Thursday 16 June 2016

DUGAAN BESAR DI BULAN RAMADAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamualaikum. Selamat pagi dan salam Ramadan yang ke 12 harinya. Tiada terhingga rasa syukur dihati ini kerana masih lagi berpeluang melakukan ibadah berpuasa serta jug ibadah-ibadah yang lainnya. Kata orang bulan puasa semua bulan yang penuh rahmat dan sangat mulia.

Hati terasa sangat sayu dan berasa begitu terkejut mendengar perkhabaran yang sangat memilukan daripada adik tersayang tentang sahabat baiknya iaitu Areen Rahman yang kini sedang koma di Hospital Kajang. Dia mengalami Brain Stem Stroke akibat saluran tunjangnya pecah di otak serta mengalami pendarahan. Semuanya ini terjadi kerana dia sebenarnya menghidap penyakit darah tinggi.

Dugaan yang sangat besar dan dia insan yang sangat bertuah dipilih untuk melalui dugaan yang sangat besar ini. Secara kebetulan dia mempunyai sepasang anak kembar yang masih kecil dan belum memahami apa sahaja yang terjadi kepada mamanya sekarang.

Jika ada yang berkemampuan bolehlah membuat sedikit sumbangan untuk didermakan kepada keluarganya yang tersayang. Semoga dengan sedikit perkongsiaan yang tidak seberapa ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh semua ahli keluarga Areen Rahman.

Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas segala jasa doa dan juga pertolongan yang bakal dilakukan nanti. Jika ingin ketahui lebih lanjut tentang bolehlah hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634 atau email sariah.awangsenik@gmail.com.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Friday 10 June 2016

REZEKI DI BULAN RAMADAN

REZEKI DI BULAN RAMADAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah. Dah hampir seminggu kita berpuasa kan. Terasa cepat sangat masa berlalu. Walaupun bulan Ramadan, tetapi saya harus jalankan tanggungjawab saya seperti biasa. Tiada apa yang jauh berubah. Semua seperti biasa.

Apa pun saya sangat bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan. Menjalani ibadah puasa bersama anak-anak tersayang sangat memberi makna yang besar dalam diari kehidupan seorang ibu tunggal. Tidak pernah mengeluh dengan.apa yang dikurniakan, malah berasa sangat bersyukur.

Bulan Ramadan ini, bulan yang penuh dengan rezeki dan amal kebajikan. Di masa inilah, kita sibuk berlumba-lumba membuat kebajikan dan bersedekah di sana dan sini. Kalau nak bersedekah itu, tidak semestinya wang ringgit. Hatta, sebiji buah kurma juga boleh disedekah. Besar ganjarannya, dan hanya Allah yang lebih mengetahuinya.

Masa bulan Ramadan inilah, saya sibuk mencari pendapatan tambahan. Selalunya dalam hati saya senantiasa berdoa agar ada rezeki yang lebih atau rezeki yang tidak disangka buat saya dan anak-anak. Alhamdulilah juga berkat pertolongan rakan-rakan, mereka semua.tidak pernah jemu membantu apa yang patut. Contohnya macam tempahan Sambal Itam Pahang ini. Asalnya hanya nak suka-suka untuk gembriakan hati orang. Tetapi tidak sangka sama sekali mendapat sambutan pula.

Kalau tengok daripada gambar itu, saya telah selesai siapkan tempahan oleh salah seorang sahabat saya. Sambal ini memang nampak hitam semacam. Tetapi rasanya agak pedas berapi sedikit.
Apa pun, tidak siapa yang dapat menyangka rezeki dibulan Ramadan. Siapa sahaja berhak dan layak mendapat segala rezeki.

Sebelum saya akhiri entri ini, saya nak ambil kesempatan untuk ucapkan Selamt jalankan ibadah puasa dan semoga segala urusan berjalan dengan lancar.
Insha Allah.


Saturday 4 June 2016

BULAN ITU DATANG LAGI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah. Tidak lama lagi nak berpuasa semula. Insha Allah mungkin esok akan bermulalah puasa kita. Dan pagi nanti bersahurlah kita semua. Bahang bulan Ramadan ini dan amat terasa sejak beberapa minggu yang lepas. Cuaca pula, sekejap hujan dan sekejap lagi panas terik. Kalau tidak jaga kesihatan dan minum air yang banyak, alamat tidak sihatlah kita dibuatnya.

Apa pun syukur masih bernafas dan berpeluang jalankan ibadah puasa. Bulan yang penuh rahmat dan berkat bagi semua umat Muhamad. Nak buat amal kebajikan dan juga sedekah, inilah masa yang paling sesuai. Tapi janganlah bulan puasa sahaja, teruskanlah hingga ke bulan yang seterusnya dan kekalkan dalam diri kita itu.

Sebenarnya, bukan lama sangat bulan puasa ini. Peringkat permulaannya sahaja. Iaitu minggu pertama. Lepas itu, dah ok dan percayalah masa berlalu begitu pantas sekali. Sedar-sedar dah pun nak raya. Kalau nak raya macam-macam nak dibuat. Jadi nak puasa pun siap-siapkanlah diri untuk hadapi semua dugaan dan rintangan yang maha hebat.

Dikesempatan ini, saya selaku tuan tanah blog Travelog Kehidupan ini, memohon seribu kemaafan atas segala kekhilafan diri yang tidak sempurna ini. Semoga di bulan Ramadan tahun ini, kita semua akan diberikan lebih lagi kesihatan yang baik supaya dapat lagi membuat amal kebajikan dan bersedekah kepada golongan yang lebih memerlukan. Insha Allah. Aamiin.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...