Tuesday 16 December 2014

KERJA SHIFT

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum, warahmatuallahiwabarakatuh. Hati ini berasa sangat bersyukur kerana masih mampu untuk menulis dan juga semoga perkongsiaan ini dapat memberikan manfaat dan juga pengajaran buat semua yang singgah membaca blog yang tidak seberapa ini.

Hampir kebanyakan daripada kita bekerja mengikut waktu pejabat. Namun tidak kurang juga ada yang bekerja shift dan juga mempunyai masa yang tidak teratur. Walaubagaimanapun, saya tetap berasa bersyukur kerana hanya mempunyai 2 shift sahaja dan tidak memerlukan masa kerja yang agak lama. Waktu shift ini adalah tetap dan tidak pernah bertukar. Jadi saya mempunyai banyak masa terluang pada sebelah pagi. Saya boleh menguruskan rumahtangga dan juga membuat kerja sampingan untuk menambah pendapatan keluarga. Memandangkan saya seorang ibu tunggal, maka saya haruslah menyediakan kewangan yang mencukupi untuk semua urusan terutama urusan persekolahan anak-anak.

Tidak lama lagi, cuti persekolahan akan tamat dan anak-anak akan memulakan seisi persekolahan yang baru. Banyak yang perlu di persiapkan sebaik yang mungkin.

Harapan saya, semoga anak-anak akan berjaya di dalam setiap bidang yang mereka ceburi. Insha Allah.

Coretan Kasih
Sariah Awang Senik.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Anda berminat untuk meraih pendapatan sampingan agent dropship di Akademi Bekerja Dari Rumah.
Di ABDR telah tersedia pelbagai produk dropship terutamanya daripada yang berasaskan makanan.
Sudah bersedia dan ingin tahu lebih lanjut, hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Monday 15 December 2014

BERIKLAN DI SOHO DIRECTORY

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Terdapat banyak kelebihan apabila menyertai keluarga besar di Akademi Bekerja Dari Rumah. Selain dapat berkongsi tentang tips-tips perniagaan dan juga berkongsi pengalaman terdapat juga kemudahan pengiklanan untuk semua usahawan sama ada mempunyai perniagaan online ataupun offline.

Ruang pengiklanan yang di sediakan di Akademi Bekerja Dari Rumah Soho Directory. Pakej yang di tawarkan oleh ABDR adalah sangat berpatutan dan juga simple. Harga pakej adalah serendah RM 50, dan anda dapat mengiklankan produk dan juga perkhidmatan di dalam jangkamasa yang telah ditetapkan.

Dengan wujudnya Soho Directory ini, ianya dapat membantu meluaskan pasaran produk dan juga perkhidmatan ke peringkat yang lebih jauh lagi, contohnya pasaran antarabangsa. Di Akademi Bekerja Dari Rumah telah tersedia sebanyak 900 blog dan ianya sekaligus dapat membantu meluaskan lagi produk dan juga perkhidmatan anda.

Anda berminat untuk mengiklankan produk dan perkhidmatan anda di papan iklan ABDR, jika anda telah bersedia, bolehlah hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com.

Coretan Soho Directory
Sariah Awang Senik


Friday 12 December 2014

BERSYUKUR

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Kehidupan ini terlalu indah dan penuh dengan warna-warninya yang tersendiri. Setiap hamba Allah di muka bumi ada kehidupannya yang tertentu. Setiap kehidupan yang dilalui oleh seseorang hamba Allah tidak sama diantara satu sama dengan yang lain. Namun apa sahaja bentuk kehidupan dan juga cabaran adalah berbeza-beza.

Mungkin ada yang hidup senang dengan harta dan juga pangkat yang ada. Tetapi tidak kurang juga yang mempunyai kehidupan yang serba kekurangan. Apa pun bentuk kehidupan yang di lalui, kita haruslah bersyukur senantiasa kepada yang maha esa.

Bersyukur adalah tanda berterima kasih di atas segala nikmat yang di beri daripada Allah kepada semua hamba-hambanya. Rasa bersyukur tidak semesti semasa berada di dalam kesenangan, bahkan juga haruslah diluahkan saat di landa kesusahan ataupun sesuatu musibah.

Walaubagaiman pun, kita selalu merasa lalai dan leka dengan segala nikmat yang di beri dan jarang sekali berasa syukur dengan kehidupan yang sedang kita miliki sekarang. Kita selalu merasa bahawa kehidupan orang lain lebih bertuah dan bahagia, padahal kehidupan yang selama ini kita lalui pun mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Kadangkala perasaan cemburu ataupun iri hati senantiasa menguasai fikiran . Maka atas desakan hati dan perasaan cemburu yang meluap-luap, akan mendorong seseorang untuk bertindak mengikut perasaan dan bukannya akal dan juga fikiran yang waras.

Bersyukurlah atas apa yang kita miliki sekarang. Lihatlah di sekeliling kita. Betapa susah pun kehidupan dan terpaksa melalui pelbagai cabaran, kita dan juga keluarga masih tetap bersama-sama menghadapi. Apabila kita bangun keesokan harinya dan berpeluang bernafas lagi , bersyukurlah kita kerana Allah masih memberi kesempatan kepada kita, untuk menjalankan semua tanggungjawab yang telah di amanahkan kepada kita.

Akhirkata janganlah kita merasa sombong dan juga bongkak dengan segala nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita. Janganlah sesaat ataupun seminit pun kita lupa untuk mengucapkan rasa bersyukur kepada maha pencipta alam ini. Semuanya berada di bawah kawalannya. Dan apa sahaja bakal berlaku di dalam kehidupan kita. Kita ini, hanyalah menumpang di bumi Allah yang serba indah ini.

Coretan Syukur
Sariah Awang Senik

Wishlist :
@@@ Membina impian menubuhkan Yayasan Billary Artesia . Khusus untuk membantu keluarga yang ada anak-anak sakit Billary Artesia ini.
@@@ Ingin memberi sokongan moral kepada ibu-ibu tunggal yang baru melalui process perceraian, sekaligus membina kembali kehidupan yang lebih baik.
@@@ Ingin berjaya  dan juga kaya supaya dapat membuat lebih banyak sedekah.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH
Mencari pendapatan sampingan hanya daripada rumah. Banyak kelas-kelas kemahiran secara online. Masa ditentukan oleh anda sendiri.
Anda telah bersedia dan berminat ingin.ketahui lebih lanjut, sila hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Tuesday 9 December 2014

MAKANAN MINDA PUR Q ACTIVE

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Pur Q Active adalah salah satu makanan minda yang berbentuk jelly lembut. Bentuknya yang berwarna-warni, amat mudah menarik perhatian kanak-kanak untuk memakannya. Ianya bukan sahaja sesuai dimakan oleh kanak-kanak bahkan juga boleh dimakan oleh orang dewasa.

Ianya juga mengandungi zafran dan juga garam bukit. Selain daripada itu, jelly ini juga telah dibacakan ayat-ayat ruqyah dan amat mudah diserap ke dalam badan sesiapa juga yang memakannya. Dengan pengambilan secara konsisten, ianya dapat mengatasi pelbagai masalah di kalangan anak-anak. Antara masalah.yang dapat diatasi ialah :
@@@ Masalah anak yang degil dan juga malas.
@@@ Mengatasi masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak.
@@@ Masalah anak-anak yang terlalu hiperactive.
@@@ Masalah anak-anak yang malas bersolat.
@@@ Masalah keletihan dan juga kurang bersemangat ke sekolah.

Harga Pur Q Active ini ialah RM 35 satu botol. Postagenya ialah RM 5. Jika berkenaan untuk mencuba Pur Q Active ini, bolehlah hubungi saya Sariah Awang senik 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Coretan Pur Q Active
Sariah Awang Senik

DROSHIP JUBAH EMBROIDED

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Jubah Embroided ini sangat cantik dan menarik. Terdapat pelbagai warna yang menarik.
Terdapat di dalam saiz ( S, M, L dan juga XL).
Harga amat berpatutan.
RM 74.
Jika berminat boleh hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com.

Coretan Produk
Sariah Awang Senik

RINDU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook Dan Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum, syukur masih di beri khudrat oleh Allah untuk menulis di blog yang tidak seberapa ini. Sebenarnya telah hampir 2 minggu lebih anak dara kesayangan berada di rumah mak saudaranya menghabiskan cuti persekolahan ini. Selalunya jarang sekali berada berjauhan lama dengan buah hati kesayangan ini.

Berbanding dengan abangnya, anak dara kesayangan ini seorang yang suka bercakap dan jarang memendamkan perasaannya. Mungkin sebab hampir setiap hari bersama-sama dan juga menghabiskan masa setiap hari. Kalau tidak sukakan sesuatu dia akan bercakap dan bersuara dari hatinya terus. Dia pandai memujuk dan juga mengambil hati, apabila saya merasa penat dan juga marah.

Kadang-kadang saya dan dia suka bertengkar akan perkara-perkara yang kecil. Selalunya segala masalah, kami akan selesaikan sebaik yang mungkin.
Sejak dia pergi ke rumah mak saudaranya, hati saya sebagai seorang ibu terasa rindu sangat. Kadang-kadang lagi terseksa rindunya daripada rindu orang yang sedang bercinta. Kalau boleh saya nak selalu dan juga peluk dia setiap masa.

Saya gemar memeluk dia walaupun hanya menghantar dia ke sekolah. Selalu dia cakap, " Ibu janganlah peluk adik selalu. Adik malu kawan adik tengok. ". Saya selalu cakap. " Tak pe, biarlah kawan adik tengok. " Itulah yang selalu anak dara kesayangan ini cakap bila setiap hari menghantar ke sekolah.

Apapun saya selalu merasa rindu pada dia hampir setiap saat dan juga masa. Sebagai seorang ibu saya tidak sabar menunggu kepulangannya pada hari Rabu minggu hadapan. Semoga anak dara kesayangan ini menjadi anak yang soleh dan juga solehah. Insha Allah.

Coretan Rindu Damia
Sariah Awang Senik

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Produk Cheezy Wedges Sauce dan juga Tepung Magik. Boleh di jadikan hidangan ringan anak-anak di musim cuti persekolahan. Harga amat berpatutan.
Boleh di beli secara kombo ataupun berasingan.
Secara kombo ;
@@@ Cheezy Wedges Sauce dan Tepung Magik harga RM 33 sudah termasuk postage.
Secara berasingan ;
@@@ Cheezy Wedges Sauce RM 20 termasuk postage.
@@@ Tepung Magik terdapat di dalam 2 perisa. Spicy dan Orginal. Harga RM 20.

Jika berminat ingin mencubanya, bolehlah hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634 ataupun sariah.awangsenik@gmail.com

BILLARY ARTESIA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook Dan Sendiri
http://sariah.awangsenik.blogspot.com

Hati bagai resah dan juga susah memikirkan nasib anak-anak syurga ini. Mereka saling tidak tumpah seperti arwah anak tersayang yang telah lama meninggal kerana menghidap penyakit Billary Artesia. Hampir 18 tahun arwah anak pergi meninggalkan kami sekeluarga. 

Namun segala kenangan manis dan juga semengatnya untuk meneruskan kehidupan tetap segar di hati ini.
Sejak arwah anak tersayang Siti Nur Balqis Binti Ahmad Roslan pergi dari kehidupan ini , terlalu banyak yang telah saya pelajari tentang erti kehidupan ini.
Mengimbas kembali saat-saat indah ketika menjaga arwah, arwah anak tidak pernah mengalah dengan segala kesakitan yang di hadapinya. Walaupun dengan keadaan perut yang kadangkala membesar dia tetap bersemengat melalui segala cabaran yang harus dilaluinya.

Arwah anak tersayang Siti Nur Balqis walaupun tidak mampu bercakap dan juga membesar seperti mana kanak-kanak yang lain tetapi cita-citanya sama sepertimana kanak-kanak yang lain. Teringat dahulu, arwah anak juga berkongsi hobi yang sama dengan saya iaitu suka membaca. Arwah tidak pandai membaca tetapi suka melihat buku-buku yang berwarna-warni dan juga gambar-gambar yang menarik. Arwah anak hanya mampu memanggil nama abah dan juga saya ibunya dan juga adiknya sebagai Baby. Hanya itulah panggilan yang selalu disebut apabila dia agak sihat daripada menanggung segala kesakitannya.
Kini walaupun arwah telah tiada, segala kenangan tentang dirinya tetap segar di ingatan dan juga hati saya sebagai seorang ibu. 

Baru beberapa hari yang lepas, saya terbaca tentang kisah anak-anak ini yang menghidap penyakit yang sama iaitu penyakit Billary Artesia. Rawatan untuk membuat pembedahan hati ini terlalu mahal. Kosnya pula terlalu tinggi dan tidak hairanlah ramai ibubapa yang mempunyai anak-anak yang menghidap penyakit ini terpaksa menunggu giliran untuk membuat pembedahan pemindahan hati. Tidak seperti penyakit serius yang lain, seperti kanser dan sebagainya, mereka ada pertubuhan masing-masing untuk membantu keluarga ini. Contohnya pertubuhan MAKNA yang banyak memberi penerangan tentang penyakit kanser serta pelbagai rawatan untuk melawan penyakit kanser.
Penyakit Billary Artesia belum mempunyai pertubuhannya yang tersendiri. Ataupun memang telah pun ada tetapi tidak aktif ataupun saya terlepas pandang tentang ini semua. Jika sudahpun ada saya sangat mengalukan pertolongan dari semua pihak agar lebih bergerak aktif untuk membantu keluarga yang mempunyai penyakit Billary Artesia ini.
Walaupun saya tidak dapat memberi pertolongan dari segi wang ringgit, mungkin pengalaman saya semasa menjaga arwah anak yang menghidap penyakit yang sama dapat membantu memberi sokongan kepada ibubapa yang mempunyai anak yang berpenyakit Billary Artesia. Semengat dan juga sokongan moral harus diberikan kepada ibubapa serta keluarga yang mempunyai anak yang sakit Billary Artesia. Selain daripada itu saya juga perlukan bantuan daripada orang yang berpengalaman untuk menubuhkan Yayasan Billary Artesia ini. Mungkin apa yang saya perkatakan sekadar impian, namun tidak mustahil suatu hari nanti bakal menjadi kenyataan dan berharap dapat membantu lebih ramai ibubapa yang mempunyai anak yang berpenyakit Billary Artesia ini.
Kepada ibubapa yang pernah mempunyai anak yang berpenyakit Billary Artesia, saya berharap mereka dapat menghubungi saya serta dapat bertukar-tukar pengalaman menjaga dan juga merawat anak yang menghidap penyakit Billary Artesia. Jika ada yang sudi bertukar pengalaman dan pandangan bolehlah hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634 ataupun melalui email saya sariah.awangsenik@gmail.com.
Harapan saya ialah agar dapat membantu ibubapa yang berpenyakit Billary Artesia ini segera menjalani pembedahan pemindahan hati dan anak-anak ini dapat menjalani kehidupan yang normal seperti mana kanak-kanak yang lain. Insha Allah, semoga Allah permudahkan segala-galanya.
Coretan Kasih Balqis
Sariah Awang Senik

Wishlist:
@@@ Bercita-cita untuk menubuhkan Yayasan Billary Artesia.
@@@ Ingin kaya dan berjaya tetapi segala kekayaan dikongsi bersama untuk membantu anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal serta rakyat Palestine yang menjadi mangsa perang.
@@@ Ingin memberikan semengat kepada ibu-ibu tunggal agar tidak merasa malu untuk bangkit kembali membina kehidupan yang baru.

Monday 1 December 2014

BENCANA ALAM TIADA SIAPA YANG MENDUGA

TEKS : SARIAH AWANG SENIK
SUMBER : SENDIRI
http://sariahawangsenik.blogspot.com

APABILA HAMPIR SAHAJA PENGHUJUNG TAHUN PELBAGAI PERKARA YANG TIDAK DIINGINI BERLAKU. ANTARA YANG PALING KETARA ADALAH MUSIM HUJAN DAN BERKAIT RAPAT DENGAN BENCANA BANJIR YANG BERLAKU, TERUTAMANYA DI NEGERI-NEGERI PANTAI TIMUR, KHUSUSNYA KELANTAN, TERENGGANU DAN JUGA PAHANG.

TETAPI MUSIM HUJAN INI JUGA BERLAKU DI BEBERAPA NEGERI YANG LAIN , TERUTAMANYA SELANGOR DAN JUGA PERAK. MUNGKIN ADA HIKMAHNYA TUHAN MENDUGA KITA DENGAN SEMUA KEJADIAN BENCANA ALAM INI. MANUSIA SEKARANG BERTINDAK TERLALU RAKUS DEK KERANA MENGEJAR ARUS PERMODENAN. KEBANYAKAN HUTAN DAN JUGA BUKIT DIRATAKAN UNTUK MENDIRIKAN KAWASAN PERUMAHAN. HUTAN YANG SEPATUTNYA MENJADI TEMPAT PENAKUNGAN AIR , DITERANGKAN UNTUK MENDIRIKAN PELBAGAI JENIS PERUMAHAN. BINATANG-BINATANG LIAR HILANG TEMPAT TINGGAL HABITATNYA DAN AKAN PUPUS BEGITU SAHAJA.

APABILA INI SEMUA INI BERLAKU, BERMAKNA BUMI DAN JUGA ALAM SEKITARNYA BERADA DI DALAM KEADAAN YANG TENAT. APABILA SEMAKIN PARAH, MAKA TUHAN AKAN MENURUNKAN SESUATU UNTUK MEMBUAT MANUSIA SEDAR AKAN KESILAPAN YANG TELAH MEREKA LAKUKAN.  APA SAHAJA BAKAL BERLAKU DI SEKELILING KITA. BENCANA ALAM YANG BERLAKU ADALAH PETANDA BAHAWA KITA SEMAKIN LEKA DAN ASYIK DENGAN DUNIA KITA YANG TERSENDIRI. BENCANA ALAM SEPERTI BANJIR , TANAH RUNTUH ATAUPUN APA SAHAJA
SEMUANYA BOLEH BERLAKU KEPADA KELUARGA, JIRAN TETANGGA, ATAUPUN SESIAPA SAHAJA.

MAKA DENGAN ITU KITA HARUSLAH BERSIAP SEDIA DENGAN SEMUA KEMUNGKINAN INI . HARUS MEMPUNYAI SIKAP BERHATI-HATI DAN JUGA BERSIAP SEDIA DENGAN SEGALA KEMUNGKINAN DAN APA SAHAJA BENTUK BENCANA ALAM YANG BAKAL TERJADI. KITA HARUS BERINGAT BAHAWA MALANG TIDAK BERBAU. DAN BERHATI-HATILAH SELALU.

CORETAN ALAM
SARIAH AWANG SENIK

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

INGIN MEMILIKI KEDAI ONLINE DENGAN  HARGA MAMPU MILIK?
SEMUA INI BOLEH DIMILIKI DENGAN PAKEJ YANG DISEDIAKAN DARI AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH ATAUPUN NAMA SINGKATANNYA ABDR.
ANDA JUGA BERPELUANG BELAJAR MENULIS BLOG TENTANG PERNIAGAAN DAN JUGA PERKHIDMATAN ANDA.
ANDA TELAH BERSEDIA DAN INGIN KETAHUI LEBIH LANJUT, HUBUNGI SAYA SARIAH, SALAH SEORANG PENGURUS ONLINE DI NO 019-4075634 ATAUPUN EMAIL sariah.awangsenik@gmail.com.
BOLEH JUGA HUBUNGI SAYA DI WHATSHAPP DI NO YANG SAMA.

SEKIAN.

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...