Monday 22 June 2015

MISI MERAIH KASIH SAYANG CINTA ABADI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah, rupanya perjuangan kehidupan bukan semata-mata meraih cinta dan kasih sayang sesama insan namun seharusnya kita meraih terlebih dahulu kasih sayang yang maha esa dan secara tidak langsung semuanya akan datang sendiri.  Hati berasa bersyukur kerana masih di beri peluang oleh yang maha esa untuk menyambut bulan puasa bersama anak -anak dan juga keluarga tersayang.

Kalau di fikirkan bukan Ramadan ini bukanlah terlalu lama sangat. Hanya sebulan dan ianya akan berlalu pergi dan tidak akan menoleh ke belakang lagi. Seharusnya bulan Ramadan ini memang terbuka untuk kita senantiasa membuat kebajikan dan memperbanyakkan segala amalan yang diredhai oleh Allah yang maha kuasa.

Sempena bulan Ramadan ini banyak yang boleh kita lakukan untuk menghabiskan masa yang ada. Contohnya memperbanyakkan bacaan al-quran, berzikir , bersedekah dan juga amal kebajikan yang lain. Alhamdulilah semoga bulan Ramadan ini akan membawa seribu rahmat buat kita semua.


Coretan Ramadan

Sariah Awang Senik

Sunday 21 June 2015

SANTAPAN MINDA DENGAN BUKU ILIMIAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Dropship Buku Ilimiah
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Sempena bulan Ramadan yang sangat mulia ini, kita mempunyai banyak masa lapang yang boleh kita gunakan untuk aktiviti yang berfaedah. Selain daripada aktiviti memasak, mengemas rumah dan juga aktiviti yang lain, ada juga aktiviti yang dapat memberikan pengetahunan dunia dan juga akhirat.

Untuk menambahkan pengetahunan dan juga mengisi masa lapang yang ada, anda boleh membaca Keajaiban Allah Tempat Meminta. Harga buku sangat berpatutan iaitu RM 25 sudah termasuk postage.

Selain daripada itu anda boleh juga menambahkan ilmu pengetahunan dengan membaca buku Bekerja Dan Juga Berniaga. Buku ini memberikan kita ilmu pengetahunan tentang bagaimana sambil bekerja , kita pun boleh menambahkan pendapatan dengan berniaga. Harganya ialah RM 46 sudah termasuk postage.

Jika anda ingin ketahui lebih lanjut, bolehlah sms ataupun whatshapp saya di no 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Coretan Buku Ilimiah
Sariah Awang Senik

IKLANKAN HOMESTAY DAN RESORT ANDA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook/ Akademi Bekerja Dari Rumah
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum, semoga di bulan Ramadan ini anda semua terus ceria dan juga tabah menghadapi pelbagai dugaan.
Jika anda ada mengusahakan homestay ataupun resort, mungkin saya dan juga rakan-rakan di Akademi Bekerja Dari Rumah boleh membantu anda mempromosikan homestay dan resort anda secara online.

Tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak, kini segala butiran lanjut tentang homestay dan resort akan tetap berada di link Akademi Bekerja Dari Rumah yang disediakan khas untuk homestay dan resort. Anda ingin tahu lebih lanjut, bolehlah hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075635. Boleh juga email saya sariah.awangsenik@gmail.com.

Coretan Produk
Sariah Awang Senik

Saturday 20 June 2015

HEBATNYA ABAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum, alhamdulilah dah pun empat hari berpuasa dan menjalankan segala ibadah yang lain sebaik yang mungkin. Kebetulan hari ini adalah hari bapa dan hati saya teringat dan terasa rindu sangat kepada abah yang tersayang. Sebenarnya bukanlah bertujuan untuk membangga sambutan hari bapa ini, tapi rasa bersalah kerana hampir beberapa bulan tidak menjenguk pulang ke kampung atas alasan yang biasa didengar iaitu sibuk dengan urusan kerja dan anak-anak.

Untuk pengetahunan semua abah adalah salah seorang bekas pekerja KTM dan telah pun pencen selama beberapa tahun. Abah seorang yang tidak suka duduk diam dan gemar melakukan sesuatu untuk menambah pendapatan dan juga menghabiskan masa yang ada dirumah. Abah seorang yang tidak suka mengharapkan orang lain untuk memenuhi segala kehendaknya. Walaupun bergelar seorang suami dan bapa , dia tidak suka menyusahkan orang lain terutama isteri serta anak-anaknya. Itulah abah. Memang perangainya begitu. Abah juga selalu risau tentang keadaan anak-anak dan juga cucu-cucunya yang lain. Setiap kali saya dan adik-adik pulang ke kampung, abah tidak pernah jemu menasihati kami adik beradik dengan pelbagai perkara. Selalunya sebelum melakukan sesuatu abah akan nasihatkan agar selalu berdoa moga semua urusan dipermudahkan sebaik yang mungkin.

Abah juga selalu menasihatkan kami adik beradik supaya senantiasa ikhlas di dalam melakukan sebarang pekerjaan. Apa sahaja dugaan yang dihadapi haruslah bersabar dan berdoa semoga Allah permudahkan setiap urusan yang bakal dilalui.

Itulah abah saya, En Awang Senik Bin Adam. Walaupun usia sudah pun meningkat, namun abah tetap tidak suka berdiam diri tanpa melakukan sebarang pekerjaan. Saya sangat kagumi sikap abah yang suka berdikari tanpa selalu mengharapkan bantuan orang lain.

Untuk abah tersayang, saya , adik beradik yang lain dan semua cucu kesayangan abah, sangat sayangkan abah dan juga selalu rindu kepada abah. Insha Allah raya nanti kami semua akan pulang ke kampung untuk berhari raya.


Coretan Kasih Sayang

Sariah Awang Senik

RAMADAN DATANG LAGI

Teks : Sariah Awang Senik

Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Alhamdulilah syukur, bulan Ramadan kini tiba lagi. Banyak perkara yang harus dilakukan dan diperbaiki sebaik yang mungkin. Dugaan dan juga cabarannya tetap ada. Apa pun saya berusaha untuk terus kekal positif, walaupun dikelilingi banyak perkara yang negatif. Bukan mudah untuk terus kekal positif dan menghadapinya dengan penuh kesabaran. 

Kini saya harus terus meneruskan perjuangan yang telah lama bermula dan selesaikan dengan jayanya sebaik yang mungkin. Sebenarnya saya harus berehat sebentar kerana tidak lama lagi nak bangun sahur. Insha Allah selepas sahur nanti, saya akan berusaha menulis entri yang lebih banyak lagi.

Coretan Sambilan,
Sariah Awang Senik

Thursday 18 June 2015

MENYEDARKAN BUKAN TUJUAN MENYUSAHKAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum dan selamat berpuasa kepada semua yang berada di luar sana.
Semoga kita semua mendapat berkat daripada semua amal ibadah yang bakal kita laksanakan sebaik yang mungkin.
Sebenarnya kita patut berasa bersyukur dengan segala nikmat yang diberi. Tidak kiralah nikmat tersebut datang di dalam bentuk yang berbeza-beza.

Menjalani kehidupan sebagai seorang ibu tunggal bukanlah perkara yang mudah. Tetapi jangan sesekali menjadikan alasan tersebut sebagai alasan untuk terus lemah dan juga rendah diri. Segala cabaran dan dugaan harus dihadapi dengan sebaik yang mungkin. Hanya beberapa peratus sahaja pasangan yang telah berpisah boleh berbincang secara baik tanpa menyimpan terlalu banyak perasaan marah dan juga dendam terhadap pasangan masing-masing.

Begitu jugalah hal dan keadaan yang sama yang pernah saya alami selama beberapa tahun ini. Secara jujurnya di peringkat permulaan memang teramat perit. Namun memikirkan masa depan anak-anak serta kebahagiaan mereka, maka saya mengambil keputusan untuk membina kembali kehidupan dan menyambung semula segala cita-cita yang tidak tercapai selama ini. Hal yang teramat besar di dalam sebuah perpisahan adalah masalah nafkah dan juga tanggungjawab si ayah selepas perpisahan. Bukan mudah untuk mendapatkan perintah mahkamah di dalam tuntutan nafkah anak-anak. Setelah mendapat perintah mahkamah pun belum tentu pihak bekas suami akan mematuhi segala perintah yang telah ditetapkan. Apa sebenarnya yang cuba pihak bekas suami ingin buktikan hanya yang Allah jua yang mengetahuinya.

Namun apa pun saya tetap kekal bersikap positif. Hanya menganggap segala masalah yang ditimbulkan oleh pihak bekas suami sebagai salah satu cabaran hidup. Saya sedar dimana kekuatan dan juga kelemahan yang dihadapi. Seingat saya untuk berbincang secara baik baik dengan pihak bekas suami tentang nafkah anak-anak adalah amat mustahil. Tetapi saya tetap berdoa dan berusaha dengan menggunakan segala sistem perundangan syariah yang ada selama ini.

Setelah mendapatkan perintah mahkamah, pihak bekas suami langsung tidak mengambil berat akan perintah tersebut. Tidak pasti dia ada menghadapi masalah yang lain, namun tanggungjawabnya sebagai bapa walaupun setelah berpisah harus difahami sebaik yang mungkin. Memang setelah mendapatkan perintah mahkamah, pihak bekas suami sesuka hati membayar nafkah tanpa ada rasa kesedaran dan displin yang baik. Tetapi saya tetap berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar.

Sebagai jalan keluar bagi permasalahan ini saya berusaha mencari jalan penyelesaian. Berkat menonton satu rancangan di sebuah stesen Tv terkenal saya mengatur rancangan agar dapat menyedarkan pihak bekas suami akan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah. Saya menyusun dokumen-dokumen yang penting agar apabila saya mendaftar nanti tiada satu pun dokumen penting yang tertinggal.

Apa yang saya sedang usahakan ini bukanlah bertujuan untuk membalas dendam terhadap pihak bekas suami. Saya hanya hendak sedarkan dia tentang tanggungjawab dan belajar sesuatu daripada setiap keputusan yang telah dia lakukan selama ini. Lari daripada masalah dan hanya mendiamkan diri tanpa sebarang penyelesaian bukan cara yang terbaik. Berbincang dan berfikir positif untuk masa depan anak-anak adalah agenda utama saya selama ini.

Saya berdoa agar segalanya dipermudahkan sebaik yang mungkin dan juga mengambil kesempatan berdoa di bulan Ramadan yang mulia ini, moga Allah lembutkan hatinya untuk berbincang secara baik tanpa dipengaruhi oleh perasaan emosi di antara saya dan juga pihak bekas suami. Insha Allah. Amim.

Coretan Rasa Hati
Sariah Awang Senik

Saturday 13 June 2015

INILAH AKU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah aku berasa sangat bersyukur dengan segala kehidupan aku sekarang. Pada usia aku yang masih muda, aku bertuah kerana mempunyai seorang ibu yang sangat cekal dan juga tabah mengharungi segala dugaan kehidupan. Aku adalah anak-anak mangsa perceraian kedua orang tuaku. Tidak pasti apakah sebab yang membawa kepada perceraian ini, namun aku tahu, ibu juga sudah berusaha sebaik yang mungkin untuk menyelamatkan rumahtangga yang dibina atas dasar cinta bersama abahku.

Yang pasti aku dan adik sangat terkesan dengan kisah perceraian orang tuaku. Betapa gigih dan bersemangatnya ibu membina kembali kehidupan bersama aku dan juga adik. Ibu tidak pernah menyesal dengan apa yang terjadi dan senantiasa bersikap positif untuk meneruskan kehidupan dan juga segala cita-cita. Setiap apa yang ibu lakukan, aku dan adik-adik adalah menjadi segala keutamannya. Ibu sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan aku dan juga adik. Sebagai anak lelaki dan juga penganti ketua keluarga, aku tidak pernah sesekali membantah segala kata-kata ibu. Setiap apa yang dikatakan oleh ibu adalah demi kebaikan dan juga masa depan aku dan juga adik. Namun yang pasti walaupun ibu tidak dapat menyediakan semua kehendak aku dan adik, aku akan berusaha sendiri untuk mendapatkan sesuatu dengan titik peluh aku sendiri. Untuk memohon pertolongan abah dalam memenuhi kehendak aku dan juga adik adalah sangat sukar. Abah hanya bekerja kampung dan pendapatan pun tidak seberapa. Abah pun mungkin ada masalahnya tersendiri kerana nafkah yang diberi tidak pernah mencukupi untuk keperluan aku dan juga adik.

Aku mengambil keputusan untuk bekerja secara sambilan pada hari Sabtu dan juga Ahad. Kadang-kadang jika tidak banyak kerja sekolah yang diberikan oleh ustaz dan ustazah aku akan bekerja pada hari Jumaat. Mulanya aku merasa kekok dan juga susah. Tetapi mengenangkan niat aku yang tidak mahu menyusahkan ibu, aku teruskan juga dan alhamdulilah semua pekerjaan ini berjalan dengan lancar. Walaubagaimana pun, ibu selalu mengingatkan tentang keutamanan tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar. Kini aku sedang menuntut di tingkatan empat Sekolah Menengah Agama Sungai Selisik Selangor Darul Ehsan. Sekolah aku ini kecil sahaja. Tetapi aku sangat selesa belajar dan juga bercampur gaul dengan kawan-kawan di sekolah ini.

Dengan hasil duit gaji aku yang tidak seberapa inilah aku menyimpan sedikit demi sedikit untuk keperluan aku dan juga adik. Dalam masa yang sama aku juga selalu membantu ibu di dalam menyediakan mana-mana keperluan dapur yang tidak mencukupi. Memang ibu tidak pernah meminta tetapi aku tahu banyak juga masalah ibu yang terpaksa dilaluinya tanpa menceritakan masalah yang ada terhadap aku dan juga adik. Sesungguhnya ibu memang tidak pernah berahsia. Masalah kecil ataupun besar aku, adik dan ibu akan hadapi dan selesaikannya bersama.

Walaupun ibu hanyalah seorang ibu tunggal , tetapi jarang sekali dia memohon bantuan orang lain di dalam menjalani kehidupannya seharian. Semuanya atas hasil usahanya yang tersendiri. Aku sangat sayangkan adik perempuan aku. Hanya dia satu-satunya adik beradik yang aku ada. Arwah kakak aku yang sulung telah lama meninggal semasa dia berumur tiga tahun lebih. Apa yang aku ingat masa itu, ibu dan juga sudah berusaha sebaik yang mungkin mengubati penyakit arwah kakak ku.

Aku tahu, kini ibu mempunyai harapan yang besar terhadap aku dan juga adik. Impiannya untuk melihat aku dan adik berjaya di dalam pelajaran dan juga agama. Ibu tidak pernah jemu berpesan dan berleter di dalam menghabiskan segala rutin harian aku dan juga adik. Awal pagi, ibu akan temankan aku menunggu bas untuk ke sekolah. Selepas itu, ibu akan menghantar pula adik perempuan aku ke sekolah pada pukul 7.10 pagi setiap hari. Tidak pernah ibu merasa jemu dan letih berbuat demikian pada aku dan adik setiap hari. Bukan menaiki kereta ataupun motor tetapi hanya berjalan kaki. Yang peliknya walau letih dia masih lagi tersenyum dan tidak pernah menyesal dengan kehidupannya.

Rutin harian aku dan juga ibu adalah hampir sama. Setiap hari Sabtu dan Ahad, aku akan bekerja sambilan. Kalau cuti sekolah itu, masa aku hanyalah bekerja. Ada juga sesekali aku akan menghabiskan masa bersama dengan rakan-rakan sebaya aku. Ibu pula tidak pernah dan dia banyak kali memantau pergerakan aku dan juga adik. Gerak hati dan naluri seorang ibu memang begitu agaknya. Setiap masa dan saat dia akan telefon dan memastikan keadaan aku dan juga adik. Ibu bekerja dari jam 3 petang hinggalah 12 malam. Sementara ibu keluar bekerja, aku akan menjaga adik perempuan aku dirumah. Adikku berumur 10 tahun dan boleh dikatakan lebih aktif berbanding diriku yang agak pendiam. Aku sangat berminat di dalam seni penulisan khat dan juga agak aktif bersukan di sekolah aku. Hampir setiap tahun aku mewakili sekolah di dalam pertandingan seni khat.

Apa pun inilah kehidupan aku sebagai seorang anak, abang , pekerja dan juga seorang pelajar. Aku berjanji akan berusaha sedaya upaya untuk berjaya didalam pelajaran, sukan dan juga apa jua bidang aku ceburi. Dan aku tahu ibu tidak akan pernah sesekali penat berhenti berdoa untuk kebahagiaan aku dan juga adik perempuanku yang tersayang.

Coretan Kasih Sayang
Sariah Awang Senik

Nota : ' Aku ' yang dimaksudkan di dalam entri diatas adalah tentang pengorbanan anakanda tersayang Muhamad Aiman Hakimi serta adiknya Nur Damia Rifqah.
Sesuatu yang sangat membuatkan hati ibu ini terharu bagaimana dia belajar sedikit demi sedikit sebagai seorang ketua keluarga. Semoga anakanda tersayang terus cekal dan tabah dan berjaya di dalam apa jua bidang yang diceburinya. Insha Allah. Amin.

Wednesday 10 June 2015

AKTIVITI CUTI SEKOLAH-LAWATAN KE MUZIUM NEGARA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Musim cuti sekolah datang lagi. Seperti biasa, memang tidak boleh cuti lama kerana masa cuti sekolahlah saya harus,bekerja kerana masa inilah akan ramai pelanggan di tempat saya bekerja. Apa pun saya mengambil masa sehari untuk berehat dan membawa anak-anak melawat ke tempat yang menarik tanpa memerlukan kos perbelanjaan yang banyak. Pada hari Jumaat yang lepas yang berkesempatan membawa anak dara kesayangan melawat ke muzium negara.

Banyak yang telah berubah apabila saya sampai di sana. Seingat saya kali terakhir saya melawat muzium negara adalah semasa saya masih bersekolah di sekolah rendah didalam darjah enam. Jujur saya katakan, banyak perkara yang menarik perhatian saya dan juga anak perempuan saya. Dengan hanya membayar kos tiket yang murah, saya membawa anak dara melawat semua tempat yang berada di dalam muzium negara tersebut.

Bermula dengan zaman purba, zaman tentera british bertapak di tanah melayu, kemudiannya bermulanya jajahan Jepun di tanah malaya. Kemudian bagaimana Jepun menyerah kalah di tanah melayu dan juga perjuangan mendapatkan kemerdekaan di negara kita oleh bapa kemerdekaan iaitu Datuk Tun Abdul Razak. Banyak barang-barang menarik dan juga artifek sejarah yang sangat bernilai yang tersimpan di muzium negara tersebut.

Selain daripada itu, saya juga membawa anak melawat muzium orang asli dan juga rumah tradisional yang diperbuat daripada papan. Disini tersimpan katil, meja solek orang-orang di zaman dahulu. Ada juga tersimpan pelbagai sejarah yang menarik tentang zaman kegemilangan semasa pemerintahan sultan melaka. Bagaimana pada masa itu, digambarkan bahawa Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan yang menjadi tempat persinggahan kapal-kapal berlabuh yang datang dari China, India dan juga Eropah yang datang menjual pelbagai barangan dan telah berkembang pesat menjadi sebuah pelabuhan yang amat sibuk ketika itu.

Lawatan kami berakhir kira-kira pukul 4 petang. Selepas itu saya membawa anak ke masjid jamek untuk melihat apakah yang menarik tentang semua barangan yang ada dijual sekitar masjid Jamek tersebut. Saya dan anak mengambil keputusan untuk berehat sebelum membuat keputusan untuk pulang kerana hari beransur petang. Saya dan anak sampai di rumah lebih kurang pukul 8 malam. Memang penat tetapi saya amat berpuas hati kerana dapat membawa anak berjalan walaupun hanya sekejap. Insha Allah, jika ada rezeki yang lain, saya ingin membawa anak-anak berjalan ke tempat-tempat yang lagi menarik.

Coretan Muzium Negara
Sariah Awang Senik

Thursday 4 June 2015

INDAHNYA SEBUAH KEHIDUPAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri
Http://sariahawangsenik.blogspot.com

Rupanya saya semakin lalai dengan rutin saya yang sepatutnya terus menulis entri yang baru untuk blog kesayangan saya. Apa pun saya nekad untuk mengemaskini kannya semula. Sesungguhnya manusia itu memang cepat lalai dan juga terleka. Termasuk jugalah diri saya. Tetapi semakin hari saya makin selesa menjalani kehidupan saya sekarang. Makin sibuk dengan rutin pekerjaan saya sebagi seorang pembantu kedai. Itulah pekerjaan saya dan saya sangat menghargainya.

Ada masa saya terfikir bagaimana saya boleh bangkit semula membina kehidupan dan bersemangat di dalam mengejar segala impian dan juga angan-angan. Sejujurnya bukan mudah melalui saat sedih dan juga dugaan. Namun asalkan saya terus berdoa dan memaafkan segalanya, saya yakin dan juga amat tenang di dalam menjalani kehidupan seharian.

Percayalah dan yakinlah kehidupan yang saya lalui tidak akan sama dengan anda diluar sana. Bergelar seorang ibu tunggal, saya langsung tidak merasa malu dengan status saya. Itu semua hanya gelaran dan saya akan berusaha menjaga diri dan juga maruah sebaik yang mungkin. Kegembriaan dan juga kebahagiaan adalah matlamat utama saya. Indahnya kehidupan ini adalah apabila saat sukar itu akan berlalu pergi begitu sahaja tanpa disedari. Malah ianya akan digantikan dengan sesuatu tanpa diduga. Sesuatu yang menghargai apa yang kita lakukan selama ini.

Malam pun dah beransur pagi. Mata pun dah nak mengantuk. Insha Allah esok saya akan usahakan untuk menulis entri yang baru lagi.

Coretan Rasa Dan Kasih
Sariah Awang Senik

Monday 1 June 2015

AJAIBNYA KUASA ALLAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah, terasa diri ini telah melakukan pelbagai kesilapan dan juga sering membazirkan masa yang ada. Seharusnya masa yang ada dihabiskan sebaik yang mungkin. Namun selalu sahaja ada godaan yang datang daripada pelbagai sudut. Semenjak bergelar seorang ibu tunggal selama hampir 3 tahun, terlalu banyak perkara yang saya telah pelajari. Betapa kita manusia hanya merancang dan tuhan jua yang menentukan.

Saat dilanda sesuatu musibah dan juga dugaan, terasa diri ini bagaikan tidak mampu untuk menghadapi semuanya. Bagaimana orang yang kita sayangi dan percaya mendustai diri kita tanpa disedari. Bagaimana dengan kelemahan yang kita ada di ambil sebagai suatu kesempatan yang terbaik untuk menutupi semua keburukan diri insan yang selama ini kita percayai. Begitu mudah melupakan semua kebaikan dan pengorbanan dan menjadikan kelemahan dan juga kesilapan kita sebagai alasan terbaik untuk menyelamatkan diri sendiri.

Namun, kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Ajaibnya kuasa Allah sukar diungkapkan dengan kata-kata. Apabila sedang melalui suatu saat kesukaran tiada apa yang mampu dilakukan, melainkan berdoa, bersujud dan juga menyerahkan semuanya kepada yang maha esa. Percayalah Allah jadikan sesuatu semua bersebab dan ada rahmat yang tersembunyi. Kita tidak pasti apakah lagi yang akan berlaku kepada diri dan juga keluarga kita kelak. Ketika saat sedih dan juga kecewa hati kita bagaikan terhiris dengan sembilu yang amat tajam. Tetapi Allah telah pun menyediakan penawarnya tersendiri  andai kita terus berdoa dan juga meminta dan juga merayu kepada tuhan yang mengawal seluruh alam semesta ini.

Saat sukar itu berlaku pergi satu persatu. Di berinya kita rahmat tanpa disedari. Kasih sayang dan juga cinta yang hilang suatu waktu dahulu diterbitkan dan hadir sekali lagi di dalam hati ini. Berusaha untuk menepisnya namun bagaikan tidak mampu. Rasa bagaikan tidak percaya dengan apa yang berlaku di dalam hati ini. Sedang dilanda kekeliruan ini, hanya doa dan terus berdoa moga Allah berikan petunjuk yang baik. Jika memang ianya terbaik, maka semoga semuanya berjalan dengan lancar. Jika sebaliknya, mohon dijauhkan sama sekali daripada kehidupan saya.

Walaubagaimana pun, biarlah segala-galanya masih kekal begitu dan juga menjadi rahsia yang hanya Allah yang mampu menjawabnya. Insha Allah saya akan tetap berdoa dan terus berusaha yang terbaik buat anak-anak tersayang dan juga keluarga yang dicintai. Amin.

Coretan Kuasa Allah
Sariah Awang Senik

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...