Thursday 24 July 2014

RAMADAN BAKAL BERLALU PERGI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber; Sendiri

Ramadan bakal melabuhkan tirainya. Bulan yang penuh berkat dan paling mulia di antara kesemua bulan. Terasa semakin hari, masa berlalu begitu pantas. Dan sebagai hamba Allah, kita tidak dapat lari dari kesibukan dunia yang sementara ini. Kita tidak sedar, bahawa kehidupan yang lebih kekal abadi menanti kita di sana nanti. Segala apa yang kita lakukan di dunia ini hanyalah satu bonus untuk kita di akhirat kelak. Maka dengan sebab itulah Allah telah menetapkan bahawa bulan yang penuh amal kebajikan dan pahala yang teramat banyak adalah bulan ramadan. Di bulan ramadanlah kita harus memperbanyakan amal ibadah supaya kita mempersiapkan diri kita untuk bertemu dengan Allah SWT suatu hari nanti.

Dalam kesibukan kita menguruskan rumahtangga, menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu dan juga pekerja kepada majikan, kita sering terleka dan juga terlalai dengan tanggungjawab kita kepada Allah SWT. Bertapa kita masih tidak dapat mencontohi saudara-saudara kita di Palestine yang berusaha tidak melupakan Allah SWT walaupun nyawa dan kehidupan terancam dek serangan kejam rejim zionis. Semua saudara kita akan menunaikan tanggungjawab mereka walaupun berada di medan perang. Berbanding kita yang hanya sibuk dengan urusan masing-masing, tetapi masih tidak dapat mengingati Allah walaupun seminit. Coretan bukanlah bertujuan untuk menyindir mana-mana pihak namun hanyalah bertujuan untuk mengingatkan diri sendiri yang senantiasa alpa dengan kesibukan seharian.

Memang benar, Ramadan bakal berlalu pergi namun jauh di sudut hati berdoa moga segala yang dilakukan sepanjang Ramadan ini akan di teruskan buat selama-lamanya.

Ya, Ramadan moga kita akan bersua lagi nanti insha Allah.

Coretan Ramadan
Sariah Awang Senik

################################################

Ingin bekerja dari rumah sambil menjana pendapatan sampingan. Tidak perlu keluar dari rumah untuk mencari duit tambahan.

!!!!! Anda telah bersedia dan ingin tahu lebih lanjut, jangan malu ataupun merasa segan untuk hubungi saya terus Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com!!!

Monday 21 July 2014

HIJRAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri

Assalamulaikum, setiap apa yang berlaku di dalam kehidupan ini, ada tujuan dan juga sebabnya yang tersendiri. Walaupun dugaan ataupun musibah yang berlaku itu telah menyebabkan kita kehilangan seseorang ataupun kehidupan ataupun apa sahaja, namun percayalah Allah SWT sedang menguji diri kita dan insha Allah bakal digantikan yang lebih baik lagi.

Lihatlah di sekeliling kita sekarang, terlalu banyak musibah yang berlaku di dalam negara dan seolah-olah Allah terus dan berusaha agar kita sedar bahawa secara sedar ataupun tidak , kita sedang melakukan sesuatu kesilapan tanpa di sedari. Negara kita di uji dengan pelbagai musibah seperti:
- Tragedi kapal terbang hilang iaitu MH370
- Peristiwa penceroboh di Lahad Datu
- Dan yang terbaru kapal terbang terhempas MH17

Semua yang berlaku ada sebabnya yang tersendiri. Mungkin segala yang berlaku memerlukan kita berhijrah kepada sesuatu keburukan kepada yang lebih baik daripada sekarang. Dengan berlakunya suatu dugaan dan juga musibah, kita haruslah bersiap sedia atas apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku di dalam kehidupan. Selalunya apabila berlaku suatu musibah, kita lebih terarah melihatnya hanya dari sudut negatif tetapi tidak berusaha melihatnya dari pandangan yang lebih positif. Kita tidak akan pernah sedar jikalau tidak berlaku sesuatu dugaan.

Melalui pengalaman penulis sendiri, segala yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. Jika tidak berlaku sesuatu, kita tidak akan pernah belajar dan berusaha memperbaiki segala kesilapan diri sendiri. Bukan mudah untuk bangun dan sekaligus berdiri apabila kita di kecewakan insan tersayang. Hanya kekuatan dan berusaha sebaik yang mungkin menerimanya dengan penuh tulus dan ikhlas.

Mungkin sekarang kita gagal membentuk kehidupan ini. Namun setidak-tidaknya kita telah sedar dan berusaha memperbaiki segala kelemahan diri.

Hijrahlah kepada sesuatu keburukan kepada suatu kebaikan yang lebih kekal abadi sehinggalah ke penghujung nyawa kita kelak.

Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik

Thursday 17 July 2014

DUGAAN TERHEBAT

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri

Kita diuji dan di duga lagi dengan musibah-musibah yang berlaku kepada negara. Seolah-olah ada yang tidak kena atau ianya petanda bahawa Allah SWT tidak merestui apa yang kita buat selama ini.

Ketika saudara-saudara kita di Plastine sedang berjuang menentang kekejaman zionis terhadap rakyat Palestine, negara kita di duga dengan tragedi pesawat yang terhempas akibat terkena peluru berpandu di Ukraine . Tidak tahu dan bagaimana ianya berlaku namun cukup membuatkan kita seolah-olah terkejut dan merasakan semuanya bagai mimpi. Tentu ahli keluarga mereka juga terlalu bersedih dan terkejut dengan apa yang berlaku. Negara kita baru sahaja di landa dengan kehilangan MH370 yang sehingga kini tidak tahu khabar berita dan entah bagaimana nasib penumpang dan juga crew kapal terbang terbabit.

Selain daripada itu, negara kita juga di kejutkan dengan tragedi pertumpahan darah yang berlaku antara polis marin di pulau Mabul di Sabah. Seorang anggota polis terbunuh dan seorang lagi di culik dan sehingga kini masih belum tahu bagaimana nasib anggota polis marin tersebut. Moga anggota polis selamat dan dapat kembali bersama dengan keluarganya yang tersayang.

Tentu ada hikmah di sebalik segala tragedi yang berlaku kepada negara yang sangat kita sayangi ini iaitu Malaysia. Mungkin ada kesilapan yang kita telah lakukan sama ada secara sedar ataupun sebaliknya. Ataupun Allah mahu kita semua lebih beriman dan bertakwa kepada Allah SWT. Dan dengan sebab itulah Allah senantiasa menguji melalui segala musibah dan juga dugaan yang telah berlaku di sekeliling kita.

Apa sahaja yang berlaku, pasti ada hikmah di sebaliknya. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu apa yang terbaik buat semua hamba-hambanya.

Sekarang, kita haruslah lebih mendekatkan diri kepada yang maha esa dan tidak menyalahkan sesama sendiri dengan apa yang telah berlaku. Cuba untuk berubah ke arah yang lebih baik daripada sekarang, insha Allah.

Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik

Wednesday 16 July 2014

AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH BUKAN SKIM CEPAT KAYA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook

Akademi bekerja dari rumah ternyata bukan sebuah akademi yang hanya mengaut keuntungan malah lebih bersifat untuk membantu surirumah menjana pendapatan tambahan dari rumah dan juga sesuai untuk suri yang masih bekerja dan mencari pendapatan tambahan.

Di akademi ada tersedia pelbagai kelas- kelas yang diadakan secara online mengikut masa yang anda tetapkan sendiri. Tidak perlu risau untuk keluar rumah ataupun menyebabkan segala urusan rumahtangga anda terganggu.

Dengan mengikuti kelas- kelas yang dianjurkan oleh akademi bekerja dari rumah, anda boleh mempelajarinya secara sambilan di samping menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Sambil memasak dan menjaga anak-anak anda boleh mempelajarinya melalui pm inbox di facebook yang telah disediakan.

Setelah selesai semua tugasan yang diberikan oleh guru online di ABDR anda secara automatik telah pun menjadi rakan niaga di ABDR
dan berpeluang menjana pendapatan tambahan melalui komisen kelas yang akan di promosikan melalui facebook dan juga blog yang anda telah selesai tulis dan update setiap hari.

Jika rajin dan juga konsisten di dalam penulisan blog tentang produk dan juga perniagaan serta lebih banyak perkongsiaan tentang semua kelas dan juga kebaikan menyertai ABDR , anda mampu menjana pendapatan RM 50 ataupun RM100 sehari. ABDR bukanlah skim cepat kaya dan sebagainya.

Semua guru online yang terlatih telah bersiap sedia membantu anda dari semasa ke semasa. Hanya hanya perlu fokus dan tidak cepat berputus asa. Insha Allah rezeki telah disediakan oleh Allah SWT. Ramai guru-guru online yang telah berjaya dari ABDR contohnya, pengasas ABDR iaitu Pn Masyu Ahmad
Pn Anys Zakaria
Pn Nisa Nua
Pn Azura Abdullah.
Guru-guru online ini mempunyai blog dan juga perniagaan mereka masing-masing. Ternyata ABDR bukanlah khayalan dan telah terbukti akan kejayaan mereka untuk bekerja dari rumah sambil menjana pendapatan tersendiri.
Terdapat pasukan khas yang senantiasa memberi sokongan di antara satu sama lain.

Mungkin ada yang masih belum faham ataupun masih samar-samar tentang ABDR, anda boleh menghubungi saya Sariah di talian 019-4075634 ataupun melalui email saya sariah.awangsenik@gmail.com.
Selain daripada itu ada juga tersedia peluang perniagaan secara dropship khas bagi mereka yang ingin memulakan langkah di dalam perniagaan secara online.

Coretan Dari ABDR
Sariah Awang Senik

Monday 14 July 2014

MASA BEGITU PANTAS

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber: Sendiri

Begitu pantas masa berlalu. Tidak berapa  lama lagi kita akan menyambut hari raya di dalam masa 2 minggu lagi. Di dalam tempoh itu jugalah terasa bulan ramadan akan berlalu tidak lama lagi. Banyak perkara yang perlu dilakukan dan perlu diperbaiki lagi terutama amal ibadat kita.
Hampir setiap kali menjelang puasa, kita terlalu asyik berfikir tentang persiapan hari raya, dan alpha dengan amalan ibadah yang seharusnya di utamakan terlebih dahulu.

Ramadan hampir ke penghujungnya. Perkara yang perlu di pertingkat adalah ke imanan dan amalan kepada Allah SWT.

Moga ramadan yang bakal berlabuh tirainya akan meninggalkan seribu kemanisan kepada kita, insha Allah.

Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik

Sunday 13 July 2014

MENJANA PENDAPATAN SAMPINGAN ABDR

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook

Akademi Bekerja Dari Rumah, adalah suatu pusat transformasi bagi surirumah yang berada di rumah, menguruskan segala hal ehwal rumahtangga sambil menjana pendapatan sampingan  di rumah. Selain daripada itu, ABDR juga menyediakan pendapatan sampingan bagi suri yang masih bekerja.

Di ABDR juga telah menyediakan ramai guru online yang dapat memberi tunjuk ajar kepada  semua surirumah yang telah menjadi ahli ABDR.
Tidak perlu keluar untuk belajar sesuatu kemahiran . ABDR juga menyediakan banyak kelas-kelas yang di adakan secara online dan juga mengikut masa yang kita sendiri tentukan. Apabila telah menjadi ahli ABDR anda tidak perlu risau akan masalah yang dihadapi. Guru online akan berada bersama semasa kita sedang menghadapi sesuatu masalah.

Setelah selesai mengikuti segala tugasan yang diberi oleh guru online, secara automatik kita telah menjadi rakan niaga ABDR dan berpeluang menjana pendapatan yang lumayan, jika kita fokus dan juga konsisten di dalam matlamat yang ingin di capai.
Selain daripada itu, di akademi bekerja dari rumah juga telah disediakan pelbagai peluang perniagaan secara dropship yang tidak memerlukan anda menyimpan stok barangan, menguruskan urusan pembungkusan dan juga penghantaran barangan. Ada pasukan khas yang menguruskan semua urusan termasuk pembungkusan dan penghantaran barangan.

Semua peluang menjana pendapatan sampingan dari rumah ini senantiasa terbuka dan setakat ini belum ada tarikh tutupnya. Jika anda telah bersedia dan ingin berjaya bersama-sama kami di ABDR, anda boleh juga hubungi saya Sariah selaku pengurus online di ABDR di no;
019-4075634
Email sariah.awangsenik@gmail.com
Facebook Sariah Awang Senik

Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik

Thursday 10 July 2014

BUMI PALESTIN KEMBALI BERDARAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber ; Facebook

Di saat kita sedang menikmati juadah berbuka puasa, saudara-saudara kita di bumi terpaksa berbuka di dalam keadaan yang huru-hara dan senantiasa mengambil langkah berjaga-jaga.
Bila-bila masa sahaja, rumah yang mereka duduki bakal dibedil oleh bedilan bom dan juga peluru berpandu.

Rejim zionis membuat serangan ke atas penduduk Palestin tanpa mengira masa ataupun waktu. Mereka tidak langsung berasa kasihan menyerang orang awam, terutamanya kanak-kanak, kaum wanita dan juga orang-orang tua.

Penderitaan yang di hadapi oleh semua penduduk Palestin terlalu amat perit dan sungguh menyayatkan hati. Tetapi mereka tetap tabah dan cekal menghadapi segala serangan daripada rejim zionis. Rakyat Palestin telah berjuang menentang kekejaman hampir berkurun lamanya. Negaranya senantiasa menghadapi pergolakkan menentang kemerdekaan.

Apalah sangat kesusahan dan penderitaan kehidupan yang kita alami jika dibandingkan dengan penderitaan rakyat Palestin. Kita yang hidup dilahir dan membesar di bumi bertuah ini iaitu Malaysia patut berasa bersyukur dengan segala nikmat yang kita kecapi sehingga kini.

Bayangkan keadaan yang di hadapi oleh rakyat Palestin berlaku keatas negara yang kita sayangi ini. Sayangilah negara kita Malaysia dan jangan biarkan anasir jahat mempergaruhi pemikiran rakyat Malaysia.

Bertapa sayunya hati ini apabila menatap wajah-wajah comel yang menjadi mangsa bedilan bom yang terbujur kaku tidak bernyawa lagi. Melihat si ayah dan ibu meratapi pemergian mereka. Tubuh mereka berlumuran dengan darah. Di sana dan sini ada sahaja runtuhan bangunan berlaku akibat daripada bedilan bom dan juga peluru berpandu dari rejim zionis.

Di dalam sehari ada sahaja nyawa yang terkorban akibat daripada serangan tentera zionis. Rejim zionis menculik kanak-kanak dan juga sesiapa sahaja tanpa sebab yang kukuh. Kemudiam mereka akan dibunuh dan entah apa lagi yang berlaku kepada mereka.

Sesungguhnya bumi Palestin senantiasa dibasahi dengan darah daripada orang awam yang menjadi mangsa serangan rejim zionis.

Kita mungkin tidak mampu berjuang bersama-sama dengan rakyat Palestin. Tetapi kita boleh berdoa dan membantu semua saudara kita dengan apa yang termampu dari kita.

Doa adalah senjata yang paling kuat dan sangat berkesan. Siapa tahu akan ada keajaiban yang berlaku yang mungkin akan berlaku tanpa kita sedari. Kepada semua saudara-saudara kita di bumi Palestin kuatkanlah keimanan dan kesabaran menentang segala kekejaman daripada rejim zionis. Insha Allah  akan ada kemenangan dan kebahagiaan menanti anda semua.

Coretan Ikhlas Dari
Sariah Awang Senik

Tuesday 8 July 2014

PELUANG MENJANA PENDAPATAN TAMBAHAN MELALUI ABDR

Teks ; Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook

Peluang terbuka luas dan dapat menambah pendapatan keluarga dengan tidak perlu mengorbankan masa anda dan juga anak-anak. Anda tidak perlu keluar rumah dan  juga membuang masa menempuh kesesakan lalu lintas untuk sampai ke pejabat anda.
Walaupun anda mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi, anda berupaya menjana pendapatan tambahan berdasarkan kemahiran yang anda pelajari, hasil daripada apa yang anda pelajari semasa di universiti dahulu.

Kini walaupun anda seorang doktor, peguam ataupun seorang arkitek anda mampu berkerja dari rumah berdasarkan pengalaman dan juga pendidikan anda sendiri.
Di akademi bekerja dari rumah, sudah tersedia pelbagai peluang perniagaan dengan menjadi seorang daripada rakan niaga akademi dan juga mencari dan mengajar mereka yang ingin bekerja dari rumah.

Antara peluang-peluang perniagaan yang terdapat di akademi bekerja dari rumah ialah:
»» Dropship Projek Duit Raya
»» Dropship Borong Telekung Solat
»» Dropship Makanan Sunnah
»» Dropship Produk Islamic

Kesemua di atas mampu memberikan anda pendapatan lumayan dengan syarat anda fokus, berdisplin dan komited di dalam menjalankan segala tugasan yang di beri.

Anda telah bersedia dan ingin berjaya bersama-sama kami di akademi bekerja dari rumah,
sila hubungi saya Sariah Awang Senik, salah seorang rakan niaga di akademi bekerja dari rumah di no tel 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com Facebook Sariah Awang Senik.

Coretan ABDR,
Sariah Awang Senik

Monday 7 July 2014

REJECT BRANDED PERFUME

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook

Tentu ramai yang berminat dengan wangian yang harum, menyegarkan dan juga tahan lama. Kebanyakan wangian yang terdapat di pasaran berjenama dan juga agak mahal harganya tetapi tidak tahan lama dan tidak boleh di bawa bersolat.

Kini terdapat perfume yang berjenama dengan harga yang berpatutan dan juga tahan lama. Perfume tersebut adalah Reject Branded Perfume.

Apakah itu perfume reject?
Reject bererti ada kecacatan di bahagian bungkusan, botol, label dan sebagainya di mana ianya tidak sesuai di jual di kaunter.

Factory Minor Defect
Biasanya perfume yang di jual di kaunter 100% sempurna dari segi bungkusan (kotak) dan sebagainya, reject perfume adalah sebaliknya.

Shipment Fault
Kebiasaanya, apabila sampai ke negara penerima, bungkusan mengalami kerosakan dan tidak sesuai di jual di kaunter, oleh itu ianya di jual melalui saluran kami.

Barangan Contoh ( Tester )
Setiap jenama baru yang di keluarkan akan di promosikan di kaunter-kaunter seluruh dunia.
Barangan promisi akan diperuntukan di setiap kaunter dan dilabelkan sebagai TESTER NOT FOR SALE.
Akan tetapi, terdapat juga lebihan stok promosi dimana produk ini tidak boleh dijual di kaunter dan terpaksa di jual melalui saluran kami.

Bagaimana Ketulinan Dapat Dibuktikan Secara Fizikal?
Dengan menggoncang botol perfume 180 darjah ke kiri dan kanan anda akan dapat melihat buih-buih halus yang akan mengewap ke bahagian atas permukaan cecair perfume. Buih-buih yang terhasil bukan buih-buih udara tetapi lebih kepada molekul-molekul halus yang dapat di lihat.

Terdapat banyak jenama terkenal, antaranya ialah:
Ralph Lauren
Giorgio Armani
Boss
Versace
Christion Dior
Calvin Klein
Dunhill

Jika berminat ingin tahu lebih lanjut tentang semua perfume ini,
bolehlah hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Coretan Wangian
Sariah Awang Senik

PERNIAGAAN DROPSHIP SECARA ONLINE DI ABDR

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook

Bagi yang ingin memulakan perniagaan tetapi tidak mempunyai modal yang banyak, perniagaan dropship adalah suatu perniagaan yang sesuai .
Perniagaan menjadi agent dropship di akademi bekerja dari rumah senantiasa terbuka luas.
Dengan menjadi agent dropship akademi bekerja dari rumah anda tidak perlu risau semua perkara-perkara tersebut. Antaranya ialah:

** Tidak perlu menyimpan stok barangan
** Tidak perlu risau urusan pembungkusan barangan dan juga penghantaran barangan
** Tidak perlu keluar dari rumah untuk membuat promosi barangan
** Hanya memerlukan modal yang sedikit seperti kemudahan internet melalui laptop dan juga handphone anda.
** Hanya perlu membuat promosi barangan melalui online dan mengambil semua pesanan dari para pelanggan
** Jika anda belum mahir, akan ada pengurus online yang akan senantiasa bersiap sedia membantu anda.
** Mempunyai pelbagai jenis dropship seperti, telekung solat, perniagaan makanan sunnah, produk islamiah dan juga projek duit raya.

Semua perniagaan dropship ini bukan sahaja dapat di lakukan semasa musim perayaan, malah boleh di teruskan selepas musim perayaan juga.
Keuntungan perniagaan dropship di akademi bekerja dari rumah bergantung kepada komisen yang telah di tetapkan.

Jika anda sudah bersedia dan ingin mengubah kehidupan di samping dapat menjaga keluarga serta anak-anda boleh lah menghubungi saya , pengurus online di akademi bekerja dari rumah.
Sariah Awang Senik
019-4075634
Email sariah.awangsenik@gmail.com
Facebook Sariah Awang Senik

Coretan Akademi Bekerja Dari Rumah
Sariah Awang Senik

Saturday 5 July 2014

PANAS YANG MENGUJI IBADAH PUASA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri

Hari ini, cuaca terlalu panas dan terik. Nak keluar dari rumah pun berfikir 2 kali sebelum keluar dari rumah. Kalau nak diikutkan, baru semalam hujan. Tetapi tidaklah terlalu lebat sangat.

Kebetulan hari ini, hari cuti. Kebetulan di bulan puasa ini, pelanggan agak kurang. Cuma masa berbuka puasa sahaja ada ramai sikit orang. Tapi itu cuma sekejap sahaja.

Rancangan hari ini, bercadang berbuka puasa di rumah adik yang duduk di sungai buloh. Minggu lepas memang dah datang. Tetapi minggu ini datang sebab hendak pergi menempah baju.

Mereka sekeluarga singgah di rumah dan aku juga akan ke sana bersama-sama dengan mereka semua. Moga semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segalanya.

Coretan Bulan Puasa
Sariah Awang Senik

******************************************************

Bagi yang mencari pendapatan tambahan melalui menjadi agent dropship, bolehlah sertai kami di Akademi Bekerja Dari Rumah.
Di sini anda akan di bimbing oleh para pengurus online terlatih. Nikmati juga komisen yang agak lumayan antara RM50-RM100 sehari jika anda konsisten dan juga fokus di dalam melakukannya.
Tidak perlu menyimpan stok.
Tidak perlu risau urusan penghantaran
Tidak perlu risau urusan pembungkusan
Segala masalah boleh di selesaikan secara online dan berhemah.

Anda telah bersedia, jika ya sila hubungi saya Sariah pengutus online Akademi Bekerja Dari Rumah, 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com Facebook Sariah Awang Senik

Sekian

Thursday 3 July 2014

AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook

Alhamdulilah, syukur telah hampir 6 bulan lebih menyertai ABDR ini. Syukur kerana di akademi ini, hampir setiap hari berhubung dan juga bertukar-tukar pendapat tentang apa sahaja . Bukan sahaja tentang perniagaan, tetapi juga tentang pengalaman hidup dan juga bertukar pandangan tentang kemahiran yang kita miliki.

Dengan menyertai ABDR, kita tidak payah keluar rumah untuk mempelajari sesuatu kemahiran. Melalui pembelajaran secara online, kita boleh menyusun jadual sendiri di rumah.

Untuk menjadi ahli ABDR, tiada syarat-syarat ketat yang di perlukan. Apa yang di perlukannya hanyalah kesungguhan untuk pelajari sesuatu yang amat berguna, displin damjuga fokus. Usaha berterusan tanpa jemu, insha Allah akan menghasilkan faedah yang sangat berguna.

Jika anda sudah bersedia dan ingin mengubah masa depan anda, sila hubungi saya Sariah 019-4075634
Facebook Sariah Awang Senik
Email : sariah.awangsenik@gmail

Catatan Ikhlas
Sariah Awang Senik

Wednesday 2 July 2014

JALINAN UKHWAH DI AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook

Mengenali akademi bekerja dari rumah umpama mengenal satu buah keluarga yang besar. Di dalamnya bukan sahaja terdapat pelbagai kelas-kelas insentif untuk suri yang ingin bekerja dari rumah , bahkan juga terdapat peluang perniagaan yang terbuka luas.
Segala langkah-langkah di dalam selok belok perniagaan senantiasa di pantau dari masa ke semasa. Semua pengurus-pengurus online yang baru akan di ajar segala langkah-langkah terkini di dalam sesebuah perniagaan.

Bukan itu sahaja semua peluang perniagaan yang di tawarkan oleh Akademi Bekerja Dari Rumah adalah sah dan tidak menyalahi undang-undang yang di tetapkan. Hampir keseluruhan ahli akademi adalah terdiri daripada surirumah dan kebanyakannya adalah perempuan. Jadi ianya tidak akan menimbulkan sebarang fitnah atau apa sahaja perkara yang tidak di ingini.

Ahli- ahli akademi bekerja dari rumah ada juga dari golongan profesional dan juga ada yang telah lama menceburkan diri di dalam bidang perniagaan. Jadi banyak tips-tips perniagaan yang sangat berguna yang dapat di kongsi bersama-sama dengan ahli-ahli akademi yang lain.

Semua interaksi dan juga apa sahaja urusan adalah melalui online. Kita tidak perlu membuang masa dan tenaga untuk berjumpa di antara satu sama dengan yang lain. Selain daripada itu, bagi ahli akademi yang baru, ahli akademi yang lain akan juga dapat membantu memperkenalkan perniagaan masing-masing.

Itulah jalinan ukhwah yang indah terjalin di antara ahli-ahli akademi yang lain. Segala masalah ataupun apabila menghadapi sesuatu kesukaran akan dapat di rujuk di antara satu sama yang lain.

Berada bersama dengan akademi bekerja dari rumah dan berpeluang berkongsi apa sahaja tentang perniagaan, produk dan juga mungkin pengalaman hidup yang berharga yang boleh di jadikan panduan yang amat berguna antara satu sama lain. Apa lagi yang kita harapkan, semuanya sudah tersedia di akademi bekerja dari rumah.

Bagi yang serius ingin berubah dan juga menambah pendapatan keluarga secara sampingan, bolehlah hubungi saya pengurus online akademi bekerja dari rumah, bolehlah hubungi saya,

Sariah Awang Senik
019-4075634
Email sariah.awangsenik@gmail.com
Facebook Sariah Awang Senik

Catatan Ikhlas Dari
Sariah Awang Senik

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...