Saturday, 11 October 2014

INDAHNYA DUGAAN HIDUP

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri . Gambar google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah, hanya itu sahaja yang mampu diucapkan dari bibir setiap kali menghadapi sesuatu dugaan kehidupan. Dikelilingi dan berkawan dengan hamba-hamba Allah yang penuh dengan sifat yang negatif bukanlah suatu perkara yang mudah. Menukarkan sesuatu masalah sebagai salah satu peluang juga memerlukan daya kekuatan mental dan juga fizikal untuk melakukannya.

Namun tetap percaya ada sebab dan juga hikmah yang tersembunyi disebalik semua dugaan hidup. Hikmahnya ialah tuhan semakin sayang dan berada dekat dengan kita. Akan ada ganjaran yang besar menanti di setiap dugaan yang datang. Maka setiap kali dilanda dugaan kehidupan datang , tenangkan hati sebaik yang mungkin. Menangis dan mengadulah pada yang satu. Jangan sesekali bercerita pada hamba Allah yang lain kecuali orang yang kita percaya.

Ketika sedang menulis entri ini, penulis juga sedang dilanda perasaan sedih, rendah diri dan sebagainya. Tetapi tidak mahu mengalah maka penulis mengambil keputusan untuk berfikir secara positif dan juga terus berdoa agar diberi kekuatan untuk melaluinya.

Mengeluh dan marah, tidak sesekali. Malah tambah bersyukur kerana sekarang bergantung 100% kepada Allah SWT untuk mencari kebahagiaan dan keberkatan hidup. Rasa sedih hanya seketika kerana kini lebih percaya bahawa semuanya yang datang hanya dari Allah.

Menyerahkan semua urusan kerana Allah dan melakukan setiap perkara hanya dengan kalimah Allah nescaya hidup akan bertambah berkat. Apa yang perlu dipertingkatkan adalah terus berdoa, bersolat dan juga zikir. Sedekahlah apa yang termampu walaupun hanya dengan sebuah senyuman.

Fikirkanlah jalan penyelesaian dan usahlah terus mengeluh. Bukan mudah melakukannya tetapi teruslah berusaha walaupun mengalami sejuta kali kegagalan. Setiap kebahagiaan akan terpaksa melalui berjuta-juta kali dugaan. Dan jangan terus mengalah dengan dugaan yang datang. Teruslah berusaha dan berdoa dan tukarkanlah perkara yang negatif menjadi positif.

Semakin banyak dugaan kehidupan yang dilalui seseorang akan semakin menjadikan diri bertambah kuat , sabar dan beriman.

Coretan Dugaan
Sariah Awang Senik

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Berminat untuk membeli perfume berjenama dengan harga yang berpatutan?
Kini Perfume Garden menawarkan pelbagai koleksi terbaru dengan harga yang sangat menarik. Berminat untuk mencubanya, bolehlah terus hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com. Juga fanpage saya Sariah AWANG SENIK Corner.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Masih berminat ingin mengetahui bagaimana blog boleh menjana pendapatan dari rumah, boleh juga hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com.
Jemput singgah dan berehat sebentar sambil membaca di blog rakan ABDR saya iaitu Fiza Aziz. Blognya ialah http://norafizaabdulaziz.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...