Thursday 23 January 2014

TUNTUTAN NAFKAH ANAK-ANAK SELEPAS PERCERAIAN

Teks ; Sariah Awang Senik


Hampir semua impian seorang yang bernama wanita mengimpikan sebuah rumahtangga bahagia di samping hidup bersama seorang suami yang pengasih dan penyayang. Namun tidak semua yang kita impikan berlaku dalam kehidupan kita seharian. Setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri. Terjadi sesuatu perceraian bukanlah kehendak seorang wanita yang bergelar isteri dan juga ibu. Walau hampir berbelas tahun hidup bersama-sama sebagai suami dan isteri ianya belum tentu menjamin kebahagiaan hingga ke akhir hayat. Sebagai suami dan isteri kita hanya mampu berdoa moga rumahtangga yang dibina akan berkekalan hingga akhir hayat kita insha Allah.

Mungkin semasa melayari bahtera perkahwinan banyak terdapat salah dan faham ataupun pergaduhan di antara suami dan isteri. Jikalau bijak menghadapi segala bentuk dugaan dan permasalahan antara suami dan isteri, insha Allah tidak akan wujud perceraian di antara mereka. Namun kalau setiap pergaduhan dan juga perselisihan faham yang berlaku antara suami dan isteri tidak boleh bertolak ansur dan selalu meletakkan kelemahan masing-masing sebagai alasan , maka akan terjadilah perceraian di antara suami isteri. Kekadang si isteri tidak mahu bercerai dan memilih untuk berdamai tetapi suami tidak mahu dan memberi alasan yang kelemahan si isteri tidak boleh di perbaiki lagi dan kerapkali menyatakan tiada lagi wujud perasaan kasih dan sayang terhadap si isteri. Apalah daya seorang isteri, sebab talak terletak di atas tangan seorang suami, namun sebenarnya itu bukanlah alasan si suami untuk berbuat sesuka hati. Memang sesuatu perceraian bukan menjamin segala masalah akan selesai, tetapi sebenarnya bermula suatu masalah yang besar akan wujud antara suami dan isteri. 

Banyak masalah akan dan bakal terjadi contohnya;
- Masalah nafkah anak-anak
-Masalah hak penjagaan anak-anak
- Harta sepencarian semasa hidup bersama sebagai suami dan isteri
- Bakal mendatangkan tekanan emosi kepada anak-anak
- Anak-anak akan kehilangan kasih sayang seorang ayah dan juga ibu apabila ibubapa mereka bercerai.
- Bakal terwujud perasaan dendam dan benci antara suami dan isteri
- Hidup di dalam suasana yang tidak tenteram.

Semua masalah-masalah mendatangkan tekanan kepada suami dan juga isteri tersebut. Masalah yang paling besar adalah masalah tuntutan nafkah anak-anak selepas bercerai. Bukan semua suami dan isteri berpisah secara baik dan kemudiannya berbincang tentang tuntutan nafkah ini. Jikalau selepas bercerai suami sudah menetapkan perbelanjaan anak-anaknya maka tidak akan wujudlah tuntutan nafkah ini. Tetapi kalau sebaliknya, maka isteri terpaksa membuat tuntutan nafkah ini dimahkamah kelak. Ada juga si suami hanya menghadirkan diri ke mahkamah hanya semata-mata untuk bercerai tetapi tidak akan menghadirkan diri semasa process tuntutan nafkah hanya semata-mata telah bercerai dan tidak mahu dan campurtangan di dalam urusan antara isteri dan anak-anak. 

Walau atas apa jua alasan si suami mesti bertanggungjawab menyelesaikan segala tuntutan nafkah anak-anak. Banyak terjadi anak-anak tidak mendapat haknya, kerana ada isteri tidak tahu di mana hendak mengemukan tuntutan nafkah anak-anaknya.
Seperti yang kita sedia maklum di setiap negeri wujud sistem perundangan syariahnya yang tersendiri. Contohnya di Selangor, jika ingin membuat tuntutan nafkah anak-anak hendak pergi ke Mahkamah daerah yang berdekatan. Sebelum membuat sesuatu tuntutan , seseorang isteri haruslah sedar dan tahu apa yang ingin kita tuntutan dan senaraikan segala jumlah yang diperlukan oleh semua anak-anak kita. Seorang bekas isteri haruslah berusaha untuk mendapatkan khidmat peguam yang dapat bercakap bagi pihak isteri di mahkamah nanti. Bukan semua bekas isteri mampu bercakap dengan penuh keyakinan kepada hakim di mahkamah nanti. Untuk mendapatkan khidmat seorang peguam, bekas isteri haruslah bertanya kepada mahkamah yang berdekatan. Tidak semua bekas isteri mampu mengambil peguam sendiri dan selalunya akan di kenakan kos yang tinggi. Setiap mahkamah yang berdekatan akan ada suatu Biro Bantuan Guaman nya yang tersendiri. Jangan malu untuk bertanya di kaunter yang di sediakan. Antara langkah-langkah yang perlu di ambil semasa membuat tuntutan nafkah anak-anak ialah;

- Bertanya di kaunter pertanyaan tentang borang untuk mendapatkan khidmat bantuan guaman.
- Isi borang bantuan guaman tersebut. Contohnya nama, alamat, berapa pendapatan bekas isteri, bilangan anak dan beberapa lagi maklumat yang penting yang perlu di isi.

- Bawa borang yang telah di lengkapkan ke pejabat Biro Bantuan Guaman tersebut. 
- Semasa membawa borang tersebut untuk mendapatkan khidmat guaman , bawa sekali segala maklumat tentang perbelanjaan anak-anak contohnya, perbelanjaan tentang sekolah, makan perubatan dan sebagainya.
-Sertakan sekali segala maklumat penting tentang anak-anak, seperti surat akuan anak-anak yang menyatakan anak-anak bersekolah di sekolah tersebut, surat kelahiran dan sebagainya.
- Sebelum mendapatkan khidmat guaman, bekas isteri perlu mengangkat sumpah terlebih dahulu sebelum mendapatkan seorang peguam.
- Setelah semua urusan di atas selesai, selalunya pihak guaman akan memanggil sekali lagi bekas isteri untuk berbincang tentang semua tuntutan yang telah di kemuka.
- Setelah selesai seisi perbincangan dengan peguam, pihak peguam akan menentukan tarikh yang sesuai untuk di kemukakan di mahkamah.
- Semasa di mahkamah antara peguam dan juga bekas isteri harus menandatangani surat wakallah yang menyatakan bahawa bekas isteri telah menwakilkan seorang peguam untuk membincangkan kes tersebut di mahkamah kelak.

Sebenarnya semasa process dan juga kes ini di sebut di mahkamah banyak kesabaran dan juga kepayahan yang harus di tempuhi oleh seorang bekas isteri. Kes ini selalunya memakan masa selama hampir setahun lebih untuk di selesaikan bergantung kepada faktor maklumat yang telah di sediakan oleh pihak bekas isteri. Selalunya bekas isteri harus di wakilkan seorang saksi dari pihak bekas isteri.

Apabila mahkamah memanggil saksi daripada bekas isteri, maka kes tersebut hampir akan di selesaikan. Setelah melalui beberapa process akan tiba suatu kemuncak di mana pihak hakim akan memanggil bekas isteri untuk memberi keterangan berhubung dengan kes yang di tuntutnya.
Apabila semua process ini selesai, maka hakim dan peguam akan membuat hujahan bagi memutuskan hukuman yang akan dikenakan terhadap bekas suami. Selalunya keputusan kes akan diberikan kepada tarikh yang lama. Apa pun bekas isteri haruslah banyak bersabar semasa melalui process kes ini dibincangkan. Sebagai bekas isteri kita berdoa semoga bekas suami sedar akan tanggungjawabnya, sekali pun bekas suami telah berkahwin lain, tanggungjawabnya terhadap anak-anak daripada bekas isteri yang pertama haruslah di tunaikan.

Kepada semua bekas-bekas isteri berdoalah bersungguh-sungguh moga segala keadilan dapat di tegakkan. Insha Allah suatu masa nanti pihak bekas isteri dapat meneruskan kehidupannya seperti biasa.


Luahan Hati, Sariah Awang Senik

1 comment:

  1. Jikalau masih belum mengetahui tentang hak-hak seorang isteri selepas diceraikan bertanya dengan lebih lanjut kepada mahkamah yang berdekatan.

    ReplyDelete

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...