Assalamulaikum,
Hari ini terlalu banyak perkara yang perlu saya uruskan dan siapkan. Dengan sibuk menjahitnya, menguruskan rumahtangga dan juga mengikuti kursus belajar blog secara online ini...masa terlalu singkat saya rasakan. Apa pun hari ini saya terpaksa bercuti kerana anak dara saya ada kegiatan kokurikulum di sekolahnya.
Tidak sampai hati pula saya membiarkannya bersendirian pergi dan balik dari sekolah. Saya terpaksa menghantarnya ke sekolah agama dulu untuk mengambil kedatangan dan kemudian menghantarnya balik ke sekolah kebangsaan. Anak saya memberitahu dia telah memasuki pengakap. Hati dia sungguh gembria kerana memang itulah impiannya untuk memasuki pasukan beruniform tersebut.
Kira-kira jam 5 petang dia pulang ke rumah dan sibuk meminta kebenaran saya untuk bermain dengan kawan-kawannya yang lain. Saya memberitahunya dia boleh pergi bermain tetapi tidak boleh pulang ke rumah terlalu lewat. Saya membeitahu nya saya ingin mengajaknya pergi ke gerai untuk minum petang. Memang sudah menjadi kebiasan saya selalu membawanya makan di gerai yang berhampiran dengan rumah saya. Dan bagi saya tiada salahnya saya berbuat demikian.
Namun saya tidak sangka lain pula jadinya semasa sampai di kedai makan, ketika saya sedang asyik leka mereka blog di hphone saya...anak saya memberitahu yang abahnya ada di belakang saya. Saya menyuruh dia pergi bersalam dengan abahnya sebagai tanda hormat. Apa sahaja yang abahnya dan kawan-kawannya bualkan saya biarkan sahaja. Saya tahu saya tidak berbuat apa-apa kesalahan....salahkah seorang ibu tunggal membawa anaknya keluar makan?
Apa pun yang berlaku saya berserah kepada Allah. Saya tidak berhak menghukum nya. Saya juga terlalu banyak kelemahan dan sekarang sedang berusaha dengan gigih dan sabar untuk meneruskan segala impian saya yang telah lama saya tinggalkan semasa di bangku sekolah lagi.
Insha Allah dengan bimbingan guru-guru online saya...saya akan berjaya juga suatu hari nanti. Doakan saya senantiasa dan saya juga selalu mendoakan kalian semua. Tidak kiralah siapa pun anda berhak untuk hidup bahagia. Yakin diri boleh...apa sahaja kekurangan jangan jadikan sebagai satu alasan untuk tidak mahu berjaya.
Ikhlas Dari Sariah Awang Senik......
Wednesday, 8 January 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AKHIRNYA
26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi http://www.facebook.com/sariahawangsenik Sunyi bila dia dah balik. Abahnya seti...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Google http://www.facebook.com/sariahawangsenik Ada sedikit getaran dihati ini. Bimbang sang syai...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Dari Group Telegram http:www.facebook.com/sariah.awangsenik Amboi! Bukan main lagi si ...
No comments:
Post a Comment