Tuesday 13 May 2014

KERANA ALATAN GAJET HUBUNGAN KEKELUARGAAN SEMAKIN RENGGANG

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber ; Google
Assalaumulaikum, dunia semakin moden dan berubah. Begitu juga dengan manusia berubah mengikut peredaran masa dan juga arus kemajuan. Di sekeliling kita, begitu banyak alatan moden yang semakin melalaikan kita dan hampir merenggangkan hubungan persaudaraan dan juga persahabatan. Sudah menjadi suatu kemestian ramai di antara kita pasti akan mempunyai telefon bimbit, Tab, Ipad dan juga laptop sebagai salah satu pelengkap kehidupan. Semua kemudahan itu senang di miliki dengan harga yang berpatutan.
Di dalam sesebuah keluarga, ayah,ibu, abang, kakak, adik, nenek dan juga datuk pasti dilihat memiliki telefon bimbit sebagai salah satu kemudahan asas kehidupan. Tidak salah memilikinya namum disetiap satu alatan gajet terdapat buruk dan juga baiknya. Telefon bimbit yang kita miliki pasti mempunyai kemudahan internet dan itulah yang membuatkan seseorang semakin leka dan asyik dengan telefon bimbit dan juga alatan gajetnya. Cuba anda perhatikan semasa menaiki bas, teksi, Lrt dan apa sahaja kemudahan awam, kita akan lihat mereka asyik menatap telefon bimbit dan juga tab mereka. Jarang kita cuba beramah mesra semasa sendiri semasa menggunakan kemudahan awam. Hanya sedikit daripada kita menggunakan masa yang ada dengan membaca dan juga berbual dengan orang lain.
Sejak pagi keluar dari rumah dan bekerja dari jam 9 hingga 5 petang dan kekadang pulang lewat ke rumah kerana bekerja lebih masa dan juga sebagainya. Pulang ke rumah, kita sibuk dengan urusan rumahtangga dan juga anak-anak setelah penat pasti kita sibuk melayari internet dengan melihat laman sosial seperti Facebook, Wechat, Twitter dan juga beberapa laman sosial yang lain. Di sebabkan kita semakin leka, kita terlupa meluangkan lebih banyak masa bersama-sama dengan anak-anak dan juga ahli keluarga yang lain.
Betapa kita terlalu asyik dan taksub dengan alatan gajet yang menjarakkan lagi hubungan kekeluargaan yang lain. Segala ciri-ciri tersebut boleh menyebabkan keruntuhan rumahtangga seseorang. Si suami dan isteri sibuk bermain sms dan juga berwechat dan whatshapp bersama dengan sahabat handai masing-masing. Tidak salah menggunakan namun biarlah segala penggunaannya dihadkan pada masa yang tertentu. Ketika berada bersama keluarga dan juga sanak saudara, cubalah hadkan penggunaan telefon, tab, laptop dan juga alatan gajet yang lain. Usahalah habiskan masa yang ada dengan sebaik yang mungkin dan nikmatilah segala kehidupan dengan lebih berhati-hati. Kasih sayang, cinta adalah terlalu amat berharga dan tiada nilainya jika dibandingkan dengan alatan gajet yang dimiliki.
Begitu juga dengan pembesaran anak-anak. Bila kita terlalu terleka dengan gajet yang ada, kita tidak sedar yang anak-anak dah semakin membesar dan sudah semakin jauh daripada jauh daripada kasih dan sayang mereka sebagai ibubapa. Walau apa pun kemudahan yang kita ada janganlah ianya sampai melekakan dan membuatkan kita lupa akan tanggungjawab masing-masing.
Segala peristiwa dan juga kenangan pahit dan manis tidak akan berulang lagi di dalam kehidupan ini. Hargainya dan nikmatilah semuanya sebelum terlambat dan tersedar bahawa apa yang kita ada semakin jauh secara perlahan-lahan.
Coretan Ikhlas Dari Sariah Awang Senik
WISHLIST:
Ingin menjadi penulis yang mempunyai aura yang tersendiri.
Ingin jadi usahawan online dan sekaligus membantu orang lain turut berjaya.
Ingin berkongsi kisah kehidupan.

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...