Saturday 28 December 2013

Pengalaman Kehidupan

Disamping menjaga arwah anak saya berpeluang belajar menjahit dengan seorang jiran di sebelah rumah. Asalnya hanyalah hendak membantu beliau namun tidak disangka timbul minat yang mendalam untuk belajar menjahit dengan lebih lanjut lagi. Saya selalu membantu beliau menjahit jahitan tulang belut, mata lalat,memasang zip , menjahit lubang butang dan sebagainya

Saya seronok melakukannya disamping menambah pendapatan keluarga. Walau hasilnya tidak lah sebanyak mana namun saya tetap bersyukur. Paling saya suka adalah menjahit langsir. Walau saya tidak mempunyai kemahiran yang khusus namun saya tetap gigih untuk belajar

Dengan kesibukan aktiviti menjahit saya tidak pernah lupa untuk menulis. Sudah menjadi kebiasan saya untuk menulis walaupun hanya catatan harian. Kekadang idea menulis datang tanpa disedari. Paling banyak adalah semasa sedih ataupun gembria atas sesuatu yang berlaku di dalam kehidupan saya. Untuk pengetahunan semua saya tidak pernah menyangka yang minat saya yang satu bakal mendatangkan rezeki kepada saya kelak. Insha Allah kalau sudah di takdirkan rezeki saya di dalam bidang ini saya tersangat bersyukur.

Selain bidang penulisan saya juga baru baru ini menjadi agenr dropship untuk beberapa produk makanan kesihatan. Tudung, jubah dan alat alat make-up semua nya menjadi pilihan saya untuk memasarkan semua produk ini. Saya berusaha menggunakan kemahiran saya menulis untuk menarik perhatian para pelanggan. Walau hasilnya cuma sedikit namun saya pasti tiada jalan singkat untuk berjaya.
Sebenarnya untuk masuk ke akademi ini pun terlalu banyak cabaran dan dugaannya. Namum berkat doa saya pasti kejayaan milik saya kelak. Apa sahaja kekurangan saya tidak akan jadikan alasan lagi untuk berjaya.

Harapan saya dengan adanya penulisan blog saya yang tidak seberapa ini dapat meluaskan lagi pengetahunan saya serta dapat mendatangkan rezeki yang lebih buat saya dan anak anak. Walaupun status saya sebagai ibu tunggal saya tetap akan berjaya juga. Semoga kejayaan akan jadi milik saya dan anda semua di luar sana. Ingat jangan terlalu lama bersedih..kelak ianya memakan diri. Jikalau rasa kecewa, marah dan sedih berdoa lah kepada yang maha kuasa...dia selalu mendengar segala rintihan kita.

Apa pun moga semuanya berjaya di dalam bidang yang di ceburi masing-masing. Terima kasih pada semua yang sudi membaca semua ini ya.

Sekian, Ikhlas Dari,
Sariah Awang Senik.

Friday 27 December 2013

Pengalaman Kerja

Segala kerja dan juga shipment yang masuk hendaklah diselesaikan secepat yang mungkin mengikut permintaan pelanggan. Setiap kerja mestilah cepat dan betul dan berhati hati. Jikalau terdapat sedikit kesalahan akan melibatkan kerugiaan yang beratus ringgit mengikut pada sesuatu harga barang dan nilainya yang tersendiri . Saya bersyukur kerana bertuah menimba pengalaman di sana. Saya pernah juga membuat beberapa kesilapan di dalam pekerjaan saya. Lumrah setiap manusia tiada yang sempurna. Hampir  4 tahun saya berkerja disitu sebelum saya berhenti dan bekerja di tempat yang lain tetapi juga sebuah Jepun. Kesan selama hampir beberapa tahun bekerja di syarikat Jepun banyak memberi kesan di dalam kehidupan saya seharian. Saya tidak suka orang yang lewat dengan waktu. Masa bagi saya terlalu amat berharga.
Setiap sesuatu keputusan yang di ambil banyak melibatkan banyak faktor. Di syarikat yang baru budaya kerjanya juga tidak banyak berubah. Urusan import dan eksport ini banyak melibatkan kaum lelaki. Bahagian yang saya berkerja juga hanya beberapa orang perempuan . Selebihnya banyak di bahagian admin dan juga akaun. Walau sesibuk mana saya bekerja saya tetap meluangkan masa dengan menulis. Minat itu senantiasa berada di dalam diri semenjak di bangku sekolah lagi. Tetapi tidak terlalu ketara hingga lah saya mengandung dan melahirkan seorang puteri sulung yang sangat istimewa yang bernama Siti Nur Balqis. Hampir 3 tahun saya menunggu dia hadir di dalam kehidupan saya yang bergelar seorang isteri dan kini seorang ibu. Arwah anak tersangat istimewa. Dia umpama cahaya yang senantiasa bersinar walau hakikatnya tidak mempunyai hayat yang panjang di dalam kehidupannya. Dia menghidap penyakit hati yang memerlukan nya membuat pemindahan hati  ataupun liver transplan. Kosnya sangat mahal waktu itu..tetapi sekarang boleh dilakukan di Malaysia dan ada kepakarannya yang tersendiri. Memandangkan keadaan arwah anak yang selalu sakit dan perlu rawatan dan pemeriksaan setiap bulan setiap bulan maka saya mengambil keputusan berhenti bekerja dan menumpukan sepenuh perhatian menjaga arwah anak yang sakit. Walau tersangat sayang dengan kerja namum saya lepaskan semuanya demi anak  tersayang. Saya yakin dia dapat bertahan lebih daripada yang doktor ramalkan. Kata doktor dia hanya mampu hidup hanya setahun sahaja namun kuasa Allah mengatasi segala galanya. Arwah dapat bertahan sehingga 3 tahun lebih dan memang di luar jangkaan doktor. Semasa menjaga arwah anak banyak pengalaman yang saya dapat dan berkongsi pengalaman dengan ibu yang mempunyai anak yang menghidap penyakit kanser. Anak anak ini semua memang istimewa. Semengat mereka berjuang melawan penyakit dan terus hidup tersangat luar biasa. Hampir semuanya tergolong di kalangan anak anak yang pintar. Tetapi jangka.hayat yang tidak lama. Semasa menjaga arwah anak saya perlu buat dan catat setiap perkembangannya. Dan bermula lah kembali minat menulis saya.

Setiap perkembangan anak saya catat dan begitu juga segala tentang ubat ubatannya sedikit kesilapan boleh mengundang bahaya bagi arwah anak. Dia tersangat sesentive dan cepat berjangkit jikalau ada orang sekelilingnya yang deman ataupun selsema. Arwah pernah beberapa kali dimasukkan ke ICU dan juga wad khas. Dia juga pernah terkena jangkitan kuman di paru paru akibat terkena selsema dan batuk yang kuat.
Tetapi semengat arwah untuk hidup terlalu kuat. Dia dapat mengatasi semua kesakitannya dengan kekuatannya yang tersendiri. Pernah seorang doktor pakar yang berbangsa cina yang dari Pulau Pinang datang sendiri untuk melihat arwah anak . Sebab katanya jarang ada pesakit yang dapat bertahan lebih dari setahun yang menghidap penyakit sama.
Saya masih ingat kata kata doktor itu.. saya tahu macam mana anak puan mampu bertahan lama sebab semengat puan dan kesabaran puan menjaga nya dengan ikhlas mengatasi segala galanya. Anak dan puan hebat sebab puan tidak  pernah merasa sedih atas segala galanya dan puan terima semuanya dengan seikhlas hati...kisah arwah anak pernah dipaparkan di dada akhbar Utusan Malaysia suatu ketika dahulu dan itulah sebab yang kuat kenapa arwah anak
mampu bertahan lama ubatnya ialah kasih sayang saya yang tidak bertepi padanya.

Pengenalan Diri

Nama: Sariah Awang Senik
Umur:  39 tahun
Status : Ibu Tunggal
Anak  : 2 Orang
Perkerjaan: Pembantu Kedai
Kelulusan : SPM
Sekolah : Sekolah Menengah Clifford Kuala Lipis Pahang Darul Makmur 1992.

Assalamualaikum

Terlebih dahulu syukur ke hadarat Allah SWT kerana telah memberikan saya kekuatan untuk berbuat sesuatu yang berlainan di dalam kehidupan saya selama ini. Selama ini saya berfikir seseorang yang tidak mempunyai kelulusan yang tinggi tidak boleh berjaya. Namum jangkaan saya meleset. Seseorang itu boleh berjaya dengan usaha dan keyakinan yang tinggi serta fokus terhadap apa yang diusahakan nya. Kehidupan saya serba sederhana. Berkahwin dan kemudiannya bercerai semuanya terjadi tanpa kerelaan saya. Ya saya berkahwin dengan seorang lelaki yang suatu ketika dahulu amat saya benci tetapi  takdir mengubah segala galanya. Jodoh kami berdua kuat walaupun pada permulaan ada tentangan daripada mak saudara saya iaitu adik arwah emak. Sejak arwah emak meninggal mak saudara saya lah yang banyak mengambil berat soal kehidupan saya 3 beradik.
Saya akhirnya mendirikan rumahtangga dengan lelaki yang sangat saya cintai dan yakin dialah akan membimbing saya dunia dan juga akhirat. Waktu itu usia saya agak muda
...kalau tidak silap 20 tahun. Selepas habis SPM saya sudah belajar merantau hidup di KL dengan berkerja pelbagai jenis pekerjaan yang halal . Antaranya sebagai sales girl, customer service dan juga sebagai kerani. Pengalaman yang paling saya tidak lupakan ialah semasa berkerja sebagai kerani di sebuah syarikat Jepun yang berurusan dengan import dan eksport. Banyak pengalaman yang saya pelajari semasa berkerja di syarikat tersebut. Termasuk juga penampilan diri dan juga keyakinan diri. Saya belajar untuk bergaul dengan pelanggan dan juga berurusan dengan badan-badan kerajaan. Syarikat saya adalah sebuah syarikat Jepun yang penuh dengan displin yang tinggi.

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...