Monday 27 August 2018

BALASAN DOSA SEKELIP MATA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Apabila permulaan hari tidak diambil berat sebaiknya, maka datanglah pelbagai dugaan dan juga masalah yang senantiasa menguji akan segala kesabaran kita.

Senang cakap, kalau tidak minta dulu dengan maha penciptanya, mana kan segalanya berjalan dengan lancar bukan?

Hari ini, bersolat Subuh agak lewat dan dalam keadaan yang tergesa-gesa.
Maka semua urusan ini ada saja dugaan dan masalah dimana-mana.

Masalah dengan Allah belum selesai, tambah lagi dengan manusia.
Lagilah datang dugaan bertimpa-timpa.

Maka adalah sangat penting untuk kita senantiasa muhasabah diri akan segala apa yang kita lakukan sepanjang hari.

Dosa yang kita lakukan kalau tidak bertaubat dan mohon ampun terus pada Allah kalau dibiarkan bakal menjadi macam penyakit barah.

Lelama memakan diri dan yang paling teruk lagi segala yang kita rancang tidak berjalan lancar sebagaimana sepatutnya.

Ada masanya dosa yang kita lakukan, Allah akan balas tak sampai 24 jam.
Rasa bersalah pada diri dan juga Allah yang maha esa.

Jangan bertangguh untuk terus bertaubat. Juga jangan dibiarkan dosa yang kita lakukan setiap hari makin banyak.

Sebaiknya teruskan bertaubat dan mohonlah ampun bersungguh-sungguh dari Allah yang berkuasa.
Insha Allah.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Wednesday 15 August 2018

TIDAK SABAR


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah.
Cepat betul masa berlalu.
Esok anak teruna nak balik bercuti sempena dengan hari raya haji pada minggu depan.

Lama jugaklah tak jumpa dia.
Selalu hanya berwasap dan telefon saja. Last sekali bercuti adalah bulan puasa dan juga hari raya Aidilfitri yang lepas.

Semoga esok segala urusannya dipermudahkan dan berjalan dengan lancarnya .
Insha Allah.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Monday 13 August 2018

KEHILANGAN DEMI KEHILANGAN


Teks: Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Bila time cuti ini, macam inilah ada saja entri yang nak ditulis dalam blog ini. Walau yang singgah baca blog Kak Long ini taklah ramai mana, tapi tetap juga nak tulis entri yang baru.

Tadi terbaca satu status sahabat fb tentang kisah kehilangan.
Memang perit dan terpaksa menanggung rindu yang teramat sangat asbab sebuah kehilangan.

Bercerita tentang kehilangan, semuanya berlalu teramat pantas.
Kehilangan yang Kak Long lalui bukanlah sekali tapi berkali-kali.
Kehilangan yang pertama adalah pemergian arwah wan yang terpaksa.
Masa arwah Wan sakit dia kerap bertukar-tukar melawat kesemua anak-anaknya.
Kak Long waktu tu, hanya bersekolah rendah saja dan kurang memahami apa-apa waktu tu.
Budak-budak biasalah. Tahunya seronok sahaja.

Selepas tu, Kak Long diuji lagi dengan kehilangan arwah emak tersayang yang menghidap sakit Kanser Payudara.
Agak lama juga arwah emak menanggung segala derita sakit Kanser Payudara ini.
Waktu tu pendedahan tentang sakit Kanser Payudara amatlah kurang.
Arwah emak pulak ikhtiar juga berubat cara kampung dan sebagainya.
Tapi tulah kanser arwah emak telah sampai tahap yang ketiga.

Waktu tu, Kak Long baru sahaja habis exam SPM dan masa tu tengah menunggu keputusan SPM.
Jadi sementara tunggu result SPM Kak Long keluar, Kak Long bekerja sementara di sebuah syarikat kargo.
Sebenarnya masih segar memori pahit manis menjaga arwah emak tersayang. 
Setiap hari Kak Long balik awal dan berulang-alik dari Subang Jaya ke hospital besar Kuala Lumpur.

Memanglah mahal tambang teksi waktu tu, tapi demi arwah emak tersayang, Kak Long buat sebaik yang mungkin.
Saat-saat terakhir arwah emak pun hanya Kak Long sahaja yang melaluinya. Arwah emak meninggal pada malam hari dan dikebumikan di kampung halamannya seperti mana yang arwah emak nak.

Perit dan sakitnya waktu tu hanya Allah yang tahu.
Adik-adik Kak Long pulak masa tu masih bersekolah.
Selepas saja dapat result SPM Kak Long terus nekad untuk bekerja untuk membantu abah Kak Long ringankan segala tanggungan abah pada waktu tu.

Sekian lama masa berlalu, Kak Long berkahwin dan setelah menunggu hampir tiga tahun Kak Long pun mengandungkan anak yang sulong.
Allah tetap nak uji Kak Long lagi. Anak Kak Long yang sulong telah disahkan menghidap penyakit kritikal Biliary Aretesia.
Sejenis penyakit yang perlukan pemindahan hati dan masa tu belum ada apa-apa bantuan pada waktu tu.


Doktor jangkakan yang arwah anak Kak Long tu hanya bertahan hanya dalam lingkungan setahun sahaja.
Namun maha suci Allah.
Allah izinkan Kak Long menjaga dan merawat arwah Kak Long itu sehinggalah dia meninggal.
Waktu itu hanya Kak Long dan bekas suami sahaja yang 
mengiringi pemergian arwah anak sulong yang tersayang.


Banyak sangat kenangan pahit manis dan juga pengajaran yang Kak Long 
dapat semenjak menjaga arwah anak tersayang.


Kini telah hampir berbelas tahun lamanya berlalu.
Segala memori indah tentangnya tetap segar dalam ingatan Kak Long ini.

Kak Long juga sempat menjaga arwah mak mertua tersayang semasa arwah mak mertua terlantar sakit.
Masa itu, walau sibuk dengan kerja, Kak Long tetap usaha lakukan yang terbaik untuk menjaga arwah mak mertua.

Semua yang pergi adalah insan-insan yang paling Kak Long sayangi.
Allah lebih sayangkan mereka dari diri Kak Long sendiri.
Kak Long berdoa, semoga mereka semua ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah buat Siti Rokiah Abdul Kadir
Siti Nur Balqis Ahmad Roslan, Mardiah Kimu, Maimunah.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Friday 3 August 2018

APABILA HILANG SEGALA NIKMAT


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Salam Jumaat buat semua.
Semoga hari Jumaat penuh barakah ini memberi seribu nikmat buat semua.

Kebetulan hari ini, hari offday saya. Patutnya hari Rabu. Tapi kenangkan yang anak dara balik bercuti dari asrama, maka saya ambil keputusan untuk bercuti hari Jumaat ini

Sementara tengah tunggu anak dara ini, banyak pulak idea-idea yang terlintas dek fikiran saya ini.
Baru tengahari tadi, saya menonton kisah Bersamamu di TV3.

Episode kali ini memaparkan kisah pengorbanan seorang anak lelaki yang masih muda, bekerja keras siang dan malam demi menjaga ibunya yang sakit.

Beliau merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM yang lepas. Kini sedang melanjutkan pelajaran di UIA dalam urusan perubatan yang diminatinya.

Melihat akan kegigihannya menjaga ibunya yang sakit, teringat pula pada diri saya sendiri.
Bagaimanalah agaknya kalau Allah tarik segala nikmat yang ada sekarang ini???

Nikmat yang ada ini, bukanlah milik kita yang abadi.
Bernafas, sihat, cukup segala anggota badan, ada rumah tempat berteduh walau hanya sekadar rumah sewa, ada anak, ada suami dan juga sebagainya.

Pernahkah kita bayangkan kalau segala nikmat ini, Allah tarik sekelip mata??

Tak dapat dibayangkan akan segalanya, bukan??

Dikira akan nikmat, bukanlah dari segi material yang ada.
Tak payah tunggu kaya dan ada harta melimpah ruah baru kita akan ingat itulah nikmat.

Yang sebenarnya nikmat itu ialah apabila kita dapat bernafas seperti biasa, sihat, bebas bergerak ke mana saja, dapat rumah untuk berteduh dan macam-macam lagi.

Itulah nikmat-nikmat yang ada masanya kita lupa untuk hargai atau leka untuk ucapkan rasa bersyukur kepada Allah yang maha esa.

Bila saja nikmat tersebut Allah tarik, barulah kita akan rasa menyesal akan segalanya.
Apa pun, semuanya sudah terlambat.
Segala apa yang ada didunia memanglah bukan bersifat kekal abadi.
Semuanya hanya pinjaman dan harus ingat bila-bila saja Allah akan tarik jika kita tak belajar bersyukur dan berterima kasih kepada Allah yang maha esa.

Sebagai hamba Allah yang tak sempurna dan selalu buat silap, sangat perlu untuk kita bertaubat dan berusaha sedaya upaya untuk tidak membuat apa saja keburukan.
Insha Allah.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...