Saturday 28 September 2019

COMBO SALE OKTOBER


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Facebook
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Bagaimana saya nak promote diri saya sebagai ghostwriter tapi saya belum pernah ada job.

Senang je dik. Buat review produk. Kitakan ada kawan-kawan yang berbisnes. Kita review produk mereka secara percuma. Mesti mereka suka.

Menulis review produk juga merupakan satu latihan untuk menulis. Tulis agar mereka yang membaca faham tentang sesuatu produk.

Ada rakan-rakan di fb ni nak kami reviewkan produk anda. Sila letakkan produk anda di ruangan komen.

Oh ya sebelum terlupa. Ada promo combo sale oktober dari kami. Klik link ini
http://upahmenulis.onpay.my/order/form/kelasonlineghostwriter
untuk dapatkan info terkini tentang kelas online ini.


Sekian
Sariah Awang Senik

AKU MELANGKAH LAGI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


AKU MELANGKAH LAGI

Pagi ini
Aku melangkah lagi menyusuri
jalan ini
Aku melangkah lagi dengan segunung
harapan
Aku melangkah lagi demi insan-insan tersayang agar mereka tidak akan rasa segala kekurangan

Pagi ini
Aku melangkah demi satu cinta dan cita
yang pernah terbiar sepi
Aku melangkah berbekalkan naskah pengalaman nan lalu
Aku melangkah dan terus belajar dan mengejar bahagia di sana nanti
Aku melangkah lagi walau tiada yang peduli

Pagi ini
Aku melangkah dan yakin perjuangan ini
bakal sampai ke penghujungnya
Aku melangkah dan tahu maha pencipta menunggu aku di sana
Aku melangkah dan meraih kejayaan demi kejayaan

Pagi ini
Aku melangkah walau tahu pernah berada dalam penjara kekurangan
Aku melangkah dan membina kesempurnaan demi sebuah puncak kejayaan

Pagi ini
Aku melangkah dan pecahkan segala tembok yang menghalang
Aku melangkah dan tidak akan peduli lagi akan segala kata dan nista
Aku melangkah dan aku tahu tuhan yang selalu ada dan senantiasa setia bersama
hingga ke akhir nafas ini.

Hasil Nukilan
Sariah Awang Senik

LELAKI ITU


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://facebook.com/sariahawangsenik


LELAKI ITU

Lelaki itu
Terima kasih ku ucapkan
Yang membenarkan diriku tumpang
berteduh dan berkasih sayang
Yang mengajar diriku mengenali cinta
walau cintanya hanya sebentar singgah pada diri ini

Lelaki itu
Tidak hanya mengajar diri ini
tentang makna sebuah perhubungan
bahkan juga dia menjadikan diriku lebih
kuat dengan satu perisai kesabaran

Lelaki itu
Mungkin aura kasihnya telah hilang terhadap seorang yang bernama
perempuan juga yang bernama isteri
Namun aku yakin pasti suatu hari kasih dan cintanya bakal berputik lagi

Lelaki itu
Mungkin dia puas dan bangga dengan harta egonya
Namun egonya itulah yang bakal memusnahkan seluruh kehidupan nya

Lelaki itu
Walau apa pun cerita derita yang telah dilakar dan tinggalkan parut dalam hidup ini namun sebagai manusia dan hambanya yang lemah, tetap jua ku beri satu kemaafan.

Lelaki itu
Kemaafan bukan bermakna kalah
tapi lebih takutkan murka Allah yang maha esa

Lelaki itu
Alhamdulillah kini aku makin bahagia
Makin gigih persiapkan diri untuk kehidupan abadi nanti
Kerana entah bila bakal dijemput pulang

Lelaki itu
Usah risau aku sudah
maafkan kamu dunia akhirat
Juga kemaafan dipohon dari kamu andai aku tak dapat menjadi wanita terhebat dalam hidupmu
Mohon ampunkan aku dan halalkan segala makan minum aku.


Hasil Nukilan
Sariah Awang Senik

Thursday 26 September 2019

ABANG


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://facebook.com.my/sariahawangsenik


ABANG

Abang
Hari ini genaplah usiamu 20 tahun
Hari ini permulaan bagi satu hari yang baru
Hari ini abang makin berani mengorak langkah untuk mencapai satu impian

Abang
Di sepanjang hidupmu tak pernah susahkan ibu
Tak pernah jua kau berkeluh kesah akan segala dugaan yang bertamu
Tak pernah jua kau meminta-minta untuk dipenuhi segala keinginanmu

Abang
Walau terlalu banyak kekurangan dalam hidupmu
Namun tak pernah sesekali kau jadikan satu tembok penghalang
Penghalang kepada sebuah impian dan juga cita-cita

Abang
Ibu tahu tanggungjawabmu maha berat
bergelar abang, bergelar anak dan juga sebagai seorang ketua keluarga dalam syurga kecil kita ini

Abang
Teruslah berjuang
Teruslah melakar impian
Teruskan mendaki puncak kejayaan
Teruskan segala usaha-usaha sehingga berjaya

Abang
Doa ibu senantiasa setia bersama abang
Dan disetiap detik nafas ini tak pernah sesekali alpa dalam mendoakan segala kejayaan abang dan adik

Abang
Selamat Hari Jadi
Semoga abang berjaya dunia dan akhirat juga jangan sesekali abaikan segala tanggungjawab kepada maha penciptaNya.


Nota

Friday 13 September 2019

KAK LONG MENULIS LAGI



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.my/sariahawangsenik

Syukur atas rezeki hari ini.
Baru saja elok batuk, dah kena batuk balik.
Batuk berkahak tak pe.
Ini jenis yang kering dan bila batuk rasa macam nak garu je tekak ini.

Bertabahlah lalui dugaan ini.
Dalam keadaan batuk itu, berusaha untuk uruskan bahagian atap dapur yang pecah dek hujan dan angin kuat semalam.

Mujurlah atap rumah tak melayang macam jiran selang dua buah rumah Kak Long itu.
Walau hujan semalam tak lama, namun cukup buatkan Kak Long rasa berdebar-debar.

Rumah sewa  Kak Long ini pun dah lama.
Dah hampir 20 tahun lebih.
Maka banyaklah rosak sana dan sini.

Apa pun bagi Kak Long walau rumah tak cantik mana, di syurga kecil inilah satu kisah dan satu impian baru bermula.
Impian zaman persekolahan yang usaha Kak Long capai satu persatu.

Biar pun usia makin bertambah tapi impian ini harus jadi kenyataan.
Yang pasti tahun inilah Kak Long ada buku sendiri dan bakal menyusul satu buku tentang kisah perjuangan ibu-ibu yang menyusu dan juga ada beberapa lagi projek penulisan.

Tahu ilmu yang ada taklah banyak mana.
Dan sedar juga banyak kekurangan diri.

Sungguh pun demikian semangat untuk menjadi seorang yang penulis yang baik tidak pernah pudar.

Gigih membaca dan usaha jadikan aktiviti ini satu terapi.
Fikir Kak Long tadi nak naik atas tidur.
Rupanya anak dara tidur dulu.

Hailah anak dara nan seorang ini.
Bila tidak ada rindu macam lahar gunung berapi.
Bila ada depan mata cakap kita pada dia berapi-api pun susah nak dengar.

Dah kuat suara kita barulah dia kelam-kabut.
Itu belum ada si abangnya lagi.

Sekali abangnya bersuara, rasa nak runtuh rumah dibuatnya.


Sekian
Sariah Awang Senik

Tuesday 10 September 2019

EBOOK GHOSTWRITER CONFESS



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Group Telegram
http://www.facebook.my/sariahawangsenik

Ghostwriter ternyata sama sekali bukan penulis kisah-kisah hantu atau seram. Wikipedia menyebutkan ghostwriter adalah penulis buku, artikel, cerita, laporan atau teks untuk diakui oleh orang lain.

Siapa yang perlu ghostwriter?

Selebriti,  eksekutif, tokoh politik,  produksi film, yang tidak punya waktu atau tidak mampu menghasilkan sendiri karya tulis kerana tuntutan kerjaya mereka.

Ghostwriter tak hanya menulis. Ia juga mampu menyunting, mencantikkan dan merapikan karya tulis orang lain.

Beberapa ahli politik, bisnes, artis, dan profesional lainnya menggunakan jasa ghost writer untuk menulis autobiografinya.

Ketiadaan waktu biasanya menjadi alasan menggunakan jasa ghost writer atau penulis upahan. Selain itu menyusun kata hingga menjadi sebuah karya bukanlah perkara mudah.

Mereka berani membayar mahal karena seimbang dengan hasil yang mereka harapkan. Bagi ghost writer, bayaran tinggi juga sesuai dengan beban kerja mereka. Menulis  adalah pekerjaan intelektual.

Dia tidak berdiri sendiri hanya sekadar menyusun huruf menjadi kata, kata menjadi frasa, frasa menjadi kalimat, kalimat menjadi paragraf dan membentuk sebuah karya yang utuh.

Menulis adalah juga pekerjaan otak yang memerlukan energi besar. Maka sewajarnya pekerjaan ghost writer layak dihargai.

Nak tahu bagaimana ghostwriter menjana pendapatan hingga 5 angka?

Dapatkan ebook Ghostwriter : The CONFESSIONS. Kisah pengakuan 17 orang Ghostwriter buat duit dengan menulis.


Sekian
Sariah Awang Senik

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...