Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Sudah hampir 5 hari menyambut tahun baru 2015. Banyak perkara yang menyedihkan berlaku di penghujung tahun 2014. Dengan berlaku musibah banjir di negeri Kelantan, Terengganu dan juga Pahang. Negeri Kelantan paling teruk terjejas dan juga memerlukan masa yang agak panjang untuk kembali kepada keadaan seperti sediakala. Selain daripada itu, kita juga dikejutkan dengan satu lagi tragedi pesawat AirAsia yang terhempas di lautan hindi dan mengorbankan kesemua penumpang dan juga anak kapalnya.
Itulah peristiwa-peristiwa sedih yang berlaku disekeliling kita dan telah kehilangan orang-orang yang kita sayangi. Pembukaan tahun 2015, saya masih meneruskan azam yang masih belum tercapai. Menyimpan impian untuk bekerja daripada rumah di samping menguruskan rumahtangga dan juga mendidik dan membesarkan anak-anak . Bercita-cita untuk menjadi seorang penulis yang menulis sambil berdakwah itulah impian yang selama ini saya impikan.
Sebagai persediaan untuk menjadi seorang penulis, saya harus konsisten menulis setiap hari walaupun hanya beberapa patah perkataan sahaja. Selain daripada membaca, saya juga harus membuat pelbagai persediaan dan juga kajian tentang sesuatu isu yang mahu ditulis. Banyak idea yang terlintas di fikiran saya sekarang dan saya harus menulis semua idea-idea tersebut supaya ianya tidak hilang dari fikiran ini.
Semua aktiviti ini hanya mampu saya lakukan secara sambilan kerana terpaksa bekerja pada sebelah petang hinggalah ke malam.
Masa yang ada pada awal pagi hinggalah ke tengahari amatlah terhad. Perubahan yang positif haruslah di buat bagi membolehkan saya mencapai segala impian saya impikan selama ini. Dengan adanya jadual yang tersusun ini akan dapat membantu dan mempercepatkan proses mencapai segala yang di impikan selama ini.
Coretan Tahun 2015
Sariah Awang Senik
Wishlist:
@@@ Berniaga sambil dapat bersedekah.
@@@ Menulis sambil berdakwah.
@@@ Ingin memberi semengat kepada wanita yang lain membina kembali kehidupan terutama yang bergelar seorang ibu tunggal.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Menambah pendapatan sampingan hanya daripada rumah. Sertailah kami keluarga besar di AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH . Anda akan di ajar untuk menulis blog, belajar berniaga secara online dan bermacam lagi. Ingin tahu lebih lanjut, boleh juga hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com.
No comments:
Post a Comment