Friday, 27 December 2013

Pengalaman Kerja

Segala kerja dan juga shipment yang masuk hendaklah diselesaikan secepat yang mungkin mengikut permintaan pelanggan. Setiap kerja mestilah cepat dan betul dan berhati hati. Jikalau terdapat sedikit kesalahan akan melibatkan kerugiaan yang beratus ringgit mengikut pada sesuatu harga barang dan nilainya yang tersendiri . Saya bersyukur kerana bertuah menimba pengalaman di sana. Saya pernah juga membuat beberapa kesilapan di dalam pekerjaan saya. Lumrah setiap manusia tiada yang sempurna. Hampir  4 tahun saya berkerja disitu sebelum saya berhenti dan bekerja di tempat yang lain tetapi juga sebuah Jepun. Kesan selama hampir beberapa tahun bekerja di syarikat Jepun banyak memberi kesan di dalam kehidupan saya seharian. Saya tidak suka orang yang lewat dengan waktu. Masa bagi saya terlalu amat berharga.
Setiap sesuatu keputusan yang di ambil banyak melibatkan banyak faktor. Di syarikat yang baru budaya kerjanya juga tidak banyak berubah. Urusan import dan eksport ini banyak melibatkan kaum lelaki. Bahagian yang saya berkerja juga hanya beberapa orang perempuan . Selebihnya banyak di bahagian admin dan juga akaun. Walau sesibuk mana saya bekerja saya tetap meluangkan masa dengan menulis. Minat itu senantiasa berada di dalam diri semenjak di bangku sekolah lagi. Tetapi tidak terlalu ketara hingga lah saya mengandung dan melahirkan seorang puteri sulung yang sangat istimewa yang bernama Siti Nur Balqis. Hampir 3 tahun saya menunggu dia hadir di dalam kehidupan saya yang bergelar seorang isteri dan kini seorang ibu. Arwah anak tersangat istimewa. Dia umpama cahaya yang senantiasa bersinar walau hakikatnya tidak mempunyai hayat yang panjang di dalam kehidupannya. Dia menghidap penyakit hati yang memerlukan nya membuat pemindahan hati  ataupun liver transplan. Kosnya sangat mahal waktu itu..tetapi sekarang boleh dilakukan di Malaysia dan ada kepakarannya yang tersendiri. Memandangkan keadaan arwah anak yang selalu sakit dan perlu rawatan dan pemeriksaan setiap bulan setiap bulan maka saya mengambil keputusan berhenti bekerja dan menumpukan sepenuh perhatian menjaga arwah anak yang sakit. Walau tersangat sayang dengan kerja namum saya lepaskan semuanya demi anak  tersayang. Saya yakin dia dapat bertahan lebih daripada yang doktor ramalkan. Kata doktor dia hanya mampu hidup hanya setahun sahaja namun kuasa Allah mengatasi segala galanya. Arwah dapat bertahan sehingga 3 tahun lebih dan memang di luar jangkaan doktor. Semasa menjaga arwah anak banyak pengalaman yang saya dapat dan berkongsi pengalaman dengan ibu yang mempunyai anak yang menghidap penyakit kanser. Anak anak ini semua memang istimewa. Semengat mereka berjuang melawan penyakit dan terus hidup tersangat luar biasa. Hampir semuanya tergolong di kalangan anak anak yang pintar. Tetapi jangka.hayat yang tidak lama. Semasa menjaga arwah anak saya perlu buat dan catat setiap perkembangannya. Dan bermula lah kembali minat menulis saya.

Setiap perkembangan anak saya catat dan begitu juga segala tentang ubat ubatannya sedikit kesilapan boleh mengundang bahaya bagi arwah anak. Dia tersangat sesentive dan cepat berjangkit jikalau ada orang sekelilingnya yang deman ataupun selsema. Arwah pernah beberapa kali dimasukkan ke ICU dan juga wad khas. Dia juga pernah terkena jangkitan kuman di paru paru akibat terkena selsema dan batuk yang kuat.
Tetapi semengat arwah untuk hidup terlalu kuat. Dia dapat mengatasi semua kesakitannya dengan kekuatannya yang tersendiri. Pernah seorang doktor pakar yang berbangsa cina yang dari Pulau Pinang datang sendiri untuk melihat arwah anak . Sebab katanya jarang ada pesakit yang dapat bertahan lebih dari setahun yang menghidap penyakit sama.
Saya masih ingat kata kata doktor itu.. saya tahu macam mana anak puan mampu bertahan lama sebab semengat puan dan kesabaran puan menjaga nya dengan ikhlas mengatasi segala galanya. Anak dan puan hebat sebab puan tidak  pernah merasa sedih atas segala galanya dan puan terima semuanya dengan seikhlas hati...kisah arwah anak pernah dipaparkan di dada akhbar Utusan Malaysia suatu ketika dahulu dan itulah sebab yang kuat kenapa arwah anak
mampu bertahan lama ubatnya ialah kasih sayang saya yang tidak bertepi padanya.

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...