Saturday 31 January 2015

MAKANAN RINGAN YANG SEDAP DAN MENYELERAKAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber ; Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Makanan ringan yang mudah dan juga menyelerakan. Senang di sediakan dan sangat menjimatkan masa. Produk yang di jamin halal dengan harga yang berpatutan. Produknya ialah:
@@@ Cheezy Wedges Sauce RM 20 harga sudah termasuk postage.
@@@ Mashed potato RM 20 harga juga dah termasuk postage
@@@ Tepung Magik RM 20
@@@ Tepung Ayam Goreng Uncle Bob RM 20
Semua harga sudah termasuk postage.
Kombo pack RM 33 Cheezy Wedges Sauce dan tepung magik.
Kombo pack RM 33 Mashed potato dan cheezy wedges
Harga kombo pack juga sudah termasuk postage.

Anda ingin mencuba makanan ringan yang sedap dan menyelerakan ini, bolehlah hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Coretan Produk
Sariah Awang senik

Wednesday 28 January 2015

ANTARA PAPER CUP DAN BUNGKUSAN PLASTIK

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Semalam adalah hari yang paling membuatkan aku keliru dan perasaan tidak faham senantiasa membuatkan aku tertanya-tanya. Bekerja sebagai seorang tukang pembancuh air ini juga nampak senang semudah yang di ucapkan namun hakikatnya banyak cabarannya. Walaupun cabarannya tidakkah sehebat dan sebesar mana namun apa jua bentuk pekerjaannya pasti ada sahaja yang terpaksa di lalui.

Mempunyai majikan yang tidak banyak karenah tetapi orang bawahannya pula yang bertindak lebih isi dari kuku. Kebelakangan ini ada peraturan baru yang telah di kuatkuasakan oleh PLUS bahawa tidak membenarkan penggunaan plastik bagi membungkus air minuman para pelanggan. Entah apa sebabnya aku pun kurang pasti. PLUS akan mengenakan mata demerit kepada pengendali kedai makanan dan minuman jika masih menggunakan cara yang lama. Jadi sistem pembungkusan air di kedai pun berubah. Sama ada air minuman sejuk ataupun panas semuanya terpaksa menggunakan paper cup.

Segala kerja nampak remeh dan menyusahkan apabila para pelanggan ramai dan ada yang tidak sabar-sabar. Sebagai salah seorang pekerja dan hanya menurut arahan tiada apa yang dapat dilakukan. Dengan harga minumam yang mahal dan saiz paper cup yang kecil semuanya bagai ada yang tidak kena. Majikan tidak banyak cerewet tetapi yang menjaga perniagaan yang di amanahkan tanggungjawabnya kepada hamba Allah ini, cerewetnya hanya tuhan yang maha esa tahu.

Sudah berumur dan memang sepatutnya berehat daripada terus bekerja. Tetapi kebelakangannya sikapnya semakin buatkan pekerja yang lain sesak nafas. Sikapnya yang suka pilih kasih menyusahkan ramai pekerja yang ingin membuat kerja dengan lebih cepat dan pantas. Selalunya memang aku tidak berapa ambil tahu sangat akan hal ini. Tetapi apabila sudah habis tahap kesabaran seseorang maka segala rasa akan diluahkan begitu sahaja. Kadangkala apabila dia marah dan merungut akan sesuatu hal aku biarkan sahaja dan langsung tidak mahu fikirkannya dengan lebih lanjut lagi.

Sesuatu hal yang membuatkan aku rasa tersangat keliru ialah apabila semalam ada pekerja yang juga sama bekerja memesan minuman untuk di bungkus. Seperti biasa aku membancuh minuman tersebut dengan di dalam paper cup yang telah disediakan. Dengan secara tiba-tiba dia marah lalu melarang keras membancuh minuman tersebut di dalam paper cup. Katanya paper cup tersebut mahal dan bermacam alasan yang lain. Dalam hati aku berkata-kata, segala perbelanjaan semua diuruskan oleh majikan dan bukan mengeluarkan duitnya sendiri.

Dia menyuruh pekerja tersebut minum sahaja tanpa membungkusnya. Aku menjadi semakin keliru kerana takut cawan tersebut hilang dan sebagainya. Aku pun menerangkan nanti cawan tidak cukup dan sebagainya. Lagilah dia marah dan terus membebel-bebel. Tiada kata yang dapat aku katakan dan aku malas nak bertengkar dengannya. Kalau minuman tersebut tidak boleh dimasukkan ke dalam paper cup habis hendak dibungkus pakai apa .

Bila aku tengok kedai-kedai yang lain semuanya biasa sahaja. Tidak kira pelanggan ataupun pekerja highway semuanya menggunakan paper cup ataupun plastik. Tidak nampak pulak wujudnya soal pilih kasih dan sebagainya. Maknanya cara mereka konsisten dan teratur dan tidak kelam kabut sebagaimana keadaan di dalam kedai aku ini.

Esok lusa, entah bagaimana lagilah perangai hamba Allah ini. Memikirkan keadaan dirinya aku semakin kasihan akan dirinya. Bekerja bersungguh-sungguh tanpa memikirkan akan keadaan orang yang lain. Aku selalu berdoa moga hamba Allah seperti ini diberikan petunjuk dan juga hidayah untuk berubah. Kalau aku terus bertengkar dengannya keadaan bukan bertambah elok tetapi akan bertambah buruk. Jalan yang paling terbaik ialah aku senantiasa kekalkan semangat positif dan hanya menganggap sikapnya itu sebagai salah satu cabaran di dalam menjalani tugasan harian. Semoga aku akan terus kekalkan semangat positif dan juga dapat mencapai kejayaan yang diinginkan suatu hari nanti.

Coretan Paper Cup
Sariah Awang Senik

Tuesday 27 January 2015

HENDAK BERJAYA TAPI MALAS BERUSAHA DAN BERTINDAK

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber ; Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Semua orang ingin cepat mencapai kejayaan dan ingin hidup senang serta merta. Ketahuilah tiada jalan singkat bagi mencapai sesuatu kejayaan. Dan yang paling teruk lagi adalah, ingin berjaya tapi malas berusah dan juga bertindak, walaupun semua peluang sudah terdampar di hadapan mata.

Penulis sendiri pernah melalui keadaan ini beberapa kali. Pernah juga terbabas lantaran asyik dengan sesuatu keadaan yang belum pasti. Sedangkan kita perlu usahakan dan dahulukan apa yang penting terlebih dahulu. Rasanya jikalau semangat dan usaha serta bertindak secara konsisten setiap hari, pasti sesuatu kejayaan akan dapat di capai di dalam masa yang amat singkat.

Persediaan mental dan juga fizikal harus di persiapkan sebaik yang mungkin di dalam mengejar sesuatu kejayaan. Kita faham dan pasti, sesuatu kejayaan yang besar juga perlukan usaha-usaha yang besar untuk mencapainya. Jikalau hanya mendengar dan tidak mahu bertindak, maka kejayaan yang ingin di capai , tidak akan ke mana.

Apa yang penulis ingin kongsikan di sini bukanlah bertujuan untuk menyinggung mana-mana pihak , namun ianya adalah sebahagiaan daripada pengalaman penulis sendiri serta sikap yang ada di dalam diri yang sukar di buang dan di hapuskan begitu sahaja. Mungkin patut usaha sesuatu yang lebih agresif dan bersemangat agar semua usaha untuk mencapai sesuatu kejayaan akan dapat di capai secepat yang mungkin.

Antara cara yang di rasakan sesuai di pratikkan lagi di dalam mencapai sesuatu kejayaan ialah:
@@@ Kenali apakah kejayaan yang ingin di capai.
@@@ Letakkan matlamat yang sebenar apakah kemahuan anda yang sebenarnya.
@@@ Kalau boleh senantiasa kekalkan semangat positif di dalam diri dan ikhlas menghadapi sebarang dugaan.
@@@ Susunkan semula jadual rutin harian anda. Cari masa untuk diri anda walaupun hanya seminit.
@@@ Catatkan matlamat anda setiap hari.

Mungkin ada banyak lagi usaha yang dapat membantu di dalam mencapai sesuatu kejayaan. Moga penulis terus positif dan juga konsisten di dalam menyelesaikan tugas harian dan juga segala cita-cita yang di impikan selama ini.

Coretan Kejayaan
Sariah Awang Senik

KEKAL SIHAT DAN BAHAGIA DENGAN CARA YANG MURAH DAN BERKUALITI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber ; Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Sebagai seorang surirumah, kita harus selalu mengekalkan kebahagiaan rumahtangga secara luaran dan juga dalaman. Dengan kesibukan tugas sebagai seorang surirumah ataupun suri yang masih bekerja tetapi juga menjaga hal ehwal rumahtangga, bukanlah alasan yang terbaik untuk tidak menjaga penampilan sebagai seorang isteri dan juga seorang wanita.

Semakin bertambah umur seorang wanita, maka dia perlu lebih menjaga penampilan dan juga kecantikannya di mata seorang suami. Kini dengan berkembang pesatnya segala teknologi, maka kos untuk menjaga penampilan juga semakin bertambah. Tidak semestinya mendapatkan penjagaan wanita yang mahal akan mujarab. Tetapi dengan kos yang murah juga, segala penjagaan wanita dari segi luaran dan dalaman dapat di kekalkan.

Anda juga boleh cuba mengamalkan menjaga segala kesihatan sebagai seorang wanita dengan kos yang murah lagi mujarab. Cubalah mengamalkan memakan Manjakani By Sue. Ianya seratus buatan asli dan tiada campuran sebarang bahan kimia. Kesannya dapat dilihat dalam jangkamasa yang agak singkat, seawal selama seminggu bergantung kepada kesihatan tubuh badan seseorang wanita.

Harga amat berpatutan dan ianya seperatus halal. Jika anda berminat ingin mencubanya, bolehlah hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com.

Coretan Manjakani
Sariah Awang Senik

Sunday 25 January 2015

ANTARA DOSA DAN PAHALA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Begitu mudahnya melakukan dosa tetapi amat payah untuk mencari lebih banyak pahala di dalam menjalani kehidupan seharian.Hampir berpuluh tahun lamanya asyik terbelenggu dengan dosa yang menghimpit diri ini. Godaan dan juga hasutan syaitan senantiasa melemahkan jiwa ini. Namun seiring dengan peredaran masa, saat usia makin bertambah telah membuatkan diri makin lemas dengan segala dosa-dosa ini.

Hati bagai meronta-ronta untuk membuat lebih banyak kebaikan dan keberkatan  supaya semuanya dapat mempertingkatkan lagi lebih banyak pahala di dalam kehidupan yang semakin singkat ini. Sampai bila asyik terus membiarkan diri menjadi hamba dosa. Tidak teringinkah untuk mengecapi segala kenikmatan dan juga keindahan di syurga firdausi. Semua kebaikan dan keindahan syurga sudah tertulis dan tidak seharusnya merasa ragu-ragu untuk menempatkan diri di sana nanti.

Diri ini tidak pasti bila akan di jemput oleh Allah yang maha esa. Senantiasa berdoa, agar saat nyawa di ambil, diri tidak berada di dalam keadaan yang memalukan apabila berhadapan dengan yang maha kuasa. Selagi masih bernafas ruang dan juga pintu taubat senantiasa terbuka. Bertaubatlah sebelum semuanya terlambat. Dan kuatkan dan perkukuhkanlah keimanan ini agar dapat meninggalkan segala dosa dan memperbanyakkan lagi pahala di dalam setiap urusan harian dan juga tanggungjawab.

Sesungguhnya Allah maha pengasih dan juga penyayang. Dia tidak pernah melupakan semua hambanya . Walaupun semua hambanya senantiasa dan juga tetap akan melakukan dosa namun apabila bertaubat dan juga insaf akan segala perbuatan, Allah akan tetap juga memaafkan segala kesilapan dan juga kekhilafan hambanya. Antara dosa dan juga pahala, sudah tentu akan memilih pahala kerana itu lebih akan menjaminkan sebuah kehidupan yang lebih bahagia dunai dan akhirat kelak insha Allah.

Semoga di penghujung kehidupan yang semakin singkat ini, akan lebih banyak pahala akan dapat dilakukan dan sekaligus meninggalkan segala dosa-dosa yang tidak tertanggung ini. Desakan hati dan juga nafsu serakah, semuanya akan tersemadi dan berlalu pergi bagai angin lalu. Kini tidak mungkin akan tewas lagi dengan segala kata-kata dan bisikan halus di cuping telinga ini.

Coretan Dosa Dan Pahala
Sariah Awang Senik

Nota: Coretan santai dari secebis kisah kehidupan yang di penuhi dosa-dosa yang lalu. Jikalau ada sebarang komen ataupun apa sahaja, silalah komen di ruangan yang di sediakan.

WISHLIST :
@@ Ingin lebih konsisten menulis.
@@ Ingin menulis untuk lebih banyak majalah dan juga buku-buku bermotivasi.
@@ Ingin menjadi inspirasi kepada semua ibu-ibu tunggal agar lebih bersemangat dan berdikari.

Thursday 22 January 2015

ANTARA MASAK TEMPOYAK AYAM DAN SAMBAL HITAM

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Antara masak Tempoyak Ayam dan juga Sambal Hitam. Mana satu pilihannya. Hari ini masih merasa kurang sihat kerana deman, batuk dan juga selsema. Tekak pun tidak tahu apa rasa. Hanya pahit, perit dan juga tawar segala makanan. Semua jenis minuman sama je rasanya. Kalau ikutkan rasa hati ini nak masak pindang ikan tenggiri. Tapi malas sangat nak berjalan keluar daripada rumah.

Cuaca kat luar tu pulak, sekejap terang, sekejap mendung. Musim sekarang tidak menentu. Kalau masa hari panas, memang panas terik bagai nak tercabut kulit kat badan ini. Dan kalau hari hujan pulak, sekejap gerimis dan sekejap hujan lebat.

Sedang asyik memikirkan tentang keadaan cuaca yang panas kat luar tu, aku mengambil keputusan untuk memasak apa yang ada di dalam peti ais aku ini. Yang ada ayam separuh, sebelah timun, serai, ikan bilis yang hanya tinggal segengam, sayur sawi bunga dan juga belimbing hitam rebus.

Jam sudah pun nak pukul 11 pagi. Aku harus cepat memasak. Nanti anak dara aku yang comel akan balik dari sekolah.  Mesti soalan pertama yang akan di tanya ialah, " Hari ni ibu masak lauk apa, ?" Selalunya aku akan jawab, " Masak lauk ikan jaws. " Lepas tu dia cakap, " Nampak sangat ibu nie tipu. " Sambil tengah berkhayal tu, aku sibuk memotong ayam dan juga timun ke beberapa bahagian. Dalam hati dahlah, cukuplah tu berangan.

Aku lantas memasak secepat yang mungkin dan menyiapkan apa yang patut. Sekarang semua dah siap. Lauk pauk aku susun atur khas untuk anakanda tersayang. Sambal hitam belimbing rebus dan di sebelahnya masak Tempoyak Ayam nampak begitu padan sekali. Bak kata orang tua-tua bagai pinang di belah dua. Amboi tingginya imaginasi aku dengan Tempoyak Ayam dan Sambal Hitam. Rasanya aku belum pasti macam mana.
Tapi yang penting aku masak dengan penuh kasih dan sayang untuk anakanda tersayang Muhamad Aiman Hakimi dan Nur Damia Rifqah.

Setelah selesai makan hidangan tengahari, anak dara aku sedang bersiap-siap hendak ke sekolah agama pulak.
Cepatnya masa berlalu. Aku pun perlu bersiap kerana sekejap lagi akan menjalankan tugas dan tanggungjawab ku selaku pekerja kepada majikan aku.

Coretan Tempoyak Ayam Dan Sambal HiTam
Sariah Awang Senik.

Nota : Siap juga entri aku untuk hari ini. Maaf boss, customer tidak ramai, jadi bolehlah curi masa sedikit untuk menulis entri untuk blog kesayanganku Travelog Kehidupan.
Ada sebarang komen, jangan malu dan segan untuk menulis di ruangan yang telah di sediakan.

PRODUK SUNNAH DARI ABDR

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Anda berminat meraih pendapatan sampingan dengan menjual produk sunnah dari Akademi Bekerja Dari Rumah. Terdapat pelbagai jenis produk sunnah di ABDR.
Antaranya ialah, kurma, kismis serta bermacam-macam jenis lagi.

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah promosi produk sunnah ini secara online ataupun offline. Berminat untuk ketahuinya dengan lebih lanjut, hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awang@gmail.com

Coretan Produk Sunnah
Sariah Awang Senik

Wednesday 21 January 2015

KELAS AKAUN SECARA ONLINE DI ABDR

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Anda berpeluang belajar menguruskan akaun perniagaan anda hanya secara online. Tidak perlu meninggalkan segala tanggungjawab anda di rumah hanya untuk mempelajari sesuatu yang berfaedah.

Kini segala-galanya boleh di pelajari hanya melalui onine. Kelas akaun secara online di ABDR ini adalah terbuka kepada semua golongan tidak kira lelaki dan juga perempuan. Kelas akaun secara online ini akan di adakan seperti berikut:
@@@ Tempat adalah terhad dan hari adalah hari yang terakhir untuk mendaftar.
@@@ Tarikh 23/1/2015
@@@ Masa 9.30-12.302
@@@ Tempat adalah terhad.

Jika anda berminat hendak mengikuti kelas secara online ini bolehlah hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun secara email sariah.awangsenik@gmail.com

SEMUANYA DEMI ANAK-ANAK

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Mengharungi kehidupan sebagai seorang ibu tunggal bukanlah perkara yang mudah bagi kehidupan seorang yang bergelar perempuan. Itulah kenyataannya apabila ibu terpaksa menerima gelaran ini tanpa kerelaan hati ibu. Semua permasalahan sudah ibu usaha sedaya upaya untuk memulihkan keharmonian rumahtangga ini, namun jodoh ibu dan abah hanya setakat ini. Segala-galanya ibu terima dengan hati yang redha walaupun perit.

Jauh di sudut hati ibu ini, telah pun membuat keputusan untuk membina kembali kehidupan ini bersama abang dan juga adik. Kalau ikutkan hati ibu mahu sediakan segala keperluan abang dan adik dengan secukupnya, tetapi apakan daya, ibu hanya mampu sediakannya setakat yang ibu mampu. Ibu sanggup dan nekad telah membuat keputusan untuk ketepikan dahulu kemahuan dan kebahagiaan ibu kerana abang dan juga adik. Dari riak wajah abang dan adik, ibu tahu anak-anak ibu tidak suka ada insan lain yang hadir mengantikan tempat abah. Jangan risau abang dan adik, ibu juga tidak rela memikirkan tentang hal sedemikian. Biarlah semuanya tuhan sahaja yang menentukannya kerana dia sahaja yang tahu apakah yang terbaik buat ibu dan juga anak-anak ibu semua.

Menghadapi pelbagai cabaran dan juga dugaan tidak pernah melemahkan semangat ibu untuk membina kembali ini seperti mana sebelumnya. Kadang-kadang sebelum melelapkan mata ini, ibu selalu berfikir adakah ibu sudah buat yang terbaik untuk abang dan juga adik. Ibu selalu risau, takut segala tindakan dan juga perbuatan ibu akan menyinggung hati dan juga perasaan anak-anak ibu.

Untuk pengetahunan abang dan adik, saat yang paling membahagiakan bagi diri ibu adalah apabila kita bersama-sama menghabiskan masa bersantai dan juga melihat senyumn manis terukir di wajah anak-anak ibu yang tersayang. Percayalah ibu akan tetap terus berdoa di setiap langkah-langkah yang bakal abang dan juga adik lalui.

Apabila abang dan adik sudah berjaya kelak, janganlah lupa segala pengorbanan dan juga kasih sayang ibu. Ibu tidak minta di balas, cuma cukuplah ingatan dan juga kasih sayang abang dan adik terhadap ibu. Buat abang Muhamad Aiman Hakimi dan juga adik Nur Damia Rifqah, kalian berdua adalah anugerah paling indah dari Allah untuk ibu. Ibu terlalu menyayangi abang dan juga adik melebihi nyawa ibu sendiri. Hanya kebahagiaan dan kejayaan abang dan adiklah yang paling bermakna dan berharga bagi diri ibu ini.

Coretan Kasih Sayang
Sariah Awang Senik

MEMBELI SAMBIL MENDERMA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Kini terdapat pelbagai hidangan ringan yang sesuai untuk anak-anak tersayang di rumah. Tidak perlu keluarkan belanja yang banyak, semua hidangan ringan seperti mana di restoran makanan segera terkenal. Antaranya ialah seperti KFC, MCDONALD, KENNY ROGERS dan bermacam lagi. 

Makanan ringan seperti mashed potato, cheezy wedges sauce, ayam goreng uncle bob, sekarang semuanya dapat disediakan dengan mudah di rumah. Di sini kami menawarkan harga yang berpatutan dengan pakej kombo yang menarik.

Harga seperti berikut :

@@@ Mashed potato RM 20 

@@@ Cheezy Wedges Sauce RM 20

@@@ Tepung Magik Original dan Pedas RM 20 semua dah termasuk postage.

Bagi pakej kombo pack harga adalah seperti di bawah:

@@@ Cheezy Wedges Sauce Dan Mashed Potato RM 33

@@@ Cheezy Wedges Sauce Dan Tepung Magik RM 33. Semua harga juga dah termasuk postage.

Tepung ayam goreng Uncle Bob pula harganya RM 20 juga sudah termasuk postage.

Anda berminat ingin dapatkan semua makanan ringan ini untuk di sediakan untuk anak-anak, jika mahu boleh hubungi saya seperti berikut:

Sariah Awang Senik

No Tel dan juga whatshapp 019-4075634 ataupun melalui email saya sariah.awangsenik@gmail.com

Sekian Terima Kasih


Catatan Produk Oleh

Sariah Awang Senik

Wednesday 14 January 2015

CINTA SEJATI HINGGA KE HUJUNG NYAWA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Gambar Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Mencari cinta sejati dan juga kasih sayang yang dapat berkekalan adalah amat sukar di cari. Di zaman yang serba maju dan arus permodenan berkembang pesat membangun membuatkan manusia lebih mementingkan wang ringgit, harta dan juga kuasa sebagai suatu kekuatan.

Cinta sejati hanyalah kepada Allah yang maha esa dan tiada bandingan dan juga harganya. Namun ada juga cinta sejati yang betul-betul kekal abadi hingga ke akhir hayat. Cinta sejati antara pasangan masing-masing dan juga menerima segala kekurangan dan juga kelemahan pasangan dengan seadanya. Perasaan cinta terhadap pasangan yang bukan berdasarkan ke atas sebarang syarat dan juga ikhlas mencintai pasangannya walau apa sahaja keadaan pasangan suami ataupun isteri tersebut.

Hati terdetik untuk menulis entri ini selepas menonton rancangan Wanita Hari Ini di TV3 mengenai suatu topik sangat menyentuh hati dan juga penuh emosi. Topik tersebut adalah Cinta Hingga Ke Hujung Nyawa. Mendengar salah satu perkongsiaan kehidupan rumahtangga tentang kisah seorang suami yang setia menjaga isterinya yang tersayang yang menghidap lueakimia. Menjaga dan juga merawat si isteri dengan penuh kasih dan sayang juga memberikan sokongan moral dan semangat kepada isterinya untuk menjalani kehidupan seperti biasa.

Walaupun isterinya telah meninggal dunia, namun segala kenangan manis dan pahit tentang isterinya masih kukuh terpahat di ingatan dan hati sang suami. Betapa utuhnya kasih sayang dan juga cinta sejati seorang suami. Jarang ada seorang suami yang sanggup melalui pelbagai kepayahan untuk menjaga isterinya yang sedang sakit. 

Apapun, jauh di sudut hati ini teringat apa yang telah di lalui oleh abah semasa arwah emak yang sedang sakit. Masih segar di ingatan, abah sanggup bersusah payah menghantar arwah emak menjalani rawatan susulan setiap bulan di hospital Kuala Lumpur. Abah tidak pernah meninggalkan arwah emak sendirian menjalani apa sahaja rawatan untuk pulih daripada penyakit kanser payudara yang di hidapi oleh arwah emak.


Tidak pernah sekalipun abah merungut ataupun mengeluh menjaga arwah emak yang sakit ketika itu. Malah semua urusan rumahtangga, abah usaha untuk selesaikan dan siapkan semuanya sendiri. Walaupun setelah arwah emak meninggal dunia, abah tetap tidak mahu berkahwin lain. Sebagai anak sulung yang perempuan , saya amat mengagumi kekuatan dan juga ketabahan abah menghadapi semua dugaan dan rintangan. Hanya setelah beberapa tahun arwah emak meninggal akibat daripada penyakit kanser payudara, barulah abah bersetuju untuk berkahwin lain. Itupun setelah dia mendengar pujukan kami adik-beradik yang mahu abah berkahwin dan meneruskan kehidupan seperti orang lain.


Apapun agar sukar mencari seorang suami sepertimana abah. Seingat saya abah tidak pernah berkira dengan arwah emak di dalam menguruskan segala urusan rumahtangga.Jikalau ada kesempatan abah sendiri akan memasak dan juga mengemas rumah sendiri. 


Itulah secebis kisah tentang cinta hingga ke hujung nyawan. Menerima segala kelemahan dan kekurangan pasangan seadanya. Tidak terlalu cepat menghukum pasangan atas kesilapan yang dilakukannya. Manusia tiada yang sempurna. Yang sempurna hanyalah Allah yang maha esa.

Semoga arwah emah di tempatkan di kalangan orang-orang yang solehah. 

Al-Fatihah untuk arwah emak tersayang Siti Rokiah Bte Abdul Kadir.


Coretan Cinta Hingga Hujung Nyawa

Sariah Awang Senik


Tuesday 13 January 2015

AJAIBNYA KUASA BAD

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah syukur kepada Allah yang maha esa kerana telah dipertemukan dengan seorang yang istimewa iaitu Pn Insyirah Azhar yang telah berjaya menulis ebook BAD ataupun Bertanya Allah Dahulu. Secara jujurnya segala perkongsiaan beliau dan juga pengalamannya telah banyak saya pratikkan di dalam kehidupan seharian saya.

Untuk pengetahunan semua, saya hanya mengenali penulis ebook ini secara online dan juga penulisannya, namun belum berpeluang mengenali secara peribadi. Tentu dia mempunyai banyak pengalaman istimewa sehingga dapat menghasilkan ebook yang amat berguna kepada sesiapa sahaja yang ketagihkan ilmu pengetahunan yang tidak menyalahi segala undang-undang dan juga syariat agama yang telah Allah tetapkan selama ini.

Setelah membaca ebook BAD ini, saya terus mengamalkannya di dalam kehidupan dan juga urusan harian. Mengamalkan kaedah BAD membuatkan kita hampir dan juga semakin dekat malah membuatkan hati dan perasaan kita bertambah yakin akan kekuasaan Allah yang maha esa. Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan amalkanlah berdialog ataupun memohon kepada Allah terlebih dahulu.

Untuk pertama kalinya setelah membaca ebook BAD, saya mencuba memohon kepada Allah terlebih dahulu untuk melakukan segala urusan harian saya selama ini. Keajaiban yang pertama adalah ketika saya menaiki teksi untuk pulang ke rumah. Waktu itu, saya tidak mempunyai wang kecil dan hanya mempunyai wang sebanyak satu keping wang lima puluh ringgit dan juga duit yang paling kecil sebanyak dua belas ringgit. Sebelum menaiki teksi lagi agar duit sebanyak dua belas ringgit itu cukup untuk di jadikan sebagai tambang teksi. Tambang merisaukan kerana hari sudah malam dan saya risau pemandu teksi tidak mempunyai wang tukar lagi. Saya terus berdoa dan berdoa semoga tambah saya adalah sebanyak dua belas ringgit sahaja.

Setelah hampir sampai dan teksi berhenti di depan pagar rumah, saya terus bertanyakan kepada pemandu akan berapa harga tambang teksi ini, kerana melalui pengalaman yang lepas selalunya sekitar tiga belas ataupun lima belas ringgit, setelah berbuat demikian pemandu teksi mengatakan kepada saya, tambangnya adalah dua belas ringgit. Dalam hati saya merasa amat bersyukur dan terasa akan betapa besarnya kuasa Allah yang mahaesa. 


Selain daripada tentang tambang teksi itu, ada juga kisah keajaiban yang lain. Antaranya seperti kisah tentang saya membelanjakan wang sebanyak sepuluh ringgit untuk membeli sedikit barang dan nyata wang sebanyak sepuluh ringgit itu betul-betul cukup. Ada juga tentang kisah wang gaji yang selalunya hanya berbaki sedikit, tetapi bulan lepas saya memohon dan berdoa kepada Allah agar wang gaji masih saya banyak. Dan benarlah kuasa Allah tiada siapa yang maha mengetahuinya. Kuasa Allah tiada siapa yang dapat menahannya. Gaji saya pada bulan masih banyak bakinya dan saya tidak perlukan advance yang banyak untuk membeli barang keperluan sekolah.


Kini saya nekad membuat keputusan untuk mengamalkan kaedah BAD ini setiap masa dan saat . Saya tidak akan pernah lagi ragu-ragu mengamalkannya kerana telah pun merasai akan keberkesanannya dan faedahnya mengamalkan kaedah BAD ini. Selain daripada itu saya berdoa agar penulis ebook ini dapat menghasilkan lebih banyak ebook yang bercorak keislaman dan juga mendidik pembaca ebook melalui minda dan juga hati supaya lebih mendekatkan diri kepada Allah yang maha esa.

Syabas dan sekalung ucapan tahniah kepada cik Insyirah Azhar tentang kejayaan dan juga perkongiaan beliau tentang ebook Bertanya Allah Dahulu. Semoga beliau akan lebih suksess dan berjaya di dalam setiap bidang yang diceburinya.


Coretan Keajaiban BAD

Sariah Awang Senik

JOM MAKAN PAU TANJUNG MALIM

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Gambar Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Hampir sepuluh tahun saya bekerja di kedai Pau Tanjung Malim ini. Walaupun bekerja dengan seorang majikan yang berbangsa cina, namun itu bukanlah alasan saya untuk menimba lebih banyak ilmu tentang pengurusan perniagaan oleh kaum yang terkenal tentang mengusahakan perniagaan sendiri.
Kedai Pau Tanjung Malim ini terletak di hentian Rehat Dan Rawat Tanjung Malim.

Jika anda sedang dalam perjalanan dari arah utara dan menuju ke ibu kota ataupun selatan, silalah singgah dan berhenti berehat sambil makan Pau Tanjung Malim. Kalau nak tahu, Pau Tanjung Malim ada sejarahnya yang tersendiri. Perniagaan ini adalah perniagaan keluarga dan di warisi sejak dari dahulu lagi. Mengikut cerita majikan saya iaitu Mr Yong, dahulu Pau Tanjung Malim bersaiz besar dan datuknya sendiri membuat Pau Tanjung Malim dengan hanya menggunakan tangan. Katanya lagi, pau yang telah siap di buat akan di kukus dengan menggunakan pengukus yang di perbuat daripada kayu.

Aroma yang di hasilkan dengan mengukus dengan pengukus yang di perbuat daripada sangat wangi dan membuatkan seseorang tertarik untuk mencuba memakan Pau Tanjung Malim.
Pau Tanjung Malim ada empat jenis. Iaitu Pau Ayam, Pau Daging, Pau Kacang dan juga Pau Kaya.  Semasa mula-mula bekerja di kedai ini, saya tersangat gemar memakan Pau Kari Ayam. Paunya lembut dan juga bersaiz agar besar.

Kalau nak tahu Pau Tanjung Malim ada pelanggan tetapnya yang tersendiri. Terdiri daripada pelbagai pelanggan yang datang daripada pelbagai lapisan masyarakat. Pekerja yang bekerja di kedai Pau Tanjung Malim ini juga terdiri daripada bangsa India, Cina, Melayu malah ada juga pekerja Indonesia. Majikan saya adalah seorang yang amat sederhana dan juga seorang yang tidak cerewet. Tetapi dia amat menitikkan soal kejujuran seseorang. Ini kerana setiap semua pekerjanya harus dan mesti pandai mengendalikan mesin cashier dan juga tentang harga barangan. Menghadapi ragam pelanggan yang cerewet dan ada juga para pelanggan yang tidak banyak karenah.

Mengutamakan pelanggan adalah senantiasa benar namun majikan saya ada caranya yang tersendiri menyelesaikannya. Saya berdoa dan bercita-cita ingin memiliki perniagaan sendiri. Tidak kiralah sama ada perniagaan itu adalah secara online ataupun offline. Selain daripada Pau Tanjung Malim, ada juga beberapa lagi produk keluarannya yang tersendiri. Seperti Kopi Gensing Tongkat Ali dan juga Kopi Putih. Ada juga roti bakar yang dinamakan Roti Kahwin dan amat di gemari oleh ramai pelanggan.

Pau Tanjung Malim telah lama berada di pasaran dan juga mempunyai jenamanya yang terkenal sejak zaman berzaman. Kini walaupun restorannya yang besar terletak di Tanjung Malim Perak tapi namanya sudah terkenal sejak dahulu lagi. Semoga perniagaan ini akan terus kekal di pasaran dan juga memprolehi keuntungannya yang banyak.

Coretan Pau Tanjung Malim
Sariah Awang Senik

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Meraih pendapatan hanya dari rumah. Berpeluang belajar menulis blog untuk memulakan sesuatu perniagaan.
Inilah di antara keistimewaan yang ada di Akademi Bekerja Dari Rumah.
Anda ingin tahu lebih lanjut, boleh hubungi saya:
Sariah Awang Senik
019-4075634
Email sariah.awangsenik@gmail.com

Friday 9 January 2015

PENTINGNYA SIKAP POSITIF

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Memang agak sukar mengekalkan sikap positif di dalam diri seseorang insan. Dengan dugaan dan juga segala permasalahan yang berlaku hampir setiap hari dan berdepan dengan pelbagai karenah manusia, sedikit sebanyak mempengaruhi sikap seseorang. Inilah yang menyebabkan mereka senantiasa bersikap negatif dan gagal mencapai sesuatu kejayaan di dalam kehidupan mereka.

Terlalu banyak dugaan yang berlaku di dalam kehidupan seseorang. Ada yang sedih dan ada juga yang meninggalkan kenangan manis di dalam kehidupan seseorang insan. Ada yang di duga dengan kehilangan cinta sejati, di kianati, kehilangan insan tersayang dan ada juga yang mengalami keruntuhan mahligai impian. Semuanya yang berlaku tanpa kita sedari dan tanpa di duga. Setiap insan yang menjalani kehidupan di bumi Allah yang bertuah ini pasti akan di uji dan juga di duga.

Tetapi bagaimana setelah melalui semua keperitan dan kesusahan, seseorang itu dapat bangkit dan membina semangat yang baru demi kehidupan yang bererti. Bukan mudah membina kembali sesuatu kehidupan setelah di kecewakan oleh insan yang tersayang. Namun jikalau berfikir bahawa semua yang terjadi adalah sebahagian daripada dugaan Allah, pasti seseorang itu akan lebih redha dan terbuka serta seikhlas hati menerima apa jua dugaan Allah terhadap hambanya.

Namun menjalani kehidupan ini ada keunikannya yang tersendiri. Ada sebahagiaannya dapat kembali membina kehidupan dengan senantiasa bersikap positif dan segala yang negatif di buang begitu sahaja. Walau betapa hebatnya dugaan dan juga cabaran yang di hadapi, sikap positif haruslah di kekalkan setiap masa untuk mencapai sesebuah kejayaan.

Dengan ini, berusahalah kekal positif dan cubalah sedaya upaya membuang fikiran yang negatif dan apa sahaja yang mempengaruhi pemikiran seseorang. Insha Allah berkat usaha dan doa kepada maha penciptanya, kejayaan dan kebahagiaan hidup tetap akan di nikmati jua di penghujung kehidupan yang serba indah ini.

Coretan Positif
Sariah Awang Senik

Sunday 4 January 2015

ISTIMEWANYA TAHUN 2015

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Sudah hampir 5 hari menyambut tahun baru 2015. Banyak perkara yang menyedihkan berlaku di penghujung tahun 2014. Dengan berlaku musibah banjir di negeri Kelantan, Terengganu dan juga Pahang. Negeri Kelantan paling teruk terjejas dan juga memerlukan masa yang agak panjang untuk kembali kepada keadaan seperti sediakala. Selain daripada itu, kita juga dikejutkan dengan satu lagi tragedi pesawat AirAsia yang terhempas di lautan hindi dan mengorbankan kesemua penumpang dan juga anak kapalnya.

Itulah peristiwa-peristiwa sedih yang berlaku disekeliling kita dan telah kehilangan orang-orang yang kita sayangi. Pembukaan tahun 2015, saya masih meneruskan azam yang masih belum tercapai. Menyimpan impian untuk bekerja daripada rumah di samping menguruskan rumahtangga dan juga mendidik dan membesarkan anak-anak . Bercita-cita untuk menjadi seorang penulis yang menulis sambil berdakwah itulah impian yang selama ini saya impikan.

Sebagai persediaan untuk menjadi seorang penulis, saya harus konsisten menulis setiap hari walaupun hanya beberapa patah perkataan sahaja. Selain daripada membaca, saya juga harus membuat pelbagai persediaan dan juga kajian tentang sesuatu isu yang mahu ditulis. Banyak idea yang terlintas di fikiran saya sekarang dan saya harus menulis semua idea-idea tersebut supaya ianya tidak hilang dari fikiran ini.
Semua aktiviti ini hanya mampu saya lakukan secara sambilan kerana terpaksa bekerja pada sebelah petang hinggalah ke malam.

Masa yang ada pada awal pagi hinggalah ke tengahari amatlah terhad. Perubahan yang positif haruslah di buat bagi membolehkan saya mencapai segala impian saya impikan selama ini. Dengan adanya jadual yang tersusun ini akan dapat membantu dan mempercepatkan proses mencapai segala yang di impikan selama ini.

Coretan Tahun 2015
Sariah Awang Senik

Wishlist:
@@@ Berniaga sambil dapat bersedekah.
@@@ Menulis sambil berdakwah.
@@@ Ingin memberi semengat kepada wanita yang lain membina kembali kehidupan terutama yang bergelar seorang ibu tunggal.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Menambah pendapatan sampingan hanya daripada rumah. Sertailah kami keluarga besar di AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH . Anda akan di ajar untuk menulis blog, belajar berniaga secara online dan bermacam lagi. Ingin tahu lebih lanjut, boleh juga hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com.

Friday 2 January 2015

SALAM MAULIDUR RASUL

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum, alhamdulilah syukur nikmat yang Allah berikan selama ini. Hari ini adalah hari Maulidur Rasul. Kelahiran Nabi Muhamad SAW iaitu nabi yang paling mulia dan sangat istimewa di sisi Allah yang maha esa. Secara jujurnya, rutin dan juga tanggungjawab seharian membuatkan diri  semakin leka dengan dunia yang tersendiri. Tahun 2015 sudah pun hampir beberapa hari berlalu.

Namun sebenarnya tahun baru Islam telah lama berlalu. Masih banyak perkara yang belum selesai. Perjuangan baru sahaja bermula. Ada masanya semangat.ini seakan berkobar-kobar dan ada kalanya juga semangat ini seakan pudar dek terlalu leka dengan tanggungjawab yang utama. Tugasan dan juga tanggungjawab ini adalah faktor utama kepada ekonomi keluarga. Tetapi segalanya bukan berdasarkan minat. Semakin hari jiwa ini semakin meronta-ronta untuk menulis dan juga menulis.

Terlalu banyak musibah yang telah berlaku pada penghujung tahun 2014. Musibah banjir yang melanda di negeri-negeri pantai timur iaitu Kelantan. Terengganu dan juga Pahang. Negeri yang terkenal dengan serambi Mekah iaitu Kelantan Darul Naim adalah negeri yang paling teruk terjejas. Walaupun keadaan air banjir semakin surut, tetapi untuk mengembalikan keadaan negeri ini kepada keadaan yang sediakala mengambil masa yang agak lama. Banyak nyawa telah terkorban dan juga ada yang langsung kehilangan tempat tinggal.
Rumah mereka ada yang musnah sama sekali. Bekalan air bersih dan juga elektrik langsung tidak ada lagi. Ini menyebabkan urusan para penduduknya untuk membersihkan rumah kediaman adalah amat terhad.

Banyak bantuan telah disumbangkan dan ada juga badan-badan persendirian yang tampil sendiri membantu semua para penduduk di Kelantan, Terengganu dan juga Pahang. Daerah kelahiran saya iaitu Kuala Lipis juga tidak terlepas dari musibah banjir. Pekannya hampir ditenggelami air banjir. Walaupun rumah ayahanda tersayang tidak dilanda banjir, namun kawasan-kawasan yang rendah semua dilanda banjir. Kini air sungai sudah semakin surut. Keadaan persekitarannya semakin baik dan juga banyak menerima bantuan daripada badan kerajaan dan juga swasta.

Hanya doa dan juga harapan, semoga semua yang terlibat di dalam musibah banjir ini akan bertambah baik. Sama ada menjadi mangsa banjir, memberi pertolongan ataupun apa sahaja, semoga semua urusan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.  Bagi membantu semua mangsa-mangsa banjir ini, saya bercadang untuk mengutip derma dan juga membantu dengan cara menjual semua produk-produk secara online dan hasilnya akan disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir yang memerlukan pertolongan.

Kepada yang sudi membeli sambil menderma ini bolehlah hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com.

Coretan Maulidur Rasul
Sariah Awang Senik

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...