Tuesday, 31 May 2016

HIDUP MENJADI-JADI DENGAN GROUP SUPPORT LIKE

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamualaikum, alhamdulilah cepatnya masa berlalu. Sekarang dah pun bermula cuti sekolah. Dalam beberapa hari lagi, akan bermula pula bulan puasa. Tapi yang terujanya nak sambut puasa kali ini, adalah kebetulan bermula puasa pada cuti persekolahan. Dah tentulah anak- anak ada dirumah dan kenalah memasak seperti biasa. Apa pun walau sibuk dengan anak-anak dan kerja saya tetap juga menjalankan segala tugasan saya dengan GROUP SUPPORT LIKE.

Sebenarnya saya bukanlah lama sangat join GROUP SUPPORT LIKE ini. Rasanya baru beberapa bulan sahaja. Tapi impaknya lepas dah join GROUP SUPPORT LIKE ini memang sangat  AWESOME!. Mana tidaknya bila join saja group ini, secara tidak langsung seluruh kehidupan anda akan bertukar 360 darjah. Yalah, yang paling ketaranya, apabila account FACEBOOK anda akan bertambah dengan ramai rakan-rakan baru yang super dupper POSITIF. 

Selepas itu akan diberi tugasan ADD semua rakan-rakan POSITIF yang baru dan dengan itu makin bertambahlah rakan baru anda. Dan the BEST partnya ialah, anda mesti LIKE ataupun KOMEN setiap status rakan-rakan yang lalu di newsfeed anda. Jadi walau anda tidak sempat nak KOMEN memandailah dengan hanya tekan button LIKE sahaja sudah menunjukkan anda memberi sokongan kepada setiap apa status yang rakan anda postkan.


Group Support LIke ini bukanlah jaminan bahawa sale anda akan 200 peratus, tapi jika kena gaya dan caranya ianya akan meningkat secara tidak langsung. Bila kita tekan button LIKE itu, pasti ada bunyi kan. Jadi hphone anda itu akan jadi riuh-rendahlah buat sementara. Rasa glamour dan bersemangat kan. Tidak percaya, cubalah anda join GROUP SUPPORT LIKE ini. Anda akan terasa AURAnya yang tersendiri. Malah akan jadi lebih displin untuk update apa sahaja status setiap hari dan juga waktu. 

Pengasas group ini ialah TUAN KHAIRUL ZAHRIN ABD KARIM. Seorang hamba yang biasa tapi boleh jadi luar biasa hebat dah sekarang. Dia dibantu oleh beberapa orang admin yang memang sangat komited dengan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan. Setakat ini pendaftaran untuk join group ini bukanlah mahal sangat. Bua masa ini, pendaftaran hanya sekitar RM30 sahaja. Tapi mungkin juga akan bertambah suatu hari nanti, mana tahu kan.Jadi sebelum yurannya bertambah, baik mendaftar dari sekarang. 

Sejak dah join Group Support ini, saya semakin POSITIF dan sentiasa dapat kekalkan aura walau ada ketikanya rasa lemah semangat. Tapi perasaan  itu, tidaklah bersarang terlalu lama dalam diri saya. Jarang pula sekarang saya mendengar suara-suara kecil yang selalu asyik segala rutin kehidupan saya.


Kesimpulannya, kehidupan semakin menjadi-jadi. Bila buka sahaja account Facebook setiap hari penuh dengan aktiviti rakan-rakan positif yang lain dengan memberi like ataupun komen mereka. Nak join group support ini pun bukanlah susah mana pun. Anda boleh dapatkan segala maklumat melalui saya, Sariah Awang Senik di no tel 019-4075634 atau email sariah.awangsenik@gmail.com.



Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

-

Wednesday, 25 May 2016

LAKUKAN YANG TERBAIK SETIAP HARI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah. Syukur sesangat atas segala rahmat. Semoga semuanya dipermudahkan dengan sebaik-baiknya. Pagi ini cuaca agak mendung sedikit. Tapi biarlah. Semalam hari panas membara. Nak habiskan puasa yang tertunggak memang perit.

Adat mansia, suka buat kerja last minute. Dah nak dekat nak puasa, barulah sibuk nak ganti puasa. Kalau tidak, buat tidak kisah pun. Macam itulah dengan diri ini. Apa pun memang tiap hari usaha nak lakukan yang terbaik melebihi dari hari-hari yang sebelumnya. Apa pun, walau peningkatan tidaklah banyak namun sangat puas hati sebab setiap hari selalu dapat LIKE/KOMEN yang banyak disetiap status yang diposkan. Rasa teruja sesangat.

Dengan semua itu, dapatlah saya selalu kekalkan aura positif dan senantiasa bersemangat melakukan sesuatu. Harap-harap rakan yang lain di GSL tu juga akan dapat peningkatan sebagaimana yang saya rasakan sekarang.

Semoga kita semua terus suksess dan dapat lakukan yang terbaik setiap hari, setiap masa dan terus konsisten.
Di puncak kejayaan nanti kita akan bertemu kembali dan sekaligus meraikan kejayaan bersama-sama.
Aamiin.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Sunday, 22 May 2016

ADA APA DENGAN #GROUP SUPPORT LIKE/KOMEN


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Bismilaahirahmannirahim.

Syukur, alhamdulilah. Amboi, agak lama juga tidak menulis entri baru di blog ini. Nasib baik tidak bersawang lagi. Kalau tidak mahunya sia-sia segala usaha selama ini. Nak mula, tidak akan tidak nak buat sampai habis. Kenalah usaha gigih lagi kan. Betul tidak?

Sebenarnya bukannya minat menulis itu hilang terus, tapi banyak juga masalah lain yang perlu saya uruskan. Alamak, nampak macam nak bagi ALASAN je. Ok, kita tidak payah fikir pasal hal itu lagi. Baru-baru ini, saya dah join satu group yang sangat ' awesome'.

Nama group ini Group Support Like/Komen. Tujuannya adalah untuk kumpulkan semua usahawan yang hebat-hebat tidak kira yang buat bisnes online ataupun offline. Dengan hanya beri sokongan melalui tekan button like, sekaligus kita telah pun beri sokongan dan memberi semangat kepada rakan-rakan yang lain. Bestkan macam itu. Lepas itu secara automatik kita akan ramai rakan-rakan yang baru yang datang daripada pelbagai latar belakang.

Yang peliknya aura mereka sangat positif. Jadi dengan join group ini, bolehlah kita selalu maintain semangat supaya tidak cepat down ataupun tersentap. Ala, biasalah kan. Ada masa kalau tidak dapat sale, kita cepat rasa down dan sebagainya. Tapi bila follow group ini, dan baca semua status rakan-rakan secara tidak langsung kita rasa bersemangat semula.

Terbaik kan macam itu. Kalau kena gayanya yang betul, kita akan dapat belajar banyak ilmu yang baru dan juga tips-tips yang sangat berguna. Selain itu kan, kat group ini juga ada kelas-kelas online yang diadakan di Telegram berkaitan rapat dengan apa yang kita buat.

Cuba bayangkan, kita taip status dan dapat like atau komen daripada rakan-rakan. Jadi tidaklah rasa macam cakap sesorang kat Facebook itu. Tidaklah rasa macam syok sendiri je. Tapi kena jugak, jangan tunggu orang like je statua kita. Kita juga kena like dan rerajinlah komen yang baik-baik tentang apa sahaja status rakan-rakan kita itu.

Maknanya nak dapat banyak like, kitalah usaha like juga status rakan yang lain. Janganlah asyik cerita tentang produk je. Lelama orang naik boring nak like dan juga follow kita. Lupa pulak nak beritahu ya, group ini diasaskan oleh Tuan Khairul Zahrin Abd Karim. Seorang hamba Allah yang biasa tapi punya idea yang luar biasa hebat.

Terima kasih kepada dia sebab tubuhkan group ini. Sekarang rakan-rakan baru semakin bertambah dan usaha untuk displinkan diri taip status seawal yang boleh. Status berupa nasihat, mendoakan, petua ataupun nasihat dengan tujuan saling mengingatkan antara satu sama lain. Namanya aktif di fb. Jadi kenalah bersosial dan beramah mesra terlebih dahulu. Asyik update status pasal produk, orang akan cepat bosan dan mungkin tidak akan dapat banyak lain.

Apa pun, tiada jaminan yang bila join group ini, sale kita akan mencanak naik, tapi kalau kena dengan cara yang betul anda akan dapat ramai propek yang baru yang berkemungkinan akan jadi pelanggan kita. Siapa tahu kan?
Jadi anda kenalah join dulu baru tahu. Tidak join tak tahu.

Kalau rasa berminat, boleh je hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634 atau email sariah.awangsenik@gmail.com. Okeylah, cukuplah entri untuk hari ini. Insha Allah saya akan tulis entri yang lebih bermanfaat nanti ya.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Saturday, 21 May 2016

PROJEK SAMBAL ITAM HOMEMADE



Teks : Sariah Awang Senik

Sumber : Tiada
http://awangsenik.blogspot.com


Assalamualaikum, syukur saya masih berpeluang untuk menulis lagi. Kalau tidak susah juga. Dah lama juga tidak menulis di notebook ini. Selalunya saya hanya menulis di hphone saya yang tidak seberapa canggih itu. Tapi canggih ke ? Entahlah. Apa yang pasti saya agak berpuas hati dengan apa yang ada sekarang.


Jujurnya sekarang saya tengah sibuk membuat Projek Sambal Itam HomeMade yang saya buat secara kecil-kecilan dan juga memuaskan hati dan juga mengembriakan hati sahabat lama saya. Kalau nak tahu, masa belajar buat sambal itam ini, arwah emak adalah orang yang paling cerewet sekali. Mana tidaknya, kalau tidak kena gaya membuatnya, sambal ini tidak akan sedap dan akan lari daripada resipi asalnya. Dulu memang susah nak buat sambal ini, sebab tidak ada stok belimbing rebusnya. Tetapi sekarang senang saja. 

Dah ramai yang buat sambal itam ini dan sekarang sudah pun dikomersialkan. Saya mendapat stoknya yang juga datang dari satu daerah di tempat kelahiran saya iaitu Kuala Lipis Pahang. Ala, satu daerah dengan penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza. Tidak kisahlah apa pun.Yang pastinya sambal ini dah jadi `famous` macam juga Datuk Siti ini.

Saya tetap kekalkan resipi asal sambal itam ini.  Pedas tu memang sudah pasti. Ikan bilis pulak kenalah garing.  Kalau liat, memang tidak sedap. Process yang amat rumit masa nak buat sambal ini, adalah masa nak rebus belimbing ini. Merebusnya ambil masa yang tersangat panjang. Sebab itulah bila beli belimbing yang dah siap rebus, harganya agak mahal. Mahal tu, tidaklah sampai cecah ratusan ringgit. Cuma sekilo RM 35. Tu pun belum kira kos postagenya lagi.

Tapi jangan risau. Sekarang dah ramai yang jual belimbing yang dah siap rebus ini. Selalunya saya jual dalam harga yang sangat berpatutan. Yang bekas bulat tu, harganya RM 10 dan yang bekas segiempat tu berharga RM 15. Alhamdulilah buat masa ini, saya tetap kekalkan harga sebegitu.

Tengah-tengah sibuk menaip ini, leka pulak saya. Tidak hari pun dah hampir malam. Okeylah saya stop sampai disini dulu. Esok saya akan sambung dengan entri yang lebih menarik lagi.
Insha Allah.


Yang Benar
Sariah Awang Senik

Wednesday, 4 May 2016

HARI ISRAK DAN MIKRAJ

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Group Whatshapp
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Salam Israk dan Mikraj buat semua pembaca blog yang dihormati. Sebenarnya hati penulis ini rasa amat gembria dan juga teruja kerana apa yang dirancang dan ditulis malam tadi berjalan dengan jayanya. Kita memang sudah sedia maklum hari Israk dan Mikraj ini adalah hari bersempena untuk mengingati akan perjalanan Nabi Muhamad SAW dari masjid Masjidil Haram Mekah ke masjid Al-Aqsa di Palestin.

Banyak kisah-kisah yang menarik dan boleh dijadikan sebagai teladan dalam kehidupan seharian kita. Kita juga wajib berpuasa sunat, namun tiada paksaan dan terpulang kepada sesiapa sahaja sama ada nak buat atau sebaliknya.

Tapi bagi diri penulis ini, rasa amat teruja dan bangga sebab dapat hapuskan segala rasa mengantuk dan bangun diawal pagi untuk bersolat, berzikir dan juga bertahmid. Rasa puas sangat dan ada masanya sedikit terharu. Yalah, bukan mudah nak bangun, setelah tidur yang amat lena.

Apapun semoga segala aktiviti kerohanian ini dapat penulis lakukan setiap hari supaya dapat mengharungi segala dugaan kehidupan tanpa rasa sedih dan tetap redha dalam apa jua cabaran.

Selamat menyambut Hari Israk dan Mikraj dan semoga kita semua tidak menjadi umat Muhamad yang terus lalai dan leka dalam dunia yang tersendiri.
Aamiin.

Yang Benar
Sariah Awang Senik


Tuesday, 3 May 2016

PERTANDINGAN MENULIS OLEH GROUP SUPPORT LIKE

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Group Support Like/Komen
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamualaikum. Alhamdulilah. Bersyukur kepada Allah atas segala rahmat yang diberi. Hari ini hati berada sangat gembira dan teruja apabila baru sahaja membaca satu pertandingan menulis yang dianjukan oleh GROUP SUPPORT LIKE/KOMEN.

Dikelolakan oleh En Khairul Zahrin Abd Karim dan merupakan orang kuat dalam group support ini. Pertandingan ini juga mungkin dapat mengasah minat dalam bidang penulisan dan mana tahu membuka ruang dan juga peluang yang baru kepada diri sendiri.

Secara jujurnya tarikh pertandingan ini masih lagi belum ditetapkan dan dimana menulisnya masih tidak diketahui.
Apa pun saya tetap berdoa semoga niat untuk menulis dan juga menang di dalam pertandingan ini.

Semoga hasil tulisan yang bakal saya kongsikan nanti bakal memberi manfaat kepada setiap orang yang membacanya.
Insha Allah. Aamiin.

Yang Benar
Sariah Awang Senik


Monday, 2 May 2016

BULAN MEI 2016

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum. Selamat pagi dan salam sejahtera. Begitu cepat masa berlalu pergi. Terasa baru semalam menyambut tahun 2016. Sekarang dah pun bulan Mei dan tidak lama akan berpuasa dan juga berhari raya. Begitu juga bagi diri penulis sendiri.

Anak-anak semakin membesar, dan juga semakin hari begitu sibuk menjalankan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan selama ini. Namun ada masanya diri berasa terlalu penat dan juga sesekali seakan keseorangan. Lumrah hati manusia selalu dirasakan begitu. Syukur perasaan sebegitu hanya sesaat sahaja. Pandang dan lihatlah sekeliling, betapa banyak rahmat dan juga kasih sayang yang Allah telah kurniakan.

Segala saat sukar dan perit telah dapat dilalui dengan jaya dan bangganya. Semuanya atas pertolongan Allah. Tanpa izinnya tidak akan mampu berdiri dan bangkit dengan semangat yang baru. Semoga kekuatan dan keimanan ini akan terus berpanjangan. Dan yang pastinya keyakinan kepada tuhan yang maha esa tidak sesekali pudar.
Ya Allah, bersyukur kepadaMu dan juga segala rahmat yang ada.
Alhamdulilah. Ku pohon agar bulan Mei yang indah ini akan jadi satu titik permulaan bagi perubahan yang lebih besar dan juga mampu memberi manfaat kepada semua orang disekeliling ku.
Aamiin.

Yang Benar
Sariah Awang Senik


MENANG HADIAH CABUTAN BERTUAH DENGAN HANYA BELI PERFUME

Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi http://sariahawangsenik.blogspot.com Rasa-rasanya kalau beli perfume di pasaraya, ad...