Wednesday, 29 January 2014

KUATNYA MERAJUK..MACAM MANA NAK PUJUK



Teks : Sariah Awang Senik

Assalamulaikum, selamat pagi semua. Hari ini tugas saya memujuk anak dara yang seorang ini. Kalau tidak sekolah memang susah nak bangun pagi. Selalunya kalau hari tidak sekolah, dia akan bangun mandi kemudian tidur lagi. Tapi hari ini saya bertegas suruh dia bangun awal sikit . Semalam saya perhatikan dia banyak kerja sekolah hendak di siapkan. Daripada matapelajaran Bahasa Inggeris , Sains hinggalah Matematik. 

Mia cakap, " Ibu, kerja sekolah adik banyaklah cuti raya cina ini ! " Saya cakap, "Adik kan bukan nya orang cina, memanglah banyak homework nak buat. Lagipun bagus kan untuk masa depan adik juga. Bila cakap macam tu je, mulalah muncungnya panjang sedepa. Mukapun dah macam asam kecut. Dalam hati, mesti merajuk ini. Saya biarkan dia sendirian lalu terus ke dapur mengemas apa yang patut. Setelah selesai urusan di dapur, saya mengemop lantai dapur dan mencuci bilik air. Baru beberapa hari tidak di cuci kotornya semacam. Setelah selesai urusan di dapur saya mandi dan bersolat. 

Urusan emaknya dah selesai, tetapi urusan anak dara yang satu boleh habis lagi. Di suatu sudut kelihatan Mia masih lagi sedang bertukus lumus menyiapkan segala kerja sekolahnya. Saya mendekatinya dan berkata " Anak ibu yang busuk ini, masih merajuk dengan ibu lagi ke? " Muncungnya lagi memanjang dan berkata " Itulah ibu kerja sekolah adik banyak bertimbun, tapi ibu asyik dengan kerja ibu kat dapur tu , tak nak pun jenguk adik kat sini " Kuatnnya merajuk anak dara seorang ini rupanya. Rasa-rasanya masa saya kecil-kecil dulu tidak ada pun macam ini. Entah perangai siapa yang di ikutnya saya sebagai ibu pun kurang pasti. Mungkin mak ciknya ataupun saya sendiri. Sambil melihat segala buku kerja sekolahnya dan berkata " Nur Damia Rifqah ni kan nak jadi seorang pilot, kena lah belajar berdikari sendiri, tadi kan ibu dah tunjuk ajar apa yang patut kalau tidak faham, cuba rujuk lah kamus yang ada tu, kalau masih juga tidak faham, tanyalah ibu lagi sekali. Ini tak duduk diam je, ibu ingat Mia dah faham la. Mia menyambung " Ya la Mia memang nak tanya, tapi tengok ibu sibuk semacam je, lepas tu membebel pasal cik Ti ( Tikus ) dan bergaduh dengan cik Pas je ( Lipas) tu yang Mia malas nak tanya. Cik Ti ni satu suka buat perangai gila-gila kat dapur tu. Tadi Mia tengok ada sisa mee Maggi kat dalam baldi air tu..agak-agaknya dia makan Maggi kut , nak rendam Maggi dalam baldi " 

Saya ketawa terbahak-bahak bersama-sama dengan Mia. Memang dia kalau sudah merajuk agak sukar hendak pujuk. Kebiasaannya saya membiarkan dia terlebih dahulu, barulah memujuknya kembali. Apa pun lewat malam, semua kerja sekolah , habis di selesaikannya. Dia berkata yang dia ingin menjadi seorang juruterbang wanita yang berjaya. Walaupun cita-citanya tinggi, insha Allah suatu masa nanti dia akan berjaya juga. Amin. Semoga Mia menjadi anak yang taat dan juga solehah.

Ikhlas Dari Sariah Awang Senik

----------------------------------------------
PROMOSI BARANGAN AWAL TAHUN!!!!!

 Pemerah Bibir Semula Jati
 BENE TINT
1 Set 3 botol
Harga Rm50
Berminat boleh pm saya secepat yang mungkin.


2 produk menarik Relian Mascara dan juga Miss Rose Eyeshadow
Harga amat berpatutan Rm90 .
Jikalau berminat boleh sahaja menghubungi saya ataupun pm saya dan juga whatshapp dan juga wechat ya. Pm sementara stok masih ada.

Sekian.

---------------------------------------------------------

Kepada sesiapa yang masih berminat ataupun bercadang untuk bekerja dari rumah dan juga masih tidak mempunyai produk , mendaftar lah sebagai Akademi Bekerja Dari Rumah dan anda bakal belajar banyak perkara-perkara yang berfaedah di sisi.

Pm saya Sariah untuk maklumat lanjut;
019 4075634

Tuesday, 28 January 2014

REZEKI

Teks : Sariah Awang Senik
Assalamulaikum, sebagai seorang hamba Allah setiap daripada kita , pasti menginginkan dikurniakan rezeki yang banyak dan diberkati setiap hari. Selalunya kita berfikir setiap rezeki yang datang itu adalah dalam bentuk kewangan dan juga material, namun sedarkah kita rezeki yang datang selalunya datang di dalam pelbagai bentuk dan juga cara. Melalui pengalaman saya, apa yang ada di sekeliling amatlah saya hargai. Tetapi dikurniakan dengan kesihatan yang baik dan anak-anak yang tidak banyak karenah juga adalah rezeki yang paling berharga. Selalu kita memohon dan berdoa kepada Allah agar selalu di kurniakan rezeki yang banyak, namun kita masih lagi rasa apa yang kita kecapi tidak mencukupi.

Cuba lihat apa yang kita miliki sekarang, anak-anak yang membesar dengan sihat tanpa di jangkiti daripada sebarang jenis penyakit kronik. Suami yang penyayang , pengasih, ibubapa yang masih hidup dan juga rumahtangga yang aman bahagia, bukankah itu semua rezeki daripada Allah buat kita kan, jadi kita seharusnya memohon agar rezeki yang kita nikmati sekarang dapat dikongsikan kepada orang lain, dan selalu bersedekah kepada yang memerlukan. Tetapi jikalau kita tidak mampu bersedekah daripada segi wang ringgit, kita masih boleh menyumbangkan tenaga dan kudrat yang ada untuk membantu orang lain.

Kita berada di dalam negara yang aman dan tiada peperangan juga adalah rezeki yang tiada nilainya. Bayangkan kita berada dan hidup di dalam negara yang senantiasa berperang dan tidak bebas untuk bergerak ke sana dan juga sini. Segala apa yang kita kecapi sekarang telah melalui banyak halangan dan juga rintangan yang telah mengorbankan banyak nyawa terkorban. 

Ketahuilah, rezeki yang ada harus kita syukuri segala nikmatnya. Berdoalah moga rezeki yang kita ada tidak melekakan diri kita dan membuatkan kita merasa malas untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.

Moga segala-galanya dapat kita nikmati bersama-sama. Hargailah kedamaian, keluarga dan juga kedua ibubapa yang kita hidup bersama sekarang,



Ikhlas Dari Sariah Awang Senik

--------------------------------------------------------
PromosiBarangan Terbaik!!!!!

Monday, 27 January 2014

AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH

Teks : Sariah Awang Senik

Tentu ramai yang tertanya-tanya apakah fungsi akademi ini ya?  Untuk pengetahunan semua, akademi ini juga masih baru di dalam kehidupan saya yang sebenarnya.

Akademi ini sebenarnya adalah suatu permulaan bagi yang ingin bekerja dari rumah. Walaupun demikian kepada mereka yang masih juga bekerja tetap masih boleh juga  mengikuti kelas-kelas yang di sediakan secara online.

Antara kelas-kelas yang dijalankan secara online ialah :
- Kelas Asas Blog & Penulisan
- Kelas Asas Blog & Fanpage mula bisness
- kelas Mudah.com
- Kelas Penulisan Kreatif
- Rakan Niaga/Pengurus Online
- Kelas Akaun Bisness Kecil

Sebenarnya terdapat banyak faedah apabila mengikuti semua kelas-kelas tersebut. Ianya juga adalah suatu latihan bagi memantapkan lagi skill kita di dalam bagaimana untuk mempromosikan sesuatu produk. Contohnya apabila kita belajar tentang blog, kita akan dapat lebih terangkan secara details tentang sesuatu produk.

Jika ada yang berminat untuk mengikuti kelas-kelas yang disediakan secara online bolehlah menghubungi saya Sariah di no ; 019 4075635 ataupun boleh wechat ataupun whatshapp.

Sekian Terima Kasih.
--------------------------------------------

PROMOSI!!!!PROMOSI

TELEKUNG LYCRA ..HARGA TERSANGAT MENARIK.
Kain yang lembut dan selsesa.
Terdapat di dalam warna-warna yang menarik.

Harga RM 74 dah termasuk postage. PM saya jika berkenaan ya.

MENGAMBIL UPAH JAHITAN-JAHITAN YANG RINGAN

 Teks : Sariah Awang Senik.

Assalamulaikum dan selamat pagi kepada semua yang berada di luar sana. Mungkin ramai di antara kita sekarang sedang sibuk menguruskan rumahtangga dan juga keluarga. Sama ada bergelar seorang surirumahtangga ataupun seorang pekerja, segala tugas dan tanggungjawabnya tetap sama. Peranan seorang surirumahtangga juga tidak kurang hebatnya. Segala cabaran dan masalah yang mendatang, haruslah di hadapi semuanya dengan hati yang tabah dan ikhlas.

Disamping menjalankan segala tugasan di rumah ada beberapa masalah yang agak remeh temeh yang sering kita hadapi sebagai seorang surirumah ataupun pekerja. Pernah tidak anda menghadapi masalah, iaitu ketika hendak ke sesuatu majlis ataupun kenduri, kita menghadapi masalah tentang pakaian kita? Memang bukan semua daripada kita bukanlah berasal daripada golongan yang kaya , yang tidak menghadapi masalah tentang duit dan sebagainya. Hampir kesemua daripada kita berasal daripada golongan sederhana. 

Kekadang di rumah, terdapat banyak pakaian yang koyak di sana sini tetapi masih elok dan boleh di pakai lagi. Ada juga pakaian yang butangnya telah tercabut ataupun zip baju atau seluarnya telah rosak tetapi semuanya nampak masih baru lagi. Sebenarnya semua pakaian tersebut boleh di perbaiki dan kita masih boleh memakainya . Atau terpulang kepada kita untuk menjualnya kembali sebagai pakaian terpakai ataupun menderma kepada golongan yang memerlukannya. Di kedai-kedai yang ada sekarang tidak banyak yang memberi khidmat seperti ini iaitu memperbaiki semula pakaian yang rosak . Memang ada tetapi amatlah terhad.

Untuk pengetahunan semua saya telah lama menjalankan aktiviti ini di rumah sejak saya telah berumahtangga hingga lah kedua-dua anak saya meningkat remaja. Pernah suatu ketika saya terlihat di sebuah pasaraya besar yang menawarkan khidmat ini. Khidmat jahitan yang di beri adalah :
- Membaiki zip baju atau seluar yang rosak
- Menukar butang yang rosak atau hilang kepada yang baru
- Memotong seluar ataupun baju jika terlalu panjang
- Mengecilkan baju
- Menjahit poket seluar yang koyak
- Menjahit langsir dengan jahitan yang ringka

- Menjahit lencana sekolah

Semua khidmat jahitan ini saya lakukan hanya dirumah . Walaupun hasil yang diperolehi tidaklah sebanyak mana namun ianya amat memuaskan hati saya sebagai pendapatan sampingan. Harganya amatlah berpatutan.

Jika memerlukan khidmat saya boleh sahaja hubungi saya Sariah Awang Senik 019 4075634.

Sekian Terima Kasih

-----------------------------------------------------------
PROMOSI PRODUK MANJAKANI 100% ASLI TANPA BAHAN PENGAWET

KAPSUL MANJAKANI 100 ASLI

Kapsul Manjakani Asli tanpa bahan kimia merbahaya. Seratus peratus asli. Terkenal dengan fungsi nya yang terbaik.
Harga sangat berpatutan dan mampu di miliki oleh semua golongan. Amat berguna kepada ibu-ibu yang sedang berpantang dan juga amat sesuai bagi yang ingin mengekalkan kecantikan dalaman dan juga luaran.
Harganya ialah Rm 40 untuk 50 biji. Jikalau berkenaan boleh hubungi saya 019 4075634.




Catatan Ikhlas Dari Sariah Awang Senik

Saturday, 25 January 2014

IMPIAN SEORANG KANAK-KANAK

Teks : Sariah Awang Senik
Setiap ibubapa pasti ingin melihat kehidupan anak-anaknya berjaya dan juga gembria di dalam mencapai impian dan juga cita-cita masing-masing. Namun sedarkah kita, masih banyak anak-anak yang hidupnya terbiar dan terabai tanpa kasih dan sayang seorang yang bernama ayah dan juga ibu. Melihat anak-anak membesar tanpa semua kasih dan sayang ibubapa amatlah menyedih dan menginsafkan kita. Anak-anak yang ada sekarang adalah anugerah dan amanah yang maha hebat dari Allah SWT. Sesunggahnya semasa anak-anak sedang membesar, mereka terlalu dahagakan segala perhatian kita sebagai ibubapa. Setiap detik masa dan juga waktu yang berlalu, anak-anak sering menagih perhatian dan kasih sayang daripada kita. Dan sedarkah kita di waktu inilah mereka menilai dan memerhatikan setiap langkah yang kita ambil semasa memainkan peranan sebagai ibu dan bapa.

Apabila masa berlalu, setelah semua anak-anak meningkat dewasa berjaya dan berkerjaya, mereka pula semakin menjauhkan diri daripada kita kerana kesibukan kerja dan juga hidup mereka. Usah terkejut andainya suatu masa nanti mereka semakin melupakan kita sebagai ibubapa. Andainya keadaan itu berlaku ingatlah kembali apa yang kita lakukan sebagai ibubapa terhadap mereka semasa anak-anak masih kecil dan sangat dahagakan kasih sayang kita sebagai ibubapa.

Semasa anak-anak masih kecil, kita ibubapa terlalu sibuk dengan kerja, tanggungjawab dan kehidupan serta rakan-rakan yang ada sehinggakan kita terlupa anak-anak yang ada di depan mata. Dan apabila anak-anak membesar giliran mereka pula melupakan kita kerana suatu waktu dahulu kita telah terlupa akan kewujudan mereka sebagai anak-anak kita. 

Semua apa yang di nyatakan di atas boleh berubah dan dielakkan seandainya sekarang kita ibubapa semakin menghargai akan kewujudan mereka. Memang tugas dan tanggungjawab amat penting di dalam meningkatkan ekonomi rumahtangga namun anak-anak juga adalah aset kita ibubapa dunia dan akhirat. Apa yang perlu di lakukan sebagai ibubapa adalah berusaha memberi sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak. Walau sesibuk mana tugasan ibubapa anak-anak perlu di beri kasih sayang secukupnya.
Umpama menanam sebatang pokok dan juga tanam-tanamam kita haruslah memastikan semuanya lengkap contohnya: air, baja , sinaran cahaya matahari dan juga memastikan tiada serangga perosak mendekati segala tanam-tanaman kita. 

Begitu jugalah dengan anak-anak yang ada di hadapan kita.
Mereka membesar dengan begitu cepat, sepantas masa yang berlalu. Jangan biarkan mereka anak-anak berada di dalam dunia mereka sendirian. Walaupun ada ibubapa yang telah berpisah namun itu semua bukanlah alasan kita sebagai ibubapa untuk melupakan anak-anak kita. Seorang ibubapa yang berpisah masih boleh menjadi sahabat dan meneruskan segala tanggungjawab masing-masing. 

Hargailah anak-anak yang berada dengan kita sekarang. Senantiasa cuba memberikan sepenuh perhatian setiap masa dan waktu. Kasih sayang dan perhatian amat penting kepada kehidupan seorang kanak-kanak. Kerana semasa anak-anak di dalam process pembesaran, semasa inilah mereka sedang membentuk jatidiri dan keperibadian diri anak-anak tersebut. Kalau ibubapa lebih bersikap positif, beriman dan mempunyai semengat yang kuat menghadapi segala bentuk cabaran , insha Allah semua sifat-sifat ini akan tertanam di dalam diri anak-anak yang kita sangat sayangi ini.

Moga kita tidak akan pernah merasa lelah dan lemah di dalam mendidik anak-anak kita. Ingat anak-anak adalah anugerah dan amanah terbesar yang Allah telah berikan kepada kita. Hargai dan sayangilah anak-anak kita.

Coretan ini khas buat anak-anak tersayang Muhd Aiman Hakimi dan Nur Damia Rifqah. Tanpa kalian berdua, ibu tidak akan sekuat dan bersemengat seperti sekarang. Alhamdulilah terima kasih Allah SWT kerana telah anugerahkan permata terhebat di dalam kehidupan ibu mu ini.

Catatan Kasih Sayang Sariah Awang Senik.

---------------------------------------------------
SABUN MARRINE ESSENCE


Produk terbaik dan juga terhebat. Berkesan merawat semua masalah kulit.
Harga RM 107 . Ada 3 ketul di dalam 1 kotak.
Berminat boleh hubungi saya Sariah 019 4075634. Boleh sahaja pm saya untuk lebih maklumat.


KETABAHAN HATI SEORANG YANG BERNAMA IBU TUNGGAL

Teks : Sariah Awang Senik

Sebenarnya tiada seorang pun wanita di dunia ini yang inginkan status ibu tunggal. Hampir kesemua wanita mengimpikan akan hidup bahagia bersama-sama dengan seorang suami yang penyayang dan juga pengasih. Dan sesungguhnya seorang wanita atau isteri akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kebahagiaan rumahtangga masing-masing. Tetapi jikalau Allah SWT berkehendakkan sesuatu perkara buruk berlaku di dalam kehidupan seseorang wanita, kita hanya mampu berserah dan berdoa moga semua rintangan dapat di atasi sebaik mungkin. 

Memang tiada siapa menyangka setelah hampir berbelas tahun mendirikan rumahtangga, perkara seumpama ini akan terjadi di dalam diari perjalanan hidup saya. Saya memang seorang ibu tunggal dan saya tidak merasa malu dengan status yang paling di takuti oleh seorang wanita dan juga isteri. Hanya keikhlasan, kejujuran dan juga kesabaran menjadi kekuatan saya untuk meneruskan segala kehidupan saya. Tidak banyak beza semasa masih bergelar seorang isteri dan juga dengan status saya sekarang. Pada pandangan masyarakat melayu, status ibu tunggal umpama duri di dalam racun. 

Sebagai seorang yang bergelar ibu tunggal, terlalu banyak pekerjaan yang harus di selesaikan setiap hari. Mengurus rumahtangga dan juga anak-anak adalah suatu rutin harian setiap hari. Apabila telah bergelar seorang ibu tunggal faktor utama yang menghalang seorang ibu tunggal adalah masalah kewangan. Bukan semua ibu tunggal mempunyai latar belakang pendidikan yang sempurna dan juga belajar mendidik anak-anak sendirian. Sebolehnya sebagai seorang ibu tunggal berusahalah sedaya upaya untuk lari di bawah kepompong seorang bekas suami. Antara tips-tips yang boleh di amalkan adalah ;

- Berusaha lah untuk memberi penjelasan yang lebih terperinci kepada anak- anak tentang situasi yang baru.
- Meluangkan lebih banyak masa bersama-sama dengan anak-anak.
Tanya kepada anak-anak apa pandangan mereka dan juga segala perasaan mereka.
- Elakkan menanam perasaan benci anak-anak tentang ayah mereka.
-Biarkan anak-anak menilai segala apa yang terjadi dari pandangan mereka sendiri.

Apapun menjalani kehidupan sebagai seorang ibu tunggal terlalu banyak cabaran. Elakkan menagih simpati daripada sesiapa. Berusaha membina semula kehidupan bersama anak-anak dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu tergesa-gesa. Dikuatiri tindakan yang terlalu tergesa-gesa bakal menghasilkan sesuatu yang tidak kekal.
Meraih simpati daripada orang lain bukanlah cara terbaik. Usahakan semuanya secara sendirian. Jangan memaksa orang lain untuk faham keadaan kita.
Sebenarnya, Allah telah tentukan apa yang terbaik buat kita dan juga anak-anak. Mungkin Allah telah menentukan yang kehidupan kita akan bahagia setelah kita melalui semua cabaran dan juga dugaan yang mendatang.

Moga semua ibu tunggal terus tabah melayari bahtera kehidupan bersama-sama dengan anak-anak. Jangan takut dengan sebarang masalah yang dihadapi. Lihat semua yang berlaku dari sudut positif.

Insha Allah suatu hari nanti kita akan berjaya juga. Amin, Alhamdulilah.


Ikhlas Dari Sariah Awang Senik.

Thursday, 23 January 2014

BANTUAN MURID 1MALAYSIA


Teks: Sariah Awang Senik


Tentu semua kita sudah sedia maklum yang bantuan ini selalunya di berikan semua murid-murid yang sedang bersekolah sama ada di sekolah rendah ataupun menengah. Apa pun pagi ini Majlis Penyerahan Bantuan Rm100 tersebut di adakan secara rasmi di sekolah anak saya Nur Damia Rifqah yang sedang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam Selangor Darul Ehsan. Sekolah ini terletak di sebuah kawasan kampung yang teramat sederhana. Dan yang menariknya tentang sekolah ini ialah ianya tidak mempunyai padang nya sendiri seperti sekolah-sekolah yang lain. Namun itu bukanlah bermakna murid-murid yang belajar dan bersekolah di sini tidak aktif di dalam bidang sukan. Kebiasaan nya setiap kali ada sukan ataupun pasti guru-guru akan mengadakan sukan tersebut bersebelahan dengan sekolah rendah agama yang berdekatan dengan kampung Baru 'A'.

Semasa mendengar upacara perasmian oleh Datuk Rosni Sohar , beliau mencadangkan kepada kementerian untuk memindahkan sekolah ini kepada suatu tempat yang sesuai yang mempunyai segala kemudahan asas seperti padang permainan dan juga kemudahan yang lain. Saya selaku ibu, merasa amat teruja mendengarnya. Namun saya tidak pasti bila ianya akan di laksanakannya. Apa pun saya berdoa moga anak saya Nur Damia Rofqah masih bersekolah di sekolah ini apabila ianya berpindah nanti. Untuk pengetahunan semua , kedua-dua anak saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam ini. Abang nya pernah mendapat keputusan UPSR iaitu 3A 2B semasa bersekolah di sini dan pada tahun tersebut adalah tahun teramai murid-murid seramai 12 orang yang memprolehi 5A . 

Sekarang abangnya sedang bersekolah di Sekolah Agama Menengah Sg Selisik.
Memang bantuan yang diberikan tidaklah sebanyak mana, namun cukup dapat meringankan sedikit bebanan kaum ibubapa. Saya bercadang menggunakan wang tersebut untuk melengkapkan uniform sekolah anak saya Damia. Tahun ini uniformnya terpaksa bertukar kerana telah menjadi seorang pangawas perpustakaan.
Uniformnya adalah kain berwarna biru yang berselisih di belakang, baju kemeja berwarna putih dan vest berwarna unggu gelap. Saya masih tidak dapat membayangkan bagaimanalah agaknya rupa anak dara yang seorang ini.

Sebenarnya saya teramat bersyukur dengan bantuan yang di berikan. Damia juga mendapat bantuan pelajar miskin iaitu KWAMP. Tetapi saya tidak pasti bila dia akan mendapat wang tersebut. Abangnya juga memprolehi biasiswa juga pada tahun ini.
Walau pada peringkat awal persekolahan agak banyak juga wang di habiskan, namun di pertengahan dan awal bulan Januari ini ada sedikit bantuan yang dapat meringankan sedikit beban yang saya tanggung.

Bagi diri saya segala apa yang di prolehi sepanjang bergelar warga negara Malaysia amat di hargai. Keamanan dan kedamaian dan bebas bergerak dan juga bersuara tidak dapat kita kecapi di negara-negara yang lain yang mana sedang sibuk berperang sana dan sini. Apa lagi yang kita inginkan lagi ?

Kesimpulannya setelah habis penyerahan wang RM 100 ini ramai di kalangan ibubapa menarik nafas lega. Terpulanglah kepada ibubapa sama ada wang tersebut di simpan ataupun membeli barang sekolah yang masih tidak mencukupi. Semoga bantuan ini diteruskan sampai bila-bila kerana bukan semua ibubapa berpendapatan tinggi. 


Sekian Sariah Awang Senik

TUNTUTAN NAFKAH ANAK-ANAK SELEPAS PERCERAIAN

Teks ; Sariah Awang Senik


Hampir semua impian seorang yang bernama wanita mengimpikan sebuah rumahtangga bahagia di samping hidup bersama seorang suami yang pengasih dan penyayang. Namun tidak semua yang kita impikan berlaku dalam kehidupan kita seharian. Setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri. Terjadi sesuatu perceraian bukanlah kehendak seorang wanita yang bergelar isteri dan juga ibu. Walau hampir berbelas tahun hidup bersama-sama sebagai suami dan isteri ianya belum tentu menjamin kebahagiaan hingga ke akhir hayat. Sebagai suami dan isteri kita hanya mampu berdoa moga rumahtangga yang dibina akan berkekalan hingga akhir hayat kita insha Allah.

Mungkin semasa melayari bahtera perkahwinan banyak terdapat salah dan faham ataupun pergaduhan di antara suami dan isteri. Jikalau bijak menghadapi segala bentuk dugaan dan permasalahan antara suami dan isteri, insha Allah tidak akan wujud perceraian di antara mereka. Namun kalau setiap pergaduhan dan juga perselisihan faham yang berlaku antara suami dan isteri tidak boleh bertolak ansur dan selalu meletakkan kelemahan masing-masing sebagai alasan , maka akan terjadilah perceraian di antara suami isteri. Kekadang si isteri tidak mahu bercerai dan memilih untuk berdamai tetapi suami tidak mahu dan memberi alasan yang kelemahan si isteri tidak boleh di perbaiki lagi dan kerapkali menyatakan tiada lagi wujud perasaan kasih dan sayang terhadap si isteri. Apalah daya seorang isteri, sebab talak terletak di atas tangan seorang suami, namun sebenarnya itu bukanlah alasan si suami untuk berbuat sesuka hati. Memang sesuatu perceraian bukan menjamin segala masalah akan selesai, tetapi sebenarnya bermula suatu masalah yang besar akan wujud antara suami dan isteri. 

Banyak masalah akan dan bakal terjadi contohnya;
- Masalah nafkah anak-anak
-Masalah hak penjagaan anak-anak
- Harta sepencarian semasa hidup bersama sebagai suami dan isteri
- Bakal mendatangkan tekanan emosi kepada anak-anak
- Anak-anak akan kehilangan kasih sayang seorang ayah dan juga ibu apabila ibubapa mereka bercerai.
- Bakal terwujud perasaan dendam dan benci antara suami dan isteri
- Hidup di dalam suasana yang tidak tenteram.

Semua masalah-masalah mendatangkan tekanan kepada suami dan juga isteri tersebut. Masalah yang paling besar adalah masalah tuntutan nafkah anak-anak selepas bercerai. Bukan semua suami dan isteri berpisah secara baik dan kemudiannya berbincang tentang tuntutan nafkah ini. Jikalau selepas bercerai suami sudah menetapkan perbelanjaan anak-anaknya maka tidak akan wujudlah tuntutan nafkah ini. Tetapi kalau sebaliknya, maka isteri terpaksa membuat tuntutan nafkah ini dimahkamah kelak. Ada juga si suami hanya menghadirkan diri ke mahkamah hanya semata-mata untuk bercerai tetapi tidak akan menghadirkan diri semasa process tuntutan nafkah hanya semata-mata telah bercerai dan tidak mahu dan campurtangan di dalam urusan antara isteri dan anak-anak. 

Walau atas apa jua alasan si suami mesti bertanggungjawab menyelesaikan segala tuntutan nafkah anak-anak. Banyak terjadi anak-anak tidak mendapat haknya, kerana ada isteri tidak tahu di mana hendak mengemukan tuntutan nafkah anak-anaknya.
Seperti yang kita sedia maklum di setiap negeri wujud sistem perundangan syariahnya yang tersendiri. Contohnya di Selangor, jika ingin membuat tuntutan nafkah anak-anak hendak pergi ke Mahkamah daerah yang berdekatan. Sebelum membuat sesuatu tuntutan , seseorang isteri haruslah sedar dan tahu apa yang ingin kita tuntutan dan senaraikan segala jumlah yang diperlukan oleh semua anak-anak kita. Seorang bekas isteri haruslah berusaha untuk mendapatkan khidmat peguam yang dapat bercakap bagi pihak isteri di mahkamah nanti. Bukan semua bekas isteri mampu bercakap dengan penuh keyakinan kepada hakim di mahkamah nanti. Untuk mendapatkan khidmat seorang peguam, bekas isteri haruslah bertanya kepada mahkamah yang berdekatan. Tidak semua bekas isteri mampu mengambil peguam sendiri dan selalunya akan di kenakan kos yang tinggi. Setiap mahkamah yang berdekatan akan ada suatu Biro Bantuan Guaman nya yang tersendiri. Jangan malu untuk bertanya di kaunter yang di sediakan. Antara langkah-langkah yang perlu di ambil semasa membuat tuntutan nafkah anak-anak ialah;

- Bertanya di kaunter pertanyaan tentang borang untuk mendapatkan khidmat bantuan guaman.
- Isi borang bantuan guaman tersebut. Contohnya nama, alamat, berapa pendapatan bekas isteri, bilangan anak dan beberapa lagi maklumat yang penting yang perlu di isi.

- Bawa borang yang telah di lengkapkan ke pejabat Biro Bantuan Guaman tersebut. 
- Semasa membawa borang tersebut untuk mendapatkan khidmat guaman , bawa sekali segala maklumat tentang perbelanjaan anak-anak contohnya, perbelanjaan tentang sekolah, makan perubatan dan sebagainya.
-Sertakan sekali segala maklumat penting tentang anak-anak, seperti surat akuan anak-anak yang menyatakan anak-anak bersekolah di sekolah tersebut, surat kelahiran dan sebagainya.
- Sebelum mendapatkan khidmat guaman, bekas isteri perlu mengangkat sumpah terlebih dahulu sebelum mendapatkan seorang peguam.
- Setelah semua urusan di atas selesai, selalunya pihak guaman akan memanggil sekali lagi bekas isteri untuk berbincang tentang semua tuntutan yang telah di kemuka.
- Setelah selesai seisi perbincangan dengan peguam, pihak peguam akan menentukan tarikh yang sesuai untuk di kemukakan di mahkamah.
- Semasa di mahkamah antara peguam dan juga bekas isteri harus menandatangani surat wakallah yang menyatakan bahawa bekas isteri telah menwakilkan seorang peguam untuk membincangkan kes tersebut di mahkamah kelak.

Sebenarnya semasa process dan juga kes ini di sebut di mahkamah banyak kesabaran dan juga kepayahan yang harus di tempuhi oleh seorang bekas isteri. Kes ini selalunya memakan masa selama hampir setahun lebih untuk di selesaikan bergantung kepada faktor maklumat yang telah di sediakan oleh pihak bekas isteri. Selalunya bekas isteri harus di wakilkan seorang saksi dari pihak bekas isteri.

Apabila mahkamah memanggil saksi daripada bekas isteri, maka kes tersebut hampir akan di selesaikan. Setelah melalui beberapa process akan tiba suatu kemuncak di mana pihak hakim akan memanggil bekas isteri untuk memberi keterangan berhubung dengan kes yang di tuntutnya.
Apabila semua process ini selesai, maka hakim dan peguam akan membuat hujahan bagi memutuskan hukuman yang akan dikenakan terhadap bekas suami. Selalunya keputusan kes akan diberikan kepada tarikh yang lama. Apa pun bekas isteri haruslah banyak bersabar semasa melalui process kes ini dibincangkan. Sebagai bekas isteri kita berdoa semoga bekas suami sedar akan tanggungjawabnya, sekali pun bekas suami telah berkahwin lain, tanggungjawabnya terhadap anak-anak daripada bekas isteri yang pertama haruslah di tunaikan.

Kepada semua bekas-bekas isteri berdoalah bersungguh-sungguh moga segala keadilan dapat di tegakkan. Insha Allah suatu masa nanti pihak bekas isteri dapat meneruskan kehidupannya seperti biasa.


Luahan Hati, Sariah Awang Senik

AKTIVITI HARIAN

Teks ; Sariah Awang Senik

Assalamulakum, bersyukur sangat di pagi Jumaat yang hening dan damai ini kerana masih di beri peluang untuk bernafas dan juga menjalankan segala tanggungjawab dan aktiviti harian sesempurna yang mungkin. Selain menguruskan rumahtangga dan anak-anak ada juga tanggungjawab yang penting yang kebiasaan nya di lakukan di pagi Jumaat ini. Selain hubungan sesama manusia, hubungan dengan Allah juga haruslah di dekatkan lagi.

Menjadi kebiasaan dan juga amalan untuk senantiasa mengamalkan zikir dan apa sahaja solat sunat selain daripada solat wajib 5 waktu. Terasa sangat kedamaiannya setelah selesai mengerjakannya dengan penuh tulus dan ikhlas kepada yang satu. Sejak kebelakangan ini cuaca memang agak luar biasa. Kalau dahulu kalau hujan berterusan di dalam 2 atau 3 hari barulah terasa kesejukannya, kini tidak lagi. Kekadang hujan hanya turun di sebelah petangnya, dan kesejukannya terasa hingga ke tulang hitam.

Sudah 3 hari sejuk nya semacam. Di waktu malam pula tidur pun tidak payah menggunakan kipas angin lagi. Anak yang perempuan pun selalu berpesan, tidak perlu pasang kipas lagi sebab memang sudah sejuk. Itulah perubahan cuaca yang berlaku di bumi Allah yang bertuah ini. Sama ada membawa kebaikan ataupun sebaliknya, hanya dia yang maha mengetahui. Berbagai ramalan yang telah di buat oleh para saintis tentang kemungkinan negara kita Malaysia berkemungkinan akan lari dari paksi Khatulistiwanya. Pada tahun 2015, negara Malaysia akan berubah cuacanya menjadi sejuk membeku dan sekarang paksinya sedikit demi sedikit. Sama ada benar ataupun tidak hanya Allah maha mengetahui. 

Apa pun yang bakal terjadi, sama-sama kita berdoa semoga ianya tidak mendatangkan keburukan  kepada negara kita Malaysia. Walaupun berada di dalam keadaan sejuk yang teramat sangat, segala aktiviti dan tanggungjawab berjalan seperti biasa. Semasa saya sedang menulis catatan ini juga, kesejukannya amat terasa. Jam hampir pukul 10.47am tapi terasa sejuk macam di awal pagi. Dugaan yang selalu menduga saya sejak 2 atau 3 hari ini ialah untuk bangun solat subuh dengan keadaan yang teramat sejuk. Bayangkan saya perlu mandi pagi dan kemudiannya mengambil wuduk. Selalu saya memaksa diri melawan semuanya demi tanggungjawab pada yang satu. Sedar dan redha ini adalah sebahagian daripada dugaan walaupun nampak amat mudah sekali. 

Aktiviti harian saya berjalan seperti biasa walaupun berada di dalam keadaan yang sejuk dan nyaman ini. Sebelah pagi selepas menghantar anak perempuan ke sekolah, saya akan selesaikan urusan rumahtangga seperti mengemas dan juga membasuh kain baju. Selepas bersarapan saya akan mengadap laptop dan handphone untuk melihat perkembangan terbaru mengenai perniagaan online saya. Walaupun untungnya tidak seberapa saya nekad untuk meneruskan semuanya ini dan percaya suatu hari nanti akan berjaya juga.

Semoga apa yang saya rancangkan akan berjalan dengan lancar dan dengan jayanya. Di mana ada kemahuan di situ adalah jalannya. Marilah kita bersama-sama berusaha demi menuju kejayaan yang satu ini, insha Allah. 

Nukilan Rasa, Sariah Awang Senik



------------------------------------------------------------------------------------

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus penulisan blog, dan juga Fanpage secara online boleh lah menghubungi Anys Idayu Zakaria di no 017 7912993 untuk maklumat lanjut. Terbuka juga kepada yang ingin menambah pendapatan sampingan di rumah.

Tuesday, 21 January 2014

BUAH AJAIB ATAU KAPSUL MANJAKANI ASLI

Buah Ajaib ataupun kapsul Manjakani 100% asli tanpa bahan pengawet.
Sangat berguna menjaga aset terpenting wanita. Seratus peratus asli tanpa bahan kimia yang lain.
Tidak perlu lagi merebus untuk menikmati khasiatnya. Sangat berguna untuk perawatan semasa ibu-ibu di dalam pantang dan juga selepas bersalin. Boleh juga di jadikan sebagai makanan tambahan untuk mengekalkan kecantikan seseorang wanita.

Antara khasiat kapsul manjakani ini ialah:
Menghilangkan semua angin di badan.
Membersih dan merapatkan kembali otot-otot vagina.
Air rebusan manjakani dapat merawat masalah keputihan dan juga bau. Disamping itu juga ianya juga dapat mencerahkan kembali bahagian aset terpenting wanita.
Memulihkan luka luaran bagi yang bersalin melalui pembedahan.

Harga tersangat istimewa : RM 40 untuk 50 biji. Jika berkenaan dengan produk yang berkesan dan murah ini boleh lah menghubungi saya Sariah do no 019 4075634. 

YANG ISTIMEWA NUR DAMIA RIFQAH

Semua ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka dan berbangga dengan segala pencapaian anak-anak. Saya sendiri mempunyai 2 orang cahaya mata. Seorang lelaki dan seorang lagi  perempuan. Yang lelaki bernama Muhamad Aiman Hakimi dan yang perempuan bernama Nur Damia Rifqah.

Yang perempuan seorang yang sangat periang, lasak dan juga peramah. Walaupun baru berumur hampir 9 tahun dia seorang yang bercita-cita tinggi. Anak dara yang seorang ini bercita-cita ingin menjadi seorang juruterbang. Memang saya tidak hairan dengan keputusannya sebab dia memang seorang yang tahan lasak. Setiap hari hampir keseluruhan masa saya, saya banyak habiskan waktu bersama-sama dengan Mia. Bila pulang sahaja dari sekolah...pasti ada sahaja cerita tentang sekolah...guru-guru dan juga kawan-kawan rapatnya. Dia pernah berkata kepada saya...tentang suatu hari guru sekolahnya bertanya kepadanya...apa cita-citanya apabila telah dewasa nanti. 

Dia memberitahu guru tersebut yang cita-citanya ingin menjadi seorang juruterbang wanita yang dapat mengelilingi dunia dengan kapal terbang yang di pandunya sendiri. Kata gurunya..." Tingginya cita-cita awak Damia...yang lelaki pun tidak ada yang mempunyai cita-cita macam awak" kata Damia lagi..." Saya nak jadi lain daripada orang lain..tidak nak yang biasa-biasa ". Saya tersenyum mendengar kata-kata anak dara yang seorang ini. Dalam hati saya hendak tertawakan dia...tapi takut nanti hatinya terguris pula. Apa pun saya tetap berdoa kepada tuhan moga apa yang di cita-citakan oleh anak perempuan saya yang satu ini akan tercapai.

Walaupun kedua orang anak saya ...adalah anak-anak mangsa perceraian tetapi saya tidak pernah sisihkan mereka. Sebalik mencuba sebaik yang mungkin memahami hati dan perasaan mereka. Bagi diri saya..anak-anak adalah umpama sinar kebahagiaan di dalam kehidupan seorang ibu. 

Selain daripada bercita-cita menjadi seorang juruterbang...Mia juga suka menghabiskan waktu santainya dengan membaca. Dia mempunyai koleksi buku ceritanya yang tersendiri. Selalunya banyak buku cerita nya mengisahkan tentang sains...kisah nabi dan juga khayalan. Sebenarnya minat membaca ini adalah hobi yang saya dan keluarga kongsikan bersama.

Dan tidak hairanlah di rumah mempunyai banyak buku-buku dan juga majalah.
Yang selalu menceriakan suasana di rumah adalah mendengar segala cerita daripada anak dara saya Mia. Rasanya kalau dia tidak ada di rumah akan sunyi sepi lah kehidupan kami sekeluarga.

Kepada Nur Damia Rifqah ibu doakan moga segala cita-citamu akan tercapai insha Allah suatu hari nanti. Jikalau telah berjaya janganlah lupa segala pengorbanan ibu dan juga kasih sayang ibu.

Coretan Ikhlas Dari Sariah Awang Senik

HATI DAN PERASAAN

Hati dan perasaan seseorang agak sukar di baca dan juga di ramal. Kekadang kita merasakan dari segi luaran seseorang hamba Allah itu nampak sempurna dan tiada cacat celanya langsung. Namun siapa sangka di sebalik perwatakan yang baik tersembunyi suatu gumpalan hati yang penuh dengan sifat kepuraan dan suka berbuat sesuatu yang di luar jangkaan manusia. Sebagai seorang hamba Allah yang tidak sempurna sesungguhnya hati dan perasaan inilah yang harus kita jaga dan rawat. Jangan biarkan hati dan perasaan menyimpan apa sahaja perasaan yang boleh memusnahkan kehidupan orang lain. Jangan cuba memaksa orang lain untuk fahami hati dan perasaan kita....sebaliknya cubalah fahami hati dan perasaan sendiri terlebih dahulu.

Tanya pada diri sendiri apa yang sebenarnya kita mahukan. Cubalah lihat di sekeliling kita apa yang kita miliki selama ini. Bayangkan segala kepahitan dan kesusahan yang kita hadapi bersama-sama dengan pasangan hidup kita. Segala susah dan senang dan juga segala dugaan yang mendatang. Adakah berbaloi kita melepaskan semua hanya kerana kita telah tertarik kepada sesuatu yang belum pasti. Kekadang apa kita inginkan belum tentu yang terbaik buat kita....tetapi apa yang berlaku sekarang adalah yang terbaik untuk kita. 
Sememangnya hati seorang yang bernama manusia agak sukar untuk di nilai. Ada yang nampak sombong dan bengis...tetapi sebenarnya mempunyai hati yang luhur...dan juga ada yang nampak terlalu baik dan sempurna tetapi hatinya penuh dengan dendam, irihati dan juga bercita-cita untuk menghancurkan kehidupan orang lain. Sesungguhnya hamba Allah yang sedemikian amatlah kita takuti...sebab kita tidak dapat meramal segala tindak tanduk mereka. Sebenarnya ingatan kepada diri sendiri...agar senantiasa cuba membersihkan hati dan perasaan daripada segala sifat-sifat negatif. Walau terasa diri telah berbuat sesuatu kesalahan kepada hamba Allah yang lain..cubalah untuk memohon seribu kemaafan daripada maha penciptanya. Setiap daripada kita berhak menentukan kebahagiaan mereka sendiri. Jikalau kita melihat insan lain hidup bahagia bersama-sama dengan pasangan masing-masing...janganlah cepat merasa irihati. Cubalah senantiasa mendoakan kebahagiaan orang lain nescaya kebahagiaan itu sendiri akan menjenguk kehidupan kita suatu masa nanti. 

Bersihkan hati dan perasaan kita daripada semua syak wasangka. Selagi hati dan perasaan penuh dengan dendam dan rasa tidak puas hati selagi itulah kita tidak akan merasa bahagia. Erti kebahagiaan bukanlah terletak pada harta dan juga wang ringgit tetapi pada hati dan perasaan kita sendiri. Jangan terlalu cepat berbuat fitnah terhadap seseorang. 

Sebenarnya selagi bernama manusia kita tidak akan pernah merasa puas. Kita sebenarnya sudah miliki segala-galanya....seorang isteri yang baik walau tidak secantik mana...dan begitu juga seorang suami yang teramat sederhana.....walau tidak sekacak Nabi Yusuf SAW....Allah SWT telah tetapkan apa yang terbaik untuk kita....dan kita haruslah belajar menghargainya.....mana tahu suatu masa nanti kita akan kehilangan segala-galanya.

Apa pun hati dan perasaan kita haruslah di jaga terlebih dahulu sebelum kita memaksa orang lain memahami hati dan perasaan kita. Niat dan tujuan kehidupan kita haruslah selari dengan apa yang kita inginkan di dalam kehidupan kita. Andai merasa kecewa ....kembalilah kepada yang maha agung dan siapa yang menciptakan semuanya. Aidillah kepada diri dan keluarga kita...kasihanlah pada diri kita sendiri....hargailah segala kenikmatan yang kita kecapi sekarang.

Ikhlas Dari Sariah Awang Senik

KEBAHAGIAAN DI DALAM KEHIDUPAN

Sebenarnya hampir beberapa kali saya cuba untuk menulis sesuatu tapi tidak kesampaian kerana seringkali diganggu oleh tugasan tetap saya. Walaupun sekarang saya sedang bekerja dan ada sedikit masa terluang saya tidak mahu mensia-siakannya. Apa pun saya perlu menggunakan masa yang ada untuk selesaikan segala tugasan yang di beri.

Bagi saya erti sebuah kebahagiaan amat bermakna dan tiada nilainya di dalam kehidupan seseorang insan. Apa sahaja penderitaan yang mendatang saya tidak pernah menyesal di atas apa yang terjadi. Setiap mendung hitam yang hadir pasti akan jua hilang dan akan terbitlah sinar sang suria di dalam kehidupan ini. Kebahagiaan bukan bergantung pada berapa banyaknya harta seseorang ataupun pangkatnya namun semuanya terletak pada bertapa ikhlasnya kita menerima sesuatu dugaan dan cabaran di dalam kehidupan yang bersifat sementara ini.

Segala apa yang terjadi telah banyak memberikan banyak pengajaran di dalam kehidupan.saya seharian. Akan tetapi saya tidak pernah gentar untuk menghadapi segala kepayahan sebab yakin setiap apa yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri. Berdoa moga segala yang berlaku dapat dihadapi dengan penuh keikhlasan dan juga keimanan.

Setelah berjaya melalui hampir setiap episode kedukaan..semakin terasa kenikmatannya hasil dari sebuah keikhlasan di setiap apa yang berlaku.

Sekarang saya hanya ingin kehidupan dengan cara saya tersendiri. Hanya anak-anak dan keluarga adalah nadi dan sinar kehidupan ini.

Monday, 20 January 2014

DUGAAN

Assalamulaikum, sebenarnya telah hampir beberapa hari saya tidak menulis di ruangan kesayangan yang paling saya sayangi ini. Dek kerana masalah internet dan perkhidmatan yang kurang memuaskan apa sahaja masalah saya harus cekal dan tabah menghadapinya. Saya pasti untuk mencapai sesuatu kejayaan seseorang harus melalui pelbagai rintangan dan juga dugaan.

Bagi diri saya semakin besar sesuatu dugaan maka semakin tinggilah kejayaan seseorang yang bernama insan. Apapun bentuk dugaan langsung tidak melemahkan semengat saya untuk menulis dan juga menerbitkan catatan saya yang tidak seberapa ini.

Disamping itu juga saya terpaksa dengan pelbagai karenah para pelanggan di tempat saya bekerja. Memang di mata masyarakat perkerjaan saya bukanlah sesuatu yang popular namun punyai cabarannya yang tersendiri yang lebih membuatkan saya berhati-hati menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang pekerja.

Setakat ini belum pernah merungut ataupun mengeluh dengan semua dugaan ini. Sebenarnya untuk saya menulis dan menerbitkan catatan ini adalah suatu dugaan bagi diri saya.

Bayangkan saya terpaksa menulis dan menerbitkan catatan di hphone saya yang paling canggih dan moden ini .

Sebagai seorang ibu saya tetap berusaha untuk mengatasi semua masalah dengan baik.

Doa saya moga apa yang saya catatan ini dapat memberi lebih maklumat kepada pihak-pihak yang membacanya insha Allah.

Saturday, 18 January 2014

TUGASAN HARIAN

Assalamulaikum,
Sebenarnya hari ini terlalu banyak masalah yang perlu di selesaikan. Bermula dengan line internet yang menimbulkan banyak masalah malah di tempat kerja pun menghadapi sediki masalah. Namun aku tetap bersyukur kerana apabila hampir petang semua masalah hampir aku selesaikan dengan sendiri.
Memandangkan sekarang line internet menghadapi masalah , aku cuba keluar bagi mengatasi masalah aku.

Tetapi walau apa pun rintangan nya, itu semua tidak menghalang minat aku untuk menulis. Walau belum nampak apa-apa perubahan aku tetap jua ingin meneruskan minat aku.

Moga semuanya berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah aku rancang sejak menyertai akademi ini.

Friday, 17 January 2014

ANAK-ANAK CAHAYA KEHIDUPAN

Anak-anak adalah amanah Allah yang teramat berharga dan tidak boleh di gantikan dengan wang ringgit atau apa sahaja di dunia ini. Bagi diri saya , saya mempunyai 2 orang cahaya mata yang terlalu amat saya sayangi. Mereka kekuatan saya dan saya sanggup melakukan apa sahaja demi  kebahagiaan mereka. Walau apa sahaja dugaan dan rintangan yang mendatang saya tetap akan tabah mengharunginya.

Kekuatan saya adalah anak-anak. Mereka ialah Muhamad Aiman Hakimi dan Nur Damia Rifqah. Sebenarnya saya mempunyai seorang lagi cahaya mata tetapi telah lama meninggal dunia semasa berumur 3 tahun lebih. Dan jikalau dia masih hidup sekarang dia telahpun berumur 18 tahun , namanya ialah Siti Nur Balqis. Dia menderita kesakitan semasa sejak lahir lagi.

Untuk pengetahunan semua saya sanggup ketepikan semua hanya semata-mata anak-anak saya. Terlalu banyak episode kedukaan di dalam kehidupan saya. Dan alhamdulilah berkat doa yang tidak putus-putus saya berjaya juga menghadapinya. Percayalah kenikmatan dan kebahagiaan selepas melalui semua rintangan ini  terlalu bermakna bagi saya.

Kedua-dua orang cahaya mata saya amat memahami apa yang berlaku di dalam kehidupan saya. Semua yang terjadi langsung tidak melemahkan mereka berdua untuk meneruskan kehidupan seharian. Kepada mereka saya sering berpesan supaya belajarlah rajin-rajin dan bersabar di dalam menghadapi dugaan yang mendatang.

Kepada Allah SWT  saya sering berdoa moga senantiasa di beri kekuatan dan keimanan yang kuat. Kekadang hanya kepada yang maha esa tempat saya bergantung. Kegembriaan dan kebahagiaan adalah kekuatan saya yang maha hebat. Apabila mereka berdua bahagia maka gembria dan begitulah juga sebaliknya.

MASA

Sesungguhnya masa itu emas, dan masa juga terlalu amat berharga. Apa pun yang berlaku kita haruslah pandai membahagikan masa yang ada dengan aktiviti yang sesuai. Tetapi bagi saya, masa terlalu amat berharga. Walau bekerja pada waktu petang tapi di sebelah pagi terlalu banyak kerja sampingan yang perlu saya bereskan. Dengan aktiviti menjahit, saya juga sibuk mempromosikan barangan di dalam internet di samping hobi yang paling saya gemari iaitu menulis. Hobi ini telah sebati dan menjadi kebiasaan pada diri saya. Setiap kali menulis saya cuba pastikan apa yang menjadi perhatian saya tentang sesuatu isu dan juga keadaan. Namun saya bertuah hampir setiap hari ada sahaja yang ingin saya coretkan dan saya ingin berkongsi semua pengalaman saya kepada sesiapa yang ingin membacanya.

Semoga apa yang saya paparkan ini tidak menjadi suatu kesalahan kepada semua. Masa terlalu amat berharga bagi saya.

Wednesday, 15 January 2014

BUTIK ASNITA

Singgah sebentar untuk melihat pelbagai koleksi menarik di butik Asnita. Tiga koleksi tersebut adalah ;
- Two piece Joint Collar Loose Blouse, warna Yellow /Pink / Mint, size S dan L , Harga Rm 30 postage rm6
-Trendy Blouse, warna Fuschia/Peach/ Turquoise, size S dan L Material cotton Jersey Harga Rm40 postage rm6
- Rubber Sleeve Jubah with belt size M dan L colour Pink Material Chiffon Harga Rm 53 postage rm7

Jika ada yang berkenaan dan berminat boleh hubungi saya atau whatshapp saya di 019-4075634.

Sekian Sariah Awang Senik

GULAI TEMPOYAK AYAM DENGAN TIMUN TAHUN

Memandangkan hari ini tidak berapa sihat saya bercadang untuk memasak sesuatu yang cepat dan ringkas. Rasa tekak yang tidak berape selesa menyebabkan selera saya terhad. Kata orang kalau badan tidak sihat ini makanan dan masakan yang sesuai adalah seperti sup ayam, ataupun sayur-sayuran.

Saya teringat apa yang ada di dapur hanyalah ada ayam separuh dan beberapa biji timun tahun yang saya beli di kedai semalam.
Hari ini saya memang malas hendak ke pasar kerana masalah batuk dan juga selsema. Jam telah hampir pukul 11.30 saya kena bersiap sedia masak sebab dalam jam 1.05 nanti anak perempuan saya akan balik dari sekolah.

Saya bercadang memasak resipi kegemaran arwah emak yang juga resipi tradisional dari kampung kelahiran saya Kuala Lipis Pahang.
Masakan tersebut adalah Masak Tempoyak Ayam Dan Timun Tahun

Bahan-bahannya adalah :
- Ayam separuh ataupun seekor mengikut berapa bilangan orang.
- 1 ataupun 2 biji timun tahun mengikut saiz ( kalau tiada timun tahun boleh juga digunakan timun biasa)
- Beberapa helai daun kesum
- 3 ataupun 4 tangkai bunga kantan
- Cili padi ataupun cili biasa ikut suka nak pedas ataupun sederhana.
- Dan bahan yang paling utama adalah asam tempoyak
- Boleh juga ditambah sedikit bawang untuk menambahkan rasa yang agak manis.

Cara-cara memasaknya :
Ambil ayam potong kecil-kecil ataupun sederhana basuh dan ditoskan.
Timun tahun ataupun timun biasa basuh dan dibersihkan. Potong timun memanjang dan kemudian kecil-kecil. Ketepikan timun tersebut.
Daun kesum dan juga bunga kantan dibasuh dan ditoskan. Bunga kantan dibelah dua di bahagian tengah-tengah dan diketepikan.
Cili padi , kunyit ( Terlupa nak senaraikan di atas) dan juga bawang ditembuk ataupun dikisar bersama-sama.

Setelah siap semua bahan-bahan tersebut di atas dimasukkan ke dalam periuk bersama-sama dengan ayam. Jangan lupa asam tempoyak kerana dialah bahan yang paling utama sekali. Letakkan sedikit air mengikut citarasa sama ada hendak kuah yang banyak ataupun tidak.
Setelah agak mendidih semuanya masukkan garam dan juga gula mengikut citarasa. Dibiarkan seketika kemudian rasalah garam dan juga gulanya.
Akhir sekali masukkan timun tahun, daun kesom dan juga bunga kantan. Setelah agak mendidih angkat dan bolehlah dihidangkan bersama-sama nasi putih.

Mudahkan tidak perlu pakai santan ataupun bahan perencah yang lain. Jikalau tidak suka ayam boleh juga digantikan dengan ikan ataupun daging.
Anak dara pun dah balik dan sekarang bolehlah saya makan tengahari bersama-sama dengannya. Okey selamat mencuba resipi saya yang tidak seberapa ini ya.

Ikhlas Dari Sariah Awang Senik

PROMOSI SABUN MARRINE ESSENCE

Sabun Marrine Essence dirumus khas untuk menyihatkan, melembapkan dan meremajakan kulit. Ia diperkaya dengan antioksidan dan minyak asli untuk memberikan manfaat yang terbaik untuk kulit anda.

Ramuan ekslusif yang terdapat di dalam sabun ini ialah :
- Garam Buloh
- Gliserin pelembap semula jadi yang hebat.
- Ekstrak teh Pu-erh
- Tea tree oil
- Minyak Tea Tree
- Aloe Vera
- Lidah Buaya
- Ekstrak Liquorice
- Vitamin E

Semua khasiat ini terdapat di dalam sabun lutsinar atau sabun hijau.
Harga sekotak ialah Rm105. Di dalam kotak ada 3 ketul . Jika berminat boleh hubungi saya di 019-4075634.

Sekian Sariah Awang Senik

Tuesday, 14 January 2014

HATI SEORANG MANUSIA

Hati seorang yang bernama manusia terlalu amat kompleks. Ada yang putih suci dan bersih dan tidak kurang juga yang hitam malah tiada langsung titik putih di hati tersebut. Ada yang sanggup melakuka apa sahaja demi memuaskan hati-hati masing. Semuanya selalu terdorong oleh nafsu dan dendam yang tidak pernah pudar dan hilang.

Kerana nafsu dan dendam seorang manusia sanggup berbuat apa sahaja. Walau pun nyawa jadi taruhan dan juga sanggup melihat sesama manusia benci antara satu sama lain. Disebabkan hati yang penuh rasa benci, dendam dan sebagainya ada keluarga yang hidup berpecah belah. Kenyataannya kerana nafsu dan dendam hidup seluruh umat manusia menjadi tidak tentu arah.

Lihat sahaja di persekitaran kita. Terlalu ramai insan yang tidak berdosa yang terpaksa meneruskan kehidupan akibat daripada perasaan benci, dendam dan juga nafsu serakah. Terdapat ramai kanak-kanak yang menderita disebabkan permasalahan perceraian yang meninggal dunia akibat peperangan dan juga yang menjadi mangsa pembunuhan.

Sesungguhnya inilah akibatnya jika hati kita telah terlalu banyak terpengaruh oleh perasaan dendam dan penuh dengan nafsu. Dan kenyataannya agak terlalu payah untuk melupakan semuanya kerana diri kita telah di sakiti dan di khianati selama hampir bertahun tahun. Terlalu sukar bukan. Apa pun apalah kebaikannya jika jiwa kita penuh dengan rasa dendam dan juga nafsu...adakah ianya menguntungkan kehidupan kita atau adakah ianya membuatkan harta dan amalan kita bertambah...tentu sekali tidak bukan .

Jika ingin hidup bahagia belajarlah membahagiakan diri sendiri dan juga keluarga yang lain. Dan bukan dengan memusnahkan kehidupan insan yang lain. Belajar lah untuk memaafkan orang lain walaupun hati dan perasaan kita telah dilukai. Percayalah tiada guna menyimpan perasaan marah dan dendam kerana ianya umpama barah yang berada di dalam hati kita.

Kehidupan umpama sebuah lukisan yang penuh dengan warna warni yang tersendiri dan pelukisnya adalah diri kita sendiri. Andai mahu nampak cantik lukisan tersebut warnailah ia dengan warna warna yang menarik dan kalaupun tidak biarkanlah ia kosong begitu sahaja.

Kebahagiaan datang setelah kita melalui pelbagai ranjau penderitaan di dalam kehidupan kita dan kenikmatannya hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahuinya.

Oleh itu bersihkan lah diri dan hati kita daripada semua rasa dendam dan marah. Ikhlaskanlah segala permasalah yang datang dan berjuanglah menghadapi semua nya tiap hari.

Andai masih rasa marah, benci dan rasa nafsu yang tidak bertepi ...kembalilah dan dekatkan diri selalu dengan yang maha kuasa. Hanya dia tempat kita memohon pertolongan dan kasihan dan dengan sebab itulah kita senantiasa diuji dan di duga untuk mengukur setinggi mana keimanan kita kepada yang maha esa.

Ingat tiada yang maha berkuasa selain daripada Allah SWT. Amin....

Nukilan Ikhlas Dari
Sariah Awang Senik

Monday, 13 January 2014

BUTIK ONLINE

Assalamulaikum...Terima kasih kerana sudi singgah di ruangan blog yang tidak seberapa ini. Butik ini mempamerkan koleksi pakaian terkini dan kebanyakannya dijual secara onine.

Antara pakaian yang terdapat di butik ini adalah koleksi jubah moden, blause, seluar dan tudung. Di bawah ini saya senaraikan beberapa koleksi pakaian yang terdapat di butik saya :

Ini adalah koleksi Maxi Skirt yang terdapat di dalam pelbagai warna-warna yang menarik. Harga sangatlah berpatutan

Jika berkenaan boleh sahaja hubungi saya Sariah di no 019 4075634

KEGIATAN HARIAN

Hari ini terlalu banyak cabaran yang harus aku tempuhi. Dengan keadaan badan yang kurang sihat dan deman aku tidak mahu ini semua dijadikan alasan aku untuk teruskan menulis. Anak dara aku hari ini tidak bersekolah kerana hari ini adalah Hari Maulidur Rasul iaitu keputeraan Nabi Muhamad SAW. Sebenarnya aku bersyukur sangat kerana sejak hampir 2 tahun kebelakangan ini segala masalah dan dugaan aku dan anak-anak berjaya tempuhi. Aku tahu ada hikmah yang tersembunyi dan segala nikmatnya telah hampir aku rasai.

Walau keadaan kesihatan yang tidak berapa sihat aku cuba dan senantiasa mencari idea untuk mencoretkan apa sahaja di ruangan yang aku sayangi ini.

Sambil meneruskan aktiviti bersama-sama dengan anak tersayang aku mulai menulis sesuatu. Ada banyak perkara yang aku ingin kongsikan bersama tetapi biarlah secara perlahan- lahan

Mungkin selepas ini ada banyak pengalaman yang aku ingin kongsikan bersama-sama. Moga tuhan akan senantiasa bersama-sama dengan aku untuk meneruskan segala-galanya yang aku impikan selama ini. Insha Allah suatu hari nanti aku dan anak-anak akan berjaga juga

Saturday, 11 January 2014

KELAS ASAS PENULISAN BLOG

Assalamulaikum....Semoga semuanya sihat di samping keluarga tersayang. Terlebih dahulu saya bersyukur sangat dipertemukan dengan akademi ini. Untuk pengetahunan semua saya telah lama menjadi pemerhati akademi ini sejak hampir 2 tahun yang lalu. Kebetulan saya memang berminat menulis dan tidak pernah terlepas peluang untuk menulis apa sahaja tentang kehidupan, pengalaman manis pahit dan apa sahaja yang berlaku di sekeliling saya. Minat menulis ini telah lama berada di dalam diri saya sejak di bangku sekolah lagi...tetapi saya tidak berpeluang untuk menerbitkannya di mana lantaran kurang pendedahan tentang media masa pada masa itu. Tetapi sekarang dengan adanya kemudahan internet dan perkembangan it di mana-mana saya boleh menulis apa sahaja.

Memang latar belakang pendidikan saya tidak lah terlalu tinggi tetapi itu bukanlah masalah terbesar untuk saya mengembangkan bakat saya di dalam bidang penulisan. Sejak kebelakangan ini minat tersebut semakin ketara...tambah saya sekarang mempunyai mentor dan juga rakan-rakan yang juga mengikuti kursus yang sama di akademi ini. Percaya lah tidak rugi mempelajarinya. Saya sendiri baru beberapa bulan menyertai akademi ini. Untuk memasuki akademi ini juga sebenarnya banyak cabarannya. Memang pembayarannya tidaklah terlalu mahal tetapi cuma rm300 sekarang tetapi saya terpaksa menabung sampai cukup barulah saya menyertainya. Sebelum saya mengenali mentor saya Anys Idayu Zakaria , saya sering melihatnya berbual di laman sosial saya iaitu di Facebook. Dalam hati saya pasti ada sesuatu yang istimewa tentang hamba Allah ini. Walau dia jauh lebih muda daripada saya tetapi sebenarnya saya tidak mempunyai masalah untuk belajar daripada yang muda daripada saya.

Untuk menerbitkan sesuatu tajuk atau apa sahaja...saya terpaksa melalui pelbagai cabaran. Tambah notebook saya yang program nya telah terlalu lama. Semua halangan saya anggap sebagai satu cabaran di dalam mengejar apa yang diimpikan. Sekarang saya berpeluang berkongsi apa sahaja tentang segala-galanya yang berlaku di sebuah kehidupan yang terindah ini.

Apa sahaja yang saya terbitkan bukanlah bertujuan menunjuk-nunjuk ataupun meraih simpati orang ramai di luar semuanya hanya sebagai satu pengalaman terindah di dalam kehidupan saya. Mungkin banyak lagi kekurangan saya dan sebenarnya saya masih lagi di dalam process pembelajaran. Dahulu saya tidak nampak peluang yang ada. Sekarang peluang itu ada dan saya tidak mahu melepaskan lagi peluang yang ada.

Menulis umpama saya makan nasi. Kalau sehari tidak makan nasi saya tidak akan merasa puas. Kekadang kalau belum habis menulis saya akan simpan terlebih dahulu dan akan menerbitkannya kemudian. Dahulu saya tidak percaya yang menulis boleh mendatangkan pendapatan sampingan dan sekarang saya semakin yakin dengan apa yang saya buat. Tetapi menulis bukanlah wang semata-mata sebab ianya lebih kepada minat. Hubungan dengan anak-anak juga semakin rapat dengan minat saya ini. 
Sebab di samping menulis saya boleh bersama-sama anak-anak mengarang cerita dan anak-anak boleh belajar mengarang karangan mereka di sekolah. Sebenarnya perjalanan saya di dalam akademi ini masih jauh dan berliku namun saya yakin ada ganjaran yang menanti saya di kemuncaknya nanti. Saya berdoa semoga segala impian saya di dalam bidang penulisan ini akan tercapai. Siapa tahu insan yang serba kekurangan ini juga mampu berdiri sebaris dengan penulis-penulis yang ada sekarang.

Apa pun latarbelakang saya semuanya adalah suatu cabaran terhebat saya.

Sekian....Ikhlas Dari Sariah Awang Senik 
Ucapan terima kasih yang terhingga kepada mentor saya iaitu Anys Idayu Zakaria...moga tidak jemu mendidik saya.

PROMOSI BARANGAN TERKINI

PROMOSI BARANGAN YANG TERSANGAT MENARIK..!!!!!!

Set Bedak Arab, Bedak Tanaka dan juga ibu putih

3 Barangan terbaik dengan harga yang tersangat istimewa.
Harga 70 semua sudah termasuk postage.Jika ada yang berkenaan boleh pm saya di no 019 4075634












 Selain daripada produk di atas terdapat juga produk yang lain seperti ;
Relian Mascara
Miss Rose Eyeshadow
2 produk ini harganya Rm 90

Jika berminat boleh segera hubungi saya sementara stok masih ada.
                                   





Sekian .....Sariah Awang Senik

PANDUAN IBUBAPA MEMILIH PASUKAN BERUNIFORM YANG SESUAI UNTUK ANAK-ANAK

Melihat perkembangan anak-anak di dalam sesuatu bidang yang mereka minati amat membanggakan kita sebagai ibubapa. Kita sedia maklum di sekolah terdapat pelbagai aktiviti dan persatuan juga sukan. Tentu anak-anak kita merasa teruja untuk memasuki persatuan dan juga kelab sukan yang mereka minati. 

Anak-anak kita akan terlibat dengan aktiviti kokurikulam apabila mereka memasuki darjah 3 ataupun 4 bergantung kepada sekolah tersebut. Apa pun kita sebagai ibubapa tidak boleh terlalu memaksa anak-anak memasuki persatuan ataupun kelab yang mereka tidak minati. Lihatlah kecendurungan anak-anak di dalam sesuatu bidang yang mereka minati.

Di sini ada sedikit panduan yang dapat saya kongsikan bersama dengan ibubapa di luar sana. Apa yang penting jangan memaksa anak-anak memasuki persatuan ataupun aktiviti yang langsung anak-anak tidak suka.
Antara panduan tersebut adalah :
- Lihat minat anak-anak di dalam sesuatu bidang contohnya ; buku, sukan, haiwan dan sebagainya.
- Apa impian dan juga cita-cita anak-anak..contohnya, bercita-cita ingin menjadi juruterbang, doktor, peguam dan cubalah galakkan anak-anak memasuki bidang yang hampir dengannya.
- Lihat tingkah laku anak-anak bersama-sama dengan rakan-rakan sebaya mereka. Adakah dia seorang yang peramah, pendiam ataupun sebaliknya.
- Tanya anak-anak apa yang mereka inginkan di dalam kehidupan seharian mereka di sekolah.
- Apa idola anak-anak kita....contohnya anak-anak kita kagum dengan seseorang penyanyi ataupun seorang perdana menteri.
- Biarkan anak-anak kita membuat keputusan sendiri...dan sekaligus berani menghadapi segala cabaran di masa hadapan.

Semua panduan di atas adalah amat berguna di dalam menggalakkan anak-anak kita memasuki bidang yang mereka minati. Selalunya guru-guru di sekolah sudah membuat penilaian terhadap murid-murid apa bentuk aktiviti ataupun persatuan yang sesuai untuk anak-anak kita. Namun sebagai ibubapa kita juga tidak boleh memandang ringan apa bidang yang harus di ceburi oleh anak-anak kita. Baru beberapa hari yang lepas iaitu pada hari Rabu anak perempuan saya terlibat dengan aktiviti kokurikulum di sekolah.

Ini adalah tahun pertama dia melibatkan diri di dalam aktiviti persatuan di sekolahnya. Saya sangat bangga semengat dan juga keyakinan yang dia tunjukkan kepada saya. Anak saya yakin yang dia dapat memasuki Pasukan Pengakap...saya berkata padanya...jangan terlalu yakin.  Selalunya semua perkara tersebut telah ditetapkan oleh para guru di sekolah.

Namun sangkaan saya meleset. Di sebelah petangnya dia pulang ke rumah dengan perasaan yang gembria sekali. Dia berkata yang dia telah berjaya memasuki Pasukan Pengakap. Apa pun saya sangat bangga dengan pencapaiannya di sekolah setakat ini. Suatu hari nanti dia juga menjadi murid-murid yang cemerlang di sekolahnya. 

Moga segala impiannya menjadi kenyataan suatu hari nanti. Insha Allah.


Sekian...Sariah Awang Senik

MENANG HADIAH CABUTAN BERTUAH DENGAN HANYA BELI PERFUME

Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi http://sariahawangsenik.blogspot.com Rasa-rasanya kalau beli perfume di pasaraya, ad...