Tuesday 14 October 2014

SALAM PERKENALAN- SAHABAT BARU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Sebenarnya, hati ini merasa gembria dan juga teruja apabila berkenalan dengan beberapa rakan baru walaupun hanya secara online. Dengan kesibukan dan juga tanggungjawab yang telah diamanahkan, waktu yang ada memang agak terbatas. Rupanya bukan hanya dapat berkenalan, malah juga dapat berkongsi ilmu dan juga beberapa tips yang teramat berguna yang menghantui hidup penulis sendiri.

Sebelum terlupa salam perkenalan kepada adik Khadijah Maskam rakan ABDR yang baru di bawah pimpinan guru online yang bijak pandai Cikgu Anys Zakaria. Ucapan yang sama juga disampaikan kepada Hidayahtul Husna yang telah memberi sedikit tips tentang bagaimana untuk selesaikan segala tunggakan dan juga tips tentang membuat orang yang berhutang bayar kepada kita
membayar segala hutangnya kepada kita di dalam tempoh yang telah kita tetapkan.

Memang tips ini ada saya terbaca di dalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki. Di dalam buku tersebut ada dinyatakan dengan jelas bahawa semakin banyak kita bersedekah kepada fakir miskin dan juga anak-anak yatim maka, Allah akan memberi lebih daripada apa yang kita sangka.

Sementara berkenalan dengan Hidayahtul Husna pula membuatkan saya teruja dan juga gembria. Masih lagi muda tetapi sudah bekerja dari rumah sambil menguruskan rumahtangga. Dia rupanya menjalankan perniagaan bekam badan dan juga produk Aura.

Berkenalan dengan Khadijah Maskam membuat saya kagum dengan perkongsiaan hidupnya. walaupun masih muda tetapi tetap berani dan juga menghadapi cabaran kehidupan. Perjalanan masih jauh dan jangan gentar menghadapi cabaran kehidupan.

Saya amat tertarik untuk mencuba mandian auranya suatu hari nanti.
Tahniah dan syabas kepada mereka berdua ini. Doa saya moga suatu hari nanti saya juga dapat bekerja dari rumah sekaligus mempunyai pendapatan yang tetap suatu hari nanti.

Coretan Perkenalan
Sariah Awang Senik

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Akademi Bekerja Dari Rumah
Pendaftaran masih terbuka dan tiada tarikh tutupnya. Bayaran hanya RM200 dan dibayar hanya sekali seumur hidup.

Berminat ingin ketahui dengan lebih lanjut sila hubungi saya Sariah 019-4075634 atau email sariah.awangsenik.blogspot.com
Facebook Sariah Awang Senik
Fanpage Sariah AWANG SENIK Corner

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...