Thursday, 22 January 2015

ANTARA MASAK TEMPOYAK AYAM DAN SAMBAL HITAM

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Antara masak Tempoyak Ayam dan juga Sambal Hitam. Mana satu pilihannya. Hari ini masih merasa kurang sihat kerana deman, batuk dan juga selsema. Tekak pun tidak tahu apa rasa. Hanya pahit, perit dan juga tawar segala makanan. Semua jenis minuman sama je rasanya. Kalau ikutkan rasa hati ini nak masak pindang ikan tenggiri. Tapi malas sangat nak berjalan keluar daripada rumah.

Cuaca kat luar tu pulak, sekejap terang, sekejap mendung. Musim sekarang tidak menentu. Kalau masa hari panas, memang panas terik bagai nak tercabut kulit kat badan ini. Dan kalau hari hujan pulak, sekejap gerimis dan sekejap hujan lebat.

Sedang asyik memikirkan tentang keadaan cuaca yang panas kat luar tu, aku mengambil keputusan untuk memasak apa yang ada di dalam peti ais aku ini. Yang ada ayam separuh, sebelah timun, serai, ikan bilis yang hanya tinggal segengam, sayur sawi bunga dan juga belimbing hitam rebus.

Jam sudah pun nak pukul 11 pagi. Aku harus cepat memasak. Nanti anak dara aku yang comel akan balik dari sekolah.  Mesti soalan pertama yang akan di tanya ialah, " Hari ni ibu masak lauk apa, ?" Selalunya aku akan jawab, " Masak lauk ikan jaws. " Lepas tu dia cakap, " Nampak sangat ibu nie tipu. " Sambil tengah berkhayal tu, aku sibuk memotong ayam dan juga timun ke beberapa bahagian. Dalam hati dahlah, cukuplah tu berangan.

Aku lantas memasak secepat yang mungkin dan menyiapkan apa yang patut. Sekarang semua dah siap. Lauk pauk aku susun atur khas untuk anakanda tersayang. Sambal hitam belimbing rebus dan di sebelahnya masak Tempoyak Ayam nampak begitu padan sekali. Bak kata orang tua-tua bagai pinang di belah dua. Amboi tingginya imaginasi aku dengan Tempoyak Ayam dan Sambal Hitam. Rasanya aku belum pasti macam mana.
Tapi yang penting aku masak dengan penuh kasih dan sayang untuk anakanda tersayang Muhamad Aiman Hakimi dan Nur Damia Rifqah.

Setelah selesai makan hidangan tengahari, anak dara aku sedang bersiap-siap hendak ke sekolah agama pulak.
Cepatnya masa berlalu. Aku pun perlu bersiap kerana sekejap lagi akan menjalankan tugas dan tanggungjawab ku selaku pekerja kepada majikan aku.

Coretan Tempoyak Ayam Dan Sambal HiTam
Sariah Awang Senik.

Nota : Siap juga entri aku untuk hari ini. Maaf boss, customer tidak ramai, jadi bolehlah curi masa sedikit untuk menulis entri untuk blog kesayanganku Travelog Kehidupan.
Ada sebarang komen, jangan malu dan segan untuk menulis di ruangan yang telah di sediakan.

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...