan berkawan dengannya memandangkan kedudukannya yang agak berpangkat.

Biarlah Allah menilai segalanya. Jika dia seorang yang baik dan jujur maka berdoa kepada Allah agar semuanya baik-baik sahaja.

Malam semakin kelam. Tiada bulan dan bintang, berkemungkinan seban hujan dan juga ribut yang kuat pada petang tadi. 

Kepada Allah gigih dan tidak putus berdoa agar Allah ampunkan segala kekhilafan diri dan juga dijauhkan dari musibah dan juga penyakit.
Aamiin Ya Allah Ya Mujib.


Sekian

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...