Saturday, 4 October 2014

PERTEMUAN YANG TIDAK DISANGKA

Teks : Sariah Awang Senik

Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Beberapa hari yang lepas saya bertemu dengan sesuatu yang paling membuatkan saya teruja. Ketika saya sedang sibuk melayan karenah pelanggan dan juga menyelesaikan segala kerja di tempat kerja saya, saya didatangi oleh beberapa orang wakil dari majalah PLUS yang membuat suatu artikel tentang makanan yang istimewa di setiap hentian rehat. Asalnya hanya ingin membuat temuramah tentang pau yang dijual di kedai saya. Hampir beberapa lama berbual, terkeluar cerita tentang blogger. 2 orang anak muda ini agak terkejut kerana menurut mereka hanya ingin tahu tentang pau tetapi telah terjumpa seorang blogger yang tidak disangka-sangka.

Saya lantas memberikan link blogger dan ternyata link blogger saya amat mudah dicari dan memang mesra dengan google. Mereka agak tertarik dengan blog dan mereka menyarankan untuk memasuki pertandingan online namun tidak berkesempatan kerana tarikhnya telah pun ditutup. 

Namun saya kini mempunyai idea yang agak menarik yang bakal saya isikan di dalam blog saya kelak. Memandangkan saya bekerja di sebuah hentian rehat dan rawat PLUS saya bercadang untuk bercerita makanan yang menarik disetiap hentian rehat dan rawat PLUS. Ini adalah suatu daya tarikan bagi yang pertama kali singgah di sesuatu hentian rehat dan rawat yang bukan  sahaja hentian PLUS tetapi juga hentian-hentian yang lain yang berada di Malaysia.

Masa telalu cemburu dengan saya. Insha Allah di entri yang akan datang saya akan berkongsi dengan anda semua apakah makanan yang menarik dan istimewa yang dapat anda nikmati apabila berkunjung di hentian rehat dan rawat saya. 

Moga kita semua akan manfaat daripada apa yang akan saya kongsikan kelak.


Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik.

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...