Sunday 30 December 2018

ANDAINYA MEREKA TAHU



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


ANDAINYA MEREKA TAHU

Dari kejauhan seakan terdengar bunyi sang gemuruh.
Entah bila rahmat Allah ingin menyembah bunyi lagi.

Usai magrib tadi tak putus doa dipohon ampunkan segala kekhilafan diri dan juga sekalian umat dibumi ini.

Sudah dua hari daerah ini dilanda panas terik, semua umat Muhammad seakan hilang pedoman.
Sana-sini mengadu panas yang teramat sangat.

Ya Allah kau turunkanlah rahmatMU itu.
Ampunkanlah segala dosa-dosa yang telah dilakukan.

Petang tadi amarah ini bagaikan lahar gunung berapi.
Berapi-api mengalirkan segala laharnya.
Terus teringat yang syaitan sedang menjalankan tugasnya merasuk hamba Allah ini.  

Sebenarnya hanya nak mengingatkan anak-anak ini.
Bahawa kehidupan tak semudah yang disangka.
Kita hanya merancang dan tuhanlah yang menentukan.

Hanya nak anak-anak lebih belajar berdikari.
Agar jika kesusahan datang menyapa dalam kehidupan tak cepat mengalah dan melatah.

Andainya mereka tahu apa yang sedang bergolak dalam hati ibu yang semakin meningkat usianya.

Andainya mereka tahu yang syurga dan neraka hanya itulah pilihan yang ada dibumi ini.
Dan hidup dan dunia ini hanyalah sebagai satu persinggahan bagi kehidupan yang lebih abadi.

Entahkan mereka mengerti atau tak hanya Allah yang tahu.
Hanya doa terus istiqamah dipohon agar satu hari nanti mereka berdua mengerti akan segalanya.

Di penghujung tangkai hati ini ada secebis pilu sedang bercambah.
Bahawa keperitan ini tak akan mampu diluahkan hanya semata ingin melihat senyuman manis mereka berdua terus terukir dan sinar kebahagiaan terus terserlah diwajah-wajah kesayangan ini.

Ya Allah ampunkan kekhilafan hambaMu ini dalam menjalankan tanggungjawab menjaga amanahMu ini.

Sekian 
Sariah Awang Senik

Saturday 29 December 2018

SAKIT SATU REZEKI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik

Selalu orang ingat rezeki datang dalam bentuk wang ringgit ataupun harta yang melimpah ruah. Sebenarnya sakit itu jugalah salah satu rezeki dari Allah yang maha esa.
Rezeki untuk lebih istiqamah membuat amal ibadah tanpa mengira pahala semata. Ada masa satu kesakitan itu, adalah teguran kasih sayang dari Allah yang maha esa.

Kelmarin akhirnya tewas juga dek diserang demam selsema dan juga batuk.
Dengan cuaca yang tak menentu dan adakalanya terkena tempias hujan yang turun itu, syukur alhamdulillah saya diserang demam selsema dan batuk.

Kalau ikutkan masa memula terkena selsema itu, rasa perit jugaklah.
Menahan hidung yang tersumbat dan diselang-selikan pulak dengan batuk.
Faham-faham sajalah macam mana rasa apabila diserang dua penyakit yang sangat akrab ini.

Tambah-tambah pulak bekerja sebagai seorang pembantu kedai dan seharian bermain dengan ais batu dan sebagainya.
Apabila tekak terasa amat dahaga dan dengan cuaca yang panas , walau hanya ais batu, semuanya bagaikan tergoda sekali.

Mujur jugalah gagah dan usaha paksa diri untuk kembali sihat secepat yang mungkin kerana memikirkan bakal berhadapan dengan kerja yang banyak tak lama lagi.
Harapannya walau apa pun keadaannya semuanya datang dari Allah dan hanya kepada Allah sahajalah berharap agar semuanya bebaik sahaja. Insha Allah.


Sekian
Sariah Awang Senik

Tuesday 25 December 2018

BAS KEHIDUPAN


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
https://www.facebook.my/sariah.awangsenik


BAS KEHIDUPAN

Saat ini, kita harus lebih mensyukuri nikmat yang ada dalam negara kita lagi bertuah ini Malaysia.

Walau berbeza agama, tua atau muda kita masih boleh bertegur sesama kita.
Berada dalam bas ini buatkan diri lebih banyak belajar tentang kehidupan.

Kaum Cina, India dan Melayu lengkap sudah kepelbagaian satu Malaysia.
Mereka Cina, India dan Melayu masih tetap beramah mesra sesama sendiri.

Bertanya khabar walau langsung tak mengenali.
Sedangkan Kak Long masih sibuk dengan gajet yang belum tentu menjanjikan apa-apa.

Rata-rata semuanya sudah tua.
Masih sihat dan berumur sekitar 80an, 70an, 60an dan Kak Long kira yang paling muda 40an.

Untuk 10 tahun akan datang tak pasti apakah lagi yang bakal berlaku dalam negara kita Malaysia.
Hanya berdoa agar segalanya lebih aman tenteram dan bebaik sahaja.

Kini bas kehidupan meneruskan destinasinya lagi.
Semoga semuanya selamat sampai ke desa yang dituju dan senantiasa bahagia selalu.


Sekian
Sariah Awang Senik

RASA INI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Ya bukan senang nak senang.
Kalau 24 jam menghadap phone lainlah cerita.

Ni, kau terpaksa berperang berebut masa untuk buat juga bisnes sampingan dan juga minat kau yang satu.

Orang lain takkan faham sangat apa perjuangan kau yang sebenarnya dan BIGWHY kau selama ini.
Lagi dahsyat kau berperang juga dengan si biawak hidup itu.

Dengan masa bekerja shift, penat dan rasa mengantuk, tiada siapa yang faham.
Adakalanya kau menangis dihamparan sejadah mengadu segalanya kepada maha penciptaNya.

Aduh Allah penatnya hari ini.
Aduh Ya Allah lalainya aku hari ini.
Paling takut apabila terasa Allah makin jauh dari diri ini.

Terus sahaja  memohon keampunan dari Allah
 kerana terasa telah membuat dosa.

Apa pun aku berserah kepadaMu Ya Allah.
Semoga segala dugaan ini ada hikmah disebaliknya.

Sekian
Sariah Awang Senik

Monday 24 December 2018

PERSAMAAN KITA RAIKAN PERBEZAAN KITA HORMATI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Apa sahaja yang berlaku kita masih boleh tetap duduk dan hidup bersama-sama walau berlainan bangsa dan juga agama.

Begitu jugalah dengan fahaman politik.
Semuanya tetap mahukan yang terbaik buat semua rakyat Malaysia.

Maka kedamaian dan kesejahteraan ini peliharalah seeloknya.
Jangan mudah terpengaruh akan sesuatu yang tak benar dengan tujuan untuk memecah-belahkan kedamaian ini.

Betapa sukarnya para pejuang terdahulu untuk mendapatkan sebuah kemerdekaan.

Atau adakah kita dah semakin lupa dengan erti sebuah kemerdekaan ini?

Kemerdekaan ini sangat bermakna dan berharga.
Bukan diperolehi dalam masa sesingkat dua atau semudah kemudahan internet yang kita nikmati sekarang ini.

Persamaan kita raikan dan perbezaan kita hormati diantara satu sama yang lain.
Dan dengan itu Selamat Hari Natal buat semua rakyat Malaysia yang beragama kristian dan sejahtera buat selamanya.


Sekian
Sariah Awang Senik

Sunday 23 December 2018

HADIAH YANG PALING BERMAKNA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Group Telegram
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Mesti rasa gembria sangat bila ada orang hadiahkan kita gift yang macam ini kan?
Rasa diri disayangi dan dihargai selalu bukan.
Nak-nak kalau yang bagi gift macam ini dari orang yang paling kita sayang. Contohnya macam dari En Hubby ke, dari tunang tersayang ke ataupun dari buah hati yang tercinta.

Apa pun nak bagi gift yang macam ini, taklah mahal mana pun. Taklah sampai beratus-ratus ringgit . Kalau diikutkan tak  mahal mana pun. Jika dibandingkan dengan segala kasih sayang yang kita dapat selama ini. Semua itu memang tiada nilai harganya. Gift macam ini tak semestinya untuk bagi pada yang tersayang. Sebagai reward untuk diri sendiri pun boleh.

Sajalah saya ingin berkongsi tentang gift yang macam ini. Harga kotak gift ini hanya RM 15.90 sahaja. Yang perfume itu pulak, terpulanglah nak perfume yang macam ini. Kita boleh dapat semua ini hanya di DEXANDRA EAU DE PARFUM. Tak payah pun buang masa nak singgah ke kedai-kedai menjual gift ini. Sebab semuanya dah ada di DEXANDRA EAU DE PARFUM.

Tak percaya?

Buat apa nak tipu-tipu. Suatu kenyataan dan tiada yang benar melainkan hanya yang benar sahaja.
Atau boleh sahaja wasap saya terus di sini http;//sariahdexandratpg.wasap.my
Nanti saya akan teruskan semuanya lebih lanjut dan secara terperici.

Yang perfume DEXANDRA itu pulak, sekarang ini ada VACAY SCENT SALE DEXANDRA.
Promosi vacay ini akan berakhir pada 31/12/2018 nanti.
Maknanya hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk cepat-cepat grab semua hadiah sepanjang tempoh promosi ini.

Jom cepat-cepat rebut peluang yang baik ini.


Sekian
Sariah Awang Senik 

VACAY SCENT SALE DEXANDRA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Group Telegram
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Berwangian sambil menang hadiah pakej percutian yang menarik!!!

Bestnya macam tu!!
Tak payah pening nak beli tiket penerbangan lagi.
Tinggal nak bawak duit belanja jer!!

Tulah yang bestnya tentang Dexandra Eau De Parfum.
Bukan saja dapat berikan wangian dengan harga yang paling mampu milik, berkualiti dan halal malah siap dapat pakej-pakej percutian lagi.

Syaratnya hanya perlu beli sahaja Dexandra Eau De Parfum tak kiralah yang Dexandra Rare Limited Edition , yang EDP Premium ataupun hanya sekadar Air Freshener yang berharga RM 10 sekotak tu.

Beli dan ada bukti pembelian dan terus sahaja daftar.

Tak faham macam mana?

Senang sahaja.
Jangan pening kepala ya.

Wasap sahaja saya disini http://sariahdexandratpg.wasap.my

Saya bersedia bila-bila sahaja akan bantu anda apa yang patut.
Tapi bantu dari segi wangianlah.

Kalau bantu dari segi wang ringgit tu memang maaflah tak dapat tolong.
Bantu nak tambah pendapatan pun  boleh.

Apa pun promosi Vacay Scent Sale Dexandra ini bakal berakhir tak lama lagi.
31/12/2018 adalah hari yang terakhir ya.
Jangan tunggu sampai hari yang terakhir sudahlah ya.

Takut bukan apa, takut ada yang menyesal dan tak sempat buat apa yang patut untuk join contest ini.
Yang dah  tahu itu, nak tunggu apa lagi ya??


Sekian
Sariah Awang Senik

JAGA LIDAH DAN HATI KITA



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik

Hanya kerana lidah dan juga hati kita dah pun mendapat dosa tanpa kita sedar.
Apabila mengucapkan akan sesuatu patah perkataan maka berhati-hatilah. Daripada banyam mengeluarkan segala perkataan ada baiknya mengambil langkah berdiam diri sahaja.

Itu adalah langkah yang paling terbaik. Saat lidah laju berbicara dalam masa yang sama jagalah juga hati kita ini. Dalam diri kita ada segumpal daging yang dinamakan hati dan adalah salah satu organ yang penting dalam memainkan peranan sistem dalam tubuh badan manusia.

Apabila telah wujudnya benih-benih negatif dalam hati kita, maka secara tak langsung benih-benih dosa makin mekar dalam hati manusia.
Sungguh lidah akan berbicara selancarnya apa yang tersirat dalam hati manusia.

Bak kata pepatah orang-orang tua, terlajak perahu boleh diundur.
Terlajak kata hati terasa dan membukulah segala perasaan marah, sedih, kecewa dan sebagainya.

Menjaga lidah cari mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan orang lain tak semudah yang disangka.
Terdahulu hati manusialah yang perlu dirawat serapi yang boleh.
Jika hatinya penuh dengan rasa dendam, iri hati maka lidah akan berbicara apa sahaja yang tersimpan dalam hati .
Maka pastikan hati sebersihnya sebelum mengeluarkan segala patah perkataan.
Selalu muhasabah diri agar tak cemburu akan kebahagiaan dan juga rezeki orang lain.

Daripada membuang masa dan menambah dosa asbab lidah dan hati ada baiknya kita mendoakan lagi akan kebahagiaan dan juga rezeki seseorang. 
Ingatlah dalam masa yang sama mendoakan orang lain akan ada malaikat yang juga doakan hal yang sama buat diri kita.

Apa pun mendoakan akan orang lain tak memerlukan banyak masa dan juga duit ringgit.
Asas yang paling sukar nak dijaga adalah lidah dan juga hati.
Tambah membuatkan diri kita lagi berdosa jika ada hati manusia yang terasa akan segala kata-kata yang telah kita lemparkan walau secara tak sengaja.

Memohon maaf dan juga memberi satu kemaafan adalah satu kelegaan yang teramat sangat. Pada mulanya kemaafan yang diberi adalah bagaikan satu beban. Tetapi jika kita memaafkan kerana Allah yang maha esa, insha Allah kita akan rasa segala beban telah hilang begitu sahaja.

Hanya beberapa hari sahaja lagi tahun 2018 bakal berakhir.
Dan yang terbaru kita diuji lagi dengan musibah yang berlaku lagi di negara jiran kita Indonesia.

Allah sedang memberi satu teguran dan peringatan buat diri dan juga semua hamba-hambanya. Apa yang berlaku ada pengajaran disebaliknya.
Jangan dipandang ringan.
Jagalah sebaiknya lidah setiap kali bercakap dan pastikan hanya yang bebaik sahaja. 
Juga mohonlah keampunan terus kepada Allah jika hati dah tercalar dek dosa yang kita lakukan.

Ampunkan kami semua Ya Allah. Tetapkan hati dan jauhilah lidah kami dari mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya.


Sekian 
Sariah Awang Senik

INGIN HIDUP LEBIH BAHAGIA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Sebenarnya untuk hidup lebih bahagia dan ceria bukanlah terletak pada material semata-mata. Tetapi lebih kepada diri kita sendiri. Apakah amalan yang seharusnya dilakukan setiap kali dilanda dugaan ataupun musibah.

Dan yang paling apakah perkara kebaikan yang sentiasa dilakukan supaya hati dan juga jiwa kita menjadi lebih tenteram dan juga tenang serta tak sibuk menyalahkan sesiapa apabila dilanda suatu masalah.

Ternyata amalan asas yang seharusnya kita lakukan adalah berbalik kepada Allah yang maha esa. Setelah difikir dan juga mencari segala pengetahunan hanya amalan berzikir, berselawat dan beristighfar sahajalah yang mampu memberikan lebih banyak ketenangan dan juga kebahagiaan.

Memang amalan ini dipandang remeh serta tak nampak keuntungannya sebagaimana duit ringgit. Akan tetapi kesannya sangatlah menguntungkan bagi orang-orang yang berusaha dan istiqamah mengamalkannya.

Paling afdal jika dilakukan setiap hari dan juga diawal pagi.
Jika rasa sedih ataupun gembira janganlah jemu-jemu untuk lakukan setiap amalan-amalan ini.

Resipi untuk hidup lebih bahagia hanyalah kembali kepada Allah. Tinggalkan segala yang dilarang dan lakukan setiap amalan dan beri lebih banyak kebaikan tanpa mempersoalkan apakah nikmat dan pahala yang bakal kita dapat hasil dari segala amalan-amalan berzikir, berselawat dan juga beristighfar.


Sekian
Sariah Awang Senik

Wednesday 19 December 2018

HANYA MAMPU MENDOAKAN


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Hujan masih lagi turun dengan lebatnya malam ini.
Makin meriah lagi dengan bunyi guruh dan juga kilatnya. Sesekali terdetik juga rasa risau.
Mujurlah sekarang sudah bertukar shift pagi dan malam adalah dirumah menghabiskan masa dengan anak dara tersayang.

Baru sekejap tadi telah selesai membeli baju sekolah dan juga alat kelengkapan sekolah anak dara yang duduk di asrama ini.
Bukanlah beli semuanya serba baru tapi hanya membeli apa yang perlu sahaja.

Itu pun anak dara telah mendapat bantuan zakat. Jumlah bajet perbelanjaan persekolahan tidaklah banyak mana, tapi sangat membantu bagi diri saya dan anak dara tersayang.

Selesai membeli barang sekolah dan apa yang patut saya dan anak dara memgambil kesempatan untuk makan malam bersama disebuah gerai yang berhampiran.
Alhamdulillah. Boleh tahan jugaklah masakannya dan taklah terlalu mahal.

Saya lebih suka memilih untuk bersederhana dalam segala hal. Jika ada rezeki lebih memang saya akan banyak habiskan untuk anak-anak tersayang.

Sebenarnya kehidupan yang saya lalui ini tidaklah semewah mana. Masih banyak perkara yang perlu saya perbaiki sebagai salah seorang hamba di atas muka bumi ini.

Ketika saya sedang melalui saat-saat yang paling sukar, saya cukup bersyukur kerana masih ada adik-beradik, ayah dan mak cik juga saudara-mara. Tak lupa juga sahabat-handai yang tak pernah jemu memberi kata-kata semangat.

Adakalanya saya dah tak mampu membalas segala jasa-jasa mereka semua.
Apa yang termampu saya lakukan hanyalah mendoakan agar Allah senantiasa melindungi dan menganugerahkan rezeki yang melimpah-ruah buat mereka semua.

Nak balas dengan duit, sejujurnya memang tak mampu. Dengan mendoakan mereka sahajalah yang mampu saya lakukan. Dalam masa yang sama, malaikat juga akan mendoakan perkara yang sama buat diri saya.

Hujan masih lagi belum berhenti. Walau tak lebat mana, tapi dah cukup membuatkan membuatkan mata untuk meneruskan entri ini.
Semoga esok saya dapat lagi menaip entri yang lebih menarik dan bermanfaat buat semua yang sudi singgah membaca di blog Travelog Kehidupan ini.


Sekian
Sariah Awang Senik

Monday 17 December 2018

REZEKI TETAP ADA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Musim cuti sekolah ini memang agak sibuk.
Bekerja sebagai seorang pembantu kedai dan bekerja pulak disebuah hentian Rehat dan Rawat ini memang agak susah sikit untuk bercuti di hujung minggu.

Ada masa cemburu juga apabila melihat orang lain habiskan masa bersama dengan anak-anak setiap kali tiba musim cuti sekolah.
Apa pun tetap bersyukur walau hidup tak semewah mana, tapi segala kehidupan ini dapat dilalui bersama dengan anak-anak tersayang.

Memandangkan anak-anak semakin membesar ditambah anak bujang tersayang masih belajar disalah sebuah pusat pendidikan tempatan, maka saya harus berbuat sesuatu untuk menambah pendapatan keluarga.

Selain dari mendapat bantuan Zakat Selangor, saya juga menjalankan satu perniagaan secara sambilan. Perniagaan ini mulanya hanyalah secara atas talian dan kemudiannya barulah secara offline.

Walau belum lagi mendatangkan pendapatan yang lumayan, saya tetap tidak berputus asa untuk menjalankan perniagaan dan senantiasa berusaha gigih dan teruskan berdoa.
Mujurlah saya mempunyai mentor dalam satu group wasap.

Dari group itulah saya mendapat tunjuk ajar dan nasihat dari yang pakar dan telah terbukti berjaya dalam menjalankan perniagaan ini.

Apabila melihat rakan-rakan lain berkongsi akan kisah kejayaan mereka mendapat sale yang banyak, maka dalam masa yang sama saya mengambil peluang untuk turut sama mendoakan mereka.

Tak rugi sebenarnya mendoakan orang lain.
Sebab dalam masa yang sama malaikat juga akan mendoakan hal yang sama buat diri kita.
Percayalah rezeki tetap ada buat kita dan janganlah semarakkan rasa syak wasangka yang buruk terhadap Allah yang maha esa.

Insaflah dan bertaubat dan mohonlah bersungguh-sungguh kepada Allah yang maha berkuasa.


Sekian
Sariah Awang Senik

Saturday 15 December 2018

REZEKI TIADA USAHALAH LAGI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Alhamdulilah.
Syukurlah masih bernafas lagi untuk hari ini. Patutnya entri ini saya tulis pada pagi tadi.
Tapi disebabkan masa yang tak cukup dan terikat dengan pekerjaan yang paling utama, maka saya memilih untuk siapkan entri pada malam ini juga.

Cuaca malam ini setiap hari rasa sejuk sangat.
Petang tadi pun hujan turun pun dengan lebat sekali.

Kata orang masa tengah hujan turunlah adalah waktu yang paling mustajab sekali untuk berdoa. Masa hujan itu kita mohonlah bersungguh-sungguh kepada Allah yang maha esa.

Jika masih lagi tiada rezeki percayalah berdoa kepada Allah itulah juga merupakan salah satu rezeki ataupun peluang untuk kita lebih mendekatkan diri kepada Allah yang maha esa.

Berusahalah dan teruskan bertawakal kepada Allah.
Jangan sesekali mempersoalkan segala kuasa Allah atau kurang yakin atas segala kebesaran Allah.

Jika timbul perasaan yang sedemikian maka bertaubatlah dan memohon kemaafan dulu kepada Allah. Insaflah bahawa Allah lebih tahu apa yang tersurat dalam hati kita.

Begitu juga dengan rezeki.
Kalau hari ini tiada, mungkin esok ataupun lusa.
Yang penting usahalah bersungguh-sungguh secara lebih konsisten.
Insha Allah, lambat laun adalah rezeki itu nanti.


Sekian
Sariah Awang Senik

Wednesday 12 December 2018

GARA-GARA ICERD

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Group Wasap
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Gara-gara perhimpunan ICERD pada hari Sabtu yang lepas ini suasjadi kecoh semuanya. Mujurlah masa itu kedai masih lagi belum dibuka. Kalau tak haru-biru jugak dibuatnya.
Mulanya saya ingat ada operasi atau apa. Lepas itu barulah teringat yang ada satu perhimpunan besar mengenai satu perkara di dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Jujurnya saya taklah begitu faham tentang ICERD ini.
Cumanya dari apa yang saya tahu yang ICERD ini bakal memusnahkan sistem raja yang ada di Malaysia, juga menghapuskan hak kaum bumiputera dan mungkin juga agama Islam tak lagi menjadi agama rasmi di Malaysia.

Itu hasil dari pembacaan saya dan apa yang disampaikan.
Jika ada silap pemahaman saya tentang ICERD ini harap dimaafkan ya.

Rasanya belum pernah saya melihat begitu ramai kaum bumiputera yang berbeza fahaman politik sama-sama bersatu hati menentang perlaksanaan ICERD ini.

Alhamdulillah. Bersyukurlah kepada Allah yang perhimpunan ini berjalan dengan lancar dan tiada rusuhan berlaku biarpun yang datang sebegitu ramai.

Apa pun marilah sama-sama kita berdoa agar segala kedamaian dan kesejahteraan yang kita nikmati ini tidak dinodai.
Walau berbeza agama, bangsa dan fahaman politik kita masih lagi dapat hidup dan bergerak bebas untuk pergi ke mana sahaja.
Alhamdulillah.

Sekian
Sariah Awang Senik

Thursday 6 December 2018

SENANTIASA BERSIAP SEDIA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Terima kasih Ya Allah kerana hari ini masih bernafas dan jalankan segala tanggungjawab.
Hadirnya lagi hari Jumaat maka bertambahlah lagi usia ini.
Masa berlalu teramat pantas. Ada masa seakan baru sahaja melihat anak-anak memulakan seisi baru persekolahan.

Hari Jumaat yang indah terasa sangat nyaman dan damai sekali.
Walau hati ini sedang bergolak tetapi taklah terlalu membebankan.

Biarpun sibuk dengan urusan harian yang tak pernah sudah, jangan sesekali kita lupa segala apa yang kita ada hari ini datang dari maha penciptaNya.
Berusahalah untuk lakukan segala amal ibadah walau penat macam mana sekalipun.

Amalan yang kita lakukan itu adalah salah satu persediaan apabila sampai saat dijemput oleh Allah yang maha esa.

Masa untuk kita kembali kepada Allah tiada siapa yang tahu.
Begitu jugalah dengan rezeki dan ajal dan sebagainya.

Dengan itu, jika kita penat rehatlah sebentar dan beransur-ansurlah melakukan ibadah secara lebih konsisten dan nanti akan rasa bagaikan satu rutin harian.


Sekian
Sariah Awang Senik

Wednesday 5 December 2018

TANGGUNGJAWAB PALING UTAMA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Syukurlah.
Baru sahaja mendapat pesanan wasap dari anak bujang yang dah selamat sampai di Semambu Kuantan. Kini dia dah pun masuk ke semester 4.
Alhamdulillah syukur juga keputusan semesternya sangat membanggakan.
Dalam hati ini senantiasa berdoa agar dia dan adiknya cemerlang dunia dan juga akhirat.

Belum pernah lagi lupa untuk doakan kedua beradik ini walau macam mana letih sekalipun.
Jika tak mendoakan mereka berdua rasa hidup sehari itu jadi tak lengkap.

Hanya tinggal lagi dua semester iaitu semester 5 dan juga semester 6.
Selepas itu akan menjalani pratikal dan tengok pulak keputusan penilaian pratikalnya macam mana.

Harapan saya semoga dia terus konsisten dan fokus kepada segala matlamat dan juga cita-citanya.
Dalam masa cuti ini, sempat jugalah si anak bujang membantu abahnya berniaga durian di tepi jalan.
Memanglah rezeki berniaga ini tak sama dengan rezeki makan gaji.
Rezeki makan gaji, pendapatannya adalah tetap setiap bulan.
Sangat berbeza dengan berniaga.

Apa pun kalau berniaga adakalanya rezeki diluar jangkaan.
Sebabnya segalanya hanya bergantung dan berharap kepada Allah yang maha esa.

Berbalik kepada kisah si anak bujang ini, setiap kali ada cuti semester dia berusaha untuk membuat sesuatu bagi mencari duit poketnya.
Mungkin dia sangat sedar saya tak mampu memberi banyak duit belanja kepada anak.
Hanya setakat yang saya mampu sahaja.

Mujurlah dia tak pernah menyoal banyak tentang semua itu.
Kini rutin dia sebagai pelajar kembali bermula esok

Sebagai ibu, saya mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan dan juga dijauhkan dari segala perkara yang tak sepatutnya.
Insha Allah.


Sekian
Sariah Awang Senik

Tuesday 4 December 2018

SYUKUR HUJAN LAGI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Apabila dah masuk bulan 12 ini, beginilah keadaannya.
Kalau hujan sebelah pagi, petang tak hujan. Kalau petang yang hujan, pagi alhamdulillah tak hujan. Apa pun bersyukur masih lagi dapat rasa keadaan hujan ataupun panas.

Jika dibandingkan dengan negara lain, Malaysia masih lagi bumi yang bertuah.
Maka dengan itu setiap hari tak pernah lupa untuk mendoakan akan kesejahteraan negara Malaysia juga buat seluruh rakyatnya.

Masa tengah menaip entri, hujan masih lagi turun diluar itu.
Entah bila akan berhentinya, hanya Allah yang tahu.
Sambil menaip entri ini, saya ditemani oleh dua ekor si bulus yang baru sahaja selesai makan. Beginilah rutin saya kalau sudah cuti.

Hari cuti masa saya banyak dihabiskan dirumah, mengemas dan juga habiskan masa dengan si bulus.
Malam ini sejuknya sangat terasa.
Terpaksa menutup kipas sekejap kerana tak tahan akan rasa sejuk ini.

Mendengar titisan hujan diatap dapur rumah, bagaikan satu irama.
Sekejap rancak dan nanti kembali perlahan semula.

Saya memilih untuk teruskan juga menulis walau tahu tak ramai yang sudi singgah membaca blog kesayangan ini. Biarlah asal niat yang baik insha Allah.

Hujan makin reda.
Agak sunyi sebentar dan sesekali kedengaran suara anak-anak kecil jiran sebelah rumah.

Alhamdulillah. Semoga rahmat dan nikmat ini tak melalaikan saya dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah dianugerahkan.
Syukurlah.


Sekian
Sariah Awang Senik

Monday 3 December 2018

WAHAI SI ANAK DARA



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Ehem, kalau dia tahu saya ambil gambar ni curi-curi maunya lari dia terus.
Itulah kerja anak dara nan seorang ini. Kebetulan gambar ini saya ambil masa dalam perjalanan ke rumah adik di Sg Buloh. Kalau nak diikutkan Tanjung Malim dan Sg Buloh itu taklah jauh mana.
Biasa sahaja bagi saya. Tahu yang anak seorang ini duduk di asrama.
Faham sajalah yang duduk di asrama ada peraturan yang ketat.
Salah satunya tak boleh bawa handphone ke sekolah.

Bukan apa kalau hilang nanti, memang sahlah akan timbul banyak masalah.
Perangai anak dara seorang ini kalau tiap kali balik dari asrama dua perkara yang selalu dia akan buat.
Pertama mengacau si bulus dan tengok hphonenya.
Entah apa yang penting sangat tak pasti.

Sesekali saya curi-curi juga lihat hphonenya itu.

Bimbang kalau-kalau dia terlalu leka sangat dengan gagetnya itu.
Berkali-kali juga saya menegaskan ada masa-masa tertentu untuk bermain dengan hphone ini.

Doa saya agar dia bijak menguruskan masa yang ada bersempena dengan cuti sekolahnya. Pernah juga dia memberi tahu saya yang dia membaca novel secara atas talian.

Saya pun baru sahaja tahu tentang adanya aplikasi yang sedemikian.

Abangnya pun pernah memberitahu saya akan hal ini.

Wahai si anak dara, janganlah selalu leka, dan biasakan yang utama dahulu.
Semoga dia faham dan dapat menilai mana yang baik juga sebaliknya.


Sekian
Sariah Awang Senik

AMALAN UNTUK TERUS KEKAL BAHAGIA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Bahagia itu ada dimana-mana. Tak perlu susahkan diri untuk mencari satu kebahagiaan, sedangkan kebahagiaan itu telah lama wujud dalam kehidupan kita. Mengejar satu kebahagiaan yang tak pasti lebih menyakitkan dari mencipta sebuah kebahagiaan.

Dalam kehidupan yang kita lalui setiap hari, semua orang berhak untuk hidup dengan lebih bahagia.
Saat dilanda satu dugaan dan juga musibah memang biasanya kita akan rasa kecewa dan sedikit lemah. Apa pun janganlah dibiarkan semua perasaan yang lemah itu bersarang terlalu lama dalam diri kita.

Luahkan segala rasa dan lepaskan semua rasa yang tak sepatutnya itu maafkan diri dan mohonlah kepada Allah agar dipermudahkan dan ditunjukkan jalan yang sejelas-jelasnya.

Tiada bahagia yang lebih kekal lama bertahan selain dari melakukan amalan-amalan ini.
Kebahagiaan yang terletak pada satu-satu material takkan bertahan lama.

Antara amalan yang biasa saya lakukan untuk terus kekal lebih lama bahagia adalah melakukan amalan zikir, selawat, solat sunat dan sedekah setiap hari. Walau ada kalanya banyak cabarannya, usahakan jangan ditinggal segala amalan ini terus.

Istiqamah dan bersabarlah dalam lakukan semua amalan ini.
Jika ada yang kurang dimana-mana secepat yang mungkin buatlah solat taubat istighfarlah sebanyak yang mungkin.

Lagi banyak istighfar lagi bagus dan letakkan segala kepercayaan kepada Allah melebihi kepercayaan dari makhluk Allah itu sendiri.

Apabila sudah terbiasa lakukan amalan-amalan ini perlahan-lahan jiwa dan minda kita akan lebih tenteram dan tak berada dalam keadaan risau sepanjang masa.

Amalan-amalan ini bukanlah menyusahkan diri sebaliknya mendekatkan lagi diri dengan Allah yang maha esa.
Melatih dan mendidik diri agar lebih istiqamah dan berdisplin serta bergantung sepenuhnya kepada Allah dan tak kepada yang lainnya.


Sekian
Sariah Awang Senik

JASA SEEKOR KUCING



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Inilah si Belang, hanya seekor kucing kampung sahaja. Tapi jasanya kepada tuan sanggup mengadai nyawanya sendiri. Tahu hanya seekor binatang yang tak mampu berkata apa-apa.
Hanya mampu mengeow dan membelai-belai kaki meminta diberi makan.

Kelmarin rasa kesian dan terhutang budi pada si Belang. Kalau tak kerana pekanya mata si Belang takkan tahu apa yang bersembunyi disebalik kotak berhampiran dengan tandas.

Sebenarnya sehari semalam tinggalkan rumah kerana menghantar durian ke rumah adik di Sg Buloh. Esoknya dalam perjalanan balik ke rumah dalam train komuter entah kenapa hati ini rasa tak tenang dan takut akan sesuatu. Sukar digambarkan semua rasa itu. Dahlah waktu itu train komuter meluncur laju meredah hujan yang sedang turun.

Teringat juga akan kejadian kemalangan train komuter yang berlaku di Tanjung Malim baru-baru ini. Train berlanggar dan mujurlah tiada kecederaan yang serius berlaku. Dalam hati ini tak berhenti-henti berdoa agar perjalanan ini dipermudahkan .

Sesampai sahaja di pintu pagar rumah, pun hati ini masih lagi rasa tak tenteram. Entah apalah yang Allah nak duga kali ini. Setelah selesai memgemas dan memberi makam si bulus termasuk jugalah si Belang, saya mengambil keputusan untuk terus sahaja masuk tidur. Memandangkan esoknya hari Ahad dan pastilah banyak kerja yang harus diselesaikan.

Bangun sahaja pagi, hati ini masih lagi rasa yang sama.
Apa pun setelah mandi dan mendirikan solat Subuh dan juga selawat dan zikir seperti biasa, saya bersiap-siap hendak ke tempat kerja.
Selesai sahaja bersiap saya duduk berehat seketika. Waktu saya sedang menyambung kembali zikir dan juga selawat dan berniat untuk habiskan semua zikir dan selawat itu.

Terperasan ketika sedang habiskan semua zikir itu, ada dua ekor bulus yang sedang mengejar sesuatu di sebuah kotak berdekatan dengan tandas. Nampak juga si bulus Belang dan si Buruk sedang berusaha gigih untuk menangkap sesuatu. Saya fikirkan mungkinkah seekor tikus. Lantas membiarkan sahaja. Lama-kelamaan nampak bunyi suara si Buruk tiba-tiba menjadi garang. Saat itu hati rasa tak tenteram. Saya mengambil keputusan untuk berhenti sekejap segala zikir dan selawat yang saya lakukan tadi.
Terus sahaja meluru ke arah kotak untuk melihat apakah sebenarnya yang berlaku.

Mengucap panjang dan terkejut rupa-rupanya si Buruk dan si Belang sedang melawan seekor anak ular tedung . Terlihat dengan jelas kepala ular itu mengembang dan bersedia bila-bila masa untuk mematuk kedua ekor bulus ini.

Tanpa berlengah, saya menjerit memanggil anak bujang untuk membunuh ular ini kerana ular ini seakan tak mahu keluar dari rumah. Tiada apa yang tajam atau buluh dalam rumah ini. Yang ada hanyalah sebatang paip besi dan juga sebotol ubat nyamuk.

Terus saya mencapai sebotol ubat nyamuk Sheltox dan menyuruh anak bujang spray ke ular tersebut biar ular tu pening dan senang dibunuh. Tahu ular itu tak besar mana. Tapi jika dibiarkan akan membawa banyak bahaya dalam rumah ini.

Apabila ular itu dah agak pening, anak bujang usaha lagi untuk menghalaunya. Namum ular tersebut tetap lagi melawan dan mengelupur dek pening dengan ubat nyamuk yang anak bujang spray tadi. Anak bujang terus sahaja melaungkan azan dan lantas memukul kepala ular tersebut. Alhamdulillah apabila terkena sahaja kepalanya, terus kepala ular itu nampak seakan longlai. Lagi sekali anak berazan dan memukul kepala dan badan ular sampailah mati. Syukur bila dah mati terus anak bujang ambil ular itu dengan penyapu sampah dan letakkan dalam penyodok sampah dan buang ular tersebut di sebuah longkang besar yang terletak dihadapan rumah.

Saya berkata kepada anak bujang dan anak dara kalau tak kerana dua ekor bulus yang sibuk ditepi kotak itu, sampai bebila pun tak menyangka dah ada seekor anak ular masuk ke rumah. Syukur juga kepada Allah kerana telah menerbitkan rasa tak tenteram dalam hati ini. Jika tak Allah gerakkan hati si bulus-bulus itu tak mungkin tahu apa yang telah berlaku.

Kepada Allah tak putus-putus saya berdoa kepada Allah buat si bulus-bulus ini. Memang seekor binatang dan hanya seekor kucing kampung. Tetapi naluri kucing dapat merasai dan membaca isi hati orang yang sayang akan dirinya.
Alhamdulillah terima kasih Ya Allah atas segala jasa dan pengorbanan si bulus Belang dan juga Buruk.


Sekian
Sariah Awang Senik

Friday 30 November 2018

BERAKHIR SUDAH 44 ENTRI UNTUK KELAS BLOG



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Alhamdulillah. Berjaya juga siapkan 44 entri untuk kelas Blog ini.
Walau terpaksa menempuh banyak cabaran dan juga dugaan tetap usaha segigih yang mungkin untuk siapkan kesemua 44 entri ini.

Kelas dikendalikan oleh Pn Masayu Ahmad seorang penulis di majalah Mingguan Wanita dan juga seorang founder di Akademik Bekerja Dari Rumah.
Berkongsi tentang kisah kehidupan dan juga satu pernigaan sampingan yang diusahakan secara online dan juga offline.

Kelas dijalankan secara group wasap dan ada yang sudah mendapat manfaatnya melalui penulisan 44 entri ini. Ada diantara ahli penulis kelas blog ini yang mempunyai latar belakang yang sangat menarik. Antaranya seorang pengusaha kelas tuisyen yang mempunyai sistem pembelajaran secara online.
Agak menarik bukan? Sangat menarik memandangkan anak-anak zaman sekarang yang suka habiskan masa dengan alat-alat gajet mereka itu.

Jadi dengan adanya sistem macam itu, taklah anak-anak habiskan masa begitu sahaja.
Selain itu ada juga seorang yang bergelar ustaz yang mempunyai pengalaman semasa belajar di negera Arab.

Semua perkongsian beliau sangat menarik hati dan semoga dapat juga menjejakkan kaki ke negara yang sama.
Dan untuk pengetahunan semua kelas Blog ini adalah kelas yang terakhir dan tak pasti sama ada akan diadakan lagi pada tahun hadapan.

Dengan berakhirnya kelas penulisan 44 entri ini, semoga semua pelajar penulisan 44 entri akan dapat manfaat daripada hasil latihan penulisan ini. Yang pasti selepas ini kena usaha gigih lagi agar semua entri blog menjadi lebih mesra dengan papan Google.

Jadi apabila sesiapa sahaja mencari maklumat dan manaip keyword maklumat maka secara tak langsung akan keluar semua entri-entri yang kita tulis setiap hari itu.

Terima kasih juga buat Pn Masayu Ahamad yang tak jemu-jemu memberi tunjuk ajar walau mungkin saya agak berumur dan banyak kekurangan disana-sini. Semoga Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah buat Pn Masayu Ahmad dan dipermudahkan segala urusannya.
Aamiin Ya Mujib.

Sekian
Sariah Awang Senik

SEJENAK BERSAMA ANAK-ANAK TERSAYANG



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Masa yang berharga bersama anak-anak ini takkan pernah berulang lagi.
Selama hampir beberapa tahun bergelar ibu tunggal, sibuk mengurus anak-anak, perniagaan dan juga kerja yang utama ini, masa berlalu begitu sahaja.

Hari biasa memang saya akan duduk sendirian dirumah. Selain melayan anak-anak bulus, menulis dan juga membaca dan sebuah perniagaan atas talian, sedikit demi sedikit saya seakan lupa akan kisah yang lalu.

Terfikir juga seakan tak percaya saya sudah melepas ke tahap ini. Menjadikan hobi menulis ini satu terapi, saya usaha untuk kongsikan apa yang terbaik dari secebis kehidupan yang ringkas dan biasa-biasa ini.

Hari ini dan esok saya bercuti selama 2 hari sahaja. Taklah lama sangat tapi itulah masa yang bakal saya habiskan bersama dengan anak-anak tersayang. Alhamdulillah si abang dah macam ketua keluarga dalam kehidupan ini. Si adik harus selalu diasuh dan diberi peringatan setiap saat.

Cara si abang sayang akan adiknya sangat berbeza. Namun jauh disudut hati abang senantiasa dahulukan keperluan adik mengatasi dirinya sendiri.

Ketika saya menulis entri ini, saya dan anak-anak dalam perjalanan ke Sungai Buloh untuk berjumpa dengan adik disana. Sejak lima tahun yang lepas inilah rutin saya. Ziarah anak-anak buah dan juga berbual dengan adik-adik semakin melupakan siapa diri saya yang sebenarnya.

Sebelum itu saya dan anak-anak sempat singgah sebentar di sebuah restoran mamak yang selalu kami singgah dahulu. Hajat dihati teringin nak makan nasi ayam penyet. Risau akan kedainya tutup, saya dan anak-anak terus sahaja ke kedai mamak yang saya nyatakan tadi.

Pepetang begini memang agak kurang pelanggan. Masih sempat jugalah saya berbual-bual dengan pelayan mamak tadi. Katanya anak-anak dah makin besar. Semuanya lagi besar dari diri saya sendiri.

Itulah kenyataanya. Masa mereka berdua dilahirkan taklah besar mana. Tak sangka juga sekarang mereka berdua lagi tinggi dari saya. Selalu memang saya bawa anak-anak berjalan sama. Kalau tiada abangnya yang temankan si adik ada. Jarang saya keluar sendirian. Jika ada pun hanya ke kedai yang berdekatan sahaja.

Selesai makan tadi, hujan pun turun. Taklah lebat sangat. Renyai-renyai sahaja. Lama-lama makin lebat pulak. Tanya juga kepada anak-anak perlu atau tak membeli payung. Mereka berdua sepakat bersuara tak perlu.

Naik sahaja jejantas terus hujan turun dengan lebat dan meriahnya.
Betul-betul Allah tu nak duga sejauh mana kesabaran ini.

Hanya dalam berjalan kaki selama 20 minit, lagi sekali saya dan anak-anak diduga.

Apa pun sebaik sahaja turun dari jejantas tadi saya dah suruh anak bujang untuk beli sekaki payung disebuah kedai yang terletak berhampiran dengan sebuah masjid. 

Dah memang rezeki nasib baiklah ada payung dijual di kedai tersebut.

Amboi, lenanya anak dara seorang ini tidur. 
Dah kenyang perutnya tidurlah dia. Tahu dia dah anak dara, tapi selalu rasa yang dia tu masih kecil lagi.

Okeylah, buat masa ini saya belum sampai lagi ke destinasi yang dituju. Melihat yang anak dara terlentok lena rasa cemburu pulak nak join sama.
Saya berhenti disini dahulu dan nanti sambung lagi dengan entri yang lain pulak ya.


Sekian
Sariah Awang Senik

Thursday 29 November 2018

MASA UNTUK TIDUR


Teks : Sariah Awang  Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Memang hari ini hari Jumaat. Dan syukur sangat Allah izinkan untuk rasa apa saja nikmat yang diberi selama ini.
Berterima kepada Allah kerana masih ada segalanya.
Rumah walau rumah sewa, kerja , rakan-rakan dan juga anak-anak tersayang.

Bukan saja ada anak-anak, yang paling banyak ceriakan hidup ini adalah anak-anak bulus tersayang.
Tak tahulah nak cakap macam mana kalau dah pun yang bukan dalam kategori anak-anak bulus yang comel.

Allah tu kan maha mendengar dan mengetahui.
Digerakkan naluri kucing-kucing untuk singgah meminta makanan walau tak tahu siapa tuan punya rumah sewa ini.

Rupanya kucing yang singgah memberi seribu rahmat.
Hadirnya haiwan berbulu yang comel ini sebagai satu perantaraan untuk dapatkan seberapa pahala sebagai bekalan di sana nanti.

Alhamdulillah.
Hari ini hanya makna cekodok dan rasa sangat bersyukur dapat makan dan minum seperti selalu.
Macam biasa datanglah si bulus meminta sedikit makanan.
Bila tengok saja muka si bulus yang comel dan lucu ini, maka senanglah hati ini terpaut dan rasa kesian.

Alahai, hari ini saya tiga beranak hanya makan cekodok sahaja pun.
Tapi itulah yang buatkan si bulus bagaikan magnet nak jugak rasa cekodok yang saya buatkan tadi.
Makan pun si buius taklah banyak mana.
Agak kenyang sikit, maka si bulus-bulus pun berhentilah makan.

Sah-sahlah si bulus kurang makan sayur.
Yang terperasan lauk dan ayam mesti habis.

Apa pun tak pernah akan banyak mana sibulus makan.
Asalkan tahu berdisiplin dan menganggu orang lain.

Hari ini semua si bulus-bulus ini pakat-pakat sehati sejiwa tidur pulak semuanya.
Padahal hanya makan keropok dan beberapa keping cekodok ikan bilis.

Kepada Allah saya berdoa agar sibulus-bulus ini tidak menyusahkan jiran tetangga dan dijauhkan dari segala perkara yang tidak diingini.

Cuba tengok si bulus yang bernama Pang Pang ini comel tak ?


Sekian
Sariah Awang Senik

PENGHULU SEGALA HARI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Group Telegram
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Hari Jumaat yang sangat indah. Alhamdulillah syukur Allah masih izin akan segalanya.

Masih lagi dapat dengar suara burung-burung bernyanyi keriangan.

Mentari memancarkan sinarnya sangat indah.
Bunyi ayam riuh rendah entahkan apa yang disorakkannya.

Semua nikmat ini tiada harganya.
Belajarlah menghargai sementara masih berkesempatan.

Tak perlu bertangguh.
Cukup selalu basahkan lidah dan biasakannya dengan zikir dan selawat kepada maha penciptaNya.

Sesusah mana amalkanlah selalu.
Pasti damainya tak terkata. Allah tidak menyuruh kita untuk menyalahkan sesiapa setiap kali dilanda sesuatu dugaan. Cukup sekadar memperbanyakkan lagi amalan seperti solat sunat, berzikir dan juga berselawat dan tidak lupa juga bersedekah.

Insha Allah cepat atau lambat Allah akan beri petunjuk untuk semua masalah yang kita sedang hadapi itu.


Sekian
Sariah Awang Senik

UPSR LAGI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulillah. Siang tadi dah pun dengan rasminya keluar result UPSR tahun 2018.
Teringat tahun 2017 masa anak dara mengambil result UPSR tahun 2017 dahulu. Walau taklah secemerlang mana tapi sangat membanggakan. Kalau tak silap tahun lepas adalah batch kedua UPSR untuk mendapat 6A dan tahun ini adalah batch yang ke tiga.

Masih jelas di ingatan bagaimana nama anak dara tak disebut-sebut walau telah berbelas kali nama kawan-kawannya yang lain dipanggil ke atas pentas. Masa itu debaran dihati ini hanya tuhan yang tahu.

Terbayang juga dek ingatan mungkinkah si anak dara mendapat keputusan yang tidak cemerlang dan membanggakan.
Apa pun saat itu saya hanya mampu berdoa yang terbaik buat dia dan muhasabah diri dengan sejujurnya apa sahaja keputusan anak harus diterima dengan redhanya.

Saya tahu dia telah buat yang terbaik dan membanggakan. Bangga walau menjadi mangsa perceraian tiada alasan untuk dia bersedih dan sebagainya.

Berjaya dengan cemerlang atau tak, itu bukanlah satu jaminan untuk hidup yang lebih baik pada masa hadapan.


Sekian
Sariah Awang Senik

CEKODOK KASIH SAYANG


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Hujan yang turun tadi boleh tahan jugak lebatnya.
Mujur dah habis waktu kerja dan dah pun balik ke rumah. Selesai saja mandi dan solat tiba-tiba teringat nak buat cekodok Ikan Bilis.

Petang-petang macam ini tambah hujan pulak, sedap makan cekodok ini.
Saya pun terus ke dapur dan suruh anak dara tersayang mengopek ikan bilis nak buat cekodok ikan bilis tu. Sementara tunggu anak dara selesai mengopek ikan bilis tu saya mengupas sedikit ubi kentang.

Cadangnya nak goreng sahaja ubi kentang ini. Teringat pulak si anak dara pun suka sangat makan ubi kentang goreng ini.
Bila dah siap separuh ubi kentang yang digoreng itu, ikan bilis pun siaplah.
Tanpa berlengah lagi saya pun terus saja siapkan bahan-bahan lain untuk cekodok ikan bilis ini.

Sebelum itu nak beritahu juga ini. Gambar cekodok yang  diatas ini bukanlah cekodol yang saya buat itu. Sebabnya tadi sebaik sahaja cekodok ini siap digoreng dan dimakan panas-panas macam sedapnya sampai dan nikmatnya rasa cekodok itu susah nak digambarkan.

Terlintas juga dalam hati masa makan cekodok ikan bilis nak ambik gambar tapi terlupa pulak. Yang bestnya dan rasa sangat bahagia ialah apabila saya dan juga anak-anak tersayang sama-sama menikmati kesedapan cekodok ini.

Ikutkan resipi buat cekodok ikan bilis ini tidak adalah bahan-bahan yang istimewa yang lain.
Cumanya setiap kali nak masak apa-apa walau hanya sekadar telur dadar pasti saya dahulukan terlebih dahulu dengan selawat dan istighfar. Hanya itulah sahaja resipi rahsianya.

Bila dapat makan bersama dengan anak-anak dalam hujan lebat yang turun mencurah-curah tadi terasa sangat membahagiakan. Dalam hati ini ingin selalu habiskan masa bersama dengan anak-anak macam itu.

Almaklumlah anak teruna belajar nun jauh di Kuantan. Yang si adiknya pulak walau tak terlalu jauh tetapi selalu rasa rindu.

Mungkin disebabkan semua faktor itulah yang telah membuatkan cekodok ikan bilis saya bertambah sedap.
Senang cakap cekodok ini terasa sedap sebab mungkin dimasak dengan penuh rasa kasih sayang atau cekodok kasih sayang walau hanya dimasak secara ringkas.

Sekian 
Sariah Awang Senik

SERVICE REVIEW PRODUK DAN MENULIS SURAT RASMI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Hujan masih lebat diluar itu. Apa pun hati ini masih lagi belum rasa aman selagi tak selesaikan semuanya sebaik yang mungkin.
Alhamdulillah. Satu masa dulu dah pun pernah lalui pengalaman belajar tentang kerja seorang ghostwriter. Kalau nak difikirkan selalu jugaklah dengar tentang kerja seorang ghostwriter.

Cumanya belum secara serius lagi.
Ada masa tertentu kita ada banyak idea tapi tak cukup masa untuk tulis semua idea-idea kita itu.

Jika anda perlukan khidmat seorang ghostwriter bolehlah menggunakan perkhidmatan saya serendah RM 50 ataupun RM 20.
Selain mengambil upah untuk mengulas produk atau perkhidmatan orang lain, saya juga menyediakan khidmat menuis resume dan juga menulis surat-surat rasmi.

Mungkin ada diluar sana yang kesuntukan masa untuk membuat surat rasmi dan juga surat-surat yang lain.

Jangan malu atau segan, anda boleh sahaja wasap saya disini 019-4075634 untuk maklumat yang lebih lanjut.


Sekian
Sariah Awang Senik

Wednesday 28 November 2018

MENCAPAI SATU IMPIAN


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Tiada yang mustahil. Nak atau tak nak.
Semua telah tersedia ada.
Belajar dari yang sudah terbukti berjaya dan bukanlah hanya sekadar cakap kosong sahaja.

Satu sahaja yang saya mohon dari semua pembaca yang sudi singgah baca entri ini.
Mungkin hari ini sekadar satu entri yang biasa.

Siapa tahu, esok lusa dah jadi kenyataan. Tak mintak banyak hanya satu doa dari yang sudi mendoakan.

Berbekalkan modal sebanyak RM 5k, saya mulakan segalanya.
Walau sesusah mana pun, wajib teruskan dan habiskan semuanya.

Keluarkan dulu modal dalam RM 2k untuk produk dan juga barang-barang keperluan perniagaan. Dengan sebuah kereta wira terpakai, saya mengorak langkah dan beranikan diri untuk hadapi semuanya.

Pada sebelah pagi, saya berniaga di pasar pagi dari jam 8 hinggalah ke 12 tengahari.
Jika ramai pelanggan dan kebetulan hari tersebut jatuh pada hari cuti am d
atau perayaan, maka lamalah sikit saya berniaga.

Hari Rabu pula berniaga di pasar tani. Walau tahu produk yang dijual bukanlah hasil pertanian tapi tak salah nak menjualnya. Kerana produk ini adalah produk bumiputera dan dijamin halal dan selamat dipakai.

Selesai berniaga di pasar tani, saya terus mulakan rutin di sebuah pasaraya walau hanya sekadar berniaga di tepi sebuah pasaraya sahaja. Rezeki ada dimana-mana.
Allah dah janjikan kepada umat-umatnya yang rajin berusaha serta tak mengabaikan segala suruhannya.

Tak cuba tak tahu sejauh mana akan berjaya. Berjaya atau gagal usahlah terlalu difikirkan.
Asalkan terus berusaha dan jangan sesekali berhenti berdoa.

Ada sahaja peluang untuk membuka booth-booth takkan saya lepaskan peluang.
Belum lagi mencapai impian yang besar tapi inilah impian kecil yang telah tercapai sudah.

Harapannya dalam masa tiga tahun lagi dah ada kiosk yang tersendiri.

Alhamdulillah. Mungkin apa yang saya tulis tadi sekadar satu impian.
Jika Allah sudah izinkan semuanya jadi kenyataan tak lama lagi. 

Menulis dan berniaga ini bagaikan cinta saya di dunia ini.
Sekarang saya hanya bergelar penerima zakat .
Siapa tahu esok lusa saya dapat keluarkan zakat yang lebih banyak dan konsisten.

Berniaga dan ingin jadi jutawan agar dapat keluarkan zakat yang lebih banyak untuk turut sama bantu golongan yang lebih memerlukannya.

Mohon jasa baik doakannya buat saya ya.

Nota : Gambar ini adalah stokis dan juga mentor saya yang telah pun berjaya dalam perniagaan ini juga disamping agent-agent yang telah pun membuat sales yang banyak setiap bulan. Semoga saya juga dapat mengikut segala jejak langkah mereka yang telah berjaya ini.


Sekian
Sariah Awang Senik


HANYA RM 10 JE


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Group Telegram
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Kecil bukan sebarang kecil tau.
Biar pun kecil tapi ada pelbagai bau yang sesuai untuk lelaki dan juga perempuan.
Tak kira tua atau muda semua pun boleh saja nak wewangi.

Kita berwangi-wangian bukan nak tarik perhatian sesiapa. 
Tapi nak tarik perhatian en Hubby tersayang jugak kan?

Boleh juga kita calitkan sedikit pada badan anak-anak tersayang, agar anak-anak tetap wangi sepanjang masa. Bayangkan bila sampai sahaja di rumah balik dari kerja walau kita rasa penat walau anak-anak masih lagi belum mandi, bau mereka tetap saja wangi.

Bila anak-anak dah mandi, lagilah bertambah wangi jadinya.
 Yang botol kecil perfume Dexandra ini harganya hanya RM 10 jer.
Kalau nak botol yang besar harganya pulak RM 70. 

Beli sahaja 2 botol RM 130.
Lagilah jimat RM 10.

Tak perlu lagi buang duit untuk beli perfume yang mahal-mahal. 
Kerana Dexandra Eau De Parfum dah setanding dengan jenama antarabangsa.
Ada sijil halal dan telah memenangi beberapa anugerah yang lain.

Masih was-was lagi nak gunakan Dexandra Eau De Parfum?

Apakata cuba dulu botol yang kecil bersaiz 3ml ini.
Rasai sendiri macam mana baunya dan kalau masih tak tahu apa perfume yang sesuai, boleh sahaja wasap kat sini 019-4075634 dan saya akan cadangkan apa saja perfume yang sesuai untuk diri anda itu.

Sekian
Sariah Awang Senik

CARA TERBAIK HADAPI MASALAH


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Apabila dilanda masalah, memang kita akan rasa sangat melemaskan. Seolah-olah sukar nak bernafas. Apa pun kalau tiada masalah, bukannya nama sebuah kehidupan.
Masalah yang datang itu sebenarnya bagaikan satu ujian untuk kita lebih bergantung harap kepada Allah yang maha esa.

Setiap kali dilanda masalah, anggaplah masalah itu sebagai satu peringatan buat kita. Janganlah terlampau memikirkan akan masalah tersebut.
Sebaliknya carilah peluang disebalik masalah yang.

Kalau setiap kali ditimpa masalah, selalunya apa perkara pertama yang sepatutnya kita lakukan. Antara yang biasa saya amalkan jika sedang menghadapi satu masalah ialah :
@ Ambil wuduk
@ Bersolat taubat
@ Berdoa terus kepada Allah
@ Perbanykkan istighfar
@ Berselawat
@ Berzikir
@ Bersedekah

Amalkan buat segalanya diatas secara konsisten dan insha Allah segala masalah yang kita hadapi itu Allah akan permudahkan dan tunjukkan jalan yang sejelas-jelasnya.


Sekian
Sariah Awang Senik

Tuesday 27 November 2018

TOLONGLAH JAGA KEDAMAIAN INI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Ketika sedang berehat dan juga menonton televisyen, rasa gerun mendengar akan pelbagai berita terkini. Kisah jenayah, rogol, dera dan pembunuhan di sana dan sini. Paling terkini berita tentang ruduhan di sebuah kuil di Shah Alam. 

Anggota bomba yang ketika itu menjalankan tugas memadamkan beberapa buah kereta yang terbakar menjadi mangsa. Tak pasti akan puncanya kenapa dan mengapa. Asbab tidak puas hati orang lain yang menjadi mangsa kemarahan. Yang paling memeranjatkan adalah mereka menyerang anggota bomba yang sedang bertugas.

Rasa sedih kenapa kejadian ini boleh berlaku. Begitu mudahnya perasaan marah menguasai seseorang dan mudahnya terpengaruh akan perkara yang tiada kebenaran.

Ada baiknya segala perkara dibawa berbincang sebaiknya. Perkara ini melibat banyak aspek. Terutamanya melibatkan perkauman agama dan sebagainya. Dulu tiga bangsa utama dalam Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India boleh hidup bekerjasama sesama sendiri.

Sekarang tolonglah hargai rasa hormat sesama kaum-kaum yang lain.
Tolonglah jangan bagi Allah marah pada bumi Malaysia ini.
Tolonglah hargai kedamaian dan kemakmuran yang kita nikmati selama ini.

Jika ada silap dimana-mana berusahalah untuk memaafkan.
Usah biarkan orang lain menodai kemerdekaan yang sekian lama kita kecapi.

Hargai pengorbanan segala perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan ini.

Ambillah pedoman apa yang berlaku di negara jiran kita Indonesia.
Di mana bumi seakan tak mampu lagi menanggung segala kerasukan asbab segala dosa-dosa yang telah kita lakukan.

Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa tak kira kecil atau besar dari diri ini juga yang sudi baca secebis coretan kedamaian dan juga ketenangan.

Sekian
Sariah Awang Senik
 

Monday 26 November 2018

ORANG QADA PUASA, DIA QADA TIDUR

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Amboi!!
Bukan main sedapnya anak dara tidur. Mentang-mentang cuti sekolah dah bermula. Dia punya qada tidur macam nak tidur setahun. Kalau qada puasa tu dapatlah jugak pahalanya.
Hari tu masa saya balik sahaja dari kerja, masuk sahaja dalam rumah, penuh dengan barang-barang asramanya. Dengan buku-buku teks, baldi , hanger baju dan juga barang-barangnya yang lain. Itulah yang rasa kelakarnya. Orang qada puasa. Yang anak dara seorang ini pulak qada tidurnya.

Naik sahaja ke tingkat atas, tengok dia tidur dengan lenanya tak jadi pulak nak marah. Faham sangat rutinnya di asrama macam mana. Terpaksa bangun awal, takut nanti bila dah terbangun lewat penuh pulak bilik mandinya dan kena lagi beratur.

Itulah yang saya ingat masa memula dia belajar duduk asrama dahulu.
Bila balik sahaja dari asrama, pasti lama sikit dia akan tidur dari biasa.
Rasa tenang dan damai melihat dia tidur nyenyak begitu. 

Hilang sekejap rasa stress dan juga apa sahaja masalah yang bermain dalam benak fikiran ini. Apa pun bila dia dah bangun nanti, bolehlah ansur-ansur suruh dia kemas barang asramanya elok-elok. Terutamanya buku-buku teksnya itu.

Bukan apa saya risau takut si bulus ambil kesempatan kencing di buku-buku teks tersebut. Si bulus ini pulak ada masa pandai berlari keluar dari rumah kalau nak melepas. Ada masa nakal pulak perangainya.

Jadi kita yang bernama manusia ini, kenalah lagi bijak pandai mengatur akan segala. 

Hailah anak!
Punyalah dah lena tidur sampai ajak makan pun tak nak. Puas jugaklah gerakkannya bangun kerana dah masuk waktu Isyak dan harus laksanakan tanggungjawab yang sepatutnya kepada Allah yang maha esa.

Dah selesai semua itu, barulah boleh tidur ya, sayang!


Sekian
Sariah Awang Senik

MISI MENCARI BUKU BARU


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Amboi! Si anak dara rupanya dah pandai baca novel Bahasa Inggeris.
Patutlah tengok result subjek Bahasa Inggerisnya makin meningkat dan diantara mata pelajaran yang paling tinggi markahnya.

Sebelum ini masa dia dalam darjah 6, dia selalu beli novel Bahasa Melayu.
Cuma masa dulu dia pernah cakap, satu hari nanti dia pasti boleh baca dan faham buku novel Bahasa Inggeris.

Dah mula cuti sekolah ini, sesekali dia asyik sibuk dengan hphone sahaja. Sesekali nampak juga dia membelek-belek majalah Korea dan juga komiknya.
Selalu juga saya pesan pada si anak dara agat tak terlalu banyak habiskan masa dengan phonenya itu.

Tahu sepanjang berada di asrama, membawa hphone ke asrama adalah tak dibenarkan sama sekali. Selain bercadang nak habiskan lebih banyak masa dengan anak-anak tersayang, saya juga bercadang untuk menambah koleksi buku peribadi sendiri.

Tak kiralah untuk diri ataupun anak-anak. Saya sangat sedar bila mereka berdua terlalu asyik dengan hphone boleh buatkan mereka berdua jadi lalai.
Memang tak salah bermain dengan hphone, tapi haruslah pandai bahagikan masa agar tak terbuang begitu sahaja.

Terbayang juga nak beli lebih banyak buku motivasi dan juga buku-buku tentang kisah orang-orang yang telah berjaya dalam kehidupan masing-masing.

Harapannya agak buku-buku yang bakal dibeli dapat memberi lagi semangat dan sumber inspirasi dalam nak capai satu kejayaan.
Insha Allah


Sekian
Sariah Awang Senik

Sunday 25 November 2018

MANISNYA ZAMAN PERSEKOLAHAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Bermulalah kerja seperti biasa di musim cuti sekolah ini. Walau hanya sebulan bercuti tapi meriahnya anak-anak menyambut cuti ini, bagaikan setahun nak bercutinya. 

Pagi tadi lihat anak-anak sekolah yang berombongan sekolah.
Nampak ceria dan gembrianya bahagia melihatnya.
Apa saja yang mereka buat nampak lucu dan comeynya.

Kadang teringat zaman sekolah dulu. Walau dikategori dalam kalangan murid yang nakal tapi masih ada batasannya. Ponteng sekolah, ponteng kelas, kena denda dan pernah jugalah merasa di tali pinggang oleh abahku.

Rasanya kalau zaman sekolah mahu agaknya orang akan kata abah mendera anaknya. Namun semua itu tidaklah keterlaluan. Segala yang abah buat dan lakukan ketika itu menjadikan aku seorang manusia yang tidak gentar walau apa saja dugaan yang mendatang.

Apa pun demi untuk dapatkan kehidupan yang lebih baik, pasti kita akan diuji dan diduga dalam menjalani kehidupan ini.


Sekian
Sariah Awang Senik

Thursday 22 November 2018

JUMAAT DATANG LAGI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah.
Cepat sungguh masa berlalu.
Alhamdulilah, hari Jumaat yang tersangat indah.
Pagi tadi bangun jam 4.30 pagi, terlihat bulan penuh indah menyerlahkan cahayanya.

Tak henti-henti bersyukur kepada Allah kerana masih lagi memberi peluang untuk jalankan segala tanggungjawab dan melihat anak-anak tersayang.
Dalam hati tak dapat digambarkan seandainya sudah sampai masanya dijemput oleh maha penciptanya.

Di usia yang semakin bertambah ini, hanya ingin luangkan lebih banyak masa beramal dan juga melakukan ibadah yang lain sebagaj persediaan untuk kekal abadi di sana nanti.

Alunan zikir dan selawat mesti dilakukan setiap hari.
Harta dan wang ringgit tiada berguna disana nanti.
Sedekah, doa anak yang soleh dan ibadahlah penyelamat apabila telah sampai masanya nanti.

Amalan sedekah usahlah difikirkan tentang sedekah yang besar-besar.
Dengan hanya tersenyum, menolong dan juga mendoakan orang lain juga dikira sebagai salah satu sedekah.

Buat semua yang sudi singgah baca entri ini, didoakan pada hari Jumaat ini, senantiasa mewah segala rezeki, sihat sejahtera dan dipermudahkan segala urusannya.


Sekian
Sariah Awang Senik

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...