Saturday, 21 May 2016

PROJEK SAMBAL ITAM HOMEMADE



Teks : Sariah Awang Senik

Sumber : Tiada
http://awangsenik.blogspot.com


Assalamualaikum, syukur saya masih berpeluang untuk menulis lagi. Kalau tidak susah juga. Dah lama juga tidak menulis di notebook ini. Selalunya saya hanya menulis di hphone saya yang tidak seberapa canggih itu. Tapi canggih ke ? Entahlah. Apa yang pasti saya agak berpuas hati dengan apa yang ada sekarang.


Jujurnya sekarang saya tengah sibuk membuat Projek Sambal Itam HomeMade yang saya buat secara kecil-kecilan dan juga memuaskan hati dan juga mengembriakan hati sahabat lama saya. Kalau nak tahu, masa belajar buat sambal itam ini, arwah emak adalah orang yang paling cerewet sekali. Mana tidaknya, kalau tidak kena gaya membuatnya, sambal ini tidak akan sedap dan akan lari daripada resipi asalnya. Dulu memang susah nak buat sambal ini, sebab tidak ada stok belimbing rebusnya. Tetapi sekarang senang saja. 

Dah ramai yang buat sambal itam ini dan sekarang sudah pun dikomersialkan. Saya mendapat stoknya yang juga datang dari satu daerah di tempat kelahiran saya iaitu Kuala Lipis Pahang. Ala, satu daerah dengan penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza. Tidak kisahlah apa pun.Yang pastinya sambal ini dah jadi `famous` macam juga Datuk Siti ini.

Saya tetap kekalkan resipi asal sambal itam ini.  Pedas tu memang sudah pasti. Ikan bilis pulak kenalah garing.  Kalau liat, memang tidak sedap. Process yang amat rumit masa nak buat sambal ini, adalah masa nak rebus belimbing ini. Merebusnya ambil masa yang tersangat panjang. Sebab itulah bila beli belimbing yang dah siap rebus, harganya agak mahal. Mahal tu, tidaklah sampai cecah ratusan ringgit. Cuma sekilo RM 35. Tu pun belum kira kos postagenya lagi.

Tapi jangan risau. Sekarang dah ramai yang jual belimbing yang dah siap rebus ini. Selalunya saya jual dalam harga yang sangat berpatutan. Yang bekas bulat tu, harganya RM 10 dan yang bekas segiempat tu berharga RM 15. Alhamdulilah buat masa ini, saya tetap kekalkan harga sebegitu.

Tengah-tengah sibuk menaip ini, leka pulak saya. Tidak hari pun dah hampir malam. Okeylah saya stop sampai disini dulu. Esok saya akan sambung dengan entri yang lebih menarik lagi.
Insha Allah.


Yang Benar
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...