Monday 13 August 2018

KEHILANGAN DEMI KEHILANGAN


Teks: Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Bila time cuti ini, macam inilah ada saja entri yang nak ditulis dalam blog ini. Walau yang singgah baca blog Kak Long ini taklah ramai mana, tapi tetap juga nak tulis entri yang baru.

Tadi terbaca satu status sahabat fb tentang kisah kehilangan.
Memang perit dan terpaksa menanggung rindu yang teramat sangat asbab sebuah kehilangan.

Bercerita tentang kehilangan, semuanya berlalu teramat pantas.
Kehilangan yang Kak Long lalui bukanlah sekali tapi berkali-kali.
Kehilangan yang pertama adalah pemergian arwah wan yang terpaksa.
Masa arwah Wan sakit dia kerap bertukar-tukar melawat kesemua anak-anaknya.
Kak Long waktu tu, hanya bersekolah rendah saja dan kurang memahami apa-apa waktu tu.
Budak-budak biasalah. Tahunya seronok sahaja.

Selepas tu, Kak Long diuji lagi dengan kehilangan arwah emak tersayang yang menghidap sakit Kanser Payudara.
Agak lama juga arwah emak menanggung segala derita sakit Kanser Payudara ini.
Waktu tu pendedahan tentang sakit Kanser Payudara amatlah kurang.
Arwah emak pulak ikhtiar juga berubat cara kampung dan sebagainya.
Tapi tulah kanser arwah emak telah sampai tahap yang ketiga.

Waktu tu, Kak Long baru sahaja habis exam SPM dan masa tu tengah menunggu keputusan SPM.
Jadi sementara tunggu result SPM Kak Long keluar, Kak Long bekerja sementara di sebuah syarikat kargo.
Sebenarnya masih segar memori pahit manis menjaga arwah emak tersayang. 
Setiap hari Kak Long balik awal dan berulang-alik dari Subang Jaya ke hospital besar Kuala Lumpur.

Memanglah mahal tambang teksi waktu tu, tapi demi arwah emak tersayang, Kak Long buat sebaik yang mungkin.
Saat-saat terakhir arwah emak pun hanya Kak Long sahaja yang melaluinya. Arwah emak meninggal pada malam hari dan dikebumikan di kampung halamannya seperti mana yang arwah emak nak.

Perit dan sakitnya waktu tu hanya Allah yang tahu.
Adik-adik Kak Long pulak masa tu masih bersekolah.
Selepas saja dapat result SPM Kak Long terus nekad untuk bekerja untuk membantu abah Kak Long ringankan segala tanggungan abah pada waktu tu.

Sekian lama masa berlalu, Kak Long berkahwin dan setelah menunggu hampir tiga tahun Kak Long pun mengandungkan anak yang sulong.
Allah tetap nak uji Kak Long lagi. Anak Kak Long yang sulong telah disahkan menghidap penyakit kritikal Biliary Aretesia.
Sejenis penyakit yang perlukan pemindahan hati dan masa tu belum ada apa-apa bantuan pada waktu tu.


Doktor jangkakan yang arwah anak Kak Long tu hanya bertahan hanya dalam lingkungan setahun sahaja.
Namun maha suci Allah.
Allah izinkan Kak Long menjaga dan merawat arwah Kak Long itu sehinggalah dia meninggal.
Waktu itu hanya Kak Long dan bekas suami sahaja yang 
mengiringi pemergian arwah anak sulong yang tersayang.


Banyak sangat kenangan pahit manis dan juga pengajaran yang Kak Long 
dapat semenjak menjaga arwah anak tersayang.


Kini telah hampir berbelas tahun lamanya berlalu.
Segala memori indah tentangnya tetap segar dalam ingatan Kak Long ini.

Kak Long juga sempat menjaga arwah mak mertua tersayang semasa arwah mak mertua terlantar sakit.
Masa itu, walau sibuk dengan kerja, Kak Long tetap usaha lakukan yang terbaik untuk menjaga arwah mak mertua.

Semua yang pergi adalah insan-insan yang paling Kak Long sayangi.
Allah lebih sayangkan mereka dari diri Kak Long sendiri.
Kak Long berdoa, semoga mereka semua ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah buat Siti Rokiah Abdul Kadir
Siti Nur Balqis Ahmad Roslan, Mardiah Kimu, Maimunah.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...