Assalamulaikum....Semoga semuanya sihat di samping keluarga tersayang. Terlebih dahulu saya bersyukur sangat dipertemukan dengan akademi ini. Untuk pengetahunan semua saya telah lama menjadi pemerhati akademi ini sejak hampir 2 tahun yang lalu. Kebetulan saya memang berminat menulis dan tidak pernah terlepas peluang untuk menulis apa sahaja tentang kehidupan, pengalaman manis pahit dan apa sahaja yang berlaku di sekeliling saya. Minat menulis ini telah lama berada di dalam diri saya sejak di bangku sekolah lagi...tetapi saya tidak berpeluang untuk menerbitkannya di mana lantaran kurang pendedahan tentang media masa pada masa itu. Tetapi sekarang dengan adanya kemudahan internet dan perkembangan it di mana-mana saya boleh menulis apa sahaja.
Memang latar belakang pendidikan saya tidak lah terlalu tinggi tetapi itu bukanlah masalah terbesar untuk saya mengembangkan bakat saya di dalam bidang penulisan. Sejak kebelakangan ini minat tersebut semakin ketara...tambah saya sekarang mempunyai mentor dan juga rakan-rakan yang juga mengikuti kursus yang sama di akademi ini. Percaya lah tidak rugi mempelajarinya. Saya sendiri baru beberapa bulan menyertai akademi ini. Untuk memasuki akademi ini juga sebenarnya banyak cabarannya. Memang pembayarannya tidaklah terlalu mahal tetapi cuma rm300 sekarang tetapi saya terpaksa menabung sampai cukup barulah saya menyertainya. Sebelum saya mengenali mentor saya Anys Idayu Zakaria , saya sering melihatnya berbual di laman sosial saya iaitu di Facebook. Dalam hati saya pasti ada sesuatu yang istimewa tentang hamba Allah ini. Walau dia jauh lebih muda daripada saya tetapi sebenarnya saya tidak mempunyai masalah untuk belajar daripada yang muda daripada saya.
Untuk menerbitkan sesuatu tajuk atau apa sahaja...saya terpaksa melalui pelbagai cabaran. Tambah notebook saya yang program nya telah terlalu lama. Semua halangan saya anggap sebagai satu cabaran di dalam mengejar apa yang diimpikan. Sekarang saya berpeluang berkongsi apa sahaja tentang segala-galanya yang berlaku di sebuah kehidupan yang terindah ini.
Apa sahaja yang saya terbitkan bukanlah bertujuan menunjuk-nunjuk ataupun meraih simpati orang ramai di luar semuanya hanya sebagai satu pengalaman terindah di dalam kehidupan saya. Mungkin banyak lagi kekurangan saya dan sebenarnya saya masih lagi di dalam process pembelajaran. Dahulu saya tidak nampak peluang yang ada. Sekarang peluang itu ada dan saya tidak mahu melepaskan lagi peluang yang ada.
Menulis umpama saya makan nasi. Kalau sehari tidak makan nasi saya tidak akan merasa puas. Kekadang kalau belum habis menulis saya akan simpan terlebih dahulu dan akan menerbitkannya kemudian. Dahulu saya tidak percaya yang menulis boleh mendatangkan pendapatan sampingan dan sekarang saya semakin yakin dengan apa yang saya buat. Tetapi menulis bukanlah wang semata-mata sebab ianya lebih kepada minat. Hubungan dengan anak-anak juga semakin rapat dengan minat saya ini.
Sebab di samping menulis saya boleh bersama-sama anak-anak mengarang cerita dan anak-anak boleh belajar mengarang karangan mereka di sekolah. Sebenarnya perjalanan saya di dalam akademi ini masih jauh dan berliku namun saya yakin ada ganjaran yang menanti saya di kemuncaknya nanti. Saya berdoa semoga segala impian saya di dalam bidang penulisan ini akan tercapai. Siapa tahu insan yang serba kekurangan ini juga mampu berdiri sebaris dengan penulis-penulis yang ada sekarang.
Apa pun latarbelakang saya semuanya adalah suatu cabaran terhebat saya.
Sekian....Ikhlas Dari Sariah Awang Senik
Ucapan terima kasih yang terhingga kepada mentor saya iaitu Anys Idayu Zakaria...moga tidak jemu mendidik saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AKHIRNYA
26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi http://www.facebook.com/sariahawangsenik Sunyi bila dia dah balik. Abahnya seti...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Google http://www.facebook.com/sariahawangsenik Ada sedikit getaran dihati ini. Bimbang sang syai...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Dari Group Telegram http:www.facebook.com/sariah.awangsenik Amboi! Bukan main lagi si ...
No comments:
Post a Comment