Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Musim cuti sekolah datang lagi. Seperti biasa, memang tidak boleh cuti lama kerana masa cuti sekolahlah saya harus,bekerja kerana masa inilah akan ramai pelanggan di tempat saya bekerja. Apa pun saya mengambil masa sehari untuk berehat dan membawa anak-anak melawat ke tempat yang menarik tanpa memerlukan kos perbelanjaan yang banyak. Pada hari Jumaat yang lepas yang berkesempatan membawa anak dara kesayangan melawat ke muzium negara.
Banyak yang telah berubah apabila saya sampai di sana. Seingat saya kali terakhir saya melawat muzium negara adalah semasa saya masih bersekolah di sekolah rendah didalam darjah enam. Jujur saya katakan, banyak perkara yang menarik perhatian saya dan juga anak perempuan saya. Dengan hanya membayar kos tiket yang murah, saya membawa anak dara melawat semua tempat yang berada di dalam muzium negara tersebut.
Bermula dengan zaman purba, zaman tentera british bertapak di tanah melayu, kemudiannya bermulanya jajahan Jepun di tanah malaya. Kemudian bagaimana Jepun menyerah kalah di tanah melayu dan juga perjuangan mendapatkan kemerdekaan di negara kita oleh bapa kemerdekaan iaitu Datuk Tun Abdul Razak. Banyak barang-barang menarik dan juga artifek sejarah yang sangat bernilai yang tersimpan di muzium negara tersebut.
Selain daripada itu, saya juga membawa anak melawat muzium orang asli dan juga rumah tradisional yang diperbuat daripada papan. Disini tersimpan katil, meja solek orang-orang di zaman dahulu. Ada juga tersimpan pelbagai sejarah yang menarik tentang zaman kegemilangan semasa pemerintahan sultan melaka. Bagaimana pada masa itu, digambarkan bahawa Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan yang menjadi tempat persinggahan kapal-kapal berlabuh yang datang dari China, India dan juga Eropah yang datang menjual pelbagai barangan dan telah berkembang pesat menjadi sebuah pelabuhan yang amat sibuk ketika itu.
Lawatan kami berakhir kira-kira pukul 4 petang. Selepas itu saya membawa anak ke masjid jamek untuk melihat apakah yang menarik tentang semua barangan yang ada dijual sekitar masjid Jamek tersebut. Saya dan anak mengambil keputusan untuk berehat sebelum membuat keputusan untuk pulang kerana hari beransur petang. Saya dan anak sampai di rumah lebih kurang pukul 8 malam. Memang penat tetapi saya amat berpuas hati kerana dapat membawa anak berjalan walaupun hanya sekejap. Insha Allah, jika ada rezeki yang lain, saya ingin membawa anak-anak berjalan ke tempat-tempat yang lagi menarik.
Coretan Muzium Negara
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment