Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Hari ini adalah minggu terakhir di dalam bulan oktober tahun 2014. Walaupun telah memasuki tahun baru Islam, masih banyak perjuangan yang masih belum selesai. Berjuang dengan diri untuk keluar sepenuhnya daripada hidup di dalam zon selesa.
Telah terlalu lama hidup di dalam zon selesa , sehingga sesuatu yang berlaku di dalam kehidupan yang banyak mengubah matlamat kehidupan yang selama ini tersemadi di dalam diri. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dan bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku di dalam sesebuah kehidupan.
Apapun kita tidak perlu membuat azam baru setiap tahun, kerana kita boleh membuat azam yang baru setiap hari. Sebelum membuat sesuatu azam yang baru, pastikan kita telah pun meraih kejayaan daripada azam yang terdahulu.
Namun azam yang lama, masih belum tercapai sepenuhnya. Dan dengan sebab itulah, penulis harus berjuang sedaya upaya untuk mencapainya. Kejayaan yang akan di capai bukanlah bertujuan untuk bermegah diri tetapi lebih untuk buktikan kepada diri sendiri dan keluarga bahawa penulis mampu mencapai apa sahaja kejayaan walaupun terlalu banyak dugaan yang hadir di dalam kehidupan ini.
Semoga kita ataupun siapa sahaja akan meraih kejayaan jua suatu hari nanti. Biar seribu kali kegagalan namun menyerah kalah tidak sama sekali.
Coretan Perjuangan
Sariah Awang Senik
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH
Menyedia pelbagai kemahiran secara online bagi yang berminat untuk bekerja dari rumah. Kemahiran secara online dan ditentukan mengikut masa yang kita tentukan sendiri.
Terbuka kepada semua golongan dan tiada tarikh tutup.
Berminat dan anda telah bersedia, boleh hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com Facebook Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment