Wednesday 29 October 2014

PAKEJ MAMPU MILIK - ABDR

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Anda teringin hendak memiliki kedai online sendiri tetapi kurang berkemampuan? Mungkin pakej ini sesuai untuk anda yang kurang berkemampuan.

Dengan hanya membayar RM200 sama ada secara ansuran ataupun tunai, anda kini telah pun mempunyai kedai secara online.

Cara pembayaran ialah :
@@@ RM200 Bayaran penuh
@@@ RM100 2 kali pembayaran
@@@ RM 50   4 kali pembayaran
- Bayaran tunai kelas akan bermula selepas pembayaran. Dan bagi yang membayar secara ansuran, kelas hanya bermula setelah selesai pembayaran.

Antara aktiviti yang dilakukan setelah membuat pembayaran dan menyertai ABDR ialah :
@@@ Tempahan blog bisnes
@@@ Boleh menjadi pengurus online ABDR
@@@ Promosi kelas online dan juga ebook
@@@ Promisi produk makanan dan mula kumpul komisen.

Anda mahu berjaya bersama-sama kami, sila hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Coretan ABDR
Sariah Awang Senik

Monday 27 October 2014

PUR Q ACTIVE

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook Dan Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Sebagai ibubapa kita pasti inginkan yang terbaik untuk anak-anak kita. Kita sering menghadapi masalah anak-anak semasa di dalam process pembesaran. Masalah yang sering kita lalui ialah :
@@ Anak-anak yang degil dan juga malas.
@@ Sukar bangun pagi.
@@ Susah hendak menunaikan solat.
@@ Menghadapi masalah pembelajaran di sekolah.
@@ Sukar mengikut arahan sama ada daripada ibubapa dan juga guru-guru di sekolah.

Kini semua masalah boleh di hadapi dengan mengamalkan memakan PUR Q AVTIVE. Berbentuk jelly lembut yang berwarna-warni dan amat berkesan dan mudah memakannya.
Warnanya berwarna-warni senang menarik perhatian kanak-kanak untuk memakannya.

Mengandungi saffton,garam bukit dan juga terdapat terapi ayat-ayat
al-quran.
Cara memakannya ialah dengan memakan 2 biji setiap hari.
Harga memang menarik dan amat berpatutan.
Harga 1 botol RM 35
Harga 2 botol RM 55
Kos postagenya ialah RM5

Jika ingin mencuba makanan tambahan yang berasaskan jelly ini bolehlah hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com.

Coretan Santai
Sariah Awang Senik

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI
Harga RM25
Terdapat pelbagai kandungan yang menarik.
Anda berminat untuk mendapatkannya hubungi saya Sariah 019-4075634

Sunday 26 October 2014

PERJUANGAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Hari ini adalah minggu terakhir di dalam bulan oktober tahun 2014. Walaupun telah memasuki tahun baru Islam, masih banyak perjuangan yang masih belum selesai. Berjuang dengan diri untuk keluar sepenuhnya daripada hidup di dalam zon selesa.

Telah terlalu lama hidup di dalam zon selesa , sehingga sesuatu yang berlaku di dalam kehidupan yang banyak mengubah matlamat kehidupan yang selama ini tersemadi di dalam diri. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dan bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku di dalam sesebuah kehidupan.

Apapun kita tidak perlu membuat azam baru setiap tahun, kerana kita boleh membuat azam yang baru setiap hari. Sebelum membuat sesuatu azam yang baru, pastikan kita telah pun meraih kejayaan daripada azam yang terdahulu.

Namun azam yang lama, masih belum tercapai sepenuhnya. Dan dengan sebab itulah, penulis harus berjuang sedaya upaya untuk mencapainya. Kejayaan yang akan di capai bukanlah bertujuan untuk bermegah diri tetapi lebih untuk buktikan kepada diri sendiri dan keluarga bahawa penulis mampu mencapai apa sahaja kejayaan walaupun terlalu banyak dugaan yang hadir di dalam kehidupan ini.

Semoga kita ataupun siapa sahaja akan meraih kejayaan jua suatu hari nanti. Biar seribu kali kegagalan namun menyerah kalah tidak sama sekali.

Coretan Perjuangan
Sariah Awang Senik

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH
Menyedia pelbagai kemahiran secara online bagi yang berminat untuk bekerja dari rumah. Kemahiran secara online dan ditentukan mengikut masa yang kita tentukan sendiri.
Terbuka kepada semua golongan dan tiada tarikh tutup.
Berminat dan anda telah bersedia, boleh hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com Facebook Sariah Awang Senik

Saturday 25 October 2014

SIBUK DAN SOLAT

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum, membaca sebuah entri di salah satu rakan rakan blog di ABDR membuatkan saya terpanggil untuk menulis entri yang tidak seberapa ini. Hampir setiap hari berusaha dan bekerja untuk mencari rezeki yang halal dan berkat untuk anak-anak. Membesarkan anak-anak dan juga mendidik mereka secara persendirian bukanlah suatu perkara yang mudah.

Namun bukanlah itu yang menjadi.pokok persoalannya. Tetapi bagaimana kita menetapkan hati untuk bersolat walau betapa kita sibuk menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja kepada majikan. Secara jujurnya entri ini bukanlah bertujuan untuk menyindir sesiapa tetapi lebih kepada mengingatkan kepada diri sendiri yang sering leka dan juga lemah.

Bekerja di sektor perkhidmatan dan juga mempunyai majikan yang berbangsa Cina , bukanlah perkara yang mudah. Tetapi ada juga di antara mereka yang juga amat memahami akan tanggungjawab para pekerja mereka. Bukan hendak menyalahkan sesiapa tetapi lebih kepada menyalahkan diri sendiri yang terlalu lemah. Apabila keadaan terlalu sibuk dan juga ada pekerja yang datang lambat ataupun mengambil cuti di saat akhir , itulah yang membuatkan menjalankan tanggungjawab kepada yang satu menjadi alasan yang paling sesuai. Sebenarnya dari segi agama memang alasan ini tidak berapa sesuai. Kerana kita harus mempunyai alasan yang kukuh untuk menggantikan sembahyang ataupun waktu yang telah kita tinggalkan.

Sebenarnya jauh di sudut hati saya, saya merasa amat cemburu
melihat rakan-rakan yang lain, yang pergi mengerjakan solat tanpa risau akan kerja yang ditinggalkan. Saya tertarik dengan seorang anak muda yang begitu tekun menjalankan ibadahnya walau sesibuk mana dia bekerja. Walaupun hanya bekerja sebagai seorang tukang masak, mempunyai penampilan yang biasa dan tidak terlalu bergaya seperti mana anak-anak muda yang lain. Kesungguhannya menjalankan tanggungjawabnya amat menginsafkan saya.

Saya selalu berborak dan bersembang dengan dia bertukar-tukar pandangan. Berasal dari negeri yang terkenal dengan serambi Mekah, saya yakin pendidikan agama yang di pelajarinya bukan rendah. Apa pun saya nekad menanamkan keazaman untuk mengikut jejak langkah anak muda ini. Katanya bumi Allah ini luas. Kalau kerja yang kita lakukan tidak ikhlas dan rasa terpaksa memang rezeki tidak akan berkat.

Itulah kunci keberkatan hidup anak muda ini. Walau gaji yang diterima rendah, tetapi dia mampu menyara keluarganya di kampung dan juga pulang bertemu kedua ibubapanya setiap bulan. Sedangkan penulis sendiri sudah beberapa bulan tidak menjengah keluarga di kampung.

Itulah sebahagian daripada kisah kehidupan yang nyata dan juga kelemahan manusia yang mengejar kesenangan dunia dan mengabaikan dunia yang kekal abadi di sana nanti. Selagi masih berpeluang berubah, cubalah mengerjakan solat walau sesibuk mana kita menjalankan tanggungjawab kita. Usah risau kerja yang ditinggalkan sebentar kerana Allah ada jalannya tersendiri untuk menyelesaikannya.

Jikalau ada yang telah tersinggung perasaan akan tulisan yang saya telah siarkan, mohon seribu kemaafan akan kekhilafan ini. Kenyataannya manusia tidak akan pernah sempurna. Kerana kesilapanlah yang telah mengajar  manusia tentang erti kehidupan. Akhirkata, kerjakanlah solat sebelum terlambat. Ternyata Allah tidak pernah mengabaikan kita, tetapi kita yang sering mengabaikannya.

Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik

Nota : Buat rakan-rakan blog ataupun sesiapa yang singgah membaca entri ini, saya sangat perlukan pandangan dan juga tunjuk ajar kalian tentang hal ini. Kepada yang arif tentang hukum-hukum sembahyang, tentu boleh memberikan pandangan tentang hal ini.
Adakah berdosa seseorang hamba Allah itu,jika dia terpaksa meninggalkan salah satu solatnya di antara solat 5 waktu, contohnya solat Asar dan Magrib kerana terlalu sibuk bekerja?
Adakah semua amalan-amalannya di terima Allah, contohnya puasa sunat, sedekah dan juga amalan solat sunatnya?
Sebarang pandangan boleh emailkan terus ke email saya sariah.awangsenik@gmail.com

Wednesday 22 October 2014

TREND BEKERJA DARI RUMAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Bekerja sambil menguruskan rumahtangga dan juga dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga. Itulah yang menjadi trend, bekerja sambil menjadi seorang surirumahtangga.
Tidak perlu mengharungi kesesakan lalu lintas dan juga mengeluarkan belanja yang banyak untuk menghantar anak-anak ke pusat jagaan anak-anak ataupun taska juga tadika.

Menjadi seorang surirumahtangga pada zaman yang makin maju ini bukanlah perkara yang mudah. Dan seorang surirumahtangga juga tidak terhad kepada mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan yang rendah malah ada juga yang berpendidikan tinggi tetapi tetap mahu bekerja dari rumah.

Dengan membesarkan sendiri serta menjaga anak-anak dapat mengeratkan hubungan anak-anak dengan ibubapa serta dapat menghalang anak-anak dari terjebak dengan gejala sosial yang lain. Selain daripada itu, kita juga dapat memastikan siapakah kawan-kawan yang anak kita selalu berkawan.

Trend bekerja daripada rumah sekarang bukanlah sesuatu perkara yang kolot ataupun ketingglan zaman. Ianya sekarang telah pun dapat diterima oleh masyarakat dan dapat mengurangkan masalah gejala sosial yang semakin meruncing sekarang ini.

Namun untuk bermula bekerja daripada rumah perlukan persediaan yang lengkap. Antara yang menjadi perkara pertama ialah:
@@@ Modal dan juga kewangan yang kukuh dan stabil.
@@@ Persediaan dari mental dan juga fizikal.
@@@ Displin yang tinggi.
@@@ Jadual waktu dirumah tentang membahagi masa bekerja dan menguruskan rumahtangga.
@@@ Kerjasama daripada keluarga terutamanya suami ataupun ibubapa.
@@@ Sudah pun mempunyai kumpulan sokongan ataupun networking yang kukuh.

Itu adalah perkara-perkara yang perlu diambil berat sebelum membuat keputusan untuk bekerja daripada rumah. Jika anda mempunyai sedikit kemahiran dan juga pengetahunan, ianya juga dapat membantu diri anda.

Akhirkata trend bekerja dari rumah bukan lagi trend yang ketinggalan zaman ataupun kolot.
Sesiapa juga layak bekerja dari rumah. Kepada mereka yang telah pun berjaya bekerja dari rumah dan telah pun meraih kejayaan sendiri syabas saya ucapkan dan semoga terus sukses di dalam apa bidang yang anda ceburi.

Coretan Bekerja Dari Rumah
Sariah Awang Senik

Monday 20 October 2014

TIPS RINGKAS UNTUK BAHAGIA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Semua orang ingin hidup bahagia bersama-sama dengan keluarga dan juga anak-anak. Siapa yang tidak ingin hidup bahagia kan? Namun siapakah yang lebih berkuasa daripada segala-galanya? Sudah tentulah Allah SWT yang maha berkuasa dan juga lebih mengetahui apa yang terbaik buat semua hamba-hambanya.

Perjalanan hidup ini sebenarnya terlalu singkat. Dan janganlah menyimpan terlalu banyak rasa sedih, benci, dendam dan juga sebagainya. Saat dilanda kesedihan dan juga kesusahan, nikmatilah segala detik kesusahan itu dengan hati yang redha dan ikhlas. Percayalah ada hikmah yang tersembunyi disebalik semua dugaan yang mendatang.

Sebenarnya saya sendiri telah melalui pelbagai fasa kehidupan yang penuh dengan warna-warninya tersendiri. Namun mengalah dan menyesal disetiap apa yang terjadi tidak sama sekali.

Setiap apa yang berlaku ada sebabnya yang tersendiri. Jikalau sesuatu terjadi, muhasabah diri anda terlebih dahulu. Adakah anda telah melakukan yang terbaik untuk keluarga ataupun orang yang paling anda sayang.

Membina kembali kehidupan yang telah hampir musnah bukanlah perkara yang mudah. Seseorang harus mempunyai kekuatan mental dan juga fizikal. Selain doa, solat dan zikir, berusahalah mencari jalan penyelesaian daripada semua yang membelenggu fikiran anda.

Antara tips-tips ringkas yang saya amalkan untuk terus kekal bahagia ialah:
@@ Muhasabah diri anda terlebih dahulu.
@@ Jangan membuat sebarang keputusan, saat emosi belum stabil sepenuhnya.
@@ Beri ruang kepada diri untuk bersedih dan juga berfikir apakah tindakan anda selanjutnya.
@@ Jangan terlalu lama bersedih dan berfikirlah secara lebih positif.
@@ Jangan mengharap simpati daripada orang lain.
@@ Lakukan aktiviti ataupun sesuatu yang dapat melupakan sebentar segala kesedihan anda.
@@ Jangan menyimpan perasaan dendam ataupun benci, walaupun hamba Allah tersebut telah melukakan hati dan perasaan anda.
@@ Anggap sahaja orang yang menyakiti hati kita sebagai seorang anak-anak kecil yang selalu membuat kesilapan.
@@ Habiskan masa yang ada bersama kelurga tersayang dan juga anak-anak.
Dan yang terakhir adalah teruskanlah berdoa dan mohonlah kepada Allah, semoga dipermudahkan segala urusan anda dunia dan akhirat. Insha Allah kehidupan anda akan lebih berkat dan juga bahagia.

Coretan Bahagia
Sariah Awang Senik.

################################################

Kelas urus akaun secara online di Akademi Bekerja Dari Rumah.
Kelas ini akan diadakan pada 30/10/2014 dan juga pada 2/11/2014.
Seisi kelas ini akan berlangsung secara online selama 3 jam.

Anda ingin belajar menguruskan akaun perniagaan anda, boleh terus hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun.email sariah.awangsenik.blogspot.com

Wishlist:
@@ Ingin menjadi penulis yang mempunyai aura tersendiri.
@@ Ingin kaya dan berjaya serta dapat membantu orang yang.lain.
@@ Ingin bercuti bersama dengan.keluarga dengan pakej percutiaan yang mampu milik.

Sunday 19 October 2014

MASA ITU EMAS

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google Dan Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Sesungguhnya masa itu emas dan akan berlalu terlalu cepat. Masa tidak akan menunggu kita dan kitalah yang harus menyusun segala aktiviti mengikut masa yang telah ditentukan. Gunakanlah masa yang ada sebaik yang mungkin dan janganlah bazirkan masa yang ada.

Sekiranya kita bijak mengatur masa yang ada dan mengisikannya dengan perkara yang berfaedah, insha Allah segala usaha-usaha kita untuk mencapai suatu kejayaan di dalam kehidupan tidak akan sia-sia. Masa akan berlalu begitu sahaja, andainya kita asyik dan leka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Ingatlah berbuat sesuatu kebaikan sebelum terlambat dan janganlah menyesal di kemudian hari.

Kita ada 24 jam di dalam sehari dam jumlah jam dan masa yang ada, susunlah aktiviti sebaik yang mungkin. Kalau perlu buatlah jadual tersendiri di rumah agar anda manfaatkan masa anda sebaik yang mungkin dan hargailah masa yang ada.

Jadual waktu yang anda sediakan, bukan sahaja dapat digunakan bersama-sama anak-anak dan keluarga malah hubungan kekeluargaan akan bertambah erat. Di pengakhiran hari, periksa jadual waktu di rumah sama ada anda telah gunakannya sebaik yang mungkin.

Akhir kata, gunakan masa yang ada sebaik yang mungkin, kerana masa yang ada tidak akan berulang kembali.

Coretan Masa
Sariah Awang Senik

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

  
Peranan blog terhadap perniagaan dan juga perkhidmatan terlalu besar. Mempunyai dan juga menulis blog amat menjimatkan masa dan juga mengurangkan segala kos.

Kita tidak perlu menyewa kedai ataupun mengaji pekerja untuk membuat sebarang penerangan ataupun promosi tentang perkhidmatan dan juga perniagaan sekarang.

Ternyata peranan sebuah blog teramat besar dan juga berguna. Anda berminat ingin belajar menulis blog yang baik dan tersusun. Sila hubungi saya Sariah 019-4075634 email sariah.awangsenik@gmail.com

HARI YANG CUKUP MEMENATKAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Hari ini adalah hari yang paling panjang dan juga memenatkan. Kebiasaannya hari minggu macam ini, ramai pelanggan akan singgah berehat sambil menikmati kesedapan kuih pau yang dijual oleh gerai di tempat aku bekerja.

Kebetulan pula, rakan sekerja yang juga kawan rapat bercuti setelah menjalani suatu pembedahan di lututnya. Maka dengan sebab itulah semua kerja harus diselesaikan sebaik yang mungkin.

Pelanggan yang singgah minum dan juga makan, memang agak ramai hari ini. Kalau semua pelanggan sama perangai dan juga dan juga senang difahami tidak mengapa. Namun semua masalah aku selesaikan sebaik yang mungkin.

Alhamdulilah semua tanggungjawab berjalan dengan lancar dan juga semua masalah dapat diatasi dengan baik. Bagi yang dalam perjalanan balik dari arah utara ke Kuala Lumpur,bolehlah berhenti berehat sama ada di hentian R&R Tapah atapun R&R Hulu Bernam.

Kebiasaannya di hentian rehat kawasannya luas dan parkingnya agak selesa. Tetapi di hentian rehat Hulu Bernam juga ada daya tarikannya yang tersendiri.
Terdapat beberapa pilihan yang agak menarik jika singgah berehat di hentian Hulu Bernam. Antara gerai yang menjadi tarikan utama ialah :
### Gerai No 2 yang menjual Pau Tanjung Malim.
### Gerai No 3  yang menjual mee wantan , mee kicap dan beberapa hidangan yang istimewa.
### Selain daripada itu ada juga gerai yang menjual nasi ayam, nasi beraini. Gerai no 4 ini, baru-baru ini telah menjadi juara di Seremban.
### Gerai no 6 terkenal dengan Mee Kari dan juga menyediakan beberapa masakan panas seperti nasi goreng kampung dan juga nasi berlauk.
### Gerai no 8 terkenal dengan masakan asam pedas yang disediakan di dalam beberapa set.

Ada juga beberapa pilihan yang lain antaranya gerai yang menjual kuih muih seperti gerai no 5, 7,9 dan juga 11. Masakan mamak pula boleh dinikmati di gerai no 10. Jika anda singgah berehat ataupun ingin makan dan minum, silalah berkunjung ke gerai-gerai yang saya nyatakan tadi.

Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik

Saturday 18 October 2014

KISAH SEMALAM

Teks ; Sariah Awang Senik
Sumber : Google Dan Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Saat hati dilukai dan didustai
Hati bagai terhiris oleh sembilu
Bagai sebilah pisau terhiris dijari
Dahulu kau terima dan iyakan semuanya
Kelemahan diriku
Kekurangan diriku
Keburukan diriku
Semuanya kau terima, atas nama cinta dan kasih sayang
Tetapi takdir telah mengubah segalanya
Kala badai itu melanda mahligai bahagia ini
Semuanya musnah dalam sekelip mata
Hancur berderai begitu sahaja
Segala kelemahan dan kekurangan diri menjadi alasan yang paling kukuh

Namun itu kisah semalam yang telah berlalu pergi
Kisah semalam yang telah banyak
sedarkan diriku dari mimpi yang panjang
Segala kelemahan dan juga kekurangan diri diperbaiki sebaik yang mungkin
Belajar untuk bangkit dan berdiri semula walaupun telah hilang segalanya
Ya, cinta dan kasih sayang sesama manusia tidak akan pernah kekal
Hanya singgah buat sementara waktu
Yang pasti cinta dan kasih sayang Allah kekal hingga ke hujung nyawa
Biarkan kisah semalam berlalu pergi
Nekad memulakan kisah baru dan coretan baru di dalam helaian kehidupan ini
Tiada guna menyimpan dendam
Tiadq guna memendam perasaan benci
Lepaskan semuanya dan bukalah lebaran kehidupan yang baru

Coretan Kisah Semalam
Sariah Awang Senik

Nota : Baru mencuba menulis puisi ini. Tidak tahu boleh diterima ataupun tidak.
Maaf saya budak baru belajar.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Ebook terbaru tentang cara perniagaan secara online.
Ebook Rahsia Khidmat Pelanggan Online.
Harga RM30

Berkenaan ingin dapatkannya sila hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

PERLUNYA TEKANAN DI DALAM KEHIDUPAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google Dan Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Setiap kehidupan yang kita lalui pasti mempunyai tekanannya yang tersendiri. Ada tekanan yang positif dan ada juga yang negatif,  yang akan terus membuatkan kehidupan seseorang terus musnah.

Namun sebenarnya kita memerlukan sesuatu tekanan supaya kita lebih bermotivasi supaya terus berusaha dengan lebih gigih lagi. Tekanan yang datang di dalam kehidupan seseorang berbeza di antara satu sama dengan yang lain.

Dan setiap individu yang menerima sesuatu tekanan juga berbeza di antara sesama sendiri. Ada individu yang menganggap sebagai sesuatu yang melemahkan daya pemikiran mereka tetapi ada juga tekanan yang akan membuatkan mereka terus berusaha sebaik yang mungkin.

Bagi diri penulis sendiri, tekanan yang di hadapi sebagai salah satu cabaran di dalam mencapai sesuatu impian dan tidak akan sesekali merasa lemah walaupun di duga dengan pelbagai kesusahan.

Walaupun kejayaan yang dicapai tidaklah sehebat mana, namun cukup membuatkan hati merasa puas dan teruja setiap kali melakukan sesuatu. Itulah peranan tekanan di dalam sesebuah kehidupan. Jangan hanya menganggap sesuatu tekanan sebagai yang negatif tetapi berusahalah sebaik yang mungkin untuk jadikan sesuatu tekanan sebagai yang positif.

Tanpa tekanan seseorang tidak akan berusaha sedaya upaya untuk memperbaiki taraf kehidupan dan mempertingkatnya lagi.

Coretan Tekanan
Sariah Awang Senik

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH
Menyediakan pelbagai kursus secara online dan sesuai untuk yang mahu bekerja dari rumah dan juga menjana pendapatan tambahan.
Antara kursus yang diadakan secara online di ABDR ialah:
@@@ Kelas asas blog dan juga penulisan
@@@ Kelas asas blog fanpage dan mula bisnes
@@@ Kelas beriklan mudah.my
@@@ Kelas penulisan ebook pertama
@@@ Kelas penulisan kreatif
@@@ Kelas telekung solat borong dan runcit
@@@ Kelas asas wordpress
@@@ Kelas mula bisnes makanan sunnah
@@@ Kelas mula bisnes projek selepas raya
@@@ Kelas akaun online/ offline
@@@ Tempahan blog perniagaan 5 hari siap
Beriklan dengan kami di pautan 1000 blog.

Jika anda telah bersedia dan ingin ketahui lebih lanjut sila hubungi saya Sariah 019-4075634 email sariah.awangsenik@gmail.com
Fanpage Sariah AWANG SENIK Corner

Wishlist:
@@ Ingin jadi seorang penulis novel yang mempunyai aura tersendiri
@@ Ingin berjaya dan kaya tetapi segala kekayaan dapat dikongsi kepada golongan yang memerlukan
@@ Ingin membantu dan memberi semengat untuk meneruskan kehidupan kepada golongan ibu tunggal, anak-anak yatim dan juga fakir miskin

Wednesday 15 October 2014

PRODUK DROPSHIP AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Terdapat pelbagai produk dropship di ABDR yang boleh menjana pendapatan daripada rumah. Antaranya ialah :
@@@ Makanan Sunnah seperti air zam zam, jus delima , madu dan lain-lain lagi. RM200
@@@ Produk Makanan
Pek Nasi Arab, Serunding , kerepek dan lain-lain lagi. RM200
@@@ Telekung Solat RM250
@@@ Produk Islamik Iqra dan juga quran digital.

Selain daripada itu terdapat juga pakej dropship yang menarik bersama harga pendaftaran yang menarik. Pakej tersebut ialah :
@@@ Makanan sunnah dan produk makanan RM300
@@@ Makanan sunnah dan telekung solat RM300
@@@ Makanan sunnah dan produk islamik RM300

Jika anda ingin ketahui lebih lanjut sila hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Sila singgah berehat di blog rakan ABDR yang lain iaitu Azuriyah Mohamad http://kuazue.blogspot.com

Tuesday 14 October 2014

SALAM PERKENALAN- SAHABAT BARU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Sebenarnya, hati ini merasa gembria dan juga teruja apabila berkenalan dengan beberapa rakan baru walaupun hanya secara online. Dengan kesibukan dan juga tanggungjawab yang telah diamanahkan, waktu yang ada memang agak terbatas. Rupanya bukan hanya dapat berkenalan, malah juga dapat berkongsi ilmu dan juga beberapa tips yang teramat berguna yang menghantui hidup penulis sendiri.

Sebelum terlupa salam perkenalan kepada adik Khadijah Maskam rakan ABDR yang baru di bawah pimpinan guru online yang bijak pandai Cikgu Anys Zakaria. Ucapan yang sama juga disampaikan kepada Hidayahtul Husna yang telah memberi sedikit tips tentang bagaimana untuk selesaikan segala tunggakan dan juga tips tentang membuat orang yang berhutang bayar kepada kita
membayar segala hutangnya kepada kita di dalam tempoh yang telah kita tetapkan.

Memang tips ini ada saya terbaca di dalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki. Di dalam buku tersebut ada dinyatakan dengan jelas bahawa semakin banyak kita bersedekah kepada fakir miskin dan juga anak-anak yatim maka, Allah akan memberi lebih daripada apa yang kita sangka.

Sementara berkenalan dengan Hidayahtul Husna pula membuatkan saya teruja dan juga gembria. Masih lagi muda tetapi sudah bekerja dari rumah sambil menguruskan rumahtangga. Dia rupanya menjalankan perniagaan bekam badan dan juga produk Aura.

Berkenalan dengan Khadijah Maskam membuat saya kagum dengan perkongsiaan hidupnya. walaupun masih muda tetapi tetap berani dan juga menghadapi cabaran kehidupan. Perjalanan masih jauh dan jangan gentar menghadapi cabaran kehidupan.

Saya amat tertarik untuk mencuba mandian auranya suatu hari nanti.
Tahniah dan syabas kepada mereka berdua ini. Doa saya moga suatu hari nanti saya juga dapat bekerja dari rumah sekaligus mempunyai pendapatan yang tetap suatu hari nanti.

Coretan Perkenalan
Sariah Awang Senik

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Akademi Bekerja Dari Rumah
Pendaftaran masih terbuka dan tiada tarikh tutupnya. Bayaran hanya RM200 dan dibayar hanya sekali seumur hidup.

Berminat ingin ketahui dengan lebih lanjut sila hubungi saya Sariah 019-4075634 atau email sariah.awangsenik.blogspot.com
Facebook Sariah Awang Senik
Fanpage Sariah AWANG SENIK Corner

Sunday 12 October 2014

EMAK DAN KANSER PAYUDARA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Kenangan semasa menjaga arwah emak yang sedang menghidap penyakit kanser payudara terlalu banyak. Selama hampir beberapa tahun arwah emak berjuang melawan penyakit kanser.

Masih teringat bagaimana arwah emak merahsiakan penyakit kanser payudaranya kerana tidak mahu membebankan keluarga saudara mara terutama abah saya, pada waktu itu. Pada peringkat permulaan menghidap penyakit kanser, arwah emak nampak kuat dan juga tabah menerima segala kemungkinan. Pada waktu itu arwah emak menjalani kehidupan sehariannya seperti biasa. Bertugas sebagai attendan hospital di sebuah hospital di daerah kelahiran saya iaitu Kuala Lipis Pahang.

Arwah emak merupakan seorang yang aktif dan tidak pernah membuang masanya begitu sahaja.
Ketika itu saya masih lagi bersekolah menengah dan tidak pernah terlintas di fikiran bahawa akan kehilangan arwah emak yang sangat saya sayangi.

Emak pandai memasak apa sahaja masakan dan seorang yang kemas dan tidak suka melihat keadaan rumah yang tidak kemas. Memang arwah emak suka berleter dan sayalah orang pertama yang menjadi mangsa leteran kerana sikap saya di waktu persekolahan yang agak nakal dan juga degil. Namun itu bukanlah bermakna saya tidak menghormati dan sayang kepada arwah emak.

Kerana penyakit kansernya arwah emak terpaksa berulang alik dari daerah Kuala Lipis ke hospital besar Kuala Lumpur. Waktu itu pendedahan tentang penyakit kanser tidak banyak. Mungkin kerana arwah emak tahu bahawa hayatnya tidak panjang, arwah emak mengajar saya serba sedikit tentang urusan rumahtangga sedikit demi sedikit. Masa itu saya tidak memahami apa yang arwah emak sedang lakukan. Arwah emak pernah berpesan kepada saya supaya berusaha untuk hidup berdikari dan tidak mengharap pertolongan orang. Katanya, " Jangan terhutang budi, nanti susah hendak dibalas ". Itulah antara pesanan arwah yang masih kekal di ingatan saya hinggalah ke hari ini.

Kini telah hampir berbelas tahun arwah emak pergi meninggalkan saya dan juga adik-adik. Semua adik- adik telah pun bekerja dan berkahwin . Mereka semua pun kini telah hidup bahagia bersama keluarga masing-masing. Saya dan adik-adik saling membantu di antara satu sama yang lain.

Kepada arwah emak tersayang Siti Rokiah Abd Kadir, hanya doa dan sedekah Al-Fatihah yang mampu saya lakukan sekarang. Saya tidak sesekali melupakan segala pesanan arwah emak terhadap saya dahulu.

Al-Fatihah buat emak tersayang Siti Rokiah Bte Abdul Kadir.

Coretan Kasih Sayang
Sariah Awang Senik


Berminat untuk mengetahui bagaimana minat dan juga kemahiran boleh menjana pendapatan daripada rumah.
Ingin tahu bagaimana dan juga anda telah bersedia, sila hubungi saya :
@@@ Sariah Awang Senik
@@@ Tel 019-4075634
@@@ Email sariah.awangsenik@gmail.com
@@@ Fanpage Sariah AWANG SENIK Corner
@@@ Facebook Sariah Awang Senik

PAGI YANG DINGIN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Hari ini rasa sejuk dan nyaman sekali. Mungkin disebabkan malam semalam hujan lebat, maka pagi ini memang rasa sejuk sangat. Kalau diikutkan hati hendak je sambung tidur dan juga membuat aktiviti santai yang lain.

Tetapi sampai lama nak berkeadaan macam itu. Ketika kita sedang sibuk menghitung berapa kali tidur, ada insan yang lain sedang mengorak langkah agresif di dalam menuju sesebuah kejayaan. Tidak akan kita asyik melihat orang lain meraih sesebuah kejayaan. Itulah agaknya godaan bagi yang bekerja dari rumah. Andalah majikan dan juga sekaligus seorang pekerja. Segala keputusan anda yang tentukan sendiri.

Jika bijak menguruskan masa dirumah, semua urusan dapat diselesaikan dengan baik.Kalau sebaliknya maka akan menjadi bertambah buruk. Ada juga yang sudah berjaya hanya bekerja dari rumah.

Walaubagimana pun, penulis telah nekad membuat keputusan untuk bekerja dari rumah suatu hari nanti. Kini sedang berusaha menyelesaikan apa yang patut dan juga membuat beberapa persediaan untuk bekerja dari rumah.

Coretan Santai
Sariah Awang Senik

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

   Menambah pendapatan sampingan melalui blog. Penggunaan blog amat luas dan juga dapat dibaca dari semua peringkat tidak kira di dalam negeri mahupun dari luar negeri.
Blog umpama kedai ataupun sebuah pasaraya menyediakan pelbagai barangan terkini dan juga berguna. Rajinlah mengemas kinikan blog anda, kerana kita tidak pasti bila blog kita akan dijejaki oleh orang yang berminat.
Bagaimana menulis blog yang baik dan penuh berinformasi tentang produk, perniagaan, perkhidmatan ataupun pengalaman kehidupan yang anda telah lalui.
Ingin tahu dengan lebih lanjut tentang blog, boleh terus hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com Facebook Sariah Awang Senik dan juga Fanpage Sariah AWANG SENIK Corner.

Jemput singgah berehat sebentar di blog rakan ABDR saya Kasih Eliz http://pnnorlizatomiran.blogspot.com

SOKONGAN MORAL

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Sebenarnya hari ini berpuas hati kerana dapat meluangkan sedikit masa untuk bersama-sama dengan anakanda tersayang sebelum dia menghadapi peperiksaan PT3nya esok pagi.

Berdoa semoga dia berikan kelapangan pemikiran dan juga ketenangan hati supaya dapat menjawab semua soalannya dengan lancar dan juga betul. Selain daripada itu, semoga keputusan peperiksaannya yang sebenar jauh lebih baik daripada percubaannya.

Hujan masih lagi terlalu lebat diluar. Entah bila berhentinya, hanya yang maha kuasa sahaja yang mengetahuinya.

Untuk anakanda tersayang Muhamad Aiman Hakimi, buatlah yang terbaik di dalam peperiksaan PT3 esok. Jangan risau hal yang lain, kerana ibu akan senantiasa mendoakan kejayaan dirimu.

Coretan Kasih
Sariah Awang Senik.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Bagimana menjana pendapatan dari rumah hanya berdasarkan minat dan kemahiran yang anda miliki?
Anda sudah bersedia dan ingin ketahui lebih lanjut, sila hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com Facebook Sariah Awang Senik Fanpage Sariah AWANG SENIK Corner

Jemput singgah di blog rakan ABDR saya Iszuraini Ismail
http://iszurainiismail.blogspot.com

Wishlist:
@ Ingin menjadi seorang penulis yang mempunyai aura tersendiri.
@ Ingin melancong bersama keluarga dengan pakej percutian mampu milik
@ Ingin berkongsi pengalaman kehidupan dengan orang lain

Saturday 11 October 2014

INDAHNYA DUGAAN HIDUP

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri . Gambar google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah, hanya itu sahaja yang mampu diucapkan dari bibir setiap kali menghadapi sesuatu dugaan kehidupan. Dikelilingi dan berkawan dengan hamba-hamba Allah yang penuh dengan sifat yang negatif bukanlah suatu perkara yang mudah. Menukarkan sesuatu masalah sebagai salah satu peluang juga memerlukan daya kekuatan mental dan juga fizikal untuk melakukannya.

Namun tetap percaya ada sebab dan juga hikmah yang tersembunyi disebalik semua dugaan hidup. Hikmahnya ialah tuhan semakin sayang dan berada dekat dengan kita. Akan ada ganjaran yang besar menanti di setiap dugaan yang datang. Maka setiap kali dilanda dugaan kehidupan datang , tenangkan hati sebaik yang mungkin. Menangis dan mengadulah pada yang satu. Jangan sesekali bercerita pada hamba Allah yang lain kecuali orang yang kita percaya.

Ketika sedang menulis entri ini, penulis juga sedang dilanda perasaan sedih, rendah diri dan sebagainya. Tetapi tidak mahu mengalah maka penulis mengambil keputusan untuk berfikir secara positif dan juga terus berdoa agar diberi kekuatan untuk melaluinya.

Mengeluh dan marah, tidak sesekali. Malah tambah bersyukur kerana sekarang bergantung 100% kepada Allah SWT untuk mencari kebahagiaan dan keberkatan hidup. Rasa sedih hanya seketika kerana kini lebih percaya bahawa semuanya yang datang hanya dari Allah.

Menyerahkan semua urusan kerana Allah dan melakukan setiap perkara hanya dengan kalimah Allah nescaya hidup akan bertambah berkat. Apa yang perlu dipertingkatkan adalah terus berdoa, bersolat dan juga zikir. Sedekahlah apa yang termampu walaupun hanya dengan sebuah senyuman.

Fikirkanlah jalan penyelesaian dan usahlah terus mengeluh. Bukan mudah melakukannya tetapi teruslah berusaha walaupun mengalami sejuta kali kegagalan. Setiap kebahagiaan akan terpaksa melalui berjuta-juta kali dugaan. Dan jangan terus mengalah dengan dugaan yang datang. Teruslah berusaha dan berdoa dan tukarkanlah perkara yang negatif menjadi positif.

Semakin banyak dugaan kehidupan yang dilalui seseorang akan semakin menjadikan diri bertambah kuat , sabar dan beriman.

Coretan Dugaan
Sariah Awang Senik

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Berminat untuk membeli perfume berjenama dengan harga yang berpatutan?
Kini Perfume Garden menawarkan pelbagai koleksi terbaru dengan harga yang sangat menarik. Berminat untuk mencubanya, bolehlah terus hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com. Juga fanpage saya Sariah AWANG SENIK Corner.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Masih berminat ingin mengetahui bagaimana blog boleh menjana pendapatan dari rumah, boleh juga hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com.
Jemput singgah dan berehat sebentar sambil membaca di blog rakan ABDR saya iaitu Fiza Aziz. Blognya ialah http://norafizaabdulaziz.blogspot.com

Friday 10 October 2014

ANTARA ROTI KAHWIN DAN PAU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Kalau nak tahu inilah menu istimewa yang ada apabila singgah di hentian Rehat dan Rawat Hulu Bernam. Paunya sudah lama terkenal sejak zaman berzaman dan juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Namun untuk anda merasa pelbagai lagi menu yang istimewa, bolehlah berkunjung sendiri ke restorannya yang terletak bersebelahan dengan sebuah kuil dan juga berdekatan dengan hospital Tanjung Malim.

Saya sudah hampir sepuluh tahun bekerja di cawangannya yang terletak di hentian Rehat Dan Rawat Hulu Bernam. Terlalu banyak gelagat pelanggan yang telah saya lalui dan juga berusaha untuk belajar dan juga menimba ilmu pengetahunan sebelum menyimpan cita-cita membuka sebuah cafe yang mempunyai konsep yang tersendiri. Sebenarnya saya lebih berminat di dalam bidang lain berbanding dengan bidang masakan.

Kebiasaannya apabila musim perayaan ataupun cuti umum, kami tidak dapat membuat roti kahwin memandangkan selalu tidak mempunyai cukup pekerja dan juga masa untuk menyediakannya. Selalunya anda hanya boleh menbeli pau sama ada yang sudah di masak ataupun yang sejuk bekunya.

Roti yang digunakan untuk membuat roti kahwin bukanlah roti biasa. Kami menggunakan roti paun. Ianya terlebih dahulu di sapu dengan kaya dan kemudiannya di bakar. Setelah agak garing, bolehlah di angkat dan juga diletakkan mentega di atasnya.

Agak menarik bukan? Jika anda ingin mencuba memakan roti paun dan juga paunya, bolehlah singgah ke restoran yang dibuka setiap hari.

Coretan Masakan
Sariah Awang Senik

Thursday 9 October 2014

HARAPAN DAN DOA SEORANG IBU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google Dan Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Setiap ibubapa pasti menginginkan semua anak-anaknya berjaya di dalam semua bidang yang mereka ceburi dan juga minati. Begitu juga dengan diri saya. Membesarkan dan mendidik anak-anak sendirian bukanlah suatu perkara yang mudah. Bukan bertujuan meraih simpati sebaliknya merasa bangga kerana dapat menjadi seorang ayah dan juga ibu sekaligus.

Sebenar jauh di sudut hati ini terlalu risau akan keadaan anak teruna yang seorang ini. Dia bakal menduduki peperiksaan PT3 peringkat pertama dan itulah yang paling merisaukan saya.

Hari Isnin ini adalah hari peperiksaan PT3nya yang pertama. Harapan dan juga doa tidak pernah putus dari ungkapan bibir saya setiap kali mendirikan solat. Bercadang untuk habiskan masa bersamanya dan juga memberikannya kata-kata semengat sehari sebelum dia menduduki peperiksaannya.

Bersekolah di sekolah aliran agama dan juga mahu dia menjadi seorang insan yang bukan sahaja pandai di dalam bidang akademik bahkan juga mahu dirinya cemerlang di dalam agama.

Kebetulan esok ada solat hajat di sekolahnya namun sebagai seorang ibu, saya tidak berkesempatan untuk melakukannya kerana masih di dalam keadaan uzur. Walau apa pun yang terjadi saya tetap akan mendoakan segala kesejahteraannya.

Kepada Muhamad Aiman Hakimi, ibu  ucapkan semoga senantiasa tenang dan lapangkan pemikiran semasa menjawab semua soalan peperiksaan PT3 itu nanti. Buatlah yang terbaik dan fikirlah segala kesusahan dan juga kepayahan yang selama ini kita lalui bersama. Berdoa dan janganlah sesekali tinggalkan solat.

Coretan Kasih
Sariah Awang Senik

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

PUR Q ACTIVE
Makanan minda yang berasaskan jelly berwarna warni. Terdapat di dalam pelbagai warna yang menarik. Sesuai untuk kanak-kanak dan amat mudah memakannya.
Harga sangat berpatutan RM 35 belum termasuk postage.
Jika berkenaan ingin mencubanya bolehlah hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com.
Fanpage Sariah AWANG SENIK Corner

Sila singgah menjenguk blog rakan ABDR saya BiBi Normi di http://bibinormimdnoor.blogspot.com

Selain daripada itu anda juga boleh menjana pendapatan tambahan melalui hphone yang sedang gunakan.
Bagaimana caranya?
Boleh hubungi Mohd Roslan yang telah pun menjana pendapatan hanya melalui hphone. Hubungi dia di 018-2729821.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

WISHLIST :
@@@ Ingin bercuti bersama keluarga dengan pakej yang mampu milik.
@@@ Ingin menjadi seorang penulis yang mempunyai aura tersendiri
@@@ Ingin menulis tentang apa sahaja yang mampu memberi manfaat kepada orang lain

Wednesday 8 October 2014

HARI YANG PALING MEMENATKAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Baru beberapa hari tidak menulis sebarang entri baru untuk blog yang paling disayangi ini. Terlalu penat menjalankan tanggungjawab kepada pekerjaan sebagai seorang pembantu kedai.

Pada hari raya haji yang lepas agak ramai pelanggan yang singgah minum dan juga berehat di tempat kerja saya. Maka dengan sebab itulah saya tidak mempunyai masa untuk menulis sebarang entri yang baru. Insha Allah dalam masa yang terdekat ini saya akan menulis yang lebih menarik untuk semua pembaca blog yang singgah membaca di blog saya yang tidak seberapa ini.

Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

   AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH
Pendaftaran masih terbuka. Terbuka kepada semua golongan yang ingin menjana pendapatan dari rumah. Juga memberi peluang kepada mereka yang masih bekerja tetapi ingin mencari pendapatan sampingan.
Jika anda telah bersedia dan ingin ketahui lebih lanjut boleh hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com.
Facebook Sariah Awang Senik
Fanpage Sariah AWANG SENIK Corner

Saturday 4 October 2014

PERTEMUAN YANG TIDAK DISANGKA

Teks : Sariah Awang Senik

Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Beberapa hari yang lepas saya bertemu dengan sesuatu yang paling membuatkan saya teruja. Ketika saya sedang sibuk melayan karenah pelanggan dan juga menyelesaikan segala kerja di tempat kerja saya, saya didatangi oleh beberapa orang wakil dari majalah PLUS yang membuat suatu artikel tentang makanan yang istimewa di setiap hentian rehat. Asalnya hanya ingin membuat temuramah tentang pau yang dijual di kedai saya. Hampir beberapa lama berbual, terkeluar cerita tentang blogger. 2 orang anak muda ini agak terkejut kerana menurut mereka hanya ingin tahu tentang pau tetapi telah terjumpa seorang blogger yang tidak disangka-sangka.

Saya lantas memberikan link blogger dan ternyata link blogger saya amat mudah dicari dan memang mesra dengan google. Mereka agak tertarik dengan blog dan mereka menyarankan untuk memasuki pertandingan online namun tidak berkesempatan kerana tarikhnya telah pun ditutup. 

Namun saya kini mempunyai idea yang agak menarik yang bakal saya isikan di dalam blog saya kelak. Memandangkan saya bekerja di sebuah hentian rehat dan rawat PLUS saya bercadang untuk bercerita makanan yang menarik disetiap hentian rehat dan rawat PLUS. Ini adalah suatu daya tarikan bagi yang pertama kali singgah di sesuatu hentian rehat dan rawat yang bukan  sahaja hentian PLUS tetapi juga hentian-hentian yang lain yang berada di Malaysia.

Masa telalu cemburu dengan saya. Insha Allah di entri yang akan datang saya akan berkongsi dengan anda semua apakah makanan yang menarik dan istimewa yang dapat anda nikmati apabila berkunjung di hentian rehat dan rawat saya. 

Moga kita semua akan manfaat daripada apa yang akan saya kongsikan kelak.


Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik.

Thursday 2 October 2014

HARI JUMAAT

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google Dan Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Masa berlalu begitu pantas. Sedar tidak dah hari Jumaat. Dan hari ini adalah hari yang paling penting bagi umat manusia yang berada di Mekah. Hari ini adalah hari wukuf di padang Arafat. Semasa wukuflah apabila kita berdoa, insha Allah doa kita adalah mustajab. Maka kita digalakkan berdoa apa sahaja.

Tidak berapa hari lagi kita juga akan menyambut Hari Raya Korban. Harinya jatuh pada hari Ahad. Saya rasa sangat bersyukur kerana masih berpeluang untuk menyambutnya bersama-sama anak-anak tersayang. Anak dara dan anak teruna akan pulang ke rumah hari ini. Rasa gembria yang teramat sangat kerana saya dan anak-anak masih dapat bersama-sama lagi.

Esok juga merupakan hari yang agak sibuk. Sebab terpaksa ke pasar membeli sedikit barangan bagi persiapan menyambut hari raya haji. Berdoa moga semua jemaah haji akan mendapat haji yang mabrur dan menunaikan segala ibadah sebaik yang mungkin.

Coretan Hari Jumaat
Sariah Awang Senik

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

    Koleksi Perfume Garden

Dari Ralph Lauren untuk wanita.
Sangat menarik harga RM140 dah termasuk postage. Berminat untuk dapatkannya hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Wednesday 1 October 2014

AKTIVITI HARIAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Hari ini adalah hari yang paling malas . Walaupun malas tetapi tetap menjalankan segala ibadah yang lain. Senantiasa mengamalkan berpuasa pada hari Isnin dan juga Khamis. Walaubagaimana pun tetap bersyukur segala apa yang dirancang berjalan dengan lancar.

Sedang berfikir mencari entri menarik yang dapat dikongsi bersama-sama dengan pembaca yang lain. Ketika sedang menulis entri ini, fikiran sedang berkemacuk dan bolehlah berhenti dan juga berehat sebentar. Tidak mahu dikalahkan oleh mainan perasaan dan juga masalah yang ada.

Berdoa moga segalanya dipermudahkan.

Coretan Harian
Sariah Awang Senik

http://sariahawangsenik.blogspot.com
email sariah.awangsenik@gmail.com
Fanpage Sariah AWANG SENIK Corner
Facebook Sariah Awang Senik
Tel  019-4075634

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...