Teks : Sariah Awang Senik
Sumber ; Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Semua orang ingin cepat mencapai kejayaan dan ingin hidup senang serta merta. Ketahuilah tiada jalan singkat bagi mencapai sesuatu kejayaan. Dan yang paling teruk lagi adalah, ingin berjaya tapi malas berusah dan juga bertindak, walaupun semua peluang sudah terdampar di hadapan mata.
Penulis sendiri pernah melalui keadaan ini beberapa kali. Pernah juga terbabas lantaran asyik dengan sesuatu keadaan yang belum pasti. Sedangkan kita perlu usahakan dan dahulukan apa yang penting terlebih dahulu. Rasanya jikalau semangat dan usaha serta bertindak secara konsisten setiap hari, pasti sesuatu kejayaan akan dapat di capai di dalam masa yang amat singkat.
Persediaan mental dan juga fizikal harus di persiapkan sebaik yang mungkin di dalam mengejar sesuatu kejayaan. Kita faham dan pasti, sesuatu kejayaan yang besar juga perlukan usaha-usaha yang besar untuk mencapainya. Jikalau hanya mendengar dan tidak mahu bertindak, maka kejayaan yang ingin di capai , tidak akan ke mana.
Apa yang penulis ingin kongsikan di sini bukanlah bertujuan untuk menyinggung mana-mana pihak , namun ianya adalah sebahagiaan daripada pengalaman penulis sendiri serta sikap yang ada di dalam diri yang sukar di buang dan di hapuskan begitu sahaja. Mungkin patut usaha sesuatu yang lebih agresif dan bersemangat agar semua usaha untuk mencapai sesuatu kejayaan akan dapat di capai secepat yang mungkin.
Antara cara yang di rasakan sesuai di pratikkan lagi di dalam mencapai sesuatu kejayaan ialah:
@@@ Kenali apakah kejayaan yang ingin di capai.
@@@ Letakkan matlamat yang sebenar apakah kemahuan anda yang sebenarnya.
@@@ Kalau boleh senantiasa kekalkan semangat positif di dalam diri dan ikhlas menghadapi sebarang dugaan.
@@@ Susunkan semula jadual rutin harian anda. Cari masa untuk diri anda walaupun hanya seminit.
@@@ Catatkan matlamat anda setiap hari.
Mungkin ada banyak lagi usaha yang dapat membantu di dalam mencapai sesuatu kejayaan. Moga penulis terus positif dan juga konsisten di dalam menyelesaikan tugas harian dan juga segala cita-cita yang di impikan selama ini.
Coretan Kejayaan
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment