Saturday, 18 October 2014

KISAH SEMALAM

Teks ; Sariah Awang Senik
Sumber : Google Dan Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Saat hati dilukai dan didustai
Hati bagai terhiris oleh sembilu
Bagai sebilah pisau terhiris dijari
Dahulu kau terima dan iyakan semuanya
Kelemahan diriku
Kekurangan diriku
Keburukan diriku
Semuanya kau terima, atas nama cinta dan kasih sayang
Tetapi takdir telah mengubah segalanya
Kala badai itu melanda mahligai bahagia ini
Semuanya musnah dalam sekelip mata
Hancur berderai begitu sahaja
Segala kelemahan dan kekurangan diri menjadi alasan yang paling kukuh

Namun itu kisah semalam yang telah berlalu pergi
Kisah semalam yang telah banyak
sedarkan diriku dari mimpi yang panjang
Segala kelemahan dan juga kekurangan diri diperbaiki sebaik yang mungkin
Belajar untuk bangkit dan berdiri semula walaupun telah hilang segalanya
Ya, cinta dan kasih sayang sesama manusia tidak akan pernah kekal
Hanya singgah buat sementara waktu
Yang pasti cinta dan kasih sayang Allah kekal hingga ke hujung nyawa
Biarkan kisah semalam berlalu pergi
Nekad memulakan kisah baru dan coretan baru di dalam helaian kehidupan ini
Tiada guna menyimpan dendam
Tiadq guna memendam perasaan benci
Lepaskan semuanya dan bukalah lebaran kehidupan yang baru

Coretan Kisah Semalam
Sariah Awang Senik

Nota : Baru mencuba menulis puisi ini. Tidak tahu boleh diterima ataupun tidak.
Maaf saya budak baru belajar.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Ebook terbaru tentang cara perniagaan secara online.
Ebook Rahsia Khidmat Pelanggan Online.
Harga RM30

Berkenaan ingin dapatkannya sila hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...